Friday, September 4, 2009

MENGNANG MASA SILAM

Mokhtar Petah

Pada Sembilan belas empat puluh lapan.

Bapa dan ibu saya, sepasang suami isteri diantara ramai warga kampung saya yang miskin – ‘kais pagi makan pagi kais petang makan petang’ atau ibarat ‘berselimutkan kain panjang lima, tutup kaki kepala terdedah, tutup kepala kaki telanjang’.

saya telah belajar menggatih basikal dengan menggunakan basikal besar buatan British, milik salah seorang Cina dari pekebun - pekebun sayur dan tembakau atas kawasan tanah kerajaan – hutan simpan – , di pinggir banjaran gunung Bintang Hijau, di belakang kampng saya, yang tidak lama dulu termsasyhur dan terlonjak namanya ke dunia antarabangsa dengan kejadian Al Ma’unah – sebuah kumpulan silat yang dikatakan merompak senjata di kem Askar Wataniah, di Grik, Perak.

Orang Cina tersebut barnama Chong atau Wong Ah Kai – dari suku Kongsai. Dia tinggal dalam sebuah bangsal atau rumah kongsi bersama isteri dan seorang anak perempuannya yang cantik. Wong dan lebih 200 keluarga Cina yang menajdi setinggan atas tanah kerajaan itu, telah mendapat banyak pertolongan dari bapa saya yang sejak zaman penjajah Jepun memegang jawatan Ketua Kampung. Tidak bergaji.

Pada masa itu semua warga kampung saya bergaul baik dengan orang – orang Cina pekebun sayur di sana. Mereka hidup dalam perpaduan dan aman damai seperti ‘1 Malaysia’ yang dirancang oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Pada umumnya orang – orang Cina suku Kongsai banyak wang. Setelah Inggeris kembali menjajah semulah Tanah Melayu, salah seorang Cina dari suku Kongsai dari Perak – pelombong bijih -, telah mendirikan marcu tanda perdagangan dalam Bandar Kuala Lumpur, iaitu, iaitu Sungai Wang Plaza.

‘Sebenarnya, kerana pemberontakan yang dilakukan oleh rakyat Malaya, ekonomi Inggeris agak lumpuh. Bijih timah dan getah serta hasil mahsul lain daripada negeri ini tidak dapat dikeluarkan. Dan dengan undang – undang darurat dan dengan polis khas (dibawah kuasa pegawai – pegawai polis Yahudi dan Inggeris Yahudi yang bergelar Tuan Palestin) menjadi hamba bersenjata itu dapatlah kerajaan Inggeris pulih kembali dari kelumpuhan ekonominya.

Pada waktu itu juga di negeri Inggeris sendiri berlaku kekecohan dan tindakan daripada kaki tangan kerajaan. Antaranya tindakan mogok akibat merosot keadaan ekonomi Inggeris akibat dari hasil lombong dan getah tidak dapat dikeluarkan.

Semua orang Cina yang tinggal di kawasan – kawasan luar Bandar dipindahkan ke dalam kawasan berpagar dan mereka dikawal dengan muncung senapang dan hujung bunet oleh tentera – tentera upahan Inggertis dan polis khas.

Inggeris nampak, dengan memindahkan orang – orang Cina itu, selain daripada pemberontak – pemberontak tidak mendapat menerima bantuan, maka diajar pula orang – orang Cina itu tinggakl dalamn kawasan yang semuanya senang. Air dan api mudah dan mereka tinggal dalam sebuah masyarakat yang baru dan juga Inggeris akan dapat menggunakan suara orang – orang Cina itu dalam satu suara rakyat negeri ini menurut cita – citanaya, iaitu satu rupa bangsa yang tidak ubahnya daripada Malayan Union yang gagal pada nama itu.

Darurat adalah tipu daya Inggeris untuk menghancurkan perjuangan bangsa Melayu!

Dalam masa ini jugalah mana – mana pemimpin pergerakan Melayu yang dapat meluluskan diri dari ditangkap oleh Inggeris atau yang telah ditangkap tetapi berjaya melarikan diri, telah lari ke dalam hutan untuk meneruskan perjuangan mereka.

Di antara mereka itu, Abdul Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh (pemimpin Angkatan Wanita Sedar) dan beberapa oran lagi.

(Dalam masa Malaya telah merdeka, Encik Mokhtaruddin ada kembali menjenguk keluarganya di pekan Kati, dekat Kuala Kangsar dan dua hari kemudiannya dia terpaksa kembali ke Indonesia kerana tidak diingini oleh pihak berkuasa).

Untuk mencari penyelesaian, iaitu dalam masa Malaya hampir merdeka, kerajaan Inggeris meminta beberapa orang pemimpin di negeri ini, seperti Tunku Abdul Rahman, mendiang Dato’ Tan Chen Lock, peguam David Marshall (Singapura) untuk berunhding dengan wakil Malayan Cummunist Party, di Baling.

(Saya adalah wartawan termuda mengikuti Rundingan Baling itu).

Pada masa itu saya mewakili sebuah akhbar di luar negeri, telah hadfir bersama wartawan – wartawan lain di Baling. Saya melihat Rashid Maidin yang menyertai Chin Peng dan komred – komred lain agak sihat dan wajahnya tetap dengan cahaya yang (menandakan) percaya kepada perjuangannya.’ (dari buku, Bangsa Melayu Menggugat Dunia,(1966), oleh: Mokhtar Petah)

No comments: