Wednesday, June 22, 2011

MENGENANG MASA SIALAM




BUAH BIDAYA DAN GADIS CINA

Buah bedara(bidara), sejenis buah lebih kacil dari buah mata kucing. Rasanya manis. Orang-orang kampungku membuat serawa atau pengat dan makan dengan pulut atau roti. Pokoknya seperti pokok dan daunnya seperti pokok dan daun rambutan. Pokok bedara terdapat banyak dalam rimba atas banjaran Gunung Bintng Hijau, di belakang kampungku dan sekitgar timba banat di Negeri Perak.
Aku telah pulang ke kampungku kerana sekolahku bercuti. Pada satu hari, kawan-kawanku - ada yang lebih tua daripadaku -, telah mengajak aku pergi mencari madu lebah dan buah bidaya dalam rimba tersebut.
Aku telah bergi memanjat gunung dan meredah rimba pada waktu subuh bersama Hassanuddin, Din Molek, Din Teluk, Mat Teridi, Mat Tok Pek, Semaun, Sharif Juling dan Mat Belet.Di sana kami telah mengambil madu lebah dari dua buah sarangnya yang bergayut pada pokok-pokok atas gunung itu. Madu itu kami isikan dalam dua biji tin minyak tanah.
GUNI KAIN
Pada sebelah tengahari kami telah menebang dua pokok bedara untuk mengambil buah-buahnya yang sedang masak. Setelah buah-buahnya kami kutip dan mengisikannya dalam beberapa guni kain atau guni tepung gandum, maka sebaik-baik selesai sembahyang Zohor, di tepi sungai di sana, kami telah mula bergerak untuk pulang ke kampung kami.
Kira-kira setengah perjalanan pulang dalam rimba itu, hari telah lewat petang. Kami telah tersesat jalan. Lebih setengah jam kami sesat di sana. Aku telah teringat akan petua seorang pemburu haiwan, Alang Ismail atau Alang Belet; jika tersesat dalam rimba, hendaklah telanjang bogel.Aku telah memberitahu kawan-kawanku supaya kami semua telanjang. Kemudian kami telah telanjang. Semua pakaian yang membungkus tubuh kami, telah tanggal dari tubuh kami dan kami memasukkannya ke dalam guni buah bidara milik masing-masing.
Kami telah berjalan dalam keadaan bogel sambil memikul guni berisi buah bidara dan empat orang mengusung tin berisi madu lebah. Kami telah ketawa terbahak-bahak kerana melihat keadaan diri masing-masing. Kira-kira setengah jam kemudian, kami telah mendapat jalan keluar dari rimba itu.
BUAH VAGINA
Tiga hari kemudian aku pulang semula ke Teluk Anson. Aku telah membawa buah-buah bedara itu kepada kawan-kawanku dan Halen. Aku telah menerangkan kepada Halen, mengapa buah itu dinamakan ’bedara’. Kemudian Halen telah menyebut buah itu sebagai ’buah vagina’ Malaya.
Kira-kira sebulan kemudian, aku telah diserang demam yang kuat. Kerana tidak ada orang yang merawat dan menjagaku, maka rakanku Ali bin Haji Hussein telah menghantar aku balik ke kampungku.
Kira-kira sebulan setelah aku pulih dari demam, aku telah kembali semula ke Teluk Anson. Tetapi keadaan Madrasah Ihsaniyah tidak seperti pada bulan-bulan yang lalu. Ramai murid-murid telah pulang ke kampung masing-masing atau telah berpindah ke sekolah-sekolah lain. Jawatankuasa sekolah itu tidak mampunya wang untuk membayar gaji dua orang guru sekolah itu, iaitu Mudir, Ustaz Sulaiman Najib dan penolongnya, Ustaz Haji Daud.
BELALANG KUNYIT
Setelah aku memaklumkan kepda bapaku, maka bapaku telah datang dengan abang saudaraku, Yeop Hasnan. Dia telah membawa kira-kira seratus ekor belalang kunyit yang telah digoreng oleh ibuku dengan garam dan cili. Menurut bapaku, ibuku meminta aku makan belalang goreng itu untuk memulihkan semula tenagaku setelah lama demam dan supaya aku tidak menjadi pelupa. Aku memang gemar makan belalang kunyit goreng.
Bapaku telah membawa aku pulang ke kampung kami sementara aku melanjutkan pelajaran ke sekolah agama di tempat lain. Bapaku telah mengemukakan cadangannya kepadaku, iaitu supaya aku melanjutkan pelajaran ke sekolah agama Madrasah Idrisiyah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Aku telah setuju dengan cadangan bapaku itu.
Selama beberapa hari aku tinggal di kampungku, aku telah menulis surat kepada Helen. Dalam surat itu aku telah memberitahu kepadanya yang aku tidak akan datang ke Tuluk Anson lagi. Aku juga telah memberitahu kepadanya, jikan diizinkan oleh Allah, aku akan melanjutkan akan pelajaran ke Indonesia. Seperti suratnya kepadaku sebelumnya, aku juga telah menyelit dalam suratku itu akan bisikan hatiku, yang aku juga mencintai dirinya. Oleh kerana aku akan melanjutkan pelajaran, maka aku berharap kepadanya agar cinta kami itu dapat ditukarkan kepada ’cinta antara adik dengan kakak angkat’ sahaja.
MENYERU MANUSIA
Aku juga telah memberi pandanganku kepda Helen agar hajatnya untuk memeluk agama Islam dapat diteruskan. Aku telah menulis, ”...atheisme dan agama-agama lain dari Islam tidak mengajar penganut-penganutnya menyembah Tuhan yang satu . Tidak menyeru manusia mengadakan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia, seperti termaktub dalam Quran, ’ Ditimpa kehinaan ke atas mereka dimana sahaja mereka berada, kecuali orang-orang yang menjagi hubnungan dengan Allah dan hubungaan dengan manusia.’
Sebelum aku menamatkan kandungan surakuku itu, aku telah menulis sebuah sajak karya sasterawan Angkatan 45, Indonesia, Khairil Anuar yang berjudul ’doa’:
Tuhanku
Dalam termangu
Aku masih menyebut nama-Mu
Biar susah sungguh,
Mengingat-Kau penuh seluruh

cahaya- Mu panas suci
tinggal kerdip lilin di kelam sunyi

Tuhanku
aku hilang bentuk
remuk
Tuhanku
aku mengembara di negeri asing

Tuhanku
di pintu-Mu aku mengetuk
aku tidak bisa berpaling.

Helen telah menjawab suratku. Dia telah bersedia menunaikan harapanku. Dia juga memberitahu aku, yang dia memang mempunyai hajat yang kuat untuk memeluk agama Islam. Dijelaskannya juga kepadaku, iaitu semenjak dia mendengar penjelasanku tentang Allah mengharamkan makan daging babi, dia telah tidak memakan daging haiwan itu lagi.
” I loved you Mok, I love you, tidak lama lagi I dan keluarga I akan berpindah ke Kuala Lumpur. Di sana nanti I akan menulis surat kepada you, sayang.”
Perhubungan aku dengan Helen telah terputus kerana aku telah sibuk dengan pelajaran dan berbagai pekerjaan yang aku telah lakukan, terutama menulis artikel, cerpen dan buku-buku cerita romen.
Itulah di antara pengalaman-pengalamanku di Teluk Anson yang telah menjadi ingatanku hingga kini. Aku dan Helen telah menjadi sepasang kekasih yang tidak bertujuan untuk berkahwin atau berumahtangga.
Aku bersukkur kepada Allah, kerana aku telah berjaya mendakwah Helen dan kemudiannya dia telah memeluk agama Islam.
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah).

No comments: