Kerana kerajaan dan pemerintah jahil, menetapkan hukum, setiap rakyat mesti taat kepada para hakim. Menentang keputusan hakim adalah menentang mahkamah. Setiap yang menentang mahkamah dihukum penjara dan denda, bunuh dan sebagainya.
Semenjak zaman manusia kuno hingga kini, terdapat ramai hakim yang bekerja kerana: a - Mencari makan dan kekayaan, b – Kerana paksaan maharaja, presiden atau perdana menteri, c – Berada dalam kebodohan kerana mengikut fikiran dan tindakan pendakwa dan polis, e – Kerana rasuah.
Oleh demikian, kita sering membaca artikel, berita dan sebagainya, ramai orang – orang yang tidak bersalah dihukum bunuh, penjara seumur hidup dan sebagainya. Setelah orang – orang itu mati atau tua dalam penjara, barulah didapati mereka tidak bersalah.
Dalam negara – negara moden – sama ada negara republik mahupun monakri (beraja), kebanyakan hakim gtidak bebas.Mereka dipaksa mengikut kehendak orang – orang atas. Mereka mendakwa atau membangga diri mereka adil, tetapi sebenarnya mereka ‘bodoh’ kerana menjadi manusia mengikut telunjuk orang lain.
Pada hari ini saya rasa suka berdakwah mengenai keadilan yang gterdapat dalam Quranul karim. Mudah – mudahan kita dapat memahami bersama dan mengamalkannya bersama jua. – Mokhtar Perah
Sesungguhnya Allah memerintahkan kalian memberi barang – barang kepercayaan kepada yang punya, dia bila menghukum di antara manusia hendaklah menghukum dengan adil; bahawa dengan itu Allah memberikan pelajaran yang sebaik – baiknya kepada kalian. Sesungguhnya Allah itu mendengar dan melihat. –An Nisaa: 58
Sesungguhnya Allah memerintahakan (agar) menjalankan keadilan, brbuagt kebaikan dan member kepada para kerabat, dan Allah melarang berbuagt keji, pelanggaran (hukum) dan kederhakaan. Dia (Allah) mengajar kalian agar kalian mengerti. – An Nahl: 90
Hai Daud, Sesunguhnya Kami (Allah) menjadikan anda khalifah (menjalankan kekuasaan) di muka bumi, oleh itu, putuskanlah perkara antara manusia dengan kebenaran (mengikut ajaran Allah) dan janganlah anda menurut kemahuan (nafsu, rasa benci, rasa zalim dan sebagainya), nanti anda akan disesatkannya dari jalan Allah itu, akan mendapat siksaan yang sangat (keras atau dahsyat), disebabkan mereka melupakan hari perhitungan. – Shad: 26.
Di negara kita. Mulai 1957 hingga sekarang, orang Melayu Islam), Cina (tidak Islam) dan India ( tidak Islam) memerintah dan para hakim mengikut undang – undang ciptaan orang – orang Rom, Inggeris dan tidak mengikut undang – undang dari Allah (Quran), maka banyak kes yang dijatuhkan oleh para hakim, masih timbul tanda Tanya di kalangan sebilanga besar orang mukmin dan mukminah. Di antara banyak kes itu, ialah: 1 - Ustaz Ibrahim Libya dan orang – orang PAS, ditembak sampai mati di Memali, 2 – Datuk Miokhtar Hadhim, Negeri Sembilan, 3 - Tragedi Al Ma’unah – Amin bin Ghazali Hussein di kampung Ngor, dihukum bunuh.
Saya mengakui para hakim berlaku adil mengikut undang dan saya tidak menentang mahkamah. Tetapi saya bertanya, adakah segala tindakan, siasatan, dakwaan dan sebagai dijalankan dengan benar seperti yang diperintah oleh Allah. Atau hanya hasil – hasil tersebut yang dilakukan kerana ada tangan dari ‘police state (pengganas dalam kerajaan) dilunggukkan atas meja para hakim.
Sesaungguh Allah berkuasa atas segala - galanya! Hanya kita berada dalam jahiliyah moden.
No comments:
Post a Comment