Sunday, August 22, 2010

YUSUF NUR BERCAKAP KERANA MEWAHNYA

PENEROKA FELDA DERITA KERANA LEMAHNYA

Oleh: Mokhtar Petah

KUALA TERENGGANU: Cubaan pembangkang untuk masuk ke Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) adalah satu gangguan yang tidak diingini oleh warga komuniti itu, kata Pengerusinya, Tan Sri Dr Mohd Yusof Nor.
Katanya, pihak terbabit sebenarnya mahu melihat peneroka dan pentadbiran dalam organisasi itu berpecah-belah untuk memudahkan mereka menyusup masuk.
"Mereka serang dan fitnah FELDA kerana nampak ia semakin berkembang, sebab itu mereka nak masuk dalam FELDA," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan saguhati kepada 19 Pengerusi Masjid dalam Rancangan FELDA Terengganu SEMALAM.
Yusof berkata, pengurusan FELDA tidak akan terikut-ikut dengan perkara itu sebaliknya akan terus memberi tumpuan kepada peningkatan prestasi FELDA yang sebelum ini telah menerima pengiktirafan dunia.
"Peneroka terutamanya tidak perlu bimbang kerana FELDA tidak terjejas dan tidak mengalami kekangan daripada segi kewangan. Pengurusan FELDA adalah profesional," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata FELDA merancang membina masjid contoh seperti yang disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.
"Lokasinya akan ditetapkan kemudian, masjid ini bakal menjadi institusi penting dalam FELDA. Kita sedang memperhalusi dari segi rekabentuk yang bersesuaian.
"Ia nanti bukan sahaja ada kemudahan beribadat tetapi juga kemudahan lain seperti tadika, klinik, perpustakaan dan sebagainya.

"Satu jawatankuasa khas juga akan melihat kemungkinan ia dilaksanakan di 400 masjid sedia ada di FELDA seluruh negara kerana kita tidak boleh sewenang-wenangnya buat masjid di tapak baru," katanya. - BERNAMA
Ucapan macam ‘maki hamun’ kepada mereka yang dalam pembangkang, suaranya sebagai Maharajaya kerana mewah dari kemewahan Felda hasil dari para peserta menderita dan menjulang ampu kepada Perdana Menteri,
Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk membina masjid dari wang Felda.
Yusuf Nur bekas menteri yang baik, kerana baiknya, beliau diambil kerajaan untuk memegang jawatan mewah dan hidup dalam hawa dingin Felda, tetapi beliau tidak pernah mendekati dan bertanya khabar secara ‘tanggungjawab’ kepada para peserta Felda.
Yusuf Nur bertanya atau mendapat tahu dari para pegawai Felda dalam mesyuarat – mesyuarat tertentu, maka beliau mnenjadi ‘Raja yang bertanya kepada hamba – hambanya yang menyapu sampah ke bawah permaidani pada ketika sang Raja itu mendatangi mereka.
Saya telah diampaikan kisah, cerita, berita dan hal – hal perit derita oleh para peserta Felda di Kota Tinggi, Taib Andak, Keratong, Padang Piol, Kota Gelenggi, Sungai Retang dan beberapa Felda lagi mengenai mereka mengalami nasib ‘ ditindas oleh para pegawai Felda’.
Mungkin Yusuf Nur mengetahui atau belum mengetahui, bahawa ramai peserta Felda di KotaTinggi dan beberapa Felda lagi di Johor dan Pahang yang telah keluar dari Felda dan mereka menguruskan sendiri tanah mereka dan mereka mendapagt keuntungan berlipat ganda berbanding duduk di bawah Felda.
Pengaduan dari Felda Kota Gelenggi sam dengan pengaduan para peserta Felda di Johor, bahawa ada di antara pengurus dan orang bawahan mereka melakukan ‘cari faedah’ dari buah – buah kelapa sawit yang baru digugurkan, iaitu mereka menetap jumlah habuah untuk mereka, jika tidak mahu mengikut kehendak mereka, buah – buah kelapa sawit itu tidak diangkut dan jalan keluar dikunci oleh para mandur.
Yusuf Nur tahukah perkara ini? Dato’ Seri Najib pernah dengarkah cerita ini.
“Kami ni kerana perbuatan pegawai, dah sama dengan pelacur, bapa ayam dan ibu ayam dapat hampir seribu sehari dari hasil seorang pelacur, sedang pelacu mendapat puluhan ringgit sahaja.” Kata seorang peserta Felda.
Saya berharap Yusuf Nur lebih baik ‘meletak jawatan’ daripada mendapat makan minum dan kemewahan dari hasil derita rakyat dan melanggar ‘hasrat dan cita – cita Allahyarham Tun Abdul Razak’.
Pembangkang – pembangkang tidak mencari keuntungan. Mereka membela para peserta Felda yang nesbah mereka mendapat sen dari hasil Felda, tetapi Yusuf Nur mendapat RM100 dan para pegawai yang pandai menyapu sampah ke bawah permaidani mendapat antara RM40. 00 hingga RM70.00.
Saya berharap Najib siasat perkara ini, tak usah menolak hasrat dan tindakan pembangkang secara melulu, kerana mereka membela rakyat. Jangan perbuatan menentang dan memusnahkan hasrat dan tindakan pembangkan menjadi khianat pula kepada hasrat dan jasa bapanya, Tun Abdul Razak.
Membina masjid bukan tanggungjawab Felda. Projek atau rancangan itu menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat.

No comments: