Sunday, September 6, 2009

CERPEN (Ulangan)



BANGLO


Oleh: Mokhtar Petah


Sebuah Banglo di lereng bukit. Murung dalam pelukan kabus senja. Sepi, sesepi dalam liang lahad. Bau busuk dan hanyir dalam perutnya, dirimbas dan di kuak keluar oleh angin galak dari rimba yang menerpa dan mengocah dedaun akasia, mengkudu, halban tanduk, senduduk dan pepohon subur di sekitar lereng bukit di situ.

Pi Pintudepan banglo itu ternganga ke arah rimba dan bukit bukau. Cahaya senja menjilat ke dalam perutnya. Cahaya beransur pudar. Gelap. Hitam.

D Datuk Pilus sedang duduk atas kerusi rotan dalam ruang tamu di tingkat bawah. Dua biji matanya kelabu. Pandangan kabur merenung ke pintu yang ternganga itu. Resah. Duka nestapa. Putus esa sedang mengoyak-rabak otak, hati dan jiwanya. Dalam derita begitu, terasa dirinya hina amat. Dibenci semua manusia. Yang Berbahagia Datuk Pilus berhadapan dengan ’rumah kata pergi dan kubur kata mari’.

T Taubuhnya yang miskin daging berbungkus dalam kain sarung dan baju ’t’ yang lusuh. Hapak.Tangan kirinya menghurut-hurut dadanya yang kering berpapan. Dalam rungganya bagai dicucuk-cucuk dengan besi panas. Tangan kanannya mengusap-usap puntung betis kanannya yang sedang dimamah pekung. Busuk. Hanyir.

MulutDatuk Pilus bertahi gigi kuning. Busuk. Sepasang bibirnya yang pucat kering tenggelam dalam belukar misai dan janggutnya. Terluah dari lubang halkumnya rengek-rengek sedihnya, ”...hai, bini, ada bini..., dah cabut..., dua tiga anak..., Mimi, Lopez, Karlos..., entah ke mana cacak ekor...”

”...Ida, Ida...Ida...,” suara Datuk Pilus tersekat dalam kerongkongnya.

”...Mimi, Lopez..., Karlos...,” nama tiga anaknya tersekat lagi.

I Isteri dan anak-anaknya tidak ada dalam banglo itu. Mereka tidak menyaksikan orang tua yang sedang diambang maut itu sedang diratah derita. Hampir dua tahun mereka telah meninggalkannya, seperti askar Amerika meninggalkan mayat orang Iraq. Mereka telah pergi sebagai perantau yang tidak akan kembali lagi ke banglo itu.

Cinta murninya yang dicurahkan kepada isterinya, Rashida sejak mereka mula bercinta dulu seperti ’diberi bunga berbalas najis’ oleh perempuan itu.Kasih sayang yang telah ditumpahkan kepada anak-anaknya sejak tapak kaki mereka besar dua jari telah disia-siakan oleh mereka. Dia amat merindukan mereka. Rindukan isteri tersayang. Rindukan anak-anak yang ditatang seperti minyak yang penuh.

Isteri pertama Dato’ Pilus, Ramlah terkorban dalam kereta mewah yang terbakar dalam kemalangan jalan raya, di Karak, Pahang, kira-kira lima tahun lalu. Setelah isterinya meninggal dunia, bak kata orang, basah tanah pusara masih belum kering, kain melilit nisannya belum pudar warna, dia telah berkahwin dengan setiausahanya, Rashida, berusia 28 tahun. Gadis ibarat ’kelapa ditebuk tupai’ atau ’janda belum berlaki’, berpendidikan dari sebuah institusi pengajian tinggi, di Bandaraya London.

”Ida..., yang..., Idaa..., ”Datuk Pilus memanggil isterinya.

Tiada jawapan. Semua ruang dalam banglo itu sepi. Gelap. Hitam.

” Mimi...,” suara Datuk Pilus menggigil.

” Lopez...,” suaranya lemah.

” Karlos...,” suaranya tersekat pada lendir kahaknya sendiri.

Datuk Pilus amat rindukan mereka. Hajat, hajat seorang suami dan bapa; sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir, dapat menatap dan mencium wajah mereka dengan penuh kasih sayang.

Myocardial infarction sedang mengamuk dan mengopak-ngopak jantung Datuk Pilus. Dinding dadanya terasa akan terkopak. Darah tinggi, kencing manis dan kenser ususnya mendera dirinya. Tuhan membayar tunai akan segala perbuatan dosa yang telah dilakukannya sepanjang lorong dan denai kekuasaannya.

Datuk Pilus tidak terdaya mengubati semua penyakitnya lagi. Tidak ada sebarang ubat padanya. Dia tidak ada wang untuk membeli ubat. Wang tidak ada padanya walaupun sekupang tembaga. Gelaran Datuk yang ada pada tubuhnya bagaikan papan tanda buruk pada rumah usang cuma. Dia telah muflis - papa kedana.

”...emak, ...ayah, ....Pilus salah,” suara Datuk Pilus lemah.

” ...Pilus dah bankrap,emak, ...dah papa kedana,ayah...,” suara Datuk Piklus tebalan dalam lubang kerongkongnya bersama kahak pekatnya.

Setan-setan betina dan jantan berkeliaran menglilingi Datuk Pilus.Ahli-ahli kelab setan dan musuh-musuh Tuhan itu menanti detik-detik dia akan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mereka akan membalan mulutnya. Mereka akan mengelukan lidahnya.

Setan-setan itu tidak mahu dia melafazkan kalimat syahadat di ambang mautnya.Menyebut nama Allah dan Nabi Muhammad. Anak cucu makhluk perosak Adam dan Hawa itu mahu Datuk Pilus mati tanpa iman. Mati dalam keadaan kafir.

Isteri Datuk Pilus, Datin Rashida, telah lama meninggalkan dirinya. Kasihnya tertumpah lagi kepada lekaki sang buruh dari Indonesia.Setahun yang lalu dia telah mengikuti kekasihnya, pulang ke Tanah Jawa.

Lelaki yang bertubuh sasa itu, ibarat besi Kharsani tempa tanah Jawa, tidak cukup bini melarat emak mertua. Suparjo telah berlaku curang dengan Rashida pada masa Datuk Pilus masih dipuncak kemewahan lagi.Pada masa itu Suparjo bekerja sebagai buruh kontrak dalam syarikatnya. Suparjo sering menjadi pemandu kereta Datin Rashida, terutama pada waktu pada waktu malam.

Suparjo juga menjadi guru agama kepada Datuk Pilus. Ajarannya tidk sama dengan ajaran para ulama; dia telah menanamkan ilmu kepada tuannya, bahawa setiap orang Islam tak wajib sembahyang. Tidak wajib puasa.Yang penting hati mau baik.Datuk Pilus telah menjadi lelaki fanatik terhadap ajaran buruh kasarnya itu.

Datin Rashida yakin akan ajaran dan fatwa kekasihnya, bahawa mengikut hukum Islam, pasangan yang beragama Islam yang berkahwin secara civil marriage tidak sah nikahnya. Rashida telah berkahwin dengan Datuk Pilus mengikut tatacara atau undang-undang keluarga di England. Perkahwinan mereka diikat dengan tali kuasa civil marriage.

”...lelaki dan perempuan Islam kahwin civil marriage sama dengan berziana, sama dengan perempuan jalang dengan lelaki jalang,”kata Suparjo.

”Adik Sida dengan Pak Pilus tu berzina..., nasib baik tak dapat anak, kalau ada anak, ...anak itu, anak haram...,”tambah Suparjo.

Sebaik-baik sahaja Rashida dan Suparjo tiba di Jokjakarta, sepasang keksih itu telah menikah di sana. Kerana Rashida masih dianggap gadis, kerana dia belum berkahwin dengan sah mengikut hukum Islam, maka dia telah bernikah dengan menggunakan wali hakim, di negara republik itu.

Walaupun suami Rashida bekas buruhnya, tetapi dia dan suaminya hidup senang lenang, kerana dia memiliki wang lebih satu juta ringgit Malaysia dalam akaun pribadinya, di sebuah bank antarabangsa, di Jakarta. Dalam bank pemilik Kad Kredit antrabangsa yang dimilikinya masih banyak jumlah wangnya yang belum dibelanjakan. Semua wang itu pemberian Datuk Pilus. Rashida telah mengeluarkan wang dari syarikat ahli koporat itu dengan cara tidak halal.

Rashida juga memiliki sepuluh buah rumah atas namanya sendiri, di sekitar kawasan Ceras, Petaling Jaya dan Damansara.

Akibat dari perbuatan Rashida yang tidak beramanah itu, menjadi salah satu dari banyak penyebab Datuk Pilus jatuh tersungkur dalam perniagaannya.Muflis atau Papa keadana.

Rashida juga memiliki barang-barang kemas bernilai lebih setengah juta ringgit Malaysia. Semua barang kemas itu telah dihadiahkan oleh Datuk Pilus.Kerana cinta atau kasih sayang, Datuk Pilus telah melunggukkan barang-barang kemas kepada isterinya. Sebagai seorang suami, Datuk Pilus telah menunaikan erti dari falsafah, ’berkorban apa saja, harta atau nyawa’.

Dalam keadaan dimamah derita begitu, Datuk Pilus masih terkenangkan anak-anaknya.Pada masa mereka masih kecil, mereka terlalu manja dengannya. Ramlah mahu anak-anak mereka belajar di sekolah agama Islam dan melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti Islam, tetapi Datuk Pilus mahu anaknya belajar di sekolahnya dulu. Dia mahu mereka menjadi pegawai tinggi kerajaan yang kaya raya.Ada nama.

Mimi anak sulung, lepasan sebuah universiti di Amerika Syarikat telah terlibat dengan kumpulan tarian lucah dan menentang Tuhan. Kemudian terjerumus ke dalam lembah pelacuran. Mimi menjadi penggiat pelacuran antarabangsa di Bandaraya London.

Lopez lepasan universiti di Australia dan Karlos lepasan univesiti di New Zealand. Mereka telah terlibat dengan dadah dan homoseksual. Lopez telah meninggal dalam satu kemalangan jalan raya bersama teman lelakinya. Manakala Karlos sedang menderita kerana virus HIV bersarang dalam tubuhnya.

Dalam saat-saat Datuk Pilus menanti ketibaan malaikat maut dalam banglo usang itu, sempat juga dia mengenangkan liku-liku kehidupannya pada masa dia bekeraja dalam jabatan kerajaan dan setelah berhenti dari jaabatan kerajaan dia bergelar ahli koporat.Hatinya menjerit. Meraung.Menyesal.Takut. Lubang kubur, para malaikat dan lahar neraka yang sedang menunggunya.

Sebagai seorang pegawai tinggi kerajaan, dia hidup dalam serba kemewahan. Setiap hari ususnya menjadi lubuk aneka jenis arak. Tari menari dan pelacuran telah menjadi amalan yang paling digemarinya. Perbuatan rasuah laksana mesin mencetak wang bagi dirinya.

Datuk Pilus menjerit dan meraung pada waktu tersungukr dari kerusi rotan. Rungga dadanya amat kencang geloranya seperti landa ombak ganas. Pekung pada batang kakinya, sakitnya terasa seperti dimamah harimau jantan. Darah. Nanah. Danau. Busuk hanyir meleleh dan tumpah atas hamparan di situ.

Pada masa kekusaan masih ada di tangananya, dia amat benci kepada pegawai-pegawai bawahannya yang bercakap mengenai hukum-hukum dalam agama Islam. Dia telah bertindak menahan kenaikan pangkat dan gaji seorang pegawainya, lepasan kolej Islam kerana pegawai itu bercakap di hadapannya mengenai perbuatan rasuah, tentang hadis Nabi Muhamamad menegaskan Allah melaknat orang-orang yang memberi dan menerima rasuah.

Tubuh Datuk Pilus terbaring atas hamaparan usang berdebu. Nafasnya turun naik. kecang. Hatinya menjerit dan meraung. Menyesal akan perbuatannya yang lalu.Lidahnya menjadi kaku. Dia tidak terdaya lagi mengucapkan nama Allah. Kalimat syahadat hilang dari dalam tempurung otaknya.

Kira-kira tiga bulan setelah meninggalkan jawatannya dalam kerajaan, Datuk Pilus telah menceburkan dirinya dalam syarikat perniagaan dan perusahaan - perunding dan kontrak ’am dan berpejabat di pingi Bandaraya.

Pada masa Datuk Pilus memegang jawatan kerajaan, dia telah melakukan banyak perbuatan yang melanggar semangat dan maruah kerajaan. Dia telah tidak beramanah kepada jawtannya, mengamalkan rasuah, menekan dan menindas kontraktor-kontarktor Bumiputera dan berbagai maksiat telah dilakukannya.

Apabila dia bergelar ahli korporat, dia pula menjadi setan ekonomi, pemberi rasuah kepada pegawai-pegawai kerajaan.Dia kenal mereka yang mengamalkan perbuatan rasuah itu.Mereka itu ibarat buaya lapar dalam kerajaan.Sesiapa yang tidak sanggup memberi rsuah kepada mereka, tidak usah bermimpin syarikat mereka akan mendapat sebarang projek dari kerajaan, walaupun untuk mebina sebuah jamban awam.

Wang tidak menjadi masalah kepada Datuk Pilus. Wang dalam syarikatnya bertimbun-timbun. Wang miliknya sendiri juga banyak. Pendeknya dia boleh diibaratkan tidur baring bertilamkan wang. Yang Berbahagia Datuk Pilus seorang ahli koporat Bumiputera yang berjaya!

Wang, barang kemas, perempuan lacur kehormat dan lacur biasa, arak dan melancong ke luar negara sentiasa diberi kepada para pegawai yang sanggup menolongnya mendapatkan berbagai projek.

Dua tiga kali Datuk Pilus bersama beberapa pegawai kerajaan telah ’melancong umrah dan ziarah’ ke Mekah dan Madinah.Mereka tidak melakukan ibadat seperti para muslimin dan muslimat. Di Mekah mereka telah berdoa di kaki Ka’abah, memohon dikurniakan projek-projek besardari kerajaan. Di makan Nabi Muhammad dalam masjid Nabawi, di Madinah, mereka memohon begitu juga.

Kira-kira setahun setelah Datuk Pilus berkahwin dengan Rashida, pada satu malam dingin, dia sedang lena keseorang atas katil dalam bilik tidurnya, kerana isterinya masih belum pulang dari parti 14 Februari – valentime-, dia telah bermimpi; isteri tuanya, Ramlah, bertelanjang bogel datang menemuinya dengan dua puntung tangannya menatang badang yang di tasnya sebiji buah nangka kecut kering. Hitam. Hodoh. Kata orang tua-tua Melayu ’nangka disumpah beruk’.

Semenjak malam itu Datuk Pilus mulai dimamah oleh keadaan yang menakutkan.Anaknya telah menjauhkan diri daripadanya. Isterinya telah banyak mnghabiskan masanya diluar rumah. Dia pulang ke rumah dan menemui suaminya seperti ’menjenguk tuwau sial’cuma.

Pada satu malam yang lain, Datuk Pilus dikejutkan oleh bunyi botol-botol arak atas rak dalam BAR dekat dewan tamunya jatuh berserakan seperti ada orang yang mengehempaskannya. Dia mencapai pistolnya dan masuk ke dalam BAR itu.Sebaik-baik sahaja dia tiba di situ, dia tekejut. Terpegun.Takut. Pistol di tangannya diletakkan atas kerusi di situ. Aruah bapanya sedang berdiri di tengah kaca-kaca botol arak yang berselerakan atas hamparan dalam dewan itu.

Orang tua itu tidak bercakap. Datuk Pilus seperti terdengar bapanya berkata, ”...dulu, masa hang kacil, kita duk di Permatang Gerdu..., hang sembahyang di masjid dengan ayah..., mengaji Quran..., belajar agama..., ... fardu ’ain.”

”...ayah sedih, ...bila hang dah keluar universiti, dah berpangkat besar, kaya ghaya, hang lupa ayah, emak, ...hang muntah kedaghah air setan ni..., hang jadi isi neghaka...”suara bapanya meninggi.

” hang bermukah dengan anak dagha oghang, hang nikah macam oghan putih..., hang makan suap..., tumbuk ghusuk..., hang ingat hang hidup tongkat langitka..., ...hang akan hidup kopak kapik..., papa kedana..., hang mati..., Allah campak hang dalam neghaka...,”pekek bapanya.

Tubuh Datuk Pilus luruh atas hamparan dalam BAR itu. Moyok. Wajahnya seperti wajah orang Yahudi yang terkena serpihan bom HAMAS.Bapanya telah hilang dari pandangannya. Dia terduduk atas kerusi rotan di situ.

Semenjak dari malam itu tubuh Datuk Pilus masih atas kerusi rotan itu. Seluruh tubuhnya lemah.Dia tidak terdaya bangun dari kerusi rotan tersebut. Mengaduh sakit. Mengerang derita. Muntah. Berak. Kencing atas kerusi rotan itu juga.

Tubuh Datuk Pilus tersungkur atas hamparan di situ. Dengkurnya mengocah sepi perut banglo itu. Ruhnya telah disentak malaikat maut dari tubuhnya yang bersarang penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kenser usus dan cabuk bernanah campur darah itu.

Sehari demi sehari belulang, dedaging liat dan urat sarap Datuk Pilus reput, busuk, hanyir. Tulang temulangnya berserakan di atas hamparan dalam biliknya.Berpuluh ekor beriang, biawak, ular tedung, sawa, tikus dan aneka jenis haiwan maging lagi mengunyah, melulur dan melahap dagingnya yang reput busuh dan hanyir itu.

Banglo usang itu diselimut bau busuk. Hanyir.Bau itu melipah ke luar bangloitu dan di bawa angin ke mana-mana.

Banglo itu menjadi sebuah pusara orng ternama.

(Habis).

No comments: