Saturday, February 6, 2010

QURAN, HDIS DAN LAIN



SABAR

Hendaklah anda berteguh hati (sabar) dan keteguhan hati anda itu berjalan dengan (pertolongan) Allah juga, dan jangan anda berdukacita terhdap mereka, dan jangan anda gelisah menghadapi apa jua yang mereka rancangkan.

Sesungguhnya Allah bersama orang – orang yang memelihara diri – dari kejahatan – dan orang – orang yang melakukan kebaikan. An Nahl:127, 128.




HADIS



PEREMPUAN TIDAK BOLEH PERINTAH

Abu Bakar radial Lahu ‘an memaklumkan: Pada ketika sampai khabar kepda Rasulullah s.a.w., bahawa rakyat Parsi tgelahmengangkat perempuan Kisra menjadi raja pemerintah mereka, lalu Junjungan bersabda: “Tidak beruntung sesautu kaum (bangsa) yang mengangkat perempuan untuk menjadi pemerintah mereka.” – Imam Bukhari.



PETUA

SOMBONG

Orang – orang yang sombong atau bongkak sentiasa berada dalam kebahagian yang sempit, kerana kebahagiaan yang luas berada pada orang – orang yang tidak sombong dan mrendah diri. Sebab itu ramai orang yang sombong atau bongkak hidup dalam keadaan menderita pada masa di hujung usia mereka.




TAHUKAH?

PEMIMPIN

Para pemimpin yang tidak berpengetahuan Islam, sentiasa bercakap dan berucap dengan cara takbur dan mahukan orang ramai sentiasa memuji dan menjulangnya, walaupun pujian itu akan menjadikan dia jatuh tersungkur di kaki orang ramai.



NOKTAH HIDUP

BANGKAI

Entah mengapa, lelaki ini memiliki wang dan harta yang banyak, tetapi issteri dan anak – anaknya menjauhkan diri daripadanya.Selama sebulan dia menderita sakit dalam banglonya, di lereng bukit, tidak ada siapa yang mengetahui. Sebulan kemudian, setelah dia meninggal dunia, seluruh kawasan rumahnya berbau bangkai. Para peduduk sekitar banglonya telah datang menjenguknya, mereka mendapati bangkainya telah busuk.

No comments: