Monday, June 27, 2011

MAKSUD AYAT QURAN




MEMERANGI ORANG KAFIR

... perangilah di jalan Alah akan orang – orang yang memerangi kalian (menentang, menghalang atau menzalimi kita untuk membela diri, keluarga, agama Islam) , dan jangan melanggar batas. Sesungguhnya Allah tidak menyayangi orang – orang yang melanggar batasan.
Dan bunuhlah mereka di mana sahaja kalian dpati dan usirlah mereka
Daritempat yang kalian diusirkan, fitnah (rintangan terhadap agama Islam an kaum muslimin dengan melakukan penindasan, penyiksaan dan pengusiran terhadap orang – orang Islam) itu lebih berbahaya dari pembunuhan . Dan jangan kalian perangi mereka di Masjidul haram, keculai, kalau mereka memerangi kalian di situ, bunuhlah mereka; begitulah pembalsana terhadap orang – orang kafir.
Tetapi, kalau mereka telah berhenti (memerangi kalian), sesungguhnya Allah itu Pengampun dan Penyayang.
– al Baqarah: 190, 191, 192.

-----------------------------------------------------------------------------------------


MASAKAN HARINI

NASI AIR

Beras dimasak hingga menjadi seperti bubur atau kanji Cina, iaitu berair.Lauknya, kangkung atau kailan yang digoreng beriar, beberapa jenis ikan asin yang digoreng, seperti ikan bilis, tamban dan ikan lain.
Tiada cili.
Pada malam tadi, saya telah makan ’nasi air’, di sebuah warong milik peniaga Melayu, tidak jauh dari stesyen keretapi.
Nasi air ini adalah menjadi makanan orng – orang Cina pekebun tembakau dan sayur pada tahun 1930 – an dan kemudian dimakan oleh komred – komred parti komunis Malaya – PKM – yang berjuang dalam rimba dan pinggir bandar kerana menentang penjajah Jepun dan Inggeris.

Sunday, June 26, 2011

MELANCONG




NGANGA TADAH MADU

Gua Musang, Ahad. Di sini ada Gua Batu Madu. Saya telah melawat ke sana pada tengahari tadi.Pergi ke sana mengikut jalan berliku – liku dalam kawasan ladang, perkampungan dan tepian sumngai dan meniti tgiti gantung untuk menganga mulut tadah madu.
Ramai pengunjung – pelancong jauh dan dekat berkunjung ke sana. Mereka melihat sarang – sarang lebah bergayutan pada batu - batu Gunung Madu. Ada yang datang dengan rakan, isteri,kekasih dan madu isteri.
Titik – titik madu lebah luruh dan menitik atas bumi kering lembab, di bawah dada Gunung Batu. Ada yang mengangakan muluat menadah madu. Tetapi, sebaik – baik sahaja madu luruh ke dalam mului, ia tidak manis seperti manisan madu lagi.
Setiba di bawah Gunung Madu, saya makan nasi goreng dari warong, di bawah nauangan Gunung Madu.
Selesai makan nasi goreng campur daging ayam halus dan sayur halus, saya melayan fikiran untuk mengadun kalimat – kalima tidak bersajak berikut:
Gua batu madu,
Batu madu gua,
Madu gua batu.

Gua batu madu,
Gua bawa madu,
Kekasih jadi madu.

Madu batu gua,
Gadis Cina pipi gebu,
Kekasih suami satu.
Gunungn batu madu,
Suami bawa madu,
Isteri tidak tahu brmadu.

Madu bawah gunung madu,
Madu, madu, madu.

– Mokhtar Petah







CERPEN



BERTEMU SUAMI DI GUA MUSANG

Oleh: Mokhtar Petah

“Abang, abang, abang ...,” laungan hati Mona.
“Abang lama tak balik ...,”
“Dah sebulan.”
“Mona rindu abang.”
“Rindu sangat...”
“Mona takut, takut abang kawin ...”
“Kawin dengan anak dara Gua Musang.”
“Nikah dengan janda...”
“Di Gua Musang ramai anak dara ..., janda muda.”
“Abang jangan kahwin.”
“Abaaaang.”
Mona mengkat pedal minyak kereta pada saat mengikuti jalan bersiku Kampung Raja – Lijing. Keretanya mewahnya buatan orang Jepun membelah kabus senja. Dua bola mata Mona tercampak ke puncak gunung ganang dalam pelukan kabus senja.
“Lamba ..., lambat kereta ni ...,”sungut hati Mona.
Suami Mona, Ir Wahid - al fil, bertugas di Gua Musang. Dia jurutera dalam sebuah syaikat yang sedang membina Universiti Islam, perojek Kerajaan Negeri Islam, di Hulu Negeri Kelantan.
MENUNTUT DI SEBUAH
UNIVERFSITI DI LONDON
Pada tika dua bola mata Mona tersangkut pada kepala keretanya dan meluru jalan raya nan sepi, hatinya terkenang akan pertemuanya dengan pemuda Wahid – suaminya - , pada masa dia menuntut di sebuah universiti, di kota London, pada dua belas tahun lalu.
Pertemuan tersebut, ditakdirkan Allah, tumbuh merucup perasaan cinta mereka seperti debunga pokok – pokok dalam rimba raya yang bertebaran, menghinggap dan mengusap bebebunga dara di pohon – pohon. Kemudiannya perkahwinan bebunga itu menumbuhkan pepuitk buah.
Mona bekerja dalam sebuah jabatan kerajaan. Dia dan suaminya terpaksa berenggang jauh semenjak tiga tahun lalu. Kerenggangan tersebut menyebabkan hati Mona didera kerinduan dan kerisauan yang bertali arus.
Rindu tidak dapat memadu cinta.
Risau, entah – entah suami ada kekasih,
Entah – entah ada gadi di Gua Musang,
Entah – entah gadis Orang Aslai di Lijing,
Jatuh cinta,
Memadu cinta dengan suaminya.
“Abang ....!” Menona menjerit pada saat dia memberik keretanhya, kerana seekor tenggiling melintas atas jalan raya di hadapan keretanya.Tenggiling menghubankan badan betkinanya dalam semak di tepi jalan seolah – olah meraung:
“ ...maaf, saya juga nak jumpa laki saya.”
TERLUPA AKAN
GADIS – GADIS CANTIK
Mona mengucap syukur, kerana tayar keretanya tidak menggilas tenggiling betina tersebut. Dia teringatkan kata – kata gurunya, Ustaz Nazim al Hafiz, sesiapa yang membunuh dengan senga atau tidak sengaja akan binatang liar sama dengan membunuh manusia, nisbah sedih dan sesalnya.
“Di universiti dulu, abang ramai girl freind ..., ada anak dara Melayu, anak dara Cina, anak dara Inggeris, Amerika, African, Jepun, Pakistan, Mongolia ...,” hati Mona seperti membuka lambaran buku tentang manusia.
“ ...Laila cantik.”
“Mee Ling cantik.”
“Mary cantik.”
“Khadija Bibi cantik.”
Suara hati Mona menyebut nama rakan – rakan suaminya di universiti. Dia tidak mengetahui, sama ada mereka menghubungi suaminya. Harapann ya melangit. Suaminya telah terlupa akan gadis – gadis cantik tersebut.
Mona mengistikamah dirinya pada setereng keretanya. Keretanya terus menuju ke Gua Musang. Dia dan suaminya akan menginap di hotel ‘Laila wa Majnun’, di pinggir bukit.
“Mona takut, abang.”
“...takut macam kata suami kawan Mona.”
“Lelaki macam abang ramai anak dara ...”
“ ...banyak jandi suka.”
Mona memberek keretanya. Seorang lelaki tua bertongkat melintas di hadapan keretanya. Lekaki itu berhenti di tepi jalan raya dan melampaikan tangannya memegang tongkat kepada Mona.
“Dia lambai aku ..., dia nampak aku cantik,” bisik Mona sambil tangan kirinya menarik bingkai ‘kaca mata ‘ payu daranya. Dia amat yakin dengan keindahan buah dadanya menandakan dia seorang wanita yang cantik atau jelita. Suaminya suka begitu.
MONA DIKOPAK
PERASAAN CEMBURU
Bandar peninggalan Parti Komunis Malaya – PKM - , Gua Musang dalam pelukan malam muda. Kabus membungkus bandar kecil itu laksana debu bedak pada wajah gadis hitam di Afrika. Mona memberhentikan keretanya di tepi jalan, di muka persimpangan Jeli – Gua Musang.
“Cik nak pisen goghe..., cucur badak?” Perpuan muda penjual di warong bertanya kepada Mona.
Mona mengangguk.
“Saya nak pisang goreng.”
“Nak beghapa?”
“Seringgit.”
“Enam butir ...”
“Murahnya, tak macam di Kuala Lumpur, setengah biji seringgit,” sahut Mona.
Perempuan itu senyum. Sepasang lesung pipit berpupur pada dua pipinya.
“... sini semua mughah, cik. Oghe tina pun mughah, cik.”
Mona diam. Dia faham akan kata – kata perempuan itu. Bergurau pada pelamnggannya. Tetapi hati Mona dikopak perasaan cemburu. Dia cmburu. Dia takut akan suaminya berminat dengan makanan murah, barang murah dan wanita murah.
“Abang, Mona dah tiba depan hotel ni,” Mona membertahu suaminya melalui telefon bimbitnya.
“Dah sampai, ia, dalam dua puluh minit abang sampai,” sahut suaminya.
Ir Wahid – al fil meninggalkan setia usaha perinbadinya, Nik Na’imah, di rumah sewa gadis itu. Seperti pelomba kereta, Ir Wahid – alfil menekan pedal minyak keretanya. Kereta membelah jalan raya dalam warna malam berkabus putih menuju ke hotel tempat isterinya sedang menunggu.
“Allahu Akbar ..., hamMu syukur, isteri hamba tak tahu ...,” bisik Wahil – al fil. Semum. Menelan air liur tawarnya.
Dari dalam petik keretanya, dikeluarkan pofeum bau lelaki. Dirinjis - rinjiskan air wangi itu kepada tengkuk dan sepasang ketiaknya. Baunya, bau seorang lelaki menghilang bau harum Nik Na’imah.
NIK TAK ‘MBUH
JADI MACAM KELAH
Dalam bilih hotel, Mona meleraikan tubuhnya dalam pelukan suaminya. Rindu yang panjang mederakan dirinya telah hilang dalam bau harum lelaki pada lehir suaminya.
“Kita keluar makan.”
“...abang nak makan apa?”
“ Nasi air, nasik dengan ikan siakap masak kukus.”
“Nak.”
Mona merenung wajah suamimnya dengan renungan seorang isteri yang setia. Isteri yang lama berendam dalam tasik kerinduan. Suaminya senyum.
“Kita makan roti ajalah, abang.”
“Ngapa”
“Mona tak nak keluar.”
“Nona penat, abang.”
Wahid – al fil memicit ceropong hidung isterinya yang seperti ceropong hidung Madhu Bala itu.
Bandar Gua Musang muram dalam pelukan malam.
Nik Na’iman memandu keretanya ke stesyen keretapi. Di situ dia merenung ikan - ikan kelah dalam kolam kaca. Dia sedih. Kasih. Melihat ikan – ikan kelah itu kempunan sepanjang hayat kerana tidak pernah bercinta. Tidak berkahwin.
“Hai Kelah, Nik tak ‘buh jadi macam muma tu ...,” bisik Nik Na’imah sambil meninggalkan ikan- ikan kelah tersebut.
“Wahiiiiiiiid ...!” Hati Nik Na’imah meraung.
Butir- burit air mata bergolek dan cair atas sepasang pipi Nik Na’imah yang gebu. Dingin. Hatinhya bersama Wahid – al fil. Bossnya.
Gua Musang sepi.
Tamat.






MAKSUD AYAT QURAN



HUBUNGAN DENGAN ALLA DAN MANUSIA

Ditimpa atas mereka - orang - orang Islam - kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali mereka yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia – manusia, dan mereka kembali dengan mendapat murka dari Allah dan ditimpakan atas mereka kelemahan – lemah semangat, hilang kuasa - . Yang demikian itu kerana mereka tidak percaya kepada ayat – ayat – keternang – keterangan – Allah an membunuh Nabi – nabi dengan tidak patut – jahat atau zalim - . Mereka menderhaka dan melanggar batasan.
– Ali Imran: 112

Friday, June 24, 2011

MAKSDUD AYAT QURAN




TAKUT MATI

Tidakkah anda (Muhammad s.a.w.) perhatikan orang – orang yang keluar dari rumah masing – masing, beribu – ribu banyaknya, kerana takutkan mati, lalu Allah berkata kepada mereka: ...matilah kalian! – maka mereka itu mati – (Demikian umat manusia yang tidak mahu berjuang menegakkan agama Allah dan membela umat Islam, di matikan Allah, seperti telah berlaku pada zaman silam pada umat Baji Israel dan lain). Kemudian mereka itu dihidupkan Allah semula. Sesungguhnya Allah itu Pemurah terhadap umat manusia, tetapi kebanyakan dari umat manusia tidak tahu berterima kasih.
al Baqarah:243

Wednesday, June 22, 2011

MENGENANG MASA SIALAM




BUAH BIDAYA DAN GADIS CINA

Buah bedara(bidara), sejenis buah lebih kacil dari buah mata kucing. Rasanya manis. Orang-orang kampungku membuat serawa atau pengat dan makan dengan pulut atau roti. Pokoknya seperti pokok dan daunnya seperti pokok dan daun rambutan. Pokok bedara terdapat banyak dalam rimba atas banjaran Gunung Bintng Hijau, di belakang kampungku dan sekitgar timba banat di Negeri Perak.
Aku telah pulang ke kampungku kerana sekolahku bercuti. Pada satu hari, kawan-kawanku - ada yang lebih tua daripadaku -, telah mengajak aku pergi mencari madu lebah dan buah bidaya dalam rimba tersebut.
Aku telah bergi memanjat gunung dan meredah rimba pada waktu subuh bersama Hassanuddin, Din Molek, Din Teluk, Mat Teridi, Mat Tok Pek, Semaun, Sharif Juling dan Mat Belet.Di sana kami telah mengambil madu lebah dari dua buah sarangnya yang bergayut pada pokok-pokok atas gunung itu. Madu itu kami isikan dalam dua biji tin minyak tanah.
GUNI KAIN
Pada sebelah tengahari kami telah menebang dua pokok bedara untuk mengambil buah-buahnya yang sedang masak. Setelah buah-buahnya kami kutip dan mengisikannya dalam beberapa guni kain atau guni tepung gandum, maka sebaik-baik selesai sembahyang Zohor, di tepi sungai di sana, kami telah mula bergerak untuk pulang ke kampung kami.
Kira-kira setengah perjalanan pulang dalam rimba itu, hari telah lewat petang. Kami telah tersesat jalan. Lebih setengah jam kami sesat di sana. Aku telah teringat akan petua seorang pemburu haiwan, Alang Ismail atau Alang Belet; jika tersesat dalam rimba, hendaklah telanjang bogel.Aku telah memberitahu kawan-kawanku supaya kami semua telanjang. Kemudian kami telah telanjang. Semua pakaian yang membungkus tubuh kami, telah tanggal dari tubuh kami dan kami memasukkannya ke dalam guni buah bidara milik masing-masing.
Kami telah berjalan dalam keadaan bogel sambil memikul guni berisi buah bidara dan empat orang mengusung tin berisi madu lebah. Kami telah ketawa terbahak-bahak kerana melihat keadaan diri masing-masing. Kira-kira setengah jam kemudian, kami telah mendapat jalan keluar dari rimba itu.
BUAH VAGINA
Tiga hari kemudian aku pulang semula ke Teluk Anson. Aku telah membawa buah-buah bedara itu kepada kawan-kawanku dan Halen. Aku telah menerangkan kepada Halen, mengapa buah itu dinamakan ’bedara’. Kemudian Halen telah menyebut buah itu sebagai ’buah vagina’ Malaya.
Kira-kira sebulan kemudian, aku telah diserang demam yang kuat. Kerana tidak ada orang yang merawat dan menjagaku, maka rakanku Ali bin Haji Hussein telah menghantar aku balik ke kampungku.
Kira-kira sebulan setelah aku pulih dari demam, aku telah kembali semula ke Teluk Anson. Tetapi keadaan Madrasah Ihsaniyah tidak seperti pada bulan-bulan yang lalu. Ramai murid-murid telah pulang ke kampung masing-masing atau telah berpindah ke sekolah-sekolah lain. Jawatankuasa sekolah itu tidak mampunya wang untuk membayar gaji dua orang guru sekolah itu, iaitu Mudir, Ustaz Sulaiman Najib dan penolongnya, Ustaz Haji Daud.
BELALANG KUNYIT
Setelah aku memaklumkan kepda bapaku, maka bapaku telah datang dengan abang saudaraku, Yeop Hasnan. Dia telah membawa kira-kira seratus ekor belalang kunyit yang telah digoreng oleh ibuku dengan garam dan cili. Menurut bapaku, ibuku meminta aku makan belalang goreng itu untuk memulihkan semula tenagaku setelah lama demam dan supaya aku tidak menjadi pelupa. Aku memang gemar makan belalang kunyit goreng.
Bapaku telah membawa aku pulang ke kampung kami sementara aku melanjutkan pelajaran ke sekolah agama di tempat lain. Bapaku telah mengemukakan cadangannya kepadaku, iaitu supaya aku melanjutkan pelajaran ke sekolah agama Madrasah Idrisiyah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Aku telah setuju dengan cadangan bapaku itu.
Selama beberapa hari aku tinggal di kampungku, aku telah menulis surat kepada Helen. Dalam surat itu aku telah memberitahu kepadanya yang aku tidak akan datang ke Tuluk Anson lagi. Aku juga telah memberitahu kepadanya, jikan diizinkan oleh Allah, aku akan melanjutkan akan pelajaran ke Indonesia. Seperti suratnya kepadaku sebelumnya, aku juga telah menyelit dalam suratku itu akan bisikan hatiku, yang aku juga mencintai dirinya. Oleh kerana aku akan melanjutkan pelajaran, maka aku berharap kepadanya agar cinta kami itu dapat ditukarkan kepada ’cinta antara adik dengan kakak angkat’ sahaja.
MENYERU MANUSIA
Aku juga telah memberi pandanganku kepda Helen agar hajatnya untuk memeluk agama Islam dapat diteruskan. Aku telah menulis, ”...atheisme dan agama-agama lain dari Islam tidak mengajar penganut-penganutnya menyembah Tuhan yang satu . Tidak menyeru manusia mengadakan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia, seperti termaktub dalam Quran, ’ Ditimpa kehinaan ke atas mereka dimana sahaja mereka berada, kecuali orang-orang yang menjagi hubnungan dengan Allah dan hubungaan dengan manusia.’
Sebelum aku menamatkan kandungan surakuku itu, aku telah menulis sebuah sajak karya sasterawan Angkatan 45, Indonesia, Khairil Anuar yang berjudul ’doa’:
Tuhanku
Dalam termangu
Aku masih menyebut nama-Mu
Biar susah sungguh,
Mengingat-Kau penuh seluruh

cahaya- Mu panas suci
tinggal kerdip lilin di kelam sunyi

Tuhanku
aku hilang bentuk
remuk
Tuhanku
aku mengembara di negeri asing

Tuhanku
di pintu-Mu aku mengetuk
aku tidak bisa berpaling.

Helen telah menjawab suratku. Dia telah bersedia menunaikan harapanku. Dia juga memberitahu aku, yang dia memang mempunyai hajat yang kuat untuk memeluk agama Islam. Dijelaskannya juga kepadaku, iaitu semenjak dia mendengar penjelasanku tentang Allah mengharamkan makan daging babi, dia telah tidak memakan daging haiwan itu lagi.
” I loved you Mok, I love you, tidak lama lagi I dan keluarga I akan berpindah ke Kuala Lumpur. Di sana nanti I akan menulis surat kepada you, sayang.”
Perhubungan aku dengan Helen telah terputus kerana aku telah sibuk dengan pelajaran dan berbagai pekerjaan yang aku telah lakukan, terutama menulis artikel, cerpen dan buku-buku cerita romen.
Itulah di antara pengalaman-pengalamanku di Teluk Anson yang telah menjadi ingatanku hingga kini. Aku dan Helen telah menjadi sepasang kekasih yang tidak bertujuan untuk berkahwin atau berumahtangga.
Aku bersukkur kepada Allah, kerana aku telah berjaya mendakwah Helen dan kemudiannya dia telah memeluk agama Islam.
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah).

TITIK - TITIK SEJARAH



CATATAN DALAM SEJARAH

Apabila kemerdekaan persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur, pada tengah malam 31 Ogos 1957, nama Kepala Batas tercatat dalam sejarah kemerdekaan bangsa Melayu dan semua warga bumi semenanjung ini. Tetapi tidak ramai orang yang mengetahui akan kisah bumi bertuah itu.
Pada tahun 1955, iaitu dua tahun sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, pilihan raya umum untuk memilih ahli-ahli Parlimen (Dewan Rakyat) telah diadakan serentak di seluruh Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura. UMNO (Perikatan) telah mencalonkan seorang ahli perniagaan, Haji Hashim Awang ari Tasik Gelugur dan dia telah menang dengan tidak penentangnya.
Pilihan raya Umum tahun 1959, calon UMNO (Periktan), Haji Ahmad Said dan dia telah mendapat kemenangan dengan 8,211 undi dan pilihan raya 1964, dia telah menang dengan 11,211 undi. Manakala pilihan raya tahun 1969, dia memperoleh undi sebanyak 2,353.
PARTI POLITIK
Bekas orang kuat Parti Buruh, Mohamad Sopiee Sheih Ibrahim telah bertanding atas tiket UMNO (Barisan Nasional) dalam kawasan tersebut dan dia telah menang tidak bertanding.
Cucu sulung kepada Sheikh Abdullah Fahim dan anak kepada Haji Ahmad Badawi, Abdullah Haji Ahmad Badawi bekas pegawai tinggi Kerajaan Malaysia yang tidak pernah diduga menyertai parti politik dan bakal pemimpin negara, telah bertanding dalam kawasan Parlimen (Kepala Batas) pada pilihan raya 1978. Beliau telah menang dengan 5,029 undi.
Pada pilihan raya umum 1982, Abdullah Ahmad Badawi telah menang dengan 12,644 undi. Pilihan raya 1986 beliau menang dengan 8,622 undi. Beliau telah menang dengan 9,851 undi pad pilihan raya umum pada tahun 1990.
MENCAPAI KEMENANGAN
Nama Abdullah Ahmad Badawi telah terjuang sebagai pemimpin negara, maka pada pilihan raya umum 1995 beliau menang dengan 17,834 undi. dan pada pilihan raya 1999 beliau telah mencapai kemenangan dengan 11,175 undi.
Setelah Abdullah Ahmad Badawi menduduki kerusi Perdana Menteri dan pemimpin rakyat negara ini, beliau telah mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum 2004 dengan 19,985 undi. Calon PAS,Abdul Khalid Rashid mendapat 8,810 undi. Majoriti 11,175 undi.
Pada hari-hari Abdullah Ahmad Badawi melangkah ke puncak, beliau sentiasa dalam doa dan restu ibunya , Allahyarhamah Datin Hajah Kailan binti Haji Hassan. Ibu berjasa ini telah meninggal dunia pada 2 Februari 2004.
RANSANGAN SEMANGAT
‘Sesungguhnya Allah itu menetahui segala sesuatu.’ Sepanjang kempen pilihan raya 2004, pada hari mengundi dan hari kemenangan Abdullah Ahmd Badawi, beliau telah mendapat rangsangan semangat, ketabahan hati dan jiwa , dipeluk dan di sayangi sepenuh hati dan jiwa raga oleh isteri beliau, Allahyarhamah Datin Endon Mahmood. Ina lillahi wa inna ilaihi rajiun, wanita pertama itu telah meninggal dunia di Kediaman Rasmi Perdana Menteri, Putrajaya, pada jam 7.55 pagi 20 Oktober 2005. Jenazahnya telah dikebumikan di tanah perkuburan umat Islam di sana.
Kawasan Dewan Rakyat Kepala Batas mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri, iaitu: Dewan Undangan Negeri Bertam, Dewan Undangan Negeri Penaga dan Dewan Undangan Negeri Pinang Tunggal.

Di sinilah,
Suara ulama melaung umat,
Sheikh Abdullah Fahim,
Menyergah maya;
“ Melayu bangsa bermaruah.
Bebaskan dari penjajah.”

Di sinilah,
Pemuda garang waja tauhidnya,
Haji Ahmad Badawi,
“Pemuda berani mati,
Demi agama, bangsa dan pertiwi.”

Di sinilah,
Waris titisan darah mereka,
Abdulah Ahmad Badawi,
Menerima amanah perjuangan,

Tegak teguhkan Islam,

Pimpin dan bela,

Bangs Melayu,

rakyat Malaysia.


Abdullah Ahmad Badawi yang telah memegang jawatan Perdana Menteri yang kelima - Pulau Pinang.
Perdana Menteri yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad - Kedah.
Perdana Menteri yang ketiga, Tun Hussein bin Dato’ Onn – Johor..
Perdana Menteri yang kedua, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein - Pahang.
Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman - Kedah.
Mungkin ramai orang dapat menerima harapan saya, Kepala Batas ini telah menjadi bumi bertuah; tempat suburnya agama Islam, tempat kebangkitan bangsa Melayu untuk merdeka, tempat ‘terbuang’ pemimpin pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, tempat penentuan tarikh keramat kemerdekaan negara dan tempat lahir pemimpin kelima bagi negara kita. Maka, eloklah difikirkan oleh semua, agar di sini dibina sebuah universiti untuk mengenang sejarah perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air dari penjajah. – Mokhtar Petah

MAKSUD AYAT QURAN


MENOLONG ALLAH


Wahai orang – orang yang beriman, kalau kalian menolonbg – membela – (agama) Allah nescaya Allah menolong – membela – kalain (untuk mencapai menernangan) dan meneguhkan tapak ( kehidupan dan pernjuangan) kalian.

Dan (sebaliknya) orang – orang kafir – tidak percayakan Allah, menyengutukan Allah - , maka, kecelakaanlah bagi mereka, dan (Allah) mensia – siakan - tidak menilai – amalan – amalan mereka.

-Muhammad:7, 8.

Tuesday, June 21, 2011

MAKSUD QURAN DAN HADIS



ORANG DALAM


Wahai orang – orang yang beriman, janganlah kalian mengambil injdividu – indiviu yang bukan dari kalangan kalian untuk mejadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti – henti berusaha mendatangkan bencana kepada kalian. Mereka suka akan sesuatu yang menyusahkan kalian. Telah nyata – tanda - kebencian pada pertuturan mereka dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami – Allah – telah menjelaskan kepada kalian keterangan – keterangan tersebut jika kalian - mahu – memahaminya.
- Ali ’Imran: 118

NOTA:
Jika anda menajdi pemimpin atau ketua negara dan sebagainya, ambillah orang – orang dari kaum keraba kalin, kerana mereka boleh dipercayaai dan kluat amanah mereka kepada anda. Tetapi jika anda mengambil orang luar, maka anda akan menerima akibat buruk dari perbuatannya.


HADIS

MENYAKITI HATI JIRAN

Rasul Allah Muhammad s.a.w. memaklumkan: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka dia tidak boleh – jangan – menyakiti hari jirannya.
– Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim.

NOTA:
iran adalah orang – orang yang berada dalam bilangan 40 buah rumah dengan rumah kita.



------------------------------------

BERNIAGA TIDAK UNTUNG

Ada orang bertanya kepada saya, mengapa orang - orang Melayu berniaga, terutama berniaga pasar malam, gerai makanan dan sebagainya tidak mendapat untung dan tidak enang hidup. Saya tidak menjawab.
Kemudian saya yakin orang - orang Melayu adalah orang - orang Islam. Mereka mengucap dua kalimah syahadah. Ertinya mereka bersumpah akan taat atau mengerjakan segala yang disuruh atau perintah oleh Allah dan meninggalkan atau menolak segala yang dilarang oleh Allah.
Di antara yang dirusuh oleh Allah, menjual beli dengan ikhlas, akad jual beli, bersiah dan ihsan.
Di antara yang dilarang, ialah menipu, mengamalkan riba dan laba atau untung yang berganda - ganda.
Kebanyakan peniaga Melayu meminjam wang dari bank, ceti atau Ah Long. Mereka tahu pinjaman itu ada riba, tetapi mereka lakukan juga.
Mereka mengenaka harga yang berlipat ganda atau melampau.
Mereka tidak menjaga kebersiahan dengan sempuna.
Saya pernah makan mee rebus di sebuah wsarung tepi jalan, harganya RM4.00 sepinggan. Mee di dalamnya kira - kira lima kali suap sahaja.
Di sebuah warong dalam bandar Kuala Lumpur, cawan, gelas dan piring terdapat kalat - kalan hitam tidak bersih.
Saya percaya, perbuatan - perbuatan demikian menyebab kan mereka melanggar pengakuan mereka ke pada Allah dalam ucapan dua kalimah syahadah.

Saturday, June 18, 2011

SAJAK

AYAH

Di mana – mana majlis ilmu,
Ada ayah intelektual,
Bersamanya anak gadisnya,
Yang ditakdirkan cacat anggota.

Aya syukur,
Puterinya syukur jua,
Mereka dua insan menanti reda Allah,
Mereka dua insan disayang Allah,
Bapa dan anak prihatin janji Maha Esa.

Puteri milik ijazah,
Dirinya cendekiawan bangsa Melayu,
Anak ayah penyayang bangsanya,
Bapa dan anak milik bangsa mulia.

“Sayang, hanya pengetahuan,
dalam dirimu,
bukan emas dan harta,
... ayah tinggalkan,
jadilah dirimu manusia di hadapan Allah!”

Ayah,
Menyurung puterinya,
Dua beranak itu pamit kepada laut,
Mereka menuju distinasi,
Dengan pengetahuan dalam dada,
Kasih sayang ayah dan puterinya.

Batu Peringgi, P. Pinang ......Mokhtar Petah

MAKSUD AYAT QURAN




SEMBUNYIKAN KEBENARAN

Jangan kalian campur adukkan kebenaran dengan kepalsuan dan kalian sembunyikan kebenaran itu, sedangkan kalian mengetahuinya.
al Baqarah: 42
Mengapa kalian menyuruh orang – orang lain mengerjakan kebajikan –kebaikan - , dan kalian lupa akan diri kalian sendiri? Dan kalian membaca Kita – Quran - , apakan kalian tidak mengerti?
al Baqarah: 44

Friday, June 17, 2011

PILIHAN RAYA MASJID PULAU PINANG

MASJID NEGERI PULAU PINANG

DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, Tengku Mizan Zainal Abidin, sebagai Raja Pemerintah negara ini, tidak menasabah mendengar dan menerima pandangan pihak UMNO Pulau Pinang berhubungan dengan rancangan memilih ahli jawatan kuasa Masjid Negeri tersebut.
Baginda patut dan menasab berkanan akan hasrat kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai Pakataran Rakyat – DAP, Pakatan Rakyat dan PAS – di bawah Yang Dipertuan Agong, yang mahu ajk masjid tersebut dipilih menerusi pilihan raya.
Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (bekas orang kuatn UMNO negeri tersebut), Datuk Seri Mohd. Yussof Latif yang mengetuai mesyuarat khas Persatuan kariah – kariah masjid Pulau Pinang mahukan jawatan kuasa Masjid Negeri dipilih mengikut cara lama; yang memungkinkan orang – orang UMNO menguasai Masjid Negeri tersebut.
Semua jemaah Masjid Negeri adalah dari umat Islam yang tidak menajdi ahli bedaftar Masjid Negeri (memang masjid tersebut tiak ada persatuan dan ahli), maka, pemilihan ajk masjid terswebut amat baik dipilih secara pilihan raya.
Amalan demikian – pilihan raya - telah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada masa memilih orang – orang yang memikul tanggungjawab Masjid Nabawi Madinah.
Pengerusi Jawatsan Kuasa Agama dan Perdagangan Dalam Negeri, Abdul Malik Abdul Kassim dan Majlis Agama Islam Negeri Puolau Pinang mestilah brtegas uantuk meneruskan pilihan raya agar tidak menimbulkan keadaan yang memecah belahkan umat Islam disebabkan orang – orang UMNO menguasai masjid tersebut.
Piliah orang PAS, orang UMNO dan orang dari mana parti politik yang beragama Islam dan badan – badan Islam, asalkan tidak membawa ‘politik nasionalis, kapitalis dan sosialis’ ke dalam masjid tersebut.
Mengenai masalah tersebut, saya kita Yang Dipertuan Agong tidak perlua mendengar dan ambil kira pandangan persatuan – persatuan kebajikan, tetapi elok dan adil mengambil kira fi pihak kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam Negeri tersebut.
Jika Yang Dipertuan Agong menimbang dengan cara yang saya kemukan itu, maka, Masjid Negeri Pulau Pinang akan dapat dielakakan dari berlaku krisis yang akan merunsingkan Baginda sebagai Ketuan JK Agama Islam negeri terseebut. – Mokhtar Petah , Pulau Pinang.



MASAKAN HARINI


KULAT SISIR DENGAN TELUR KAMBING

Kulat* sisir renanga pedas dengan terlur kambing jantan.
Setengan kilo kulat sisir dan dua biji telur kambing jantan (dibelah tiga tiap sebiji).
Ramuan: Lengkuas, serai, bawang merah, halia, cabai burung, isi kunyi, garam (secukup rasa). Dirumbuk lumat.
Daun kunyit 2/3 helai, dihiris halus.Kerisik kelapa.
Gaulakan telur kambing jantan, kulat dengan ramuan, daun kunyit, kerisik dan masukkan santan kelapa yang agak pekat.Masukkan tiga biji ciloi besar hijau dibela dua.
Sedaaaaap!


* Kulat, jenis kembang seperti bunga.Cendawan, jenis berbatang seperti kulat tahun atau cendawan tanah dan cendawan tali

MAKSUD AYAT QURAN



ALLAH BENCI

Hai orang – orang yang beriman, mengapa kalian berkata apa – sesuatu – yang kalia tidak lakukan?
Sangat dibenci Allah, kalian tidak melakukan apa – sesuatu – yang kalian katakan.
Sesunguhnya Allah menyayangi orang – orang yang berperang di jalan Allah – kersana pertahankan agama Islam dan umat Islsm, dalam barisan peperangn yang teratur – berdisiplin - , laksana tembok yang teguh kukuh.
– Asy Syaf:2,3,4.

Nota.
Kita, orang Melayu umat Islam di Nusantara – Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, empat wilayah Thailand – sentiasa bercakap tentang agama Islam dan beriman kepada Allah da Rasul-Nya, tetapi kita tidak mengikut Allah dan RsulNya dengan sempurna.
Kita mengamalakan agama Islam sekadar beribadat dan perkara – perkara yang berhubungan dngan mal – sivil - , nikah dan cerai, rumah tangga, harta pesaka, dan peribadatan sahaja, tetapi kita tidak mahu memnina negara seperti negara Rasul Allah Muhammad s.a.w. yang berdasarkan Quran.
Maka, kita ada orang – orang yang bercakap atau berkata mengenai Islam, tetapi kita tidak melakukan dengan sempurna.
Sekarang, orang Melayu dan umat Islam di Malaysia berkedaan rendah diri dan takut kepada golongan – golongan manusia yang beragama lain dari agama Islam.

Thursday, June 16, 2011

JEJAK - JEJAKPOLITIK





KEPALA BATAS

‘Dagang lalu ditanakkan, kera di hutan disusui,anak mati kelaparan dalam buaian’.Pada zaman silam, Kepala Batas khasnya dan Seberang Perai dan Pulau Pinang amnya termasuk dalam negeri Kedah. Dalam sejarah Negeri Kedah dan Semenanjung Tanah Melayu tidak ada catatan atau termaktub nama awal kawasan bertuah, Kepala Batas. Hanya dari cerita mulut orang-orang tua, bahawa nama asal kawasan ini ialah Permatang Bertam . Pada zaman silam, kawasan ini di bahagian sempadan dengan Padang Serai hingga bersempadan dengan Sungai Muda adalah hutan rimba yang penuh dengan pokok-pokok bertam.Sejak zaman berzaman di Seberang Perai tidak banyak tempat dinamakan ‘kampung’ atau ‘desa’. Paling banyak dinamakan ‘permatang’. Walaupun permatang tidak ada keterangan dalam kamus Melayu, tetapi dari cerita mulut orang tua-tua; bahawa permatang adalah tempat tinggal penduduk-penduduk yang terdiri dari kaum tani dan terletak di tepi atau di tengah sawah padi. Pada sebelah petang pemandangannya indah lagi permai. Permatang adalah ketungan dari dua kata asal, iaitu ‘permai petang’. Suku kata awal permatang, iaitu ‘perma’ dan suka kata akhir petang, iaitu ‘tang’ dicantumkan - perma + tang - , maka jadilah ‘permatang’.PEMIMPIN ORANG MELAYUDi kawasan sekitar daerah atau kawasan Dewan Rakyat Kepala Batas, terdapat banyak tempat bergelar permatang atau matang. Di antara tempat-tempat itu: Permatang Sungai Dua, Permatang Sintuk dan Permatang Janggus.Nama Kepala Batas (pangkal jalan raya) didaftarkan oleh Kerajaan Negeri Seberang Perai, setelah jalan raya batu berturap minyak tar dibina menyambungkan Bukit Mertajam dengan sempadan negeri Kedah, iaitu Bumbung Lima. Jalan raya itu berkepalakan pada jalan (batas) melintang – jalan (batas) ke Butterworth dan Estate Bertam yang terletak dalam bandar kecil yang dinamakan Kepala Batas. Pada zaman silam, negeri Kedah meliputi negeri Perlis, Seberang Perai dan pulau-pulaunya termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pinang. Pada zaman itu, negeri Kedah dipimpin oleh dua orang ketua atau pemimpin orang Melayu, iaitu Tun Derma Dewa dan Tun Perkasa. Mereka itu dikatakan gagah dan berani serta bijak. Mereka tidak tahu menulis dan membaca tulisan Rumi tetapi mahir dengan tulisan Jawi yang berdasarkan tulisan Arab dalam Quran. TETANGGA ORANG MELAYURamai orang Siam, Burma, Cina dan India telah berhijrah ke negeri Kedah. Mereka menjadi pendatang tanpa izin. Kerana baik budi orang Melayu – dagang lalu ditanakkan atau kera di hutan disusui, anak mati kelaparan dalam buaian, maka pendatang-pendatang itu telah diterima menjadi jiran tetangga orang Melayu di sana.Pada zaman silam juga negeri Kedah di sebut ‘Qilha’. Dalam bahasa Sanskrit ‘Kataha’. Orang India menyebut ‘Kadaram’ atau ‘Kidaram’, orang Cina menyebut ‘Kie-te’a’ atau ‘Cieh-c’a’ dan orang Arab menyebut Qedah atau Qadhun (mangkuk kayu).Negeri Kedah ada empat daerah, iaitu Kuala Qilha (Kuala Sungai Merbuk), Kuala Bahang atau Mahang (Kuala Kedah sekarang), Kuala Merpah (Pulau Panjang dekat Perlis), Kuala Bara (kawasan dekat Negeri Perlis sekarang). Ada sebuah daerah atau negeri yang dinamakan Seberang (seberang Sungai Muda) terletak dalam negeri Qilha, iaitu Seberang Perai yang meliputi Kepala Batas.MENJADI RAJA PEMERINTAHKira-kira pada tahun 630 (M), seorang Raja dari negeri Gumarun, Parsi (Iran), iaitu Maharaja Derbar Raja I, adalah nenek moyang kepada raja-raja negeri Kedah. Raja tersebut telah dikalahkan dalam satu peperangan oleh Raja Parsi. Dia telah melarikan diri dari Parsi ke Sri Lanka. Maha Derbar Raja tidak lama tinggal di Sri Lanka. Dia dan rombongannya telah merantau dan akhirnya sampai ke Kuala Sungai Qilah, iaitu di negeri Kedah sekarang. Setelah tiba di sana, Maharaja Derbar Raja I masuk ke negeri Kedah dan bertemu dengan dua orang ketua orang Melayu, iaitu Tun Perkasa dan Tun Derma Dewa.Menurut sejarah, kerana Maharaja Derbar Raja I seorang yang baik budi dan pekertinya, maka oleh Tun Derma Dewa dan Tun Perkasa telah melantiknya menjadi raja pemerintah yang awal di negeri Kedah.HULU NEGERI KEDAHSetelah berkuasa sebagai seorang raja di negeri Kedah. Pada tahun 634, Baginda telah memerintahkan pihak kerajaannya supaya membina sebuah ibu negeri bagi kerajaannya di hulu negeri Kedah, iaitu dalam kawasan Sik sekarang.Orang Melayu Kedah amnya dan Kepala Batas khasnya, seperti orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu juga, iaitu baik hati dan berbudi bahasa. Mereka menerima kedatangan pendatang-pendatang asing seperti orang Parsi (Iran), Cina, India, Siam dan Arab dengan hati yang ikhlas dan terbuka.Mereka menghormati tetamu atau pendatang asing. Dalam hati mereka tidak menaruh perasaan curiga kepada pendatang-pendatang itu. Mereka memandang semua manusia yang datang ke negeri mereka itu baik belaka. Mereka telah melayan pendatang atau tetamu mereka lebih dari melayan anak-anak mereka sendiri. Dengan demikian, lahirlah peribahasa: Dagang lalu ditanakkan. Kera di hutan disusui. Anak mati kelaparan dalam buaian.Tetapi malang bagi orang Melayu, kebanyakan pendatang yang mereka raikan dan mencurah budi itu tidak membalas budi mereka. Sebaliknya, budi mereka dibalas dengan tuba. Kebanyakan pendatang itu menggunakan mereka sebagai batu loncatan untuk naik ke atas atau mendapat peluang mengaut keuntungan atau kemewahan.MEMBOLOT HARTA MEREKASebagai contoh, sekitar tahun 1930-an orang Melayu, terutamanya di Pulau Pinang dan Seberang Prai termasuk Kepala Batas terperangkap dalam golongan pendatang yang mereka rai dan hormati, sehingga tanah milik mereka terjual atau tergadai.Pada mulanya pendatang yang mereka memberi pertolongan itu menjadi kawan rapat mereka, tetapi akhirnya pendatang itu membolot harta mereka dan memusuhi mereka. Kemudian, negeri Kedah dan jajahan takluknya termasuk Kepala Batas seperti negeri-negeri di seluruh Tanah Melayu telah menyusuri denai dan jalan duka selama berabad-abad lamanya, dijajah oleh Kerajaan Siam, Kerajaan Inggeris, Kerajaan Jepun dan Kerajaan Inggeris kali yang kedua hingga tahun-tahun sebelum 31 Ogos 1957.Selama 71 tahun di bawah penjajahan Inggeris, orang Melayu telah dipaksa secara halus, dididik dengan pelajaran dan budaya yang mengikut acuan penjajah. Mereka menjadi manusia yang tidak terdaya dan hidup dengan duka lara atas muka bumi mereka sendiri.TERUS MENJADI HAMBAAkibatnya, di mana-mana tanah milik orang Melayu terlepas ke tangan orang lain. Semangat orang Melayu menjadi seperti pelanduk terjerat dalam hujan. Sekali merenung diri terasa sebagai tuan, tetapi bila dinilai diri hujung rambut hingga ke hujung kaki, nyata diri tidak lebih dari seorang hamba cuma.Sesungguhnya manusia di bawah kekuasaan Allah. Allah tidak membiarkan hamba-hamba-Nya terus menjadi hamba dan dihina oleh manusia lain. Allah telah mengurniakan kepada penduduk-penduduk Kepala Batas khasnya dan seluruh tanah air, amnya dengan kesedaran, iaitu kesedaran melalui kefahaman dari Quran dan Hadis oleh para ulama pada masa silam.Di Kepala Batas dipancarkan oleh Allah dengan petunjuk dari ajaran Quran dan Hadis oleh seorang ulama yang hingga pada masa ini namanya masih dikenang, Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim.PEMANGKU KETUA MENTERIPutra Sheikh Abdullah Fahim, Haji Ahmad Badawi (Datuk) , salah seorang ulasma terkenal -, bekasa Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, sebelum meninggal dunia, ahli Esco Kerajaan Pulau Pinang dan Pemangku Ketusa Menteri Pulau Pinang.Putra Dato Haji Ahmad Badawi, ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas pegawati tinggi kerajaan, Setusaha MAGERAN dan Perdana Menteri Malaysi dan kini masih ahli Dewan Rakyat kawasan Kepala Batas.Dijangkakan. Pada pilihan raya ke 13, jika BN dan Najib salah pilih calon menggantikan Tun Abdullah Badawi, maka, kawasan Parlimen itu ,Kepala Batas – dalaam negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat - DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS akan menjadi kawasan Parti Keadilan Rakyat – PAS pula.
– Mokhtar Petah. Pada hari ini di Kepala Batas.

MASAKAN HARINI


GULAI IKAN PUYU

Gulai ikan puyu dengan rebung jeruk.10 ekor ikan puyu* (pepuyu) disiang – bersihkan dan dikelar tubuhnya.Ramuan: Lengkuas, serai, bawang merah, cili api dan garam ditumbuk lumat.Masak dengan santan kelapa tua yang agak pekat.Masukkan 5 biji ciloi besar hijau di belah empat dan bunga kunyit. Sedaaaap!

* Ikan sawah atau redang.

MAKSUD AYAT QURAN





SYAITAN PUJUK MANUSIA
... perjuangan antara mereka amat hebat,anda (Muhammad s.a.w.) mengira mereka itu bersatu – tidak -, sedang hati mereka berpecah belah – peperpecahan antara mereka sendiri kerana tidak berpegang pada dasar Islam - , demikian disebabkan mereka itu kaum yang tidak berpengetahuan – yang disediakan Allah dalam Quran - .
Serupa dengan orang – orang sebelum mereka – Arab Jahiliyah – telah mengalami akibat buruk dari perbuatan mereka sendiri dan mereka telah ditimpa siksaan yang pedih.
Seumpaman syaitan pada ketika berkata (memujuk) manusia: Sangkallah Allah - iaitu jadi kafir - , setelah manusia itu menyangkal Allah atau kafir, - syaitan – berkata: Aku berlepas tangan – tidak bertanggungjawab – terhadap kamu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Pemimimpin semesta alam.
Kesudahnya, kedua – dua – syaitan dan manusia - , bersama dalam neraka, tetap tinggal di sana; itulah balasan bagi orang – orang yang zalim - bersalah.
Al Hasyr: 14 - 17


Wednesday, June 15, 2011

MENGENANG MASA SILAM




TUNKU ABDUL RAHMAN BIJAK
Mungkin ada orang yang dapat mengakui, bahawa setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, telah wujud perbedaan menerima kemerdekaan itu di kalangan orang Melayu. Orang Melayu golongan kanan, iaitu memihak di sebelah UMNO telah menganggap kemerdekaan yang telah dicapai itu sebagai satu ’nikmat’ yang tidak ada mudaratnya. Manakala golongan kiri telah berpendapat, kemerdekaan akan menjadi batas waktu merosotnya nilai bangsa Melayu, kehakisan daulat Raja-Raja Melayu dan orang Melayu akan hanya berjaya seperti penyabung ayam, ’ memang sorak kampung tergadai’.
Tetapi kerana Tunku Abdul Rahman bersama golongannya dengan kekuatan dan kekuasaan, telah mewujudkan berbagai-bagai ’nikmat baru’, maka golongan kiri menjadi tersisih dan pendapat mereka tidak berguna lagi.
Tunku Abdul Rahman dan golongannya, secara terang menyifat dan menuduh orang Melayu golongan Kiri, sebagai ’makhluk perosak’ kepada kerajaan dan rakyat Persekutuan Tanah Melayu yang kemudian dinamakan Malaysia.
KETURUNAN PENDATANG
Contoh–contoh yang nyatakan, Tunku Abdul Rahman telah membelakangi pejuang-pejuang Melayu seperti Ishak Haji Muhammad, Dr Burhanuddin Helmy, Ahmad Boestamam dan ramai lagi, sebaliknya dia telah menerima pendapat golongan keturunan pendatang – mereka golongan kapitalis -, sebagai rakan membina negara baru, Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia).
Manakala cita-cita dan perjuangan orang Melayu yang tidak menyebelahi Tunku Abdul Rahman, telah dianggap oleh orang-orang keturunan pendatang sebagai chauvinist (orang yang telalu mencintai tanahair) yang mesti dikuburkan.

’Biar saya akui, bahawa dalam masyarakat berbilang – bangsa- keturunan di Malaysia juga terdaspat bahaya kemusnahannya sendiri. Kalau dibawah tekanan luar konfrantasi Indonesia, pemimpin-pemimpin bagi berbagai-bagai kaum di Malaysia menyahut seruan bukan dengan sifatnya sebagai bangsa Malaysia, tetapi sebagai sekian ramai orang-orang Melayu, Cina, India dan lain-lain, maka akhirnya mestilah berlaku perpecahan. Misalnya, kalau pucuk pimpinan di Malaysia yang berhadapan dengan seruan-seruan Indonesia supaya berpegang kepada fahaman chauvinis(orang yang terlampau cintakan tanahair) Melayu cuba menandingi atau membenci orang-orang Indonesia itu, maka tekanan akan dikenakan yang akan membahagikan bangsa kepada bandar dengan luar bandar, kepada orang-orang dagang dengan kanak-kanak Bumiputera, antara orang-orang yang maju ekonominya dengan orang-orang yang mundur ekonominya.
Bahaya yang sebenarnya ialah kelemahan dalam negeri Malaysia sendiri. Iaitu tindakan-tindakan subversiv Indonesia yang ditujukan untuk memikat orang-orang Melayu dalam Malaysia. Kalau pemimpin-pemimpin Malaysia menyahut dengan sekian ramai orang-orang Melayu, Cina dan India dan lain-lain, dan tidak sebagai bangsa Malaysia, maka timbul kerumitan. Kerana semakin kuat pucuk pimpinan Melayu di Malaysia menyuarakan faham kebangsaan Melayu, akan semakin bertambah kuat pula orang-orang bukan Melayu di Malaysia meragukan masa depan mereka. Apa akan terjadi bila perpecahan berlaku terlampau buruk benar untuk difikirkan. Cukuplah dengan mengatakan bahawa dari segi theory ada tiga kemungkinan: pertama. Malaysia akan disedut atau ditaklukkan oleh sebuah kuasa yang ketiga, kedua, satu kaum menguasai kaum-kaum yang lain di Malaysia, dan ketiga, satu pengaliran ke arah pengasingan kaum-kaum akhirnya pembelahan-bahagi Malaysia. Ketiga-tiganya mempunyai pengertian yang mengerikan.

Pada masa itulah, di mana-mana sahaja, terdengar bisikan di kalangan orang-orang Melayu, bahawa Tunku Abdul Rahman ’lembut telinga’ dengan orang-orang golongan tersebut. Manakala kalangan ahli-ahli UMNO yang kuat berpegang kepada cita-cita nasionalis Melayu dan agama Islam, telah memandang serong kepada Tunku Abdul Rahman, lebih-lebih lagi setelah Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan gagasan Malaysia dalam jamuan makan tengahari anjuran wartawan-wartawan Tenggara Asia, di Adelphi hotel Singapura. Tunku tidak berundinng lebih dahulu dengan Majlis Tertinggi UMNO dan ahli-ahli parlimen serta kabinet sebelumnya.
INSTITUSI ISTANA
Tidak ramai orang yang mengetahui, bahawa kerana hendak melembutkan hati orang-orang UMNO dan orang-orang dari keturunan pendatang, Tunku Abdul Rahman telah mewujudkan satu gelaran besar kebesaran, iaitu Tan Sri. Gelaran itu tidak ada dalam ’Institusi Istana’ orang Melayu. Yang telah wujud dalam’Institusi Istana’ Melayu ialah, gelaran ’Tun’, iaitu gelaran yang paling tinggi.
Setelah gelaran ’Tan Sri’ diwujudkan oleh Tunku Abdul Rahaman, aku telah bertanya kepadanya. Jawapannya mudah dan melucukan, katanaya, ”...depa duk nak minta gelaran Tun, ...mana ada banyak, yang duk nak ghamai.”
”...apa salahnya, kita ambik Tan dari nama Tan Cheng Lock, ambil pulak Sri dari nama Sri V.T. Sambanthan, ...Tan Sri...,” kata Tunku sambil ketawa.
Aku mendapati pada sekitar Persekutuan Tanah Melayu di ambang kemerdekaan, kalangan keturunan pendatang di Singapura dan terdapat juga di Semenanjung, mempunyai rancangan yang tidak terfikir oleh semua orang Melayu, iaitu mahu menjadikan Singapura sebuah kerajaan yang tidak diperintah oleh orang Melayu. Usaha mengenepikan para politikus dan pemimpin Melayu pada masa itu telah menjadi ’bisik penjajah bentuk baru’ di Singapura.
(Disunting dari manuskrip buku,Memoir,Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)

BERTITIK - TITIK AIR MATA




ORANG KUALA KANGSAR DAH MATI

Baru beberapa hari, saya singgah di pasar tepi tebing, Bandar Diraja Kuala Kangsar. Isteri belia lesung batu ‘dara dan teruna’, di warung kraf tangan orang Sayong dan makan dua biji durian.
Sambil isteri saya makan durian (dia tidak suka telan biji), saya bercakap – cakap dengan penjual durian – orang Bendang Kering – usia 70 tahun, anak 12 dan isterinya telah lama dikrimkan ke alam akhirat.
Dia berittahu, kawan – kawan mika padsa tahun 1960- an, ialah oghang Kuala Konsor, ramai dah mati.
Sultan Yusuf, Sultan Idris, Temenggong Wan Hamaruddin, Toh Tan Ramli, Raja Razam (bapa angkat saya) anaknya Raja Amir – adikong Sultan Idris, Raja Perempuan Kalthum (ibu kepada Sultan Idris), Tengku Adlan Adil, Wak Tamor, Zulkifli Muhammad, Sheikh Tahir Jalaluddin, Sheikh Zubir, Pak Tihin, Haji Azmir, Sanator Said kantin dan Said Rambai Tujuh – tukang jahit di Kuala Kangsar.
Bekasa wakil Rakyat, Ustaz Kassim Haji din, Haji Fathid Khalid (wartawan), Yahaya Arif – saudagar toko buku dan menantu Sheikh Tahir Jalaluddin, Dato Haji Abdullah Abdul Rauf, Ustaz Khalid Abas, Shaifie Mat Saman (3 iotu wakil rakyat) dan Ustaz Abdul Rauf Kota Lama Kanan.
Raja Zainab Iskandar, Raja Suraya Iskandar, Raja Putih Maryam Iskandar, Raja Ismail Iskandar dan Raja Tam Iskandar.
Rsamai lagi orang KualaKangsar, rakan – rakan saya telah mati.
Saya berusia 77 tahun belum mati.
Rakan – rakan ibaran awan di dada langit,
Datang dan pergi,
Menangislah saya,
bertitik - titik air mata sedih,
Ibrat ari hujan dari langit.
-mp

MAKSUD AYAT QURAN



SYAITAN JADIKAN MISKIN
Hai orang – orang yang beriman, nafkahkan – belanjakan - sebahagtian yang baik dari hasil usaha kalian dan hasil – hasil yang Kami keluarkan dari bumi untuk kalian - , jangan kalian pilih yang buruk – buruk daripadanya – harta - , anda belanjakan; sedangkan kalian sendiri tidak mahu mengambilnya – kalau diberi kepada kalian - , melainkan dengan memincingkan mata. Dan ketahuilah Allah cukup kaya dan terpuji.Syaitan menjadikan kemiskinan kepada kalian dan menyuruh kalian melakukan perbuatan keji. Dan – seabliknya - Allah menjanjikan keampunan dan kurniakan kepada kalian dan Allah itu cukup anugerahanNya dan Maha tahu.- al Baqarah: 267, 268.

Monday, June 13, 2011

MAKSUD AYAT QURAN



MADUKAN ISTERI

...maka, kahwinlah dengan wanita – wanita lain yang anda sukai = berkenan dan cinta - , dua orang, tiga orang dan empat orang – masukan isteri - isteri. Kemudian, jika anda khuatir tidak dapat belaku adil – seperti pakaian, maka dan minum, giliran dan lain - , maka, kahwinlah seorang wanita sahaja ...
–An Nisa: 3

Nota.
Posmotem diri sendiri.
Ayat Quran tidak menunjukkan Allah memerintah atau mefardukan lelaki mukmin berkahwin lebih dari seorang wanita atau memadukan isterinya, tetapi, ayat tersebut memberatkan kepada lelaki yang seperti berikut supaya berkahwin, bagi mengelakkan diri dari melakukan zina – kerana tidak cukup seorang isteri -, jadi panas baran atau marah – marah, didera sakit darah tinggi atau dalam keadaan kecawa, dukacita, lalu malas sembahyang dan beribadat, maka, anda lelaki ada seperti di wajibkan Allah.
Jika anda seorang yang tubuh badan siahat dan kuat tenaga batin, ada pelajaran yang boleh anda jadi orang adil (sekadar upaya), fikiran baik dan hasrat atau minat kahwin lebih dari satu ada, maka, anda tidak kahwin kerana takutkan isteri pertama dan isteri lain anda, maka, adalah lelaki dayus. Menurut Nabi Muhammad .a.w., lelaki yang dayus tidak akan masuk syurga. Bagaimana?
Jika anda tidak mengikut ketentuan Allah, maka, anda juga tidak akan masuk syurga, jika, ditanya oleh wakil Allah – Malaikat, “mengapa anda tidak kahwin lebih dasri seorangb perempuan? Mengapa anda tidak ikut sunnah Nabi Muhammad?anda tidak? Anda tidak dapat menjawab.
Anda seorang lelaki Islam, kena tahu erti ayat Quran. Jika ditanya malaikat seperti di atas, jawablah, “...in khiftuan an la ta’diluu fa wahidah ...”.
Kalau benar jawapan anda, maka, anda akan masuk syurga dan mendapat syefaat Nabi Muhammad. – mp.
Masalah ini, saya ada bertanya kepada seorang Orang Besar Negeri Selangor. Mulanya dia takut, tetapi setelah diterangkan, dia senyum dan jadi berani. - mp

Sunday, June 12, 2011

KISAH DARI NOVEL


MADU LEBAH


Kira-kira jam 11.00 pagi, Azmi sedang bekerja dalam kebunnya. Cikgu Zainab dan suaminya datang menziarahinya. Perempuan itu datang menggonggong hati yang terselit tujuan seperti peribahasa Melayu, ’ ada udang di sebalik batu’ atau ’kalau tidak ada berada masakan tempua bersarang rendah’.

Haji Adnan dan Azmi bersalaman. Pada ketika berjabat tangan, Haji Adnan mencuit hujung telunjuknya kepada tapak tangan Azmi. Tujuan Haji Adan melakukan demikian supaya Azmi ’cakap siang tengok-tengok’ dengan isterinya. Sebelum itu telah menerima beberapa perkara sulit dari Azmi.

Cikgu Zainab melabuhkan punggungnya atas pangkin yang tersedia di bawah pokok dekat bangsal dalam kebun itu. Dua biji matanya berputar ke seluruh kebun itu memerhatikan pokok-pokok herba yang menghijau dan peti-peti sarang lebah.

”...cikgu tak tau pula, Azmi ni lepasan universiti...,”kata Cikgu Zainab menunjukkan dan merenung wajah Azmi.

”Eh, mana pula, Cikgu, ...saya sekolah rendah saja…, mana pula saya lepasan universiti,”sahut Azmi selamba.

IKUT TELUNJUK

Wajah Haji Adnan kelat. Perasaan malunya kepada Azmi menebal. Tetapi apa hendak dikatakan, telah nasibnya; dia terpaksa bernaung di bawah bendera kain batik. Ikut telunjuk bini. Takutkan bini. Dia seorang suami yang dayus.

”Cikgu ialah, ...bekas guru, saya ni apalah Cikgu, ...menumpang tanah orang, rumah orang...,”kata Azmi merendah diri.

”...eee ngapa Azmi kata begitu, ...sedih Cikgu,”kata Cikgu Zainab.

”Tak apa Cikgu,”sahut Azmi.

”...Yun yang beritahu kami, ...Azmi lepasan universiti...,”kata Haji Adnan.

Azmi senyum.

”Dia melawak, kut,”kata Azmi.

”Melawak apanya..., tanya Pak Adnan ni ha,”kata Cikgu Zainab.

Pada ketika itu, Cikgu Zainab sedar dirinya telah bersalah. Perkataannya kepada Azmi tempoh hari berpulas-pulas dalam otaknya. Perasaan dan sikapnya terhadap pemuda itu pada masa lalu telah mengejeknya pula.

Ceku Zainab bangun dari pangkin dan merenung suaminya, kemudian renungannya singgah pada wajah Azmi. Senyumnya lebar menjadikan bedak kering pada pipinya kelihatan mereka kerana warna bedak dengan kulitnya jauh bezanya.

”Azmi...,” seru Cikgu Zainab.

”Apa Cikgu?”Azmi bertanya.

”...macam ni, ...kami ada lagi tanah di darat sana tu, lima ekar, ...hutan, ...tak berjaga...,” kata Cikgu Zainab.

”Mengapa Cikgu?”Azmi bertanya lagi.

”...kami beri Azmi guna tanah tu, buat kebun..., tak payah sewa...,”kata Cikgu Zainab.

”Ia, Azmi, ...gunalah tanah tu, ...tak jauh dari sini...,”kata Haji Adnan pula.

Azmi merenung wajah Cikgu Zainab dan wajah suaminya.

”Terima kasih sajalah , Cikgu,...Pak aji, ....tetapi,”kata Azim.

”Apa tapi, tapi pula...,”kata Cikgu Zainya.

Azim senyum memanjang.

“Bagus tanah ta…,”kata Azmi.

“Apa tak bagusnya, macam tanah nila…,”sambut Cikgu Zainab.

”…saya minta maaf Cikgu, saya ni tak lama di sini,”kata Azmi.

“Ha, nak ke mana pula…?” suara Cikgu Zainab dan isterinya menjadi satu.

“Saya nak pindah…,”kata Azmi.

“Pindah ke manaaa…?” suara mereka padu lagi.

“....ke Ulu Yam, Cikgu,”jawab Azmi.

“Ulu Yaaam?”Tanya Cikgu Zainab.

“Ia, Cikgu, saya dah beli tanah di sana,”jawab Azmi.

”Eh, ...dah beli tanah, luas ke? Tanya Cikgu Zainab lagi.

”Ia, tak luas, Cikgu, lima ekar saja,”jawab Azmi.

“…di mana Ulu Am tu, abang?” Cikgu Zainab bertanya kepada suaminya.

“ …di Selangor…, dekat jalan nak ke Genting Highland…”jawab Haji Adnan.

LUBANG PEKAKA

Wajah Cikgu Zainab seperti kulit ayam togel kesejukan. Dua biji matanya terbeliak, banyak putih dari hitam .Mulut Haji Adnan melopong seperti lubang pekaka layaknya.

”Dah tu, tak berkebun di sini lagi ke...?’Tanya Haji Adnan.

”…begitulah, pak aji, ....di sini sementara saja, ...saya buat kebun di sini kerana nak dapatkan baka lebah saja,”jawab Azmi.

”Di sana tu nak buat kebun lebah jugake?”Tanya Cikgu Zainab.

”Ia, Cikgu, ...kebun madu lebah, herba macam kebun nilah, …kalau ada rezeki saya nak adakan kilang kecil untuk proses herba di sana…,”jawab Azmi.

Cikgu Zainab tunduk. Degup jantungnya kencang.Hatinya seperti hati pendatang asing yang akan di hantar pula ke negaranya

”Banyak duit tu , kebun..., kilang..,” kata Haji Adnan..

”Taklah banyak sangat, ...perusahaan kecil, Pak Aji,”sahut Azmi.

“…nampaknya, terbiar lagilah tanah kita ni, abang,”kata Cekgu Zainab kepada suaminya.

“Ialah…,”sahut suaminya.

Cekgu Zainab merenung wajah Azmi. Hajatnya memanjat hatinya seperti ulat bulu memanjat batang bayam; alangkah baiknya kalau Mahyun menjadi isteri pemuda itu.Kalau Azmi menjadi suami anaknya, lega dan cerahlah masa depan anaknya.

”Ni, lepas Zohor datang makan ke rumah kami...,”Cekgu Zainab menjemput Azmi..

”Ai, khendurike?”Azmi bertanya.

”Taaak, ...makan-makan anak beranak aje, ...ajak Long sekali, ya,” kata Cegu Zainab.

Insya Allah,”sahut Azmi.

Long sedang memangku seberkas bayam merah dan berjalan bangsal. Sambil senyum kepada sepasang suami isteri itu, Long meletakkan bayam itu atas pelantar di hadapan Haji Adnan dan Cekgu Zainab.

”...ni bayam, Encik, ...saya ambil, boleh buat sayur..., ambillah,”kata Long.

”Aaa, terima kasiiih,”ucap Cekgu Zainab.

”sama-sama,”jawab Long.

”...lepas Zohor datang dengan Azmi ke rumah kami, ada makan-makan...,” Cekgu Zainab mengajak Long.

”Ialah,”sahut Long.

Cekgu Zainab merenung lengan Long yang sasa.Hatinya membanding lengan Long dengan lengan suaminya.Lengan Haji Adnan lembut. Isinya tidak sepejal isi lengan Long.

”Sedapnya rebus bayam…,”kata Cekgu Zainab.

Dua biji mata Cekgu Zainab masih tersangkut pada tubuh Long. Lelaki duda itu tunduk. Malu. Hatinya memohon perlindungan dari Allah ‘dari syaitan yang kerna rejam’.

Cekgu Zainab mengambil bayam seikat itu.Batang-batang bayam merah itu segar dan subur.Belum.

”...eee, gemoknya, bayam ni,”kata Cekgu Zainab.

”Ia, Cekgu, ...saya guna baja tanah bakar,Cekgu,”sahut Azmi.

”...begitu,”kata Cekgu Zainab sambil merenung daun-daun bayam itu.

TEA TARIK

Azmi merenung wajah suami Haji Adnan.Wajah lelaki pencen itu dibaca dengan firasyatnya. Dengan hatinya. Pesara itu sedang mengalami tekanan jiwa. Wajahnya lebih tua dari usianya. Macam penagih tea tarik kedai mamak.Pucat dan ada cahaya kuning. Tidak bermaya, seperti wajah orang Islam tidak pernah sembahyang.

”...orang tua ni, ...biar aku brain wash dia, ....takut binilah ni,”hati Azmi bersuara.

”Biasanya, kalau suami atau mandul, atau isteri mandul, ... macam nilah, jiwa tertekan, hidup tak gembira, …macam semalu tepi jalan…,”hati Azmi bersuara lagi.

”Pak Long, ambil sebotol madu tu, ...nak beri kepada Pak cek ni,”Azmi meminta kepada Long.

”Ia, Encik,”sahut Long seraya masuk ke dalam bilik bangsal itu.

Long keluar membawa sebotol madu lebah. Sebagai kebanyakan Orang Asli, hormatkan tetamu, Long membongkok sedikit tubuhnya dan menyerahkan botol madu itu kepada Haji Adnan..

”Terima kasih, Long,”ucap Haji Adnan.

”Sama –sama,”sahut Long lalu pergi.

”...madu yang Azmi beri dulu tu pun ada lagi, ...baru ni Long beri lagi,”kata Haji Adnan.

”...ia, tapi madu lebah ni dah saya adunkan dengan herba,” kata Azmi.

”Ia, bagus tu...,”sahut Cekgu Zainab sambi memegang botol madu di tangan suaminya.

”Ia, bagus,”sahut Azmi.

”Elok abang minum...,”sambut Cekgu Zainab.

”...saya tak pernah minum madu lebah campur herba,”kata Haj Adnan..

”Madu campur herba ni lebih khasiatnya, Pakcek,”kata Azmi.

”Iake, ...eh, bagus tu...,” kata Haji Adnan..

”Ia..., insya Allah...,”sahut Azmi.

” ... kalau saya minum, elok tak? ” Tanya Cekgu Zainab..

”Ia, ...elok, ...buang angin, elokkan kulit muka, ...macam-macam,”sahut Azmi.

”Macam mana minumnya?”Tanya Haji Adnan.

”…minum macam madu biasa, ...ada rasa pahit siki,”jawab Azmi.

”Jangan-jangan makan madu campur ni…,”kata Haji Adnan.Ketawa.

Azmi merenung puntung-puntung gigi Haji Adnan yang kuning berkarat.

”Eh, ...apa abang kata tadi?”Tanya Cekgu Zainab.

”Tak apa, ...minum madu campur ni panas…,”jawab Haji Adnan.

“Ingat kot abang nak kawin lagi...,”kata Cekgu Zainab.Dua biji matanya terbelia macam perempuan cemburu disaaru iblis.

Azmi menahan tawanya.

Keinginan Haji Adnan untuk berkahwin lagi cambah dan tumbuh seperti biji-biji durian dan jering dalam semak.Keinginan seperti keinginan lelaki yang soleh.

Azmi mencoba untuk menyuntik fikirannya kepada hati lelaki yang terkekang di luar penjara itu.Kalau dia amalkan minum madu campur herba, dia akan menjadi lelaki cerdas otak. Tenaga zahir batinnya kuat.Azmi berpendapat, lelaki yang cerdas otak tidak akan ikut telunjuk isteri.

”…saya pun nak minum juga, badan ni selalu sengal-sengal,”kata Cekgu Zainab.

”…bagus tu,Cekgu,”sambutAzmi.

“Tak payah, awak minum madu saja cukuplah…,”kata Haji Adnan.

“…ngapa, abang takut saya cari laki lain…?,” kata Cekgu Zainab. Biadab.

Astaghafirullah, Allah kutuk perempuan menduakan suami,” suara Azmi tersangkut pada anak lidahnya.

“Awak ni, mulut macam gillette…,”kata Haji Adnan kepada isterinya.

“…taak, saya usik aje ...,”kata Cekgu Zainab.

Azmi senyum sambil merenung wajah mereka.

Pada ketika itu, Azmi berkeadaan seperti penjual ubat. Kegunaan dan khasiat beberapa jenis herba diterangkan kepada pasangan suami isteri itu. Amat besar harapannya, agar Haji Adnan tidak moyok macam ayam dimakan tungau dan isterinya tidak panas baran dan stress lagi.

“Ya Allah, Ampuni dosaku, Mudah-mudahan dengan kuasa dan kehendak-Mu, yang Allah, perempuan tua ini akan mendapat anak…,”hati Azmi berdoa kepada Tuhan.

“… dengan kuasa-Mu, ya Allah, Kautelah kurniakan kepada Siti Sara, isteri Nabi Ibrahim yang terlalu tua,” hati Azmi berdoa.

Hati Azmi lantas teringat akan jerkah Siti Hajar ‘…isterinya datang dan menampar muka, menjerkah, perempuan tua yang mandul.’

Pada ketika Haji Adnan dan isterinya berjalan keluar meninggalkan bangsar itu, Azmi yakin, suami isteri itu sedang mengalami krisis dalaman. Krisis itu akan pulih, jika si suami tegas dan berani mengubah sikap isterinya. (Disaring dari manoskrip novel, Madu Dan Cinta, oleh: Mokhtar Petah).




[1] Quran, Az Zariyat:29.

PAYUDARA

MENGUBAT KENSER PAYU DARA

Para wanita – tua dan muda – yang mengesyaki atau disahkan oleh doktor yang mereka telah diserang barah atau kanser payu dara, boleh mencuba mengubat sendiri dengan menggunakan ayat Quran.

Ayat Quran adalah kalam Allah dan mukjizat. Dengan Izin Allah jampi menggunakan ayat Quran, penyakit kanser itu akan sembuh.

Setiap orang yang hendak mengubat kanser dengan menggunakan ayat Quran, hendaklah tawakal dan yakin, kukuh iman kepada Allah dan kepada Quran, di samping kuat iman kepada para rasul, para malaikat dan hari akhirat.

Firman Allah:

Berdoa (minta)lah kepada Aku,nescaya Aku perkenankan.

(Al Mukmin: 60).

Bahan-bahan sampingan:

1- Madu lebah rimba atau batu.

2- Pucuk delima yang merah.

3- Pucuk akar seruntun atau patawali.

4- Madu lebah dibancuh dengan pucuk delima dan pucuk akar

5- Seruntun yang telah ditumbuk lumat.

Cara mengubat:

Sembahyang hajat pada waktu tengah malam, meminta kepada Tuhan agar menyembuhkan penyakit kanser. Pada tiap-tiap kali sujud minta dalam hati kepada Tuhan, kira-kira begini: “Ya Allah, saya memohon kepada-Mu, sembuhkanlah sakit kanser saya ini. Kamulah Maha Penyembuh segala penyakit.”

Sebaik-baik sahaja lepas sembahyang hajat, baca lafaz tobat tiga kali. Baca seperti berikut:

1) Al Fatihah lima atau tiga kali, diikuti dengan,

2) Baca bismilah, diikuti dengan,

3) Baca ayat Quran: wa Iza maridhtu fa Hua Yasyfini – Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.(asyu Syu’ra:80), dikuti dengan,

4) Baca: La haula wala quwwata illa billhil Azim (tidak ada daya upaya dan tidak ada tenaga kekuatanku, melainkan dengan Allah Maha Tinggi dan Maha Agung, dikuti dengan

5) Selawat kepada Nabi Muhammad: Allahumma salli ala Muhamad.

Setiap kali lepas membaca hembuskan kepada ubat ramuan itu. Kemudian sapu pada ke seluruh payu dara sambil membaca lagi, no. 1 – 4. Tiap kali habis membaca, hembuskan kepada payu dara.

Amalkan selama tiga hingga tujuh malam. Insya Allah sembuh.

- mokhtar petah