KERAJAAN PERPADUAN
HADI AWANG TIMBALAN PERDANA MENTERI?
Putrajaya, Jumaat, Sebilangan orang ramai, termasuk golongan cendekiawan, politikus, penulis politik dan pedagang menjangkakan, jika usaha Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak Presiden PAS, Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang , unjtuk membentuk ‘Kerajaan Perpaduan’ mencapai kejayaan, kebinek Malaysia akan berubah dan Presiden PAS akan memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Mereka juga yakin Tan Sri Muhyiddin Yasin yang kini memegang jawatanTimbalan Perdana Menteri akan meninggalkan jawatan itu dan hanya akan memegang jawatan Menteri Pelajaran kerana kepentingan 1 Malaysia dan ‘Keajaan Perpaduan’.
‘Kerajaan Perpaduan’ akan didukung oleh dua buah Parti Melayu dan Umat Islam – UMNO dan PAS – sebagai induk dan parti – parti politik lain akan menjadi tiang seri bagi menguatkan kerajaan tersebut sebagai kerajaan gotong royong.
Seorang pensyarah sains politik dan sejarah, juga penulis, tidak mahu didedahkan namanya berkata: “Memang dah tiba masanya semua rakyat Malaysia menyokong gagasan 1 Malaysia yang diwujudkan oleh Najib itu, kerana gagasan itu tersebut akan melahirkan ‘Kerajaan Perpaduan.
Kita telah lama bercakaran sesama sendiri, Melayu dengan Melayu, Cina dengan Cina dan India dengan India, sehingga menampakkan negara kita ini sebagai sebuah bahtera dalam lautan bergelora yang menunggu karam.
Jalan yang terbaik untuk menyelamatkan Negara dan rakyat, hanya lah dengan gagasan 1 Malaysia dan ‘Kerajaan Campuran’ yang berpedomankan Islam.”
Seorang bergelar ulama, ketika ditemui di Masjid Putra di sini, tidak mahu didedahkan namanya nerkata, UMNO dan PAS berdosa kepda rakyat dan kepada Allah, jika mereka tidak meneruskan usaha mewujudkan pakatan yang akan mewujudkan ‘Kerajaan Campuran’.
“Apa UMNO dapat, apa PAS dapat selama ini di segi amal makruf, perpaduan orang Melayu – ummah – dan rakyat negra ini tidak tercapai, yang ada, hanya satu pihak berkuasa dan satu pihak hendak mjerebu kuasa,”katanya.
“Rakyat bagaimana, dia orang berpekis melaung smapai nak keluar anak lidah dalam Parlimen, tetapi rakya jelatan brkeadaan seperti anak ayam kehilangan ibu ..., macam umat manusia pada zaman Firaun,” tambahnya.
Seorang penulis politik yang juga tidka mahu dicatatkan namanya berkata, “Selama ini orang Mlayu bercakaran, kita ketawa, kereana keadaan Negara kita seperti kata- kata falsafah bangsa kita, iaitu, ‘antan sama anta bertingkah ayam yang kenyang’ dan ‘ tongkang pecah yu kenyang’.
“1 Malaysia ..., ‘Kerajaan Perpduan’ aman pemnting bagi Negara kita, lagi pun jika tidak wujud ‘Kerajaan Perpaduan’, pada piliahan raya umum akan datang UMNO dan Barisan Nasional, kalau Berjaya memerintah pun akan menjadi kerajaan yang gelisah ..., mungkin parti – parti politik itu akan mengakhir kuasaannya,” tegasnya.
“Pada zaman manusia berilmu pengetahuan, sebilangan bersar rakyat Malaysia tidak mahu terkongokong di bawah kuasa asobiah (kebangsaan) yang sempit, tetapi mereka mahu melihat dan menyokong fahaman universal, iaitu Islam seperti yang dioerjuangkan oleh PAS dan sosiaolis Parti Kedilan Rakyat dan DAP,” tegasnya lagi.
“Pada masa mengahadapi kewujudan ‘Kerajaan Perpaduan’, semua pihak mestilah sedia berkorban, bertolak ansur, berfikiran terebuka mementingkan negara dan rakya lebih dari segala – galanya,”tambahnya.
Mereka berpendapat, rancangan ‘Kerajaan Perpaduan’ tidak akan mencapai matlamatnya, jika Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan dipinggirkan.
LADANG HERBA
Ipoh,Jumaat, Sebuah syarikat yang melibatkan kepakaran dalam bidang harba herba – perubatan tradisi - ,akan membuka lading herba, kira - kira 500 ekar, dalam kawasan Perak tengah, demikian sumber syarikat itu memberitahu.
GAPENA AKAN BANGUNKAN TAMAH PENULIS
Kuala Lumpur , Jumaat, Gabungan Persatuan Penulis Nasional – GAPENA akan membangunkan Taman Penulis, di atas tanah miliknya, di Sungai Takali, Ulu Langat, demikian Setia uahanya, Dato Dr. Abdul Latif Bakar memberitahu.
Taman tersebut yang bersifat sebuah resort akan dibina denan kerjasam dengan sebuah syarikat pembangunan hartanah di Negara ini.
Dalam tamah terebut akan dibina kompleks GAPENA yang dilengkapkan dengan dewan persidangan, perpusatakaan, kawasan para penulis menjalankan penyelidikan dan kerja menulis dan dikelilingi oleh banglo, rumah berkembar dan kondominium yang akan dijual kepada orang ramai.
No comments:
Post a Comment