UMNO TENTANG MAJLIS FATWA |
Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Tindakan Umno mengapi-apikan isu bukan Islam memasuki Masjid dilihat menentang keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
|
---------------------------------------------
|
Ampun Tuanku!
Saya menyanjung tinggi Sultan Selangor yang mengambil berat akan Agama Islam yang baginda ketuanya. Tetapi saya suka menasiahatkan baginda (Saya pernah berkali – kali menasihatkan Sultan Perak, Sultan Idris Iskandar Shah pada masa baginda memerintah iaitu mengenai politik dan Islam), maka saya kira Sultan Selangor tidak mahir sejarah Islam, terutama pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. memerintah Negara Islam Madinah.
Tuanku Sultan Selangor sedarkah, kerana pihak Kementerian Kewangan dan Kementererian Kerjaraya Malaysia memilih syarikat kontrek, syarikat mana dan orang – orang beragamakah yang membina masjid – masjid di Selangor dan seluruh negara? Mengapa Jabatan agama tidak beritahu Tuanku, “Orang – orang kafir bina masjid – masjid, mereka memasang tok kong kecil di dalamnya dan mereka melepak di dalamnya sebelum diserahkan kepada pihak berkenaan.
Lihat amalan zaman silam:
Nabi Muhammad s.a.w. membenarkan wakil – wakil orang kafir dan ketua
Kaum munafik, Abdullah Ibnu Ubay masuk ke dalam Masjid Nabawi dan berbiacara dengan Junjungan.
Para khalifah Islam di Sepanyul, Turki dan negeri – negeri lain menerima orang kafir masuak ke masjid dan ada yang berucap.
Pada zaman Tunku Abdul Rahman, Tan Ching Lock - MCA dan Tun V. Sambanthan – MIC, memasuki beberapa masjid. Pada masa itu Tunku dan Tun Razak serta UMNO tidak menentang. – Mokhtar Petah.
1 comment:
adakah orang kapir tu bersih dari najis kecil dan besar. maksudnya umpama sudah mandi wajibkah dia ??? atau ada air sembahyang kah dia tu untuk bebas dalam masjid ???
Post a Comment