Friday, December 9, 2011

MAKSUD ARI AL QURAN


                                       MANUSIA MENYESATKAN

Apakah laih dari Allah hendak kucari untuk menjadia hakim, sedangkah Dia (Allah) yang menurunkan Al Kitab (Quran) kepada kalian dengan jelasnya. Dan orang - orang yang Kami teklah berikan Kitab kepada mereka mengetahui, bahawa Kita (Quran) itu sebenarnya diwahyukan Allah, sebab itu janganlah engkau termasuk orang - orang yang ragu.
Dan perkataan (firman) Allah itu telah  sempurna kebenaran dan keadilannya, tidak ada yang dapat merobah perkataan (hukum) Allah. Dia (Allah) Maha Mendengar dan Maha Tahu.
Dan kalau engkau (Muhammad s.a.w.) menurut kebanyakan manusia di bumi ini, tentulah mereka menyesatkan angkau dari jalan Allah. Mereka hanya menurut persangkaan belaka; dan mereka hanya melakukan pembohongan semata - mata (kerana menahan kuasa).
- Al An'am:114 - 116.

Nota.

Pada masa ini ramai dari umat Islam sendiri tidak yakin dengan hukum - hukum Allah dalam quran. Mereka lebih mengutamakan hukum - hukum ciptaan manusia, seperti orang Yahudi dan Kristian. Untum mengelak dari melaksanakan hukum - hukum Allah, mereka mengadakan  berbagai - bagai dalih agar mereka kekal  berkuasa. - Mokhtar Petah

Thursday, December 8, 2011

MAKSUD DARI AL QURAN

                                         
                             ORANG YAHUDI MENENTANG HUDUD


Dalam usaha  orang - orang bukan Islam di Maklaysia hendak menentang hukum hudud, saya menyanjung Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana tidak melayan hajat Presiden MCA Datok Sri Dr Chua Soi Lek mencabar beliau berdebat mengenai hukum hudud dengannya.
Guan Eng dengan bermoral mengeluarkan perkataan "Pleaselah".
Sebelum saya kemukan tiga ayat Quran mengenai hudud, saya rasa mustahak saya memberi nasihat dan ingatan kepada orang - orang MCA dan orang - orang bukan Islam yang berusaha menentang hukum hudut. Menentang hukum hudud bermakna menentang hukum Allah. Mementang hukum Allah bererti menentang agama Islam. Dan menentang agama Islam bermakna menentang orang Melayu di Semenanjung ini, kerana semua orang Melayu beragama Islam.
Dalam sejarah Islam, iaitu pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. ada usaha orang - orang Yahudi dan golongan munafik Islam yang berusaha untuk menentang hukum hudud dalam Islam dan merekqa berusaha untuk memperdaya dan memperbodohkan Junjungan Rasul Allah itu dengan mengemuka para wakil dam menyenmbunyikan hukum hudud dalam kita Taurah - kita Allah - pada zaman  Rasul Allah untuk mereka.
Mengapa mereka meminta putuskan perkaranya (hukum hudud) kepada enkau (Muhammad s.a.w.), sedangkan mereka mempunyai Taurat (Taurah), yang berisi hukum (hudud) Allah. Kemudian mereka berputar (berpalking atau tidak mahu mengikut hukum tersebut) setelah itu - sebab - mereka itu bukanlah manusia - manusia yang beriman.
Sesungguhnya, Kami telah menurunkan Taurat, di dalamnya berisi pimpinan kebenaran dan cahaya yang terang, dengan itulah Nabi - nabi yang taat (kepada Allah) memutuskan perkara untuk orang - orang Yahudi, juga orang mereka yang mengetahui ilmu keTuhanan dan pendeta - pendeta, disebabkan mereka disuruh menjaga sebahagian dari kitab Allah, dan mereka menjadi saksi (keterangan) baginya. Sebab itu janganlah kalian takut kepada manusia - manusia tetapi takutlah kepadaKu (Allah). Dan janganlah kaliam mengambil keuntungan yang sedikit (sebagai) ganti keterangan - keteranganKu (Allah). Sesiapa yang tidak menjalankan hukum menurut apa yang diturnkan Allah, (mereka) itulah orang - orang kafir (menentang Allah dan menentang umat Islam).
Dan Kami (Allah) telah perintahkan di dalamnya (Taurat), bahawa nyawa - dibalas dengan nyawa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga dan gigi dengan gigi (hukum demikian ditukar dalam syairat Islam dengan hukum Qisas yang didasarkan kepada pembalasan, untuk menjaga kehidupan manusia. Maka, tidaklah orang yang  telah merosakkan mata orang lain dirosakkan matanya, memasa dengan balasan mengikut nilai), bahkan luka ada balasannya. Sesiapa yang dengan rela menjalankan hukuman, dia memberikan tebusan dosa. Sesiapa yang tidak menghukum menurut hukum yan diturunkan Allah, (mereka) itulah orang - orang yang zalim.
Dan Kami (Allah)iringkan jejak mereka dengan - mengutuskan Isa anak Maryam, membenarkan apa (hukum) yang terdahulu daripadanya, iaitu Taurat . Dan Kami berikan Injil (kitab yang diturnkan kepada Nabi Isa alaihis salam) kepadanya, di dalamnnya berisi pimpinan pimpinan dan cahaya terang, membenarkan apa (hukum) yang terdahulu daripadanya, iaitu Taurat, untuk menjadi pimpinan dan pengajaran bagi orang - orang yang memelihara dirinya dari kejahatan.
Hendakklah orang - orang ketgurunan Injil (beragama Nasarani atau Kristian) itu menghukum menurut apa (hukum) yang diwahyukan Allah di dalamnya. Sesiapa yang tidak menghukum menurut apa (hukum) yanfg diturnkan Allah, (mereka) itulah orang o rang fasik (paling jahat).
- Al Maidah: 43, 44, 45,46, 47.
Allah bertanya:
Apakah hukum zaman kebodohan (zaman Rom tua dan zaman - zaman para maha raja berkuasa membua undang mengikut hati dan nafsu beraja di mata bersultan di hati) yang mereka cari (ikut atau taat) Hukum siapakan yang lebih baik dari hukum Allah untuk kaum yang yakin (beriman kepada Allah).
 - Al Maidah:50
Menurut keterangan dari sebab turun ayat - ayat Quran ini, ada dua kisah orang Yahudi dan munafik telah mencuba untuk memperdayakan Nabi Muhammad s.a.w. bagi menolak undang - undang hudud di atas, iaitu; Pada satu hari, orang - orang Yahudi  dn munafik telah meminta fatwa dari Junjungan mengenai hukuman orang membunuh orang, mencuri dan berzina, maka Junjungan memberitahu, bahawa dalam kita merekam iaitu Taurat ada hukum tersebut, tetapi mereka menutup tulisan pada kita Taurat itu. Perbuatan mereka itu disanggah oleh seorang sahabat dengan menunjukkan tulisan mengenai hukum tersebut.
Maka, kita mendapat fahaman, orang - orang Yahudi dan munafik sebagai manusia awal menentang hukum hudud. - Mokhtar Petah



Monday, December 5, 2011

MAKSUD DARI AL QURAN


                                                                          UMAT WASATA

Orang - orang bodoh akan berkata: "Apa sebbnya yang menjadikan orang - orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka menghadapnya selama ini (Baitul Maqdis)?" Katakan (Muhammad s.a.w.) timur dan barat adalah kepunyaan Allah. Allah yang memberi hidayah (petunjuk)Nya kepada sesiapa yang dikehendakinya ke jalan yang lurus.
Dan demikianlah( sebagaimana Kami telah memimpin kalian kepada jalan yang lurus), Kami (Allah) jadikan kalian (Hair umat Muhammad) satu umat yang wasata (pilihan dan adil), agar kalian layak menjadi orang - orang yang memeri keterangan kepada umat manusia (tentang apa yan benar dan apa yang salah), dan Rasul Allah (Muhammad s.a.w.) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kalian (Sebenarnya kiblat kalian ialah Ka'abah di Makkah) dan tidaklah kami jadikan kilat yang kalian menghadapnya dahulu itu (wahai Muhammad s.a.w.) melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar- benar mengikut Rasul (Muhammad s.a.w. serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalkiik kepada kekufurannya). Dan sesaaungguhnya (soal peralihan kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang - orang yang telah diberikan hidayah oleh Allah. Dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kalian. Sesaungguhnya Allah amat melimpat belas ksihan dan rahmatNya (kepada orang - orang beriman). 
- Al Baqarah:142,143.

Sunday, December 4, 2011

MAKSUD DARI AL QURAN


                                        ORANG ISLAM DAN ORANG KAFIR

Dengan nama Allah yang Pemurah dan Pengasihani. Katakan (Muhammad s.a.w.): Hai orang - orang yang kafir tidak beriman kepada Allah dan RasulNya serta tidak mengikuti hukum - hukum yang diturnhkan Alla)."Aku tidak akan menyembah apa yang kalian sembah. Dan kalian tidak (jangan) menyembah apa (Allah) yang saya sembah. Dan saya tidak akan menyembahapa (berhala) yang kalian telah sembah. Dan kalian tidak (jangan) menyembahapa (Allah) yang saya sembah. Untuk kalian agama kalian dan untuk saya agama saya (Islam).
 - Al Kafirun (orang - orang kafir): 1 - 7).

Nota:

Ayat Al Quran ini diturunkan di Makkah. Meneliti ayat ayat Quran di atas ini, kita yakin dan berpegang kepada asas iman, bahawa umat Islam bukanlah dari umat yang wasata (pertengahan atau sederhana) dalam berpegang kepada akidah dan iman serta berpegang, melaksana hukum (undang - undang) yang diturunkan Allah dalam Quran.
Umar Islam boleh berada dalam keadaan wasata, hanya dalam amalan - amalan kehidupan dengan para warga umat Islam dan orang - orang yang tidak beragama Islam.
Elok kita perhatian sejazrah, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengadakan perjanjian dengan beberapa kumpulan Yahudi di Madinatul munawwarah, ialah yang dinamakan Piagam Madinah.
Dalam perjanjian itu, Nabi Muhamad sa.w. dan umat Islam berkeadaan wasata (pertenhagahan dengan kaum Yahudi, tetapi tidak wasata dalam berpegang kepada agama Islam dan hukum - hukum Islam.
- Mokhtar Petah

Friday, December 2, 2011

TANIAH


                              TAHNIAH KEPADA UMNO

Pada hari Jumaat yang berkat ini, saya mengucap tahniah kepada Presien UMNO Malaysia, Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak kerana ucapan beliau pada ketika merasmikan Perhimpunan UMNO, dapat membuka mata hati orang Melayu dan bukan Melayu.
Saya juga mengucapkan tahniah kepada UMNO kerana berjaya meneruskan perjuangannya hingga pada hari ini.
Dalam Perhimpunan, saya mendengar suara menentang parti pembangkang kerana seolah -olah memperkecilkan Melayu dan menghina banga Melayu.
Sesungguhnya, perkara lebuh raya bagi orang - orang keturunan pendatang ini menghina orang Melayu dan mungkin ada usaha untuk menghapuskan kuasa oran Melayu seperti berlaku di Singapura, adalah bukan sebab mereka sebenarnya, sebab yang hakiki, ialah para pemimpin UMNO lampau, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak terlalu lembut telinga dengan British dan termakan budi  yang brfalsaafahkan ' beri betis hendakan ppaha' dari orang - ketgurunan pendatang, iaitu Cina dan India.
Saya baru pulang dari Kota Melaka. Dalam kota dalam negeri dikeuasai UMNO - BN ini, saya melihat para ahli ekonomi Cina dalam Melaka dan dari luar Melaka, seolah - olah menghina Melayu yang beraga Isalam dan agama Isalam, kerana, dalam bandar (Sultan Melayu angkat kaki ini), bahasa Inggeris kelihatan seprti daun rimbun me nutup rantin - rantin menenggelamkan bahasa Melayu dan iklan meminman keras di merata- merata (keda), seolah - olah bandar Melayu sebuah bandar tempat menusia memperolokkan Allah dan menentang hukum Allah.
Mengapa ketua Mentgeri Melaka, Datuk Ali Rustam dan UMNO Melakqa tidak bersuara akan perkara demikian? - Mokhtar Petah

Tuesday, November 29, 2011

POLITIK

                                         UMNO PERLU KERJASAMA DENGAN PAS
                       UMNO LENYAP MELAYU LEMAH
               HAPUS PAS MELAYU PUPUS

                       (Oleh: Mokhtar Petah)

Mulai hari ini UMNO Malaysia mulai bersidang digedungnya, di Kuarla Lumpur dengan keyakinan akan menang dalam pilihanraya umum ke - 13 mendatang dan kekuatan parti - parti pembangkang akan lumpur laksana pucuk - pucuk kacang yang direbus.
Tetapi dalam diri seiklangan dari para wakil dari seluruh seluruh pelusuk negara, sedang berunga segaga; perhimpunan YUMNO kali ini tidak akan menghancurkan PAS tetapi akan melahirkan 'Melayu wasata' - 'Melayu pertengahan', yang mengikut arahan Allah agar umat Islam bersatu padu; UMNO dan PAS bekerjasama.
Sebenarnya angan - angan atau hajat untuk menyatukan orang Melayu atau umat Islam di negara ini telah dimulakan sejak zaman Allahyarham Dato' Onn Jaafar, iaitu sebelum 1946 dan dikuti oleh Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dri Mahathir Mohamad, Tun Dari Abdullah Ahmad Badawi, tetapi angan - angan atau hajat me3reka itu gagal.
POLITIK NASIONALIS
Kegagalan itu buklanlah kerana orang Melayu tidak  mahu menyokong UMNO atau mereka tidak mahu menyebelahi PAS, tetapi pada hakikatnya mereka menimbang; UMNO parti politik nasionalisa dan berpegang kepada kapitalisme dan PAS parti politik nasionalis (bangsa Malaysia) dan ber dasarkan Islam atau menganut memperjuangkan Islamisme.
Sesungguhnya, sampai kepada bibir masa kiamat pun orang Melayu tidak akan bersatu selagi UMNO dengan PAS tidak bekerjasama dengan jujur, iaitu UMNO mengenepikan nasinalis sempit dan menerima Islam sebagai pegangan perjuangan atau isme
Ertinya, UMNO meneruskan perjuangannya dengan era baru, iaitu nasionalis (bangsa Malaysia) dan berpegan kepada Islamisme seperti yang dilaksanakan oleh PAS sejak 1951 hingga pada hari ini dan akan datang.
MENGANUT ISLAMISME
Saya setuju dengan pendpat bijak pandai Melayu, bahawa semua Perdana Menteri Malaysia tidak dapat menjadi pilot perpaduan Melayu, tetapi semua ahli UMNO yang kuat berpegang kepada Islamisme akan dapat menyatukan Melayu dalam organisasi ' politik dan sosial bangsa Malaysia'. Dalam sidang UMNO hari ini hingga Ahad ini ramai Melayu di dalamnya yang menganut Islamisme, tetapi mereka berada dalam keadaan ' bersembunyi'.
UMNO penting bagi bangsa Melayu - bangsa Malaysia, kerana jika UMNO lenyap dari muka bumi Malaysia ini Melayu akan lemah dan jika hapus PAS Melayu akan pupus.
Perhimpunan UMNO yang sedan berjalan amat diharapkan para perwakilannya berani bersuara untuk menyatukan dua buah parti politik orang Islam itu dan jauhkan dari bersuara atau bercanang untuk menghancurkan PAS.
Saya berpendapat, sesiapa sahaja berusaha untuk mnenghapuskan UMNO, maka, tujuannya untuk menghapuskan bangasa Melayu dan sesiapa yang berusaha menghapuskan PAS, maka, dia bertujuan jahat untuk menghanc urkan Islam dariu negara ini. 
(Tamat), 

Monday, November 28, 2011

KURMA NABI


                                            TITIK SEJRAHA PENEBUSAN HAMBA
                                           KENANGAN HIJRAH RASUL ALLAH

Kurma Nabi, adalah sejenis kurma yang terkecil di antara beberapa jenis kurma. Ia di tanam oleh Nabi Muhamad s.a.w. dalam sebuah kebun milik hartawan Arab yang memiliki hamba beragama Kristian dari Parsi (Iran) yang bernama Salman Al Farisi.
Setelah Salman memeluk agama Islam memaklumkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah, iaitu setelah Junjungan berhijrah dari Makkatul mukarramat (atau Bakkah) ke Yathrib (Madinatul munawwara), yang dia dengan ikhlas dan reda hati untuk memeluk agama Islam, makan, Nabi Muhammmad s.a.w. memberitahu para sahabatnya agar mengumpulkan emas banyhak dirham dan menenam lebih 350 pokok kurma dalam ladang kurma milik saudagar yang menjadi tuan kepada Salman Al Farisi , sebagai menebus Salman Al Farisi daripadanya.
Setelah emas terkumpul dan gerakan menanam anak - anak kurma dijaklankan di ladang tersebut, maka Nabi Muhammad s.a.w. telah menanam kira - kira 35 pokok kurma. Menurut orang yang mengetahui, kurma - kurma itulah dinamakan 'Kurma Nabi".
Bolleh dipercayai, bahawa anak - anak kurma itu diturunkan oleh malaikat Jibril kepada Juahnjungan untuk menanamnya. Dan usaha Nabi Muhammad s.a.w. ini telah menjadi dasar pertanian (ladang kurma) cara berhikmah (pengetahuan dan berpeaturan).
Maka, menurut khabar yang boleh kita yakin, bahawa di antara buah 'Kurma Nabi' yang telah masa, ada yang  merkah kulitnya dan berbenuk tulian nama Allah di antara 99 nama - nama Allah dan nama Junjungan sendiri.
Kerana Salman Al Farisi ada pengetahuan berladang (ladang bapanya di Parsi), menternak lembu dalam pengembaraan mencari Rasul Allah dan agama Islam dan pengalaman berladang kurma dalam ladang tuanya du Madinah al munawwarah, maka, dia ditugaskan Nabi Muhammmad s.a.w. untuk menggali parit (kubu) sebelum berlaku perang Khandak. - Mokhtar Petah

Thursday, November 24, 2011




                                 QURAN BERBAHASA ARAB



Kalau Kami (Allah) jadikan al Quran (dalam bahasa) yang bukan bahasa Arab, tentulah mereka


(orang – orang kafir) berkata:Mengapa ayat – ayatnya (al Quran) tidak tidak dijelaskan dengan


Seterang – terangnya? Mengapa (kitabnya) bukan bahasa Arab, sedangkan (Rasulnya –


Muhammad s.a.w.) seorang (dari) bangsa Arab? Katakan (Muhammad s.a.w.): Al Quran itu ialah


tuntutan dan nubat penawar untuk oran g - orang yan beriman. Dan orang – orang yang tidak


beriman itu, telinganya tulis (pekak) dan matanya buta, mereka sebagai (orang –orang) yang


dipanggil dari tempat yang jauh.


-Ha Mim As Sajadah:44

Sunday, November 20, 2011

MAKSUD DARI AL QURAN

       
CATATAN OLEH MALAIKAT

Inilah kitab (catatan) Kami (Allah), yang menuturkan terhadap kalian dengan kebenaran, kerana sesungguhnya, Kami telah mengarahkan (malaikat) mencatatkan sesuatu yang kalian tgelah kerjaka n (lakaukan).
- al Jathiyah:29

Nota:

Tiap - tiap manusia tidak lepat daripada malaikat yang melakukan catatan akan segala perbuatannya, sama ada baik mahupun buruk. Catatan itu akan dijadikan bukti pada hari perbicaraan di Padang Mahsyar. Jika manusia telah melakukan kebaikkan, maka, Allah akan membalaskan kebaikan (dimasukkan ke dalam syurga) kepadanya. Kalau dia melakukan kejahatan atau kejahatan, maka, Allah akan memalas keburukan (dijdikan isi neraka) kepadanya.

Saturday, November 19, 2011

MAKSUD DARI ALA QURAN




HUDUD

Hai orang - orang yang beriman, di wajibkan atas kalian Qisas (bunuh balas) berkenaan orang - orang yang membunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka, sesiapa yang mendapat sesuatu kemaafan dari saudaranya (mangsa), hendaklah (yang memafkan) mengikut dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi kemaafan) memayar (diat) kepada yang memberi kemaafan dengan cara yang baik (pertimbangan hakim dalam pemerintahan Islam).
- Al Baqarah:178

Friday, November 18, 2011

BERITA LEWA


                             PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Perhimpunan Agung UMNO Malaysia akan berlansung di 'Gedung UMNO Malaysia', pada 29  - 3 Desimber 2011, dengan di dahului ucapan amanat PresidenNya merangkap Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak.
Ucapan Presiden akan dilakukan secara tertutup.
Perhimpunan kali ini akan dihadiri oleh 2,761 Perwakilan dan akan tertumpu kepada menentukan ' apakah UMNO dan BN akan dapat memangi semula dalam pilihan raya ke 13' atau UMNO akan hilang taring dan kuasanya, buat selama - lamanya.

---------------

MAKANAN ARAB

Ramai dari masyakat Putrajaya dan sekitarnya bersungut, bahawa makanan Arab - Nasib Arab, di restoran - restoran (mata'am) Arab, sekitar bandar elit - Putrajaya dan Syberjaya terlalu mahal dan kebanyakan nasih dikurangkan dari pada masa - masa lalu.
"Orang Arab cari untuk di Malaysia,"kata seorang pengujung mata'am Arab.

--------------

PAS KELANTAN DENGAN HUDUD

Kerajaan PAS  Kelantan tidak dapat melaksanakan undang - undan - hudud -, di negeri itu selama tempoh satu hingga 2 tahun lagi kerana beberapa sebab yang bersangutkan dengan perundangan dan hal - hal yang perlu diselesaikan. Demikian Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan ?Dakwah Negeri (EXCO), Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah memeritahu.

MAKSUD DARI AL QURAN

TAATKAN ALLAH

Turutlah perintah Allah (seperti dalam Quran) dan turutlah perintah Rasul (Muhammad s.a.w.) - dalam Quran dan Hadis - tetapi kalau kalian membelakangkan (hukum - hukum tersebut),  kewajiban Utusan (Rasul) Kami (Allah) hanyalah menyampaikan dengan seterang terangnya.
Allah, tiada Tuhan selain daripadaNya (Allah). Dan hendaklah orang - orang yang beriman itu menyerahkan diri masing - masing kepadaNya (Allah).
- At Taghabun:12, 13.

Monday, November 14, 2011


MASAKAN MELAYU BERBUDAYA

                                   GULAI TEMPOYAK
Pada minggu lalu, saya di Pulau Pinang, dalam sebuah restoran Mamak Tanjung, seorang wanita Melayu bertanya kepada saya, bagaimana cara memasak gulai tempoya.
IKAN
Ikan yang sesuai untuk gulai tempoyak, ialah ikan sungai, di antaranya, patin, sebarau,tengalan, haruah, kelabau dan jelawat.
      RAMUAN
      1 . Serai, 2 - Lengkuas, 3 - Kunyit, 4 - Bawang merah, 5 - Cili api.
(Semua itu disesuaikan sebanyak mana ikan hendak di masak tumbuk hingga lumat).
      SANTAN KELAPA DAN GARAM
       Setelah semuanya ditumbuk lumat, masukkan ikan dalam periuk dan gaul dengan rencah atau ramuan tersebut.Masukkan santan kelapa dan garam, sekadar cuku rasa.
     TEMPOYAK
     Gaulkan tempoyak dengan ikan dan rencah. Kalau mahu kuah pekat, masukkan banyak tempoyak.
      ASAM GELUGUR
      Masukkan dua atau tiga keping asam gelugur.
      TAMBAHAN
        Boleh di masak dengan: Mentimun, tometo muda, petai atau jering.
      (Masakan ini ikut cara orang Melayu Patani).


MAKSUD DARI AL QURAN

BENCI DAN KASIH
Boleh jadi kalian benci akan sesuatu, sedangkan ia adalah baik bagi kalian, dan boleh jadi kalian kasihkan sesuatu, sedangkan ia adalah kejahatan (keburukan) bagi kalian.
- al Baqarah:216
Nota:
Sesungguhnya manusia ini selalu gelisah dan lebih banyak kebodohan dalam dirinya berbanding dengan kecedikan dan kebijaksanaan. Maka kerana demikian itu kita serin ditipu oleh fikiran kita sendiri. Kita dipedaya oleh khayalan kita sendiri.
Contohnya,Allah melarang percaya atau beriman kepada syaitan dan kaum kerabatnya, tetapi kebanyakan dari kita beriman kepada makhluk - makhluk itu dengan tujuan untuk sihat, cantik, kut dan kuasa.
Lelaki cintakan perepuan yang cantik dan tidak yang hodoh, perempuan cintakan lelaki yang kacak, tidak lelaki hodoh, tetapi sering berlaku yang cantik dan kacak itu menbahayakan lelaki dan perempuan.
Nasihat orang ali agar kita sembahyang di masjid atau surau pada waktu malam, tetapi kita keluar melepak di pasar atau membuang waktu dengan berfoya - foya di mana - mana. Dan yang lebih meysihkan, meninggalkan sembahyang kerana berhuibur di kelab malam dan sebagainya.
Begitu juga orang - orang politik (poilitikus), rakan - rakan nasiahat; berjuanglah delam parti Islam atau berjuanglah kerana Islam, tetapi mereka tidak menerima nasihat itu. Mereka berjuang dalam parti kapitalis dan yang menentang sebahagian hukum Islam.
 - mokhtar petah

Sunday, November 13, 2011


KISAH DARI NOVEL


DUA HAJAH BERMADU 
           
Jam 2.00 pagi. Di kota Mekah.
Masjid Haram tersegam indan memuntahkan cahaya dari beribu-ribu lampu nion di dalamnya. Kaabah, “batu hitam diturunkan dari syurga warna amat putih (lebih) dari susu, ia menjadi hitam kerana dosa-dosa anak cucu Adam”[1],  berkilat dan berselimut dalam kiswah seolah-olah kedinginan pada pagi itu.
         Beribu-ribu manusia, bertubuh segar bugar. Daif, bertongkat, tempang, merangkak dan pakaian laksana kapas mengelilingi batu hitam itu. Seperti sabda Nabi Ibrahim, ‘...mereka datang kepada kamu dengan berjalan kaki dan menunggang unta kurus; mereka datang dari segenap jalan yang jauh’[2], masing-masing menggonggong hati yang cinta dan taat kepada Tuhan.
          Hamba-hamba Tuhan itu berjalan mengelilingi Kaabah dan melaungkan talbiah. Zikir. Ratib nama nama-nama Al Husna. Suara mereka merdu membaca ayat-ayat suci Quran.
         Semua hamba Tuhan itu datang seri seluruh pelosok dunia, berhimpun di bumi yang “Hai Mekah, demi Allah sesungguhnya kamu adalah bumi yang baik amat dikasihi oleh Allah.”[3]  Hiba. Sayu. Suara umat manusia yang merindukan Rasul terakhir, Muhammad, cucunda Nabi Ibrahim.
MASJID QUBA
Cikgu Zainab memegang tangan kanan madunya,Bedah yang berbadan dua. Mereka mengelilingi Kaabah sambil melafazkan Talbiah, diselang seli pula dengan lafaz, ”Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.”  Haji Adnan berjalan di hadapan dua orang isteri-isterinya. Dia tidak berhenti-henti meratibkan talbiah:

                      ” Hamba-Mu menyambut panggilan-Mu,
                       ya, Allah.
                       Hamba-Mu menyambut panggilan-Mu,
                       Tuhan yang tidak ada sekutu-Nya.
                       Sesungguhnya segala pujian,
                       nikmat dan keagungan,
                       kepunyaan-Mu,
                       yang tiada sekutu bagi-Mu.”

Haji Adnan dan dua orang isterinya telah tiga hari mengejakan ibadah Umrah, di tanah suci Mekah. Sebelum datang ke Mekah, mereka telah berada di Kota Madinah. Di sana, siang dan malam mereka sembahyang fardu dan sunat di Masjid Nabawi. Menziarahi makam Nabi Muhammad s.w.a, tanah perkuburan AL Baqi’, masjid Quba dan kawasan Jabal Uhud – peperangan yang mengorbankan tujuh puluh orang sahabat Nabi Muhammad dan tentera-tentera Islam.
          Pada waktu berdiri di tengah padang dan merenung buki Uhud, Haji Adnan terkenangkan gurunya, Allahyarham Ustaz Abdul Kadir Kamil, di Kampung Ketapang yang sering mengingatkan murid-muridnya dengan ayat Quran, ‘adakah kamu kita, kamu akan masuk syurga,sedangkan belum nyata bagi Allah kamu dari orang-orang yang berjihad dan sabar’.’[4]
         Haji Adnan telah membeli sedikit buah kurma, beberapa biji buah Adam dan rumput kacip Fatimah yang dijual oleh penjaja di padang Jabal Uhud itu. Rumput kacip Fatimah yang tumbuh di sekitar kasan Uhud itu, dipercai oleh kebanyakan orang tua-tua Arab, sejenis rumput yang tumbuh dari tanah kesan darah mereka yang  syahid dalam perang Uhud. Rumput itu menjdi ubat bagai wanita.
         ”Nak buat apa buah hitam ni, abang?” Cikgu Zainab bertanya.
         “Huh, buah ni, …kalau orang lelaki mandul elok makan, …insya Allah dapatlah anak,” jawab Haji Adnan.
          “Macam mana makannya, abang?”Tanya Cikgu Zainab lagi.
          “Pecah sikit kulitnya, rendam dalam air panas, kemudian minum,”jawab Haji Adnan.
          “…ni rumput apa ni, abang?”Tanya Bedah pula.
          ”Haaa..., ini kacip Fatimah,”jawab Haji Adnan.
          ”...di sini pun ada kacip Fatimah, abang, ....apa gunanya?”Tanya Bedah  lagi.
          ”Ubat orang perempuan, ...yang, mandul, kalau minum airnya isnya Allah dapat anak,” jawab Haji Adnan.
          ”Nab boleh minum, abang?”Cikgu Zainab bertanya
          ”Boleh, ...nanti di hotel abang buatkan,”jawab Haji Adnan.
JABAL THUR
Pada hari pertama di Mekah, Haji Adnan dan isteri-isterinya telah menyertai rombongan orang-orang Islam menziarahi makam isteri Nabi Muhammad s.a.w., Sayidah Khadijah, Jabal Nur yang di atasnya gua Hera. Gua tempat Nabi Muhammad telah menerima wahyu yang awal dari Allah.[5]
        Mereka juga telah melawat Jabal Thur, tempat Nabi Muhammad dan Abu Bakar as Sddiq bersembunyi dari musuh, sebelum mereka berhijrah ke Madinah.  Pada waktu melawat Padang Arafah, Haji Adnan bersasma dua orang isterinya telah memanjat Jabal Rahmah.
            Atas bukit itu, bersama berpuluh-puluh orang pengunjung, Haji Adnan telah berdoa kepada Allah, agar dua isterinya berbaik-baik hingga ke akhir hayat. Kalau ada rezeki dia akan menikah seorang lagi.
         Sebaik-baik sahaja selesai melakukan tawaf pada pagi itu, Cikgu Zainab mengajak Bedah dan suaminya duduk atas batu dingin tepi lorong masuk ke Masjidul Haram.
        “...abang,”kata Cikgu Zainab.
        “Apa, Nab?” Haji Adnan bertanya kepada isterinya.
        ”...dahke Allah ampunkan semua dosa Nab, abang?”Tanya Cikgu Zainab.
        “Insya Allah, Nab kena yakin,”jawab Haji Adnan.
        “Nab takule, abang”kata Cikgu Zainab
        “...abang yakin Allah dah ampun dosa Nab, …Allah Maha Pengampun, Nab,”sahut Haji Adnan.
        ”Abang, ...abang dahke maaf, ...dahke ampun dosa Nab, abang?”Tanya Cikgu Zainab lagi.
        ”...dah, ...abang dah ampunkan,’jawab Haji Adnan.
        ”Ia, abang?”Tanya Cikgu Zainab lagi.
        “Ia, abang mengaku depan Kaabah ni, abang dan maafkan Nab,”jawab Haji Adnan.
MERENUNG MADUNYA
Cikgu Zainab berpaling kepada madunya. Tangan  kanannya diletakkan  pada perut Bedah. Dia senyum dan merenung madunya. Bedah senyum.
        ”Bedah, anak Bedah ni,”kata Cikgu Zainab,
        ”Apa, kak?”Tanya Bedah.
        ”...kak minta Bedah jadikan anak angkat Kak, ...boleh Bedah?”Tanya Cikgu Zainab.
        ”Boleh Kak, tak cukup tapak tangan, nyiru Bedah tadahkan, Kak,”sahut Bedah.
        ”Abang, macam mana,”Cikgu Zainab bertanya kepada suaminya.
        ”Abang suka, Anak Bedah, anak abang, … anak Nab juga, ”jawab Haji Adnan.
        “Alhamdulillah, …terima kasih Bedah,”kata Cikgu Zainab.
        Cikgu Zainab memeluk madunya seketika. Haji Adnan melihat dengan perasaan riang. Pada saat-saat begitu syukurnya kepada Allah mengatasi mercu Masjid Haram.
       ”Bedah, demi Allah, kak mengaku Bedah, adik Kak dunia akhirat, Bedah,”kata Cikgu Zainab kepada Bedah.
       ”Bedah begitu juga, Kak, ...kaklah ibu Bedah, ...kakak Bedah, Bedah tak ada orang lain, Kak,”sahut Bedah.
       Air mata mereka tumpah dari dua mata masing-masing. Air itu luruh atas batu dingin di Masjid Haram. Air mata dua orang perempuan bermadu itu bersinar dalam cahaya laksana berlian dalam cahaya lampu.
        Cikgu Zainab, Bedah dan suami mereka meninggalkan batu dingin itu. Merfeka berjalan dalam di celah ribuan manusia.Di pintu masjid itu, Haji Adnan berhenti di belakang isteri-isterinya. Kemudian meeka mengambil air zamzam dari tangki besar di situ dengan gelas di tangan masing dan di situ mereka meminum air yang ditinggalkan oleh Nabi Ismail dan ibunya, Hajar. hendak        ”Abang,”Bedah memanggil suaminya.
        ”Apa, Bedah,”tanya Haji Adnan.
        “Kalau kita dapat anak jantan, kita beri nama Muhammad Zam Zam, ia, abang,”kata Bedah.
        “Ia, Bedah, bagus tu,””sahut Haji Adnan.
        “Elok,…elok, Bedah, nama tu,” sambut Cikgu Zainab.
 BIBIT ZURIATNYA  
 Bedah senyum. Hatinya kembang. Gembira.Dia memacakkan harapan dalam hatinya; mudah-mudahan madunya akan hamil seperti dia juga. Bedah yakin, suaminya masih mampu menurunkan bibit zuriatnya kepada madunya itu.                 
          Sang suami dari Kampung Mandi Angin itu berjalan beriringan dengan dua orang isterinya.Mereka berjalan keluar dari masjid mulia itu. Di ambang pintu ‘Babus salam’, mereka berdiri seketika, Haji Adnan berkata kepada Bedah. “…di sekitar kawasan inilah, Nabi Muhammad lahir.”
        “Ia, abang,”sahut Bedah.
        “…mulai dari sinilah Nabi Muhamamad mula mengembangkan  agama Islam...,”kata Haji Adnan lagi.
        “Abang kena ajar kami sejarah Nabi Muhammad, abang,”sahut Cikgu Zainab.
        “Abang tak tau sangat, tapi Encik Azmi alim…,”kata Haji Adnan.
        “Kalau dia ada baiknya, ia, abang,”kata Cikgu Zainab.
        “Ia, musim haji nanti, kita datang bersama dia,”sahut Haji Adnan.
        “ Ia, kita datang sama Mahyun, Dara, Tijah,” Cikgu Zainab menyambut cakap suaminya.
        “Insya Allah,”sahut Haji Adnan.
        Selama dua minggu Haji Adnan dengan dua isterinya di Haramain (dua tanah haram) – Mekah dan Madinah -,  mereka menginap di hotel dekat Jalan Aljiad. Haji Adnan tidur di antara isteri pertama dengan isteri keduanya atas sebuah katil.
        “Alhamdulillah, seronoknya aku,” suara hati Haji Adnan pada tiap-tiap kali dia berbaring di antara dua orang isterinya.
        Pada malam akhir di Kota Mekah, Haji Adnan telah pergi makan di restoran ‘addujaj’- ayam goreng -, terletak tidak jauh dari Masjil Haram. Mereka telah makan ayam goreng, ubi ketang rincik bergoreng dan meminum air oren pekat.
ASAM GELUGUR
Pada waktu makan di restoran itu, Cikgu Zainab sedar. Semenjak dia minum madu lebah yang dibawa balik oleh suaminya, selera makannya telah lain dari biasa. Apa sahaja makanan yang dilihatnya menjadikan liurnya memecah. Terliur. Di tanah suci itu Cikgu Zainab teringinkan  mempelam telur muda.
         ”Bedah, Kak tanya boleh?”Tanya Cikgu Zainab kepada madunya.
         ”Boleh,”jawab Bedah.
         ” ...Bedah hamil ni, Bedah rasa nak makan asam tak?”Tanya Cikgu Zainab.
         “Ia, Kak, sejak Bedah mula ngandung hingga la ni, Bedah tak boleh tengok asam, hinggakan asam gelugur pun Bedah nak makan...,”jawab bedah.
         Cikgu Zainab senyum.
         “…ngapa, Kak?” Tanya Bedah.
         “Entah, dalam empat lima hari  ni, Kak teringin sangat nak makan asam, nak makan buah kedondong, asam kanan, buah gajus,”jawab Cikgu Zainab.
         “Kak ngandung kot,”kata Bedah.
         ”Eh, takkanlah, dah  macam ni nak beranak lagi,”sahut Cikgu Zainab.
         ”Mana tau, ...kuasa Allah, Kak,”kata Bedah.
        Haji Adnan menyampuk,. “...isteri Nabi Ibrahim, umur dah 90 tahun, dia dapat anak, Nabi Ishak.”
        ”Tak taulah, abang,”sahut Cikgu Zainab.
        “Allah Maha Kuasa, …mungkin Allah beri berkat kepada Nab...,” Haji Adnan berkata kepada isteri tuanya.
        “Iake, abang?”isterinya bertanya.
         “Ia, Nab dah minum air Zam Zam, duduk-duduk atas  di Safa dan Marwa, …di situ Nabi Ismail lahir...., kita akan dapat anak, Nab,” kata Haji Adnan.
        “Syukur, abang, …kalau Nab dapat anak,”kata Cikgu Zainab.
        “Alhamdulillh, abang pun begitu juga, Nab,”sahut Haji Adnan.
        “Bertuah, abang dapat dua orang anak sekali,”sahut Bedah.
        “Abang ni,Bedah, bertuah pun ada, kuat pun ada, macam besi Kharsani...,”kata Haji Adnan.
        “Besi apa tu, abang?”bedah bertanya.
        “...kata orang, besi Kharsni tempat di Tanah Jawa, tak cuku seorang bini, dapatkan sampai dua...,”jawab  Haji Adnan. Ketawa.
        ”Alaaa, abang ni, ngadalah tuuu...,” suara Cikgu Zainab dan Bedan sama.
        Haji Adnan senyum. Hidungnya kembang. Daging punggungnya sengal dicubit oleh kedua-dua isterinya.
        ”Tadi abang kata isteri Nabi Ibrahim umur 90 tahun dapat anak, macam mana tu, abang?” Bedah bertanya.
        ”Ha, abang pun tak tau sangat, tapi abang dengar orang cerita...,”jawab Haji Adnan.
        ”Macam mana, abang?”Tanya Cikgu Zainab pula.
        “…ni cerita dua perempuan bermadu juga, …isteri tua Nabi Ibrahim, namanya Siti Sara Umur dah 90 tahun, …dia orang bangsa baik, kaya pula tu,” Haji Adnan Adnan bercerita.
        “Isteri mudanya, abang?”Tanya Bedah.
     ” Namanya, Siti Hajar, ...dia budak, kerja ruma orang kaya Mesir , …orang kaya tu hadiahkan Siti Hajar kepada Siti Sara, ...pada masa tu Siti Hajar kecil lagi,”Jawab Haji Adnan.
     ”Lagi, abang?”Tanya Cikgu Zainab.
     ”...menurut cerita Nabi Ibrahim duduk jauh, dekat Palestin sana nun,”jawab Haji Adnan.
     ”Lagi, lagi abang?”Tanya Cikgu Zainab.  
     ”...bila Siti Hajar dah jadi anak dara, ...Siti Sara beri dia kahwin dengan suaminya, Nabi Ibrahim, ...lepas tu Siti Sara cemburu, kerana Siti Hajar lawa,”terang Haji Adnan.
     Cikgu Zainab senyum. Bedah merenung wajah madunya.
     “…Siti Hajar pun ngandung, … dekat nak lahirkan anaknya, Siti Sara benci sangat kepada madunya,” terang Haji Adnan.
    “…lepas tu, abang?”Tanya Cikgu Zainab.
    “Lepas tu, Allah perintahkan Nabi Ibrahim hantar isteri mudanya tu ke dalam rimba..., di sini, Marwa dan  Safa, tempat kita sai tu…,” jawab Haji Adnan.
    “Ha, dalam rimba…,”kata Bedah.
    ”...ia dalam rimba, tak ada orang, Nabi Ibrahim tinggalkan Siti Hajar yang sarat mengandung di situ,”jelas Haji Adnan.
    ”Tinggal seorang, dalam rimba...?” Bedah bertanya.
    ”...ia, Siti Hajar lahirkan anaknya, Nabi Ismail di tempat kita sai tu,” jelas Haji Adnan lagi
    ”Macam mana tu,”Tanya Cikgu Zainab.
    “Agaknya macam orang kaum Bedahlah, …beranak dalam rimba...,”sahut Bedah.
    Haji Adnan dan Cikgu Zainab ketawa.
    “…lepas beranak, tak ada air, …anaknya dahaga air, …Siti Hajar berlari ke sana ke sini cari air,” Haji Adnan bercerita.
    Cikgu Zainab dan Bedah sedih.
    ” ...anaknya hentak-hentak tumitnya kepada tanah di situ, ... keluar mata air ..., air Zam Zam tula...,” Haji Adnan bercerita lagi.
  ”Kasian, sedih, ia, kak,”kata Bedah kepada Madunya.
  ”Ialah, ...kalau  kakak entah macam mana…,”sahut Cikgu Zainab. 
  “...Nabi Ismail itulah asal usul Nabi Muhammad,” jelas Haji Adnan.
    ”Oo, begitu ceritanya...,”sahut Cikgu Zainab.
    ”Bedah sedih sanga,,”kata Bedah.
PANAS BARAN
Cikgu Zainab mengangguk.Hatinya telah mendapat hidayah dari Tuhan; hatinya tidak sama dengan hati Siti Sara, isteri Nabi Ibrahim.
    Haji Adnan menambahkan ceritanya, ”...Siti Sara tak ada anak, umurnya sembilan puluh tahun, baru dapat anak, Nabi Ishak.”
     Semenjak Cikgu Zainab tinggal di Mekah, berperasaannya tenang. Aman. Fikirannya lapang. Panas baran tidak tidak menguasai dirinya lagi. Mungkin Allah telah menghapuskan dosanya. Segala dosanya lekang dari tubuh dan jiwanya.
     Seminggu kemudian, Haji Adnan bersama dua isterinya pulang ke tanah air dengan membawa kenangan manis. Dua isterinya, masing-masing mengandung bibitnya. Setibanya mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, mereka disambut oleh Mahyun, Azmi, Dara, Tijah dan Long bersama isterinya.
 - Manuskrip novel, Madu dan Cina, oleh: Mokhtar Petah.


[1] Hadis, Riwayat:Ibni Abbas.
[2] Quran, Al Haj:27.
[3] Hadis,  Riwayat: Abu Hurairah.
[4] Quran, Ali Imran:42.
[5] Al ‘Alaq.