Friday, September 4, 2009

DENGAN MATA HATI

Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang memberikan amanatnya di hadapan beribu-ribu penduduk Kelang by keADILanPas.

Nik Aziz sedang berucap dalam rapat umum di Klang, Selangor

BILA NIK AZIZ CAKAP
SIAPA BANGKANG, JAHIL

Mursyidul 'Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, seorang politikus, mualim dan ahli falsafah Islam yang sukar ditandingi di negara ini. Setiap yang menentang percakapannya menampakkan jahilnya dan siapa yang menyokongnya, sama dengan mengikuti lebuh raya ke syurga.



Abdullah Ahmad Badawi

Siapa yang menentangnya, sekurangnya mempelihatkan jahil diri sendiri. Kerana Nik Aziz bercakap berdasarkan Quran dan Hadis, tetapi mereka yang menentang cakapnya, menggunakan lojik akal dan kadang - kadang tersasul dan ditertawakan oleh mereka yang arif Islam.
Satu contoh, bila Nik Aziz berkata, bahawa orang politik yang tidak menerima Islam sebagai dasar perjuangan tidak dapat masuk syurga, maka ramai yang membangkang . Ada seorang berdua dari ulama mengeluarkan fatwa untuk menentang beliau.
Hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi Daud: (kaum atau kebangsaan dan tidak mengguna pakai Islam), bukan dari golongan kami, orang yang berperang atas Bukan dari golongan kami orang yang menyeru manusia kepada asobiahasobiah dan bukan golongan kami orang yang mati atas asobiah.
Maka, nyatalah, apabila Nabi Muhammad bersabda 'bukan golongan kami', maka, sesiapa yang melakukannya tentulah tidak disyafaatkan untuk masuk syurga.
Tun Abdullah Ahmad Badawi pada hari - hari beliau memegang jawatan Perdana Menteri, setiap kali beliau melawat ke Negeri Kelantan, beliau menemui Nik Aziz. Kadang - kadang pimpin Nik Aziz berjalan. Dua tiga orang 'big body' UMNO Kelantan teras ahati. Mungkin beloau terasa seperti memimpin datuknya, Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim.
Dan pertemuan dengan Nik Aziza terakhir pada minggu beliau masih Perdana Menteri, beliau telah bercakap ' amal makruf' dengan Nik Aziz mengenai perpaduan ummah dan gagasan 'Kerajaan Perpaduan'.
Setelah Abdullah membawa balik perkara itu ke pangkuan rakan - rakan, Najib setuju dan mungkin itu juga menjadikan mindanya diilhamkan Allah untuk mewujudkan 1 Malaysia.
Malangnya, dalam UMNO sendiri ramai yang tidak setuju dengan 'Kerajaan Perpaduan', maka seminggu kemudian ada suara dari beberapa orang tokoh UMNO menggesa Abdullah meletakkan jawatan segera sebelum tempoh yang ditentukan antara beliau dengan Najib.

No comments: