Monday, May 31, 2010

PERISTIWA DAN KITA

Mokhtar Petah dan Haji Hadi Awang

-----kita sama - sama fikir ----

SIDANG KHAS PARLIMEN

PAS mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak segera memanggil sidang khas Parlimen bagi membincangkan serangan Israel ke atas Konvoi Bantuan ke Gaza.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata pihaknya akan berbincang segera dan mengutuskan surat kepad Perdana Menteri bagi mengadakan sidang tersebut.

"Masih sempat lagi jika surat dihantar esok (Selasa) untuk PM buat persidangan kas ini samada Khamis atau Jumaat," katanya ketika sidang media bersama seorang lagi Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar di Pejabat Agung PAS hari ini.
"Kita mahu kerajaan bertindak segera, dan paling awal perlu ada sidang khas untuk membincangkan apa tindakan yang perlu dibuat," katanya.
PAS juga katanya akan menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat dekat sini esok pada jam 12.00 tengahari.
Sementara itu, Mahfuz Omar pula mendesak Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan Majlis Keselamatan PBB menyerang Israel yang telah melanggar resolusi PBB ini.
Tindakan zalim Israel itu perlu diajar segera, dan tidak cukup hanya negara dunia mengutuk serangan tersebut sahaja, kata Mahfuz.
"Israel ini tidak pernah kenal undang-undang, mereka melanggar apa sahaja undang-undang atau ketetapan yang dibuat Majlis Keselamatan PBB
"Apa yang penting majlis keselamatan perlu membuktikan mereka bukan 'budak' kepada Israel, justeru serangan ke atas Israel adalah perlu bagi mengajar keangkuhan negara haram tersebut," katanya.
Beliau juga mahu Hamas dan Hezbullah segera bertindak mengajar kezaliman Isreal ini.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihaknya mendapat maklumat bahawa salah seorang wakil PAS turut berada dalam kapal Mavi Marmara, Jamiluddin Elias yang mewakili Yayasan Amal Malaysia.
Selain itu dua wartawan Astro Awani, Aswad Ismail dan jurugambarnya dilaporkan turut sama berada dalam kapal terbabit yang diserang tentera Israel.
Mahfuz setersunya mendoakan keselamatan semua peserta misi termasuk nasib dua wartawan Astro yang dikatakan masih belum diketahui hingga kini.
Sehingga kini dilaporkan sekurang-kurangnya 16 daripada aktivis di atas kapal tersebut meninggal dunia dan 30 cedera akibat serangan tersebut.
Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) dan maklumat terkini mendapati kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel.
Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun.(Harakah).

TIMBALAN PERDANA MENTERI II
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak mengetahui mengenai janji Penasihat Parti Keadilan Rakyat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II untuk pemimpin DAP sekiranya pakatan pembangkang menang pilihan raya umum nanti.

Beliau berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam pakatan.

“Saya tak tahu, kita belum bincang. Itu pandangan peribadi dia,” katanya kepada media selepas menyaksikan majlis pecah tanah projek pembinaan Kompleks Pas yang bernilai RM30 juta di Paya Indah dekat sini, semalam.

Majlis itu disempurnakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Abdul Hadi diminta mengulas janji terbaru Anwar itu yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan pada 26 Mei lalu.

Sementara itu, Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub berkata secara prinsipnya apa-apa keputusan akan dibuat melalui perbincangan dalam Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh pemimpin Pas, DAP dan PKR.

Ditanya sama ada pakatan itu akan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya memenangi pilihan raya umum, Salahuddin berkata, ia belum diputuskan dan segalanya bergantung keputusan pilihan raya.

“Kita tidak bincang perkara itu secara spesifik dan khusus, tetapi mengikut semangat setiakawan dan persahabatan yang kita amalkan dalam Pakatan Rakyat, setakat ini semua program, dasar dan keputusan dibincangkan dalam majlis tertinggi pakatan.

“Begitulah amalan kita terhadap perkara yang berlaku pada masa akan datang, apa pun yang akan dilakukan diputuskan majlis tertinggi,” katanya. - Bernama



LESUNG BATU

Isteri memakai kain batik ketang dada, tanpa baju, duduk
bercangkung dan sedang menumbuk sambal; cili aspi, garam,
belcan dan asam buah mempelam muda, dalam lesung batu
di ruang dapur.

Suaminya duduk di sisinya. Wajahnya senyum dan penuh cinta kepada isterinya, sambil merenung kain batik isterinya terbuka hala ke lesung batu.

Katanya: "Cinta kita suci benar sayang." Usah ada syah dan
sangka dalam hati sayang." Demi Allah, mas tetap jujur
dan bertanggungjawab kepada sayang.

Biar kita hidup semati;
jika terlentang sama - sama meneguk embun,
bila terterap,
sama - sama membaham pasir.

Ditakdirkan kita mendapat cahaya mata, abang hendak anak
kita sarat dengan ilmu duniawi dan ukhrawi, tidak bermuduh dengan
orang - orang sebangsa, tidak sombong sesama mukimin dan mukminah,
Jihadnya dijalan, ajaran Allah.

Insya Allah dia tidak akan hidup merempat di bumi pusaka
datuk moyang kita.

mp

MELURUT KEMUCUT (Ulangan)



DOSA DALAM KEMAKMURAN


Dari awal tahun 1950 hingga akhir tahun 1952, harga getah keping telah naik tinggi hingga mencapai $2.00 dan $3.00 ringgit sekati. Harga padi dan kelapa kering juga mahal. Penoreh-penoreh getah dan petani-petani di seluruh negeri Perak khasnya dan di Tanah Melayu amnya berkeadaan seperti mendapat durian runtuh.
Ramai pemuda-pemuda di kampung-kampung di sepanjang tebing Sungai Perak dalam daerah Hilir Perak, Pasir Salak dan daerah kecil Parit bekerja sebagai penoreh getah. Pemuda-pemuda di Sungai Manik, Tukang Sidin dan beberapa kawasan lagi bekerja sawah padi. Manakala pemuda-pemuda di Bagan Datok, Hutan Melintang, Perak dan Sabak Bernam, Selangor, bekerja sebagai kebun kelapa dan kebanyakannya milik ibu bapa mereka sendiri.
Pemuda-pemuda tersebut yang pertama kali menerima nikmat sebagitu rupa, telah menjadi orang kaya baru dan kebanyakannya telah lupa daratan. Pada tiap-tiap petang dan malam mereka telah berfoya-foya dalam Bandar Teluk Anson. Keadaan mereka seperti anak-anak para hartawan atau jutawan minyak dan emas.
FILEM ALOHA
Mereka memakai pakaian seperti bintang filem, P.Ramlee, Osman Gumanti dan beberap bintang filem lagi yang telah berlakon dalam filem Aloha. Ramai pula yang memakai pakaian seperti orang Barat, iaitu topi, over coat, tali leher, bow atau muffler, kemeja dan seluar serta kasut buatan Enngland.
Pada masa itu ada sebuah toko pakaian milik orang Melayu, ’Toko Haji Ali’ yang menjual berbagai jenis pakaian jenama terbaik buatan England dan negara-negara di Eropah.
Pada tiap-tiap petang dan malam pemuda-pemuda penoreh getah, pesawah padi menjadi tetamu atau pengunjung Bandar Teluk Intan. Mereka berpeleseran dalam taman hiburan ’park’ yang mengadakan joget moden, tempat tari menari (cabaret), judi dan stall-stall minuman menghidangkan minuman keras dan panggung-panggung wayang gambar.
PETI SEJUK
Selain dari taman hiburan dan panggung-panggung wayang, mereka juga juga menjadi pelanggan kedai minuman keras dan warung-warung minuman yang terkenal dengan nama ’kopi korek’ dan rumah-rumah urut dan pelacur.
Pada masa itu semua kampung-kampung di pendalaman tidak mempunyai bekalan kuasa elektrik, tetapi ramai dari pemuda-pemuda itu yang telah membeli alat kelengkapan elektrik seperti peti sejuk, radio, seterika dan sebagainya yang yang menggunakan kuasa elektrik. Setelah barang-barang elektrik itu di bawa pulang ke rumah masing-masing, mereka menggunakan semua barang-barang itu dan akhirnya barang-barang itu tinggal terbiar dan peti sejuk mereka telah jadikan almari tempat menyimpan pakaian.
Ramai pula pemuda-pemuda yang menggunakan motosikal buatan British, seperti jenama-jenama BSA dan Norton yang menggunakan kuasa kuda 250cc, 300cc dan 500 cc. Akibat bermotor ramai pemuda kampung itu yang telah cedera atau cedera dalam kemalangan jalan raya.
PENOREH GETAH
Beberapa orang pemuda penoreh getah dari Kampung-kampung yang mempunyai motosikal telah menginap dihotel-hotel dalam Bandar Teluk Anson dan Ipoh. Pada tiap-tiap pagi mereka telah pulang menoreh getah di kampung masing-masing. Pada sebelah petang datang semula ke hotel-hotel tempat mereka menginap.
Beberapa orang pemuda dari hulu, iaitu dari Tanjung Bidara, Bandar (nama tempat), Kampung Gajah dan kampung-kampung dalam daerah Pasir Salak, setiap petang Sabtu mereka telah datang ke Bandar Teluk Anson, mereka telah menumpang beramai-ramai dalam bilik besar dalam surau – madrasah Ihsaniyah, dekat bilikku. Mereka telah membawa banyak wang untuk berhibur.
Pada sebelah petang hari Ahad mereka pulang ke kampung masaing-masing. Mereka telah meninggalkan wang masing-masing yang berbaki kepadaku. Mereka tidak mahu membawa pulang wang itu ke kampung mereka, kerana wang senang mereka cari asalkan mereka sanggup menoreh getah. Wang mereka itu aku telah menyimpannya dalam sebuah peti kayu, iaitu peti susu tempat aku menyimpan majalah-majalah.
MENINGGALKAN PUSARA
Apabila pemuda-pemuda itu datang pada petang Sabtu minggu hadapan, aku telah menyerahkan kembali wang itu kepada mereka. Ada yang mengambil semula wang itu dengan memberi sebahagian dari wang itu kepadaku sebagai hadiah dan ada yang tidak mahu mengambilnya kerana mereka telah membawa banyak wang dari kampung.
Sepanjang masa harga getah, padi dan kelapa melambung tinggi, pemuda-pemuda-pemuda kampung telah lupa daratan. Mereka itu boros dan banyak melakukan perbuatan maksiat.
Apabila harga semua hasil mahsul dari bumi bertuah ini telah jatuh merudum, mereka telah tidak menjenguk ke Teluk Anson lagi. Ada di antara mereka hidup susah dan ada yang cacat anggota akibat kemalangan jalan raya.
Ada yang meninggalkan pusara kepada keluarga masing-masing sebagai kenang-kenangan tentang kemewahan dari nikmat yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada mereka, tetapi mereka tidak menggunakannya dengan betul dan tidak bersyukur. - (mokhtar petah)

QURAN

PEREMPUAN

Jika seorang perempuan khuatir kepada suaminya akan membuat kesalahan atau akan pergi meninggalkannya, tidak mengapa jika kedua - duanya mengadakan rundingan perdamaian; dan perundingan perdamaian itu lebih baik biar pun diri manusia itu bersifat kikir (bakhil). Jika kalian berbuat kebaikan - kepada sesama kalian - dan memelihara diri kalian - dari kejahatan - sesungguhnya Allah itu tahu betul sesuatu yang kalian lakukan. -an Nisa:128

Sunday, May 30, 2010

PERISTIWA DAN KITA

Mokhtar Petah

-----kita sama - sama fikir ----


SEBAB CALON BN KALAH

Salah maklumat adalah antara punca kekalahan calon BN di Sibu, kata exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

"Bayangkan, sebulan sebelum dinamakan sebagai calon BN di Sibu, Robert Lau telah datang ke Kota Bharu dengan membawa banyak Meggie Mee kerana bimbang tidak ada makanan di sini," kata Husam dalam majlis ceramah perdana di Padang Perdana malam tadi.

Bagi beliau, apa yang dilakukan oleh calon BN ini adalah kedangkalan beliau tentang maklumat.

Husam berkata, Robert Lau datang ke Kota Bharu untuk memimpin pasukan Squash Sarawak bagi menyertai kejohanan squash di Kota Bharu.

"Sesampai beliau di lapangan terbang Kota Bharu, beliau telah dijemput oleh rakannya seorang Cina dari Sibu yang membuat projek hartanah di sini.

"Beliau telah dibawa makan ke merata tempat di sini dan beliau tentu sangat terkejut dengan apa yang beliau lalui di sini. Sebulan selepas itu, bayangkan beliau menjadi calon BN dalam keadaan beliau tertinggal banyak maklumat dan terkejut dengan maklumat sebenar," cerita Husam.(Harakah)

KDN TIDAK HALANG

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tiada sebab untuk menghalang perhimpunan pelancaran Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) yang berlangsung hari ini.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kementerian menasihatkan semua pihak yang terlibat dalam perhimpunan itu supaya bertanggungjawab terhadap apa dilakukan mereka.
“Tiada sebab untuk kementerian menghalang mereka asalkan mereka tidak mengganggu pelbagai urusan termasuk kegiatan perniagaan.
“Namun begitu, pemantauan akan dilakukan bagi memastikan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya.
Kelmarin, Ketua Gerakan GAS, V Mugilan mengubah lokasi perasmian dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ke Pusat Konvensyen dan Pameran Mines kerana masalah tertentu.
GAS yang ditubuhkan bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC itu menuntut agar Presidennya, Datuk Seri Samy Vellu, meletak jawatan serta-merta kerana pemimpin veteran itu dilihat sudah 31 tahun menerajui MIC.
Mengenai permohonan maaf anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, S Vell Paari berikutan kenyataannya menuduh UMNO melakukan ‘pembunuhan politik’ dalam parti MIC, Hishammuddin berkata, ia adalah satu langkah yang bijak.
Menurutnya, tindakan yang membuat kenyataan itu menjadi pengajaran kepada semua pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya tidak membuat sebarang kenyataan tanpa melakukan siasatan.
“Tindakan ini akan menjadi pengajaran kepada pemimpin BN yang berdepan dengan pelbagai cabaran politik semasa,” katanya.(Sinar Harian)

PKR DI BASERAH

Parti Keadilkan Rakyat (PKR) sedang mengembangkan pengaruhnya dalam kafwasan Baserah, Pahang, kerana dikatakan keadaan UMNO di sana kian lemah disebabkan Kerajaan Pahang tidak berapa prihati kepada penduduk - penduduk di sana.

Di samping PKR, PAS juga seang mengembangkan pengaruhnya dalam kawasan Balok hingga ke sempadan Negeri Terengganu.

1 MALAYSIA

Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan gagasan 1 Malaysia di semua sekolah di seluruh Malaysia dengan tujuan agar para pelajar menghargai perpaduan kementerian tersebut akan melaksanakan sistem sekolah satu aliran sahaja, iaitu sekolah kebanbgsaan dan tidak ada sekolah jenis kebangsaan.

Rancangan ini bergantung kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Raz ak dan kabinet.

NAKANAN SEGERA

Seorang tukang urus di Kuala Lumpur berkata, beliau mendapat ramai pemuda yang meminta rawatan lemah tenaga batik kepadanya, disebabkan mereka banyak memakan makanan segera.


KISAH DARI NOVEL


MAWAR MERAH


Pagi Ahad akhir bulan Februari 2005.
Taman Mawar – Rose Garden, berselimut kabus dingin.Embun manja pada dedaun dan bebunga seperti liat untuk berpisah.Harum mawar berbaur dengan kabus dan udara pagi suci itu.
Rose Garden masih belum ramai pengunjungnya.i Biasanya pada pagi minggu ramai orng yang berkunjung ke situ. Mereka datang menyaksikan beraneka jenis bunga mawar dalam taman tersebut.Harum taman itu menyegarkan fikiran mereka yang lesu.
Namlatun Sa’adiah berjalan tunggal dalam Taman Mawar itu. Kedatangannya ke situ untuk melagakan resah dan gelisahnya.Dalam cuaca dingin yang menyelubungi taman itu, dia memerhatikan kuntum-kuntum bunga mawar di kiri kanannya. Kuntum-kuntum itu berwarna merah. Samar. Merah tua. Kuning. Jingga. Putih dan warna-warna lain lagi.

SEKUNTUM BUNGA

Sepasang mata Namlatun Sa’adiah terpaku kepada sekuntum bunga mawar merah tua bergayut di tangakainya. Hatinya lantas teringat kepada Mustafa. Pada hari dia dan Mustawa datang ke taman itu dulu, kekasihnya telah memegang dan mengusap-usap sekutum bunga mawar merah tua di situ.
“Atun, bunga mawar merah darah ni lambang cinta kita,” kata Mustafa.
Namlatun Sa’adiah merenung kuntum bunga itu.
“...ngapa, abang?” Dia bertanya.
“Merah tua..., warna darah kita..., darah Atun..., darah saya...,”jawab Mustafa.
“Ia, abang, biasanya warna darah berubah bila kena cahaya matahari...,”kata Namlatun Sa’adiah.
“Ia, warna darah berubah, jadi hitam..., macam cinta kita juga...,”kata Mustafa.
“Ngapa abang kata begitu?”Namlatun Sa’adiah bertanya.
“ Cinta kita akan jadi hitam, gelap kalau gagal di tengah jalan...,”jawab Mustafa.
“Apa, abang ingat cinta kita akan gagal?”Namlatun Sa’adiah bertanya.
“...mungkin gagal, mungkin tidak..., Allah Maha Mengetahui, Aton,”jawab Mustafa.
“Sungguh, kita di bawah kuasa Tuhan,”kata Namlatun Sa’adiah.
Mustafa merenung wajah Namlatun Sa’adiah. Senyum. Sepasang biji matanya bersinar. Sinaran dari hatinya yang amat menyayangi kekasihnya.
“Atun...,”
“Ia, abang”
“Bunga ros ni cantik, tapi tangkai, dahannya berduri.”
“Orang yang tak takutkan duri saja yang berani petik bunga ni.”
“Berani..., tabah...”
“Ia, abang, ros lambang cinta kita, kata abang.”
“Sungguh, ...kalau berani bercinta, berani kecewa kerana cinta...”
“Atun berani, abang.”
“Sunguh?”
Namlatun Sa’adiah mengangguk.Mustafa senyum.

DUKA LARA

Pada pagi itu Namlatun Sa’adian tidak berteman. Tiada Mustafa di sampingnya. Yang ada bersamanya, hanya duka dan lara. Lara seorang gadis yang ditinggalkan kekasih.
Setelah penat berjalan dalam taman itu, Namlatun Sa’adiah mengatur langkahnya ke sebuah bangku panjang di situ, lalu melabuhkan punggungnya atas bangku itu.Beberapa buah bangku di sekitar lorong taman itu diduduki oleh pengungjung-pengunjung lelaki dan perempuan. Mereka itu, ada yang sedang membaca buku. Majalah. Ada yang bercakap-cakap sesama mereka.
Namlatun Sa’adiah mengeluarkan dua helai kerta dari tasnya.Kertas itu telah diberi oleh Mustafa kepdanya pada beberapa bulan lalu. Dia telah membawa kertas itu ke mana-mana. Kertas itu menjadi seperti azimat membetah duka laranya. Pada kertas itu tercatat baris-baris sajak ‘Ratib Bahasa’. Sajak itu tidak tercatat nama penulisnya. Dengan berbisik Namlatun Sa’adiah membacanya.
Tahun keramat empat puluh lima,
‘Satu bangsa, Bangsa Melayu,
Satu negara, Negara Melayu,
Satu bahasa, Bahasa Melayu,
Islam agama negara,
Gema ratib para pejuang kita,
Melayu Nusantara,
Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Muhammad,
Burhanuddin Helmi, Abu Bakar Al Baqir,
Ahmad Boestamam,
Semua perjuang bumi bertuah.

Ratib bahasa, Bahasa Melayu,
Bahasa ibunda, bahasa berdaulat,
“Melayu tak hilang di dunia”.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Ratib kita, jerkah kita, pekik gempita,
‘Bangsa Melayu gugat dunia’.

Empat lapan dan lima puluhan,
Tahun-tahun penjajah menggila,
Ratib mereka, ratib kita,
Bangsa kita, negara kita, bahasa kita,
Jeriji besi, tembok batu, kawat berduri,
Dera mental, dera pasaikologi.
Khemah tahanan di mana-mana,
Belenggu pejuang-pejuang bangsa,
Ratib mereka, ratib kita, ratib wali.

Tahun keramat lima puluh enam,
‘Biduk lalu kiambang bertaut’
Kongres bahasa dan Persuratan Melayu,
Ratib bahasa ibunda, ratib berdaulat,
Wajud DBP, gedung keramat ratib bahasa,
Ratib pencinta bahasa ibunda,
Bahasa Melayu, Bahasa Negara,
Bahasa Jiwa Bangsa!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ratib anak Melayu setia,
Bahasa kita laksana pohon di rimba,
Musuhnya bahasa asing,
Bahasa dunia,
Ibarat rambung, jerai,dendalu,
Menumpang setia,
Akibatnya, pohon mati, hilang nama.

Ratib insaf, ratib waspada,
Hilang bahasa, peradaban kita,
‘si buta hilang tongkat’, ialah kita,
‘menang sorak kampung tergadai, adalah kita,
“dagang merempat di bumi sendiri, kita jua.

Ratib bernekad, ratib iktikad,
Jika Islam di tepi-tepikan,
Quran tidak jadi pegangan,
Sunah rasul diabaikan,
Ratib keramat ‘Allahu Akbar’,
Sekelip mata cuma,
Melayu hilang di dunia.
Air jenih membenak dalam dua telaga mata Namlatun Sa’adiah.Tangan kanannya menghurut-hurut dadanya. Rungga dadanya sebak. Bagai sauk dilanda banjir dalam alur. Sedih. Pilu memamah dirinya. Sedih kerana mengenangkan Mustafa. Teringatkan Ibunya. Menginsafi nasib bangsanya.

PARA RASUL


Namlatun Sa’adiah telah membaca banyak kisah dalam sejarah umat manusia di dunia. Kisah sejarah yang dikemukakan oleh Allah dalam Quran.Kejatuhan, kemusnahan dan ghaib sesuatu bangsa di dunia ini kerana mereka mengingkari hukum-hukum Tuhan.Mengabaikan agama Tuhan. Menghina dan meninggalkan agama yang dibawa oleh para rasul Allah.
“Kaum Nabi Nuh dimusnahkan banjir.”
“Kaum Luth musnah terbakar...Buminya mussnah, hanya tinggal laut mati.”
“Firaun..., tenggelam dalam laut merah, kaumnya binasa.”
“Kaum ‘Ad dibinasakan dengan ribu taufan.”
“Allahu Akbar, banyak lagi bangsa di dunia ni dah musnah...”
“...ya, Allah, lindungilah bangsaku....”
Suara Namlatun Sa’adiah terluah bersama keluhannya. Air matanya tumpah atas kedua-dua belah pipinya yang lesi.


AGAMA ISLAM

Sebagai penuntut Melayu di seberang laut, Namlatun Sa’adiah sentiasa mengikuti berita-berita dari negaranya.Dari berita-berita itu didapatinya; ada di kalangan Orang Melayu sendiri yang sedang menghapuskan hukum-hukum Tuhan. Menghina Agama Islam. Ramai pula yang murtad.
Air mata masih mengalir atas sepasang pipi Namlatun Sa’adiah.Sedih masih mendera dirinya.
“Allah, tunjukkanlah kepada bangsaku, umat Islam, jalan yang benar...,”bisiknya lagi.
Beberapa orang perempuan yang duduk atas bangku di hadapan Namlatun Sa’adiah merenung kepadanya.Mereka tidak menghiraukannya.Bagi mereka; Rose Garden menjadi tempat para remja membawa hati yang menjerit ddn melolong kerana putus cinta.
Namlatun Sa’adiah memasukkan semula kertas-kertas sajak itu ke dalam tasnya. Sambil merenung ke sekitar taman mawar itu, dia bangun dari bangku itu.Tubuhnya masih menggigil kedinginan.
Telefon tangannya menjerit. Ditekapkan telefon itu ke telinganya. Suara Anisah Johan memanggilnya.
Dari bangku panjang itu, Namlatun Sa’adiah berjalan lemah. Dua puntung kakinya bagaikan diheret keluar dari taman mawar yang harum itu. Di pintu masuk ke taman tersebut, dia membisikkan lagu, “mawara merah...”. Lagu itu sering dibisik-nyanyikan oleh Mustafa ke telinganya.
(Dipetik dari manuskrip novel, Kelip – Kelip di Kota London, oleh: Mokhtar Petah)

BUKU TENTANG PERDANA MENTERI




MOKHTAR PETAH


NAJIB RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
DI BAWAH SANG SAKA BANGSA


Buku ini merakamkan ketabahan seorang
pemimpin bangsa menghadapai cabaran
dan dugaan. Anwar Ibrahim dijatuhkan ketuanya,
Mahathir Mohamad. Kerana jujurnya Najib Razak,
beliau disayangi ketuanya, Abdullah Badawi.
Beliau mendaki ke puncak dengan kehendak
Allah jua. Bahunya memikul amanah ummah
dan negara Malaysia - 1 Malaysia.

Layari: mokhtarpetah/edit-thinker/whohub.com/www.mokhtarpetah.ws

Buku - Buku lain: Ishak Tadin Jasanya Terukir Di langit Zaman * Norh Omar, Jihadnya Bela Rakyat
* Najib Pelopor 1 Malaysia.

LESUNG BATU

Isteri memakai kain batik ketang dada, tanpa baju, duduk
bercangkung dan sedang menumbuk sambal; cili aspi, garam,
belcan dan asam buah mempelam muda, dalam lesung batu
di ruang dapur.

Suaminya duduk di sisinya. Wajahnya senyum dan penuh cinta kepada isterinya, sambil merenung kain batik isterinya terbuka hala ke lesung batu.

Katanya: "Cinta kita suci benar sayang." Usah ada syah dan
sangka dalam hati sayang." Demi Allah, mas tetap jujur
dan bertanggungjawab kepada sayang.

Biar kita hidup semati;
jika terlentang sama - sama meneguk embun,
bila terterap,
sama - sama membaham pasir.

Ditakdirkan kita mendapat cahaya mata, abang hendak anak
kita sarat dengan ilmu duniawi dan ukhrawi, tidak bermuduh dengan
orang - orang sebangsa, tidak sombong sesama mukimin dan mukminah,
Jihadnya dijalan, ajaran Allah.

Insya Allah dia tidak akan hidup merempat di bumi pusaka
datuk moyang kita.

mp

MELAYU WAJIB BERSATU


PERPADUAN MELAYU

Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.
Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.
Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.
Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.
Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.
Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?
Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp).

QURAN


PENETAPAN HUKUM


Dan Kami telah menetapkan (hukum) mereka dalam kitab Taurat itu, bahawa nyawa dibalas dengan nyawa, dan mata dibalas dengan mata, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak pembalasannya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa (undang-undang) yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

- al Maidah: 45.

Saturday, May 29, 2010

POLITIK (Ulangan)

DUA PARTI MELAYU AKAN BERKUBUR?


Oleh: Mokhtar Petah


Jika UMNO dan PAS sama-sama ‘keras kepala’ tidak mahu berpadu, besar kemungkinan, pada pilihan raya ke-13, dua parti politik Melayu dan ummah itu akan lemah atau hilang di telan oleh kekuatan golongan Ma’juj dan sosialis demokrasi.


UMNO yang telah berusia kira-kira 62 tahun dan PAS 57 tahun telah amat dewasa, orang Perak kata tuan teben. Tetapi mereka masih tidak berpadu seperti yang diharap-harap-harapakan oleh sebilangan besar ummah pada tahun 1951 hingga pada masa ini.


PAS keras kepala tidak mahu bekerjasama dengan UMNO. UMNO keras kepada menolak PAS dan menyifatkan parti Islam itu merbahaya kepada negara.


Semua ahli UMNO dan PAS beragama Islam. Masing-masing tidak bersatu. Membawa diri ke hulu dan ke hilir disebabkan pegangan atau fahaman yang tidak sama. UMNO menentang negara Islam dan PAS mahukan negara itu.


Mereka sembahyang di bawah satu bumbung masjid. Berdoa dengan tujuan yang sama:


Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan akhirat, dan peliharalah kami dari azam neraka.


(Al Baqarah:201).


Ya Tuhan kami, janganlah Kamu memesungkan hati kami setelah Kamu memberi petunjuk kepada kami ...


( Ali Imran:8)


Apabila mereka di luar masjid, mereka merayap dan bertengkar dan bermusuhan kembali – macam orang Yahudi dengan orang Arab. Pas kata mereka baik. Umno bangga mereka lebih baik. Tetapi umat Islam yang beriman kepada Allah, amat mengetahui, siapa di antara mereka itu yang baik.


Kalangan orang UMNO masih taksub kepada undang-undang ciptaan manusia (orang-orang England). Kerana taksub itu, apabila Abdullah Ahmad Badawi mengemukakan Islam sebagai amalan dalam UMNO dan kerajaan, ramai orang UMNO yang mahukan beliau turun dari kedudukannya.


Ada yang melemparkan berbagai tuduhan kepadanya. Nasib baik beliau bukan lepasan MCKK, kalau beliau dari maktab itu, tentulah beliau dituduh melakukan liwat juga.


Sebilangan dari ahli-ahli UMNO yang berpengetahuan Islam – lepasan sekolah menengah dan universiti Islam – mahukan Negara Islam seperti yang diperjuangkan oleh PAS, tetapi mereka takut bersuara, kalau-kalau hilang kedudukan dan periuk nasi kering kontang.




Najib



Nik aziz


Pada masa Abdullah Ahmad Badawi beria-ia menyeru rakyat Malaysia menerima Quran dan Sunnah untuk panduan, maka PAS yang hendak ‘merebut kuasa’ dan berusaha menjatuhkan beliau telah mengalah; tidak lagi meneruskan perjuangan menegakkan negara Islam, kerana takutkan DAP dan mereka dalam Parti Keadilan Rakyat yang liberal dan menganut sosio-demokrasi.


Orang-orang PAS sanggup menghapuskan cita-cita suci menegakkan negara Islam, semata-mata kerana hendak bersahabat karib dengan golongan yang tidak mahukan negara Islam dan mahu menjatuhkan Perdana Menteri yang taat kepada Allah itu.


Semenjak tahun 1951 lagi, saya menyanjung UMNO dan menyanjung PAS. Tetapi malangnya UMNO yang telah berusia 65 tahun – tua tobin (pinjam cakap orang Perak) masih tegar (bukan tegas) tidak mahukan negara Islam.


Mereka dalam UMNO kini nampaknya telah menjadi orang PAS dan para penganuat sosio-demokrasi, bersemangat untuk menjatuhkan Abdullah Ahmad Badawi. Kini, sebilangan UMNO, ahli PAS dan mereka (orang Islam) dalam PKR telah melanggar sabda Nabi Muhamamad s.a.w.,


“Dengar dan taatlah kamu meskipun yang memerintah kamu itu seorang hamba berkulit hitam yang kepalanya bagaikan buah anggur kering.”


Pada titik koma pergeseran antara UMNO dengan PAS ;UMNO menolak Negara Islam dan PAS telah patah paruhnya uantuk menegakkan negara Islam, maka saya meramalkan, pada pilihan raya ke – 13, kedua-dua parti politik ummah itu akan lumpuh dan hilang di muka bumi.


Para pengundi pada pilihan raya itu nanti yang terdiri dari orang Islam, tidak percaya kepada UMNO kerana menentang negara Islam dan mereka tidak percaya kepada PAS, kerana parti itu telah patah paruh dari menegakkan negara Islam.


Sebilang besar orang Melayu yang tidak mengundi Barisan Nasional (UMNO?) pada pilihan raya ke – 13 kerana parti itu menentang negara Islam, sedangkan dalam konsep Islam Hadhari menyanjung Islam.


Mereka melihat sebilangan besar ‘orang kita’ dalam UMNO, pada ketika berada dalam masjid berkeadaan seperti Abu Bakar As Siddiq dan para sahabat nabi yang lain, tetapi di luar masjid dan di mana-mana, mereka seperti Abdullah bin Ubai di Madinah pada zaman Nabi Muhammad. S.A.W.


Itulah salah satu faktor Barisan Nasional mengalami kekalahan dalam pilihan raya yang ke- 12 yang lalu.


PAS juga akan menghadapi nasib yang sama dengan UMNO, kerana para pengundi Melayu yang tegar iman tidak percaya lagi kepada parti itu, disebabkan tidak lagi memperjuangkan Negara Islam.


Jalan untuk menyelamatkan dua buah parti ummah itu dari berkubur tanpa nisan, maka mestilah berikhtiar untuk bersatu. Kedua-duanya hendakkah jauhkan diri dari perasaan ‘keras kepala’ dan saling menyedari kesilapan dan kesalahan.


Saya amat takut, kedua-dua parti ummah itu akan berlaku tindakan Allah seperti firman-Nya dalam Quran:


Ditimpa ke atas mereka kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali mereka yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.


(Ali Imran: 112).


Jika UMNO dan PAS telah berada ditahap firman allah di atas ini, maka, orang Melayu dan ummah akan kembali dijajah diri dan fikiran serta negara mereka oleh golongan yang menentang negara Islam dan menganut fahaman yang anti Islam, Melayu dan Raja Melayu.


Bersatulah UMNO dengan PAS sebelum terlambat atau jangan sampai nasib dimasa telah menjadi bubur.

PERISTIWA DAN KITA

Mokhtar Petah

-----kita sama - sama fikir ----

ULAMA MUDA

Golongan ulama muda perlu lebih berani ke hadapan merancang dan mengatur program remaja bagi menyelamatkan mereka daripada gejala sosial yang semakin meruncing, kata Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali.

"Kasihanilah golongan ini yang asyik leka dengan hiburan dan kesenangan hasil ketenteraman negara tercinta. Ustaz yang ramai dalam PAS terutamanya yang muda kena buat perubahan tanggalkan sekejap kupiah putih untuk bersama remaja yang senantiasa dahagakan ilmu yang boleh menarik mereka,” ujarnya ketika merasmikan Seminar Rakyat Prihatin di sini, hari ini.

Katanya, mereka boleh meniru langkah yang diusahakan oleh pemimpin gerakan Ikhwanul Muslimin, Hassan Al-Banna yang sanggup menjejak kaki ke pusat hiburan semata-mata menyampaikan dakwah dan kebenaran Islam.

Pendakwah tegasnya, bukan berdakwah dalam masjid menceritakan kebaikan Islam dengan meninggalkan lokasi golongan sasaran berlepak atau berkumpul bersama rakan taulan mereka.

"Apa salahnya kita ubah pendekatan dengan pakai topi bukan kopiah ketika mengatur program bersama remaja nescaya mereka akan mendekati sekaligus mahu jadikan pemimpin muda dalam PAS sebagai ikon mereka," kata beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Melalui pendekatan ke lokasi remaja berlepak katanya, memberi kesan yang mendalam kepada diri mereka sebab lazimnya mereka dicaci bukan disentuh jiwa sebagai daya tarikan baru menyelami hati budi golongan berkenaan.

Menyentuh mengenai masalah remaja bukan Islam, beliau berkata PAS perlu ambil tanggungjawab kerana PAS sebahagian daripada masyarakat Malaysia.

Menerusi program yang PAS berikan tambahnya, remaja bukan Islam juga boleh didekati dengan memberikan kesedaran mengikut budaya dan adat mereka.

Masalah remaja tambahnya, bukan masalah membabitkan orang Melayu sahaja bahkan bukan Islam turut terlibat seperti penggunaan pil estacy, arak, judi, samseng dan sebagainya.

"Masalah yang melanda orang Melayu lazimnya berkisar kepada salah penggunaan dadah, pembuangan anak dan perjudian maka ia boleh diselesaikan jika semua pihak menurut kehendak Allah, bukan kehendak masnusia," tegasnya.

Hadir sama dalam program setengah hari itu ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Saleh Man dan timbalannya, Rosidi Hussin.(Harakah).

BELUM BERIDEOLOGI

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Dr Syed Husin Ali mengakui bahawa parti yang diterajuinya itu belum mempunyai ideologi jelas yang boleh dijadikan pegangan ahli parti.
Beliau mengibaratkan PKR sebagi ‘parti pelangi’ yang bermakna ahlinya mempunyai latar belakang politik yang berbeza sebelum menyertai parti tersebut.
“Parti kita mempunyai-kumpulan anggota parti yang beraneka yang sebelum menyertai PKR telah mempunyai ideologi berlainan. Ada di antara mereka yang tidak mudah hendak berubah," katanya ketika berucap merasmikan kongres Angkatan Muda Keadilan dan Wanita Keadilan, di sini malam semalam.(Sinar Harian).

RAKYAT BRUNEI

Seramai 4,763 rakyat Brunei yang melabur dalam sebuah syarikat yang didaftarkan di negara ini memohon bantuan kerajaan Malaysia membantu mereka mendapatkan semula wang pelaburan yang didakwa berjumlah B$91.5 juta (RM211.549 juta).
Sembilan wakil pelabur itu yang berada di negara ini sejak Ahad lalu untuk menyelesaikan masalah berkenaan, mendakwa mereka melabur menerusi sebuah entiti, iaitu Kelab Taqwa Malaysia (KTM) yang dimiliki Syarikat Kumpulan Dina yang mempunyai cawangan di Brunei dan Sarawak.(Berita Harian)

LESUNG BATU

Isteri memakai kain batik ketang dada, tanpa baju, duduk
bercangkung dan sedang menumbuk sambal; cili aspi, garam,
belcan dan asam buah mempelam muda, dalam lesung batu
di ruang dapur.

Suaminya duduk di sisinya. Wajahnya senyum dan penuh cinta kepada isterinya, sambil merenung kain batik isterinya terbuka hala ke lesung batu.

Katanya: "Cinta kita suci benar sayang." Usah ada syah dan
sangka dalam hati sayang." Demi Allah, mas tetap jujur
dan bertanggungjawab kepada sayang.

Biar kita hidup semati;
jika terlentang sama - sama meneguk embun,
bila terterap,
sama - sama membaham pasir.

Ditakdirkan kita mendapat cahaya mata, abang hendak anak
kita sarat dengan ilmu duniawi dan ukhrawi, tidak bermuduh dengan
orang - orang sebangsa, tidak sombong sesama mukimin dan mukminah,
Jihadnya dijalan, ajaran Allah.

Insya Allah dia tidak akan hidup merempat di bumi pusaka
datuk moyang kita.

mp

BUKU BARU! AKAN TERBIT!

------------------------------------------------------


mokhtar petah

DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK

PEMIMPIN




1 MALAYSIA

Belajar pada sejarah
berjuang untuk kemanusiaan

-------------------------------------------------------

Buku ini untuk para penuntut Malaysia. Ditulis dengan cara yang mudah. Menjadi rakan pembimbing pada saban ketika kepada penuntut dan mereka dalam angkatan muda
rakyat
Malaysia.

MELAYU WAJIB BERSATU



PERPADUAN MELAYU

Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.
Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.
Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.
Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.
Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.
Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?
Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp).

QURAN

KURNIAAN ALLAH

Allah telah menciptakan perempuan – perempuan dari jenis kalian sendiri untuk kalian, dan diciptakan – Nya dari perempuan – perempuan tersebut anak – anak dan cucu – cucu; dan diberi – Nya kalian rezeki dari sesuatu yang baik – baik. (maka) kepalsuan ( berhala dan lain dari Allah)kah yang mereka percayai (beriman) atau nikmat Allah yang mereka ingkari?

Dan mereka menyembah lain dari Allah (berharal – patung, matahari dan sebagainya), iaitu yang tidak mempunyai (mengurniakan) rezeki untuk mereka sedikitpun dari langit dan bumi dan mereka tidak pula berkuasa. – An Nahl: 72,73.

Friday, May 28, 2010

PERISTIWA DAN KITA

Mokhtar Petah

-----kita sama - sama fikir ----


BERSATU PADU
Khutbah Jumaat di masjid - masjid seluruh wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada hari ini menyeru umat Islam bersatu padu dan berbaik sangka dengan semua rakyat Malaysia, tetapi mereka mesti menjaga nilai - nilai Islam agar mereka tidak dimurkai Allah.

ADAKAN SEKATAN
Kalangan umat Islam di negara ini meminta kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib tun Razak mengkaji dan mengadakan tegahan dalam perlembagaan terhadap amalan ideologi politik di negara ini.
Mereka mahu ideologi komunis - komunisme dabn ideologi yang hampir dengan komunisme, iaitu sosialisme dan athesme diharapan digunakan oleh parti - parti politik di negara ini.

RASUAH
Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah - SPRM, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, bahawa rasuah tidak akan berlaku jika kaki tangan kerajaan menolak rasuah dan para peniaga dan orang ramai tidak memberi rasuah kepada kaki tangan kerajaan yang meminta rasuah.

BUKAN UNDANG - UNDANG ISLAM
Para ilmuan Islam menasihatkan Kerajaan Negeri Selangor menilai semula undang - undang keluarga Islam di negeri itu yang diguna pakai sekarang, tidak wujud dalam Islam.
Antara undang - undangb itu, setiap suami hendak berpoligami diwajnibkan memingta kebenaran isteri pertama dan perkahwinan tanpoa kebenaran Jabatan Agama Islam negeri itu dikira salah.
Salah seorang mangsa dari undang - undanbg itu, menurut mereka, ialah ahli Dewan Rakyat Kinabatangan, Bong Moktar yang dihukum penjara baru - baru ini kerana berkahwibn dengan gadis artis.

MOHON MAAF
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, diminta memohon maaf pada rakyat di negara ini khususnya umat Islam kerana telah menyinggung perasaan mereka dengan meluluskan lesen judi.

40 INDIVIDU JUTAWAN
thumbnail

MASJID

Para penduduk Islam presint 8 Putrajaya, menuntut janji ahli Dewan Rakyat, Dato Tengku Mansor agar membina sebuah masjid kecil atas tapak yang tersedia dalam kawasan tersebut.

Mereka meberitahu, telah dua kali piliahan raya umum, Tengku Mansor telah berjanji, kerajaan akan membina sebuah masjid untuk kira – kira memuat 600 jemaah di kawasan tersebut, tetapi hingga kini, janji piloihan raya itu tidak ditunakkan.

Mereka meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Jamil Khir, agar memberi perhatian ke atah membina masjid tersebut.

Difahamkan, projek masjid itu di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM.