Wednesday, May 21, 2008

PENGAKUAN (Ulangan)


MANFAAT KERJASAMA DENGAN PAS

Oleh: Noor Iskandar

Ahli Dewan Rakyat kawasan Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali telah mengakui kerjasama beliau dengan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu telah memberi manfaat kepada kedua belah pihak.

Ibrahim Ali seorang tokoh politik ganjil dalam arena politik di negara ini, kerana beliau berpolitik seperi keadaan kancil dalam belukar – walaupun gajah, harimau dan beruang marahkannya, tetapi ia berjaya juga mengekalkan nama dan kebijaksanaannya dalam belukar tersebut.

“Saya menang dalam pilhan raya lalu atas tiket PAS, tapi saya bukan ahli PAS, saya ikhlas bekerjasama dengan parti politik yang memperjuangkan Islam itu,”katanya.

“Sebelum bertanding, saya dah jumpa Datuk Nik Aziz, saya setuju kerjasama dengan PAS demi kepentingan orang Melayu, tapi saya tak jadi ahli PAS,” katanya.

“Berkat kerjasama saya dengan PAS itu, saya menang (28,673 undi) dalam Pilihan Raya tu, tiga calon PAS bagi tiga kawasan Dewan Rakyat Pasir Mas telah menang, ertinya ada manfaat bagi pihak PAS dan pihak saya,”katanya lagi.

Manakala calon Barisan Nasional, Ahmad Rosdi Mahamad yang telah menentang Ibrahim Ali telah mendapat 19,682.

Calon-calon PAS bagi tiga kawasan Dewan Negeri, iaitu, Dr. Muhamad Md.Daud (Tendong), Hanifa Ahmad (Pengkalan Pasir) dan Abdul Halim Abdul Rahman (Chetok).

Menurut Ibrahim Ali kerjasama dengan PAS membuktikan kejujuran PAS dan kejujurannya dalam perjuangan.

“ … tapi saya tak akan masuk mana-mana parti politik, saya akan terus bekerjasama dengan PAS dan badan-badan kebajikan (NGO) di Kelantan,”tegasnya.

Sebagai wakil rakyat, beliau akan meneruskan perjuangannya untuk rakyat, negeri Kelantan - negara dan agama Islam dengan tidak berparti.

Beliau tidak menolak, apabila beliau disifatkan ‘ahli politik ganjil’ dalam arena politik di negara ini.

Ibrahim Ali seperti kancil dalam belukar, banyak musuh yang menyusahkannya, tetapi kancil tetap hidup dalam belukar sedang musuh-musuhnya satu demi satu pergi dan menghilang dari belukar itu.

No comments: