Wednesday, February 3, 2010

SULTAN PERAK

SULTAN DISANJUNG RAKYAT


Pada 3 Januari 1931, Idris menyertai Sekolah Melayu Bukit Chandan dan kemudiannya pada 1932, bersekolah di Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Kangsar. Beliau dilantik sebagai Raja Di Hilir Perak pada tahun 1934 ketika berumur 10 tahun untuk menggantikan Raja Sir Chulan. Pada 17 Oktober 1938, Raja Idris dilantik sebagai Raja Bendahara Perak. Ketika itu, Sultan Perak ialah Sultan Abdul Aziz.

Raja Idris melanjutkan pendidikannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar pada 12 Disember 1938 tetapi pelajarannya terganggu apabila Jepun menyerang Tanah Melayu pada 1941 semasa Perang Dunia II. Beliau menyertai pasukan Giyutai, sebuah pasukan pertahanan yang ditaja oleh tentera Jepun tetapi secara sulit, berhubung dengan pasukan gerila Force 136 yang dipimpin oleh Kolonel Dobree untuk menentangnya.

Pada tahun 1943 semasa pendudukan Jepun, Raja Idris berkahwin dengan Raja Muzwin binti Raja Ariff Shah dan dikurniakan dua orang putera dan tiga orang puteri. Raja Idris bertugas di Pejabat Tanah, Kuala Kangsar sebagai Penolong Pemungut Cukai Hasil Tanah antara tahun-tahun 1943-1945, dan seterusnya ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Apabila Sultan Abdul Aziz mangkat pada tahun 1948, Sultan Yussuff Izuddin Shah ditabal menjadi Sultan Perak. Raja Idris dilantik sebagai Raja Muda Perak yang bersemayam di Teluk Intan. Pada tahun 1949, beliau ke England untuk menyertai kursus Kerajaan Tempatan, Kebajikan Masyarakat dan Ekonomi Agraria di Universiti London.

Sekembalinya ke Perak pada tahun 1951, Raja Idris menyertai pasukan Angkatan Sukarela Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan ditauliah pangkat Leftenan. Beliau turut menerima latihan ketenteraan di Port Dickson, bersama-sama pasukan Askar Melayu dan kemudiannya, dinaikkan pangkat menjadi Mejar. Raja Idris turut serta memberi semangat kepada seluruh rakyat di Hulu Perak agar tidak tertipu dengan dakyah komunis.(Diambil dari Google)

Sejak Baginda merajai Negeri Perak, saya telah mendampingi Baginda – sebagai seorang rakan – Sultan dengan wartawan dan penulis dan sebagai penasihat politik (peribadi) Baginda.

Mulai hari ini, pada tiap – tiap Rabu saya menyiarkan dialog Baginda dengan saya yang saya tulis mengikut dailet orang Negeri Perak tengah. – Mokhtar Petah}

Di negeri Perak, pada tahun 1960n- an hingga 1970- an telah beberapa kali dilanda banjir. Kawasan yang paling teruk ialah di sepanjang sungai Perak, dari Jambatan Iskandar Kuala Kangsa hingga ke Pasir Salak, Pula Tiga dan sampai ke Bagan Datok.

Setiap kalia berlaku banji (dari Ogo hingga akhir Februari), Sultan Idris turun membantu rakyat jelata. Baginda menaiki helekopter Tentera Udara Diraja Malaysia, mengenderai kereta jeep dan sebagainya dan belayar dalam motobor untuk mendatangi kawasan- kawasan rakyat yang dilanda banjir.

Pendeknya sepanjang banji mekanda, Baginda berulang alik dari istana ke pusat- pusat mangsa banjir, sama ada pada waktu siang mahupun waktu malam, Bagindsa bersama pegawai - pergawai kerajaan dan wartawan menaiki motobot laju melawat ke kawasan banjir,s eperti di kampung sekitar Kota Lama Kanan, Kota Lama Kiri, Kandang, Bendang Kering hingga ke beberapa buah kampung lagi di kiri kanan sungai Perak.

Baginda telah menerima banyak pengaduan dari penduduk –penduduk yang terlibat dengan banjir yang wakil – wakil rakyat menganak- tirikan mereka.

Ada pula wakil – wakil rakayat memberi beras, gula dan sebagainya kepada penduduk – penduduk dalam kawasana yang langsuang tidak terlibat dengan banjir.

Sultan Idris terlalu mruka dengan sikap wakil – wakil rakyat itu. Baginda telah memberitahu para wartrawan dengan menyelar orang – orang politik dan wakil – wakil rakyat yang mementikan orang – orang mereka sahaja.

“Pada waktu rakyatw susah, mendeghita ni pun, masih ada pilih kasih ...,” titak Baginda.

“Dalam masa banjir ini ada politiking, nak piloih oghan deme baghu nak begi bantuan ..., aku tak suka ...,”titah Baginda. (bersambung Rabu depan).

No comments: