Tuesday, September 1, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN


ALLAH HARAMKAN MAKAN BABI

ADA KUMAN INFLUENZA H1N1

Diharamkan atas kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi, dan yang disembelih tidak atas nama Allah, yang mati tercekik, yang mati dipukul, yang mati kerana terjatuh, yang mati kerana berlaga dan yang dimakan oleh binatang buas, kecuali jika kamu sembelih dan yang disembelih atas nama berhala (dan dilarang) mengundi nasib; semua itu adalah kejahatan. Pada hari ini orang-­orang yang tidak beriman telah putus harapan terhadap agamamu, oleh itu janganlah kamu takut kepada mereka, dan (sebaliknya) takutlah kepada-Ku. Pada hari ini aku telah sempurnakan untukmu agamamu dan kau telah sempurnakan, Islam itu menjadi agamamu. Dan siapa yang terpaksa kerana kelaparan, tidak sengaja melakukan dosa, sesungguhnya Allah itu maha Pengampun dan Penyayang. (Al Maaidah:3)

Hanya yang dilarang oleh Allah atas kamu (ialah) mayat (bangkai), darah, daging babi dan (haiwan) yang disembelih tidak atas nama Allah (seperti untuk manusia keramat, syaitan dan sebagainya). Tetapi sesiapa yang terpaksa oleh keadaan, tidak sengaja melakukan kesalahan tidaklah berdosa. Sesungguhnya Allah itu Pengampun dan Penyayang. (Al Baqarah:173)

Dia hanya melarang bagi kamu mayat (bangkai), darah, daging babi dan (haiwan) yang disembelih dengan bukan nama Allah (tidak membaca basmalah atau kerana tujuan lain seperti hantu dan sebagainya), tetapi mereka dalam keadaan terpaksa, tidak sengaja hendak membuat kesalahan dan pelanggaran hukum ,maka dalam hal ini, Allah pengampun dan penyayang. (An Nahl:115)

Katakan, adakah aku akan beritahu akan hal yang lebih buruk dari itu pembalasannya di sisi Allah? Iaitu orang­ orang yang dikutuk dan dimurkai Allah, di antaranya dijadikannya monyet (kera), babi (menurut ahli hadis dan mujtahid Islam, tidaklah manusia itu berubah rupa men­jadi monyet dan babi, tetapi hati mereka sahaja seperti haiwan itu) dan penyembah berhala. Orang-orang itu amat buruk tempatnya dan lebih sesat dari jalan yang lurus.[1](Al Maaidah:60

Katakan, tiada aku dapati dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, bahawa ada (Allah) mengharamkan memakan makanan selain dari bangkai, darah yang mengalir, daging babi, sebab semua itu amat kotor (najis), atau haiwan yang disembelih tidak atas nama Allah. Tetapi sesiapa yang dalam keadaan terpaksa, tidak disengajakan melakukan kesalahan dan melanggar hukum, sesungguhnya Allah itu maha Pengampun dan Penyayang. (Al An’aam: 145)

Babi adalah sejenis binatang yang berkuku seperti kuda dan lembu, menyusukan anak, Mamalia (Mammal) dari keluarga binatang suidae - terdapat 8 jenis (spesis). Babi mempunyai leher yang pendek, empat kaki yang pendek dan ekor kecil tetapi ke­pala besar.

Babi adalah sejenis haiwan yang agak buruk rupanya dan dalam sel-sel darahnya terdapat kuman-kuman yang merbahaya kepada otak dan fikiran manusia. Di antara kuman – kuman itu, ialah salsema babi - influenza A (H1N1).

Islam melarang penganutnya memakan daging babi. Daging dan seluruh tubuh haiwan itu najis sifatnya, iaitu najis yang berat - najis mughallazah.

Untuk membersihkan tubuh kita yang terkena daging atau badan atau kesan babi tidak boleh dengan hanya air biasa. Ia mesti dibasuh (samak) dengan air tanah.

Kalau kita meneliti akan haiwan ini, ianya mempunyai gerak laku yang buruk termasuk ketika melakukan hubungan jenis. Ketika makan keadaannya gelojoh. Ia memakan makanan-makanan yang kotor dan busuk.

Dalam ayat Al Baqarah 173, Allah mengharamkan kita memakan daging babi. Dalam ayat itu kita dapat mengambil pengertian bahawa haiwan tersebut adalah najis dan mempunyai kuman bahaya.

Orang-orang Arab menyebut babi , baqar bi la qurn (lembu tidak bertanduk).

Disebabkan buruknya itulah maka Allah menyebutkan dalam firman-Nya, "babi dan penyembah berhala". Ertinya manusia yang tidak menyembah Allah dan sebaliknya menyembah berhala, keadaan dirinya hina di sisi Allah.

Dalam masyarakat manusia, kalau terdapat seseorang itu mempunyai perangai yang buruk, maka dia disifatkan seperti babi.

Di kalangan orang-orang yang tidak berbudi bahasa sering menggunakan perkataan ‘babi’ sebagai maki hamun kepada rakan-rakan atau orang-orang yang mereka marah.

Demikianlah hikmat Allah menyebut haiwan itu di dalam Quran. Dari hikmat itu kita dapat menilik bahawa manusia yang tidak beradap sopan, jahat dan buruk ragam dan perangainya adalah sama dengan babi.

Paling buruk bagi manusia yang jahat diberi gelaran babi buta. Ertinya berkeadaan seperti babi yang buta yang tidak mengendahkan sesuatu di hadapannya atau melanggar peraturan atau peradaban manusia.

Dalam ayat 60 AI Maidah di atas, Allah memberikan kedudukan kepada orang-orang yang melanggar perintah- Nya dan para Rasul-Nya sama dengan babi. Hati dan jiwa mereka menjadi babi.

Pada zaman 'jahiliyah moden' ini, apakah ada orang-orang Islam berkedudukan seperti babi kerana mereka tidak mahu mengikut petunjuk dari Allah dan Rasul-Nya?

(Dipindahkan dari buku, Rahsia Dari Quran, oleh: Mokhtar Petah)

HADIS

AIR ZAMZAM

Sesungguhnya air zamzam pen uh berkat, makanan yang mengenyangkan dan ubat bagi penyakit. Malaikat Jibril membersihkan hati Rasulullah (Muhammad s.a.w.) pada malam Isra’ dengan air zamzam. – Hadis: Nabi Muhammad s.a.w. dan diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.

PETUA

TANAMAN

Jika anda ada tanah, tanamlah pokok buah – buahan. Sekiranya buah – buahan dari pokok – pokok dalam kebun anda itu dimakan monyet dan burung, jangan maki hamun, kerana ada kebajikan bagi anda dan Allah akan membalas kebaikan anda.

TAHUKAH

HARTA TIDAK HALAL

Mana – mana rumah dimasuki pencuri dan harta dan wang milik tuan rumah itu dicuri, maka menunjukkan ada harta dan wang dalam rumah itu dari hasil yang tidak halal, seperti hasil riba, curi, rompak, salah guna harta anak yatim, rasuah dan sebagainya. Sesungguhnya, sesutu yang berlaku adalah di bawah kuasa dan kehendak Allah.



[1] Al Maidah: 60.

No comments: