Thursday, August 19, 2010

PINDA PERLEMBAGAAN NEGARA?

MUFTI PERAK DAN PERLEMBAGAAN NEGARA

Oleh: Mokhtar Petah

Mufti Kerajaan Peran, Dato’ dan Tan Sri Harussani Zakar, baru – baru ini telah meluah – nyaringkan suatu issu yang jika tidak dijelaskan, akan memekukungkan rasa ‘tidak senang’ dalam hati semua orang Melayu – Islam, di Negara ini, iaitu ada ‘organisasi tertentu’ akan meminda Perlembagaan Negara.
Beliau tidak mahu menjelaskan ‘organisasi’ mana yang akan melakukan perkara itu. Saya kira, diambil kira tidak menjadikan ‘tempayan pekasam meletup’, jika beliau tidak mahu menerangkan ‘oraganisasi’ bekenaan, beliau tidak usah mengeluarkan suara demikian.
Kerana saya tahu, Mufti Harssani amat rapat dengan pera pejuang PAS Negeri Perak dan rapat pula dengan orang – orang Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat dan UMNO, maka saya kira, suara beliau itu adalah suara Mufti, bukan fatwa, tetapi boleh diterima oleh umat Islam.
Ada sebilangan orang Melayu dalam PAS dan UMNO, sering bersuara untuk meminda Perlembagaan Negara, iaitu mengenai Agama Islam. Agama rasmi Negara diubah kepada Agama Negara.
Semua rakyat Malaysi, Cina, India dan lain, dihapuskan nama rupa bangsa atau kaum mereka. Mereka hanya menggunakan rupabangsa Melayu, seperti orang Cina, India dan lain bangsa rakyat Indonesia, hanya menggunakan rupa nama Indensia.
Selagi orang Cina, India dan lain bangsa rakyat Malaysia menggunakan rupa bangsa mereka, maka sampai bila pun perpaduan negara ini tidak akan tercapai.
Manakala golongan Cina, India dan sedikit Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat dan DAP, mahu meminda Perelmbagaan Negara, menjadikan negara ini, sebuah Negara Sosio – demokrasi. Iaitu negara sosialis. Orang Melayu dan Raja Melayu di Negara ini dihapuskan dan diwujukan satu bangsa sosialis dan menjenjung demokrasi. Ertinya sebuah Negara republik.
Sebilangan besar orang Melayu – umat Islam menolak Sosio – Demokrasi. Jika berlaku, pada waktu itulah akan lahi suara garang semua orang Melayu “Langkah mayat kami dulu sebelum panda Perlembagaan”.
Mungkin baik, jika Perelmnbagaan dipinda kepada:
1 - Satu Negara, Negara Melayu.
2 - Satu bangsa, Bangsa Melayu.
3 - Satu bahasa, Bahasa Melayu.
4 - Satu agama, Agama Islam Agama Negara
(Bererti Negara ini sebuah Negara Islam)
Untuk berfikir secara langsung akan ‘perpaduan rakyat’ yang orang Melayu tidak terasa diri mereka akan dtindak oleh orang – orang keturunan pendatang dan mereka dari kegturunan pendatang tidak melupakan asal usul mereka, maka, perhatikan tulisan saya yang saya pindahkan dari buku karangan saya, belum terbit Falsafah Gagasan 1 Malaysia seperti berikiut ini:
RAKYAT BERMARUA
Sesunguhnya untuk menjayakan Gagasan 1 Malaysia dan diyakini oleh semua rakyat, Kerajaan Malaysia hendaklah mengambil langkah yang drastik atas lima perkara yang mungkin akan menjadi satu lebuh raya membawa kita ke destinasi perpaduan dan harmoni, iaitu:
a - Melatih semua rakyat Malaysia,
terutama golongan muda dengan akhlak
mulia atau moral yang sesuaiu dengan
semua kaumdan semua agama.
b - Sekolah di negara ini hanya ada satu
alairan sahaja, iaitu sekolah kebangsaan
dan sekolah jenis kebangsaan
ditiadakan.
c - Saksamakan dalam ekonomi dan
pembahagian dari kerajaan kepada
rakyat.
d - Menggalak kahwin campur antrara
orang Melayu, Cina,India dan kaum lain.
Tetapi mestilah ada garisan tertentu,
seperti seseorang bukan Islam yang
mahu berkahwin dengan orang Islam,
dia hendak menganut agama Islam
dengan tulus ikhlah dan tidak
kerana hendak berkahwin semata.
e - Menjadi tangungjawab Kementerian
Dalam Negeri, bahawa setiap
pendatang asing yang datang untuk
bekerja di negara ini, diwajibikan mengikut kursus singkap mengenai : Serba sedikit mengenai Perlembagaan Negara, Undang – undang negara, terutama jenayah, Memahamai Rukun Negara dan Ruku Tetangga dan kejiranan.
Tujuan utama, ialah untuk menjadikan semua rakyat negara ini rakyat yang bermaruah dan patriotik. Jika mereka telah sempernah budi pekerti atau moral, maka, masalah untuk menyatu padukan mereka tidak menjadi berat.
Untuk mencapai perpaduan dan keharmonian yang sebenar, setiap rakyat Malaysia dari keturunan pendatang – Cina, India dan lain, hendaklah ada rasa tanggungjawab mematuhi dan menghormati Perlembagaan Persekutuan (negara) mengenai perkara – perkara berikut:
Bahagian 1.
3 - AGAMA BAGI PERSEKUTUAN
(1) Agama Islam ialah agama bagi Pesekutuan; tetapi agama – agama lain bolkeh diamalkan dengan aman dan damai di mana – mana bahagian Persekutuan.
(2) Dalam tiap – tiap negeri melainkan negeri – negeri yang tidak mempunhyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam dalam negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diistiharkan oleh Perlembagaan negeri itu, dan juga tertakluk kepada perlembagaan negeri itu, wsegala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam tidaklah tersentuh dan tercaca, tetapi dalam apa – apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja – Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap –tiap orang Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai ketua agama Islam membenarkan Yang Dipertuan Agong mewakilinya.
(3) Perlembagaan – perlembagaan bagi negeri – ngeri Melaka, Pulau Pianang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing – masing membuag perasaan dan tabiat menentang peruntukan bagi Perlembagaan seperti berikut:
Bahagian 4.
PERSEKUTUAN
Bab 1
Kepala Utama Negara
32 Kepala Utama Negara bagi Persekutuan, dan Permaisurinya
(1) Maka hendklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelar Yang Dipertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi semu orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikena dakwa dalam apa- apa jua pembicaraan dalam mana – mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas di tubuhkan di bawah Bahagian 15.
BAHAGIAN 12
152. Bahasa Kebangsaan
(1) Bahsa Kebangaan ialah Bahasia Malaysia
(Melayu) dan hendaklah ditulis dalam apa –
apa tulisan sebagaimana yang peruntukkan
dengan udnang – undang oleh Parlimen.
Denan syarat bahawa –
(a) Tiada sesiapa pun bolehmelarang atau ditsahan daripada menggunakan (bagi apa – apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar apa – apa abahasa lain; dan
(b) Tiada apa – apa jua dalama Fasal ini boloeh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau mana – mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan penggajian bahasa mana – mana kaum lain dalam persekutuan.
153 Perezapan quota mengenai perkhirmatan,
permit, untuk orang Melayu.
(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong memelihar kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana- mana negeri Borneo dan kepentingan – kepentingan kaum – kaum lain mengikut perunjtukan perkara ini.
Mengenai Hak istimewa orang Melayu dan bumiputera, tercatat dalam Perlemabagaan Persekutuan dengan (2) hingga (8) dan pecahan (a), (b) dan (c),(8 A) hingga (9A) dan (10). (Lihat Perlemnbagaan Persekutuan).
Raja Muda Perak, Raja Dr Nazri Shah ibni Sultan Azlan Shah peda ketika bertitah melancarkan buku The Malays, mengandungi hasil kajian sejarah Asia, oleh Profesor Anthony Milner, National University Austarlia, di Universiti Kebangsaan, Bangi, pada 10 Mac 2009, telah menjelaskan tentang bangsa Melayu:
“Beta menghargai pendirian Milner mengiktiraf bahawa Raja Melayu itu sebagai institusi penting warisan bangsa Melayu. Sesungguhnya sejarah mencatatkan istana Raja Melayu berperanan sebagai pusat perkembangan tamadun bangsa. Istana memperlihatkan sehalus budaya - mencerminkan secantik bahasa, melindungi khazanah tamadun bangsa – menyimpan kekayaan budaya bangsa.
Raja Melayu itu lambing kedaulatan negara simbol kekuatan warga – paying mahkota negara tempat rakyat tumpang berteduh. Raja Melayu member indentiti kepada negara bangsa. Raja itu lambing kerajaan. Rakyat yang memahami ‘budaya raja beraja – negeri kesusltanan’ memahami falsafah pemerintahan beraja, peranan raja secara tersirat di sebalik yang tersurat, dan melindungi kepentingan bangsa Melayu.
Demikian juga berperanan penting dalam usaha memperjuangkan dan mencapai kata sepakat menuntut kemerdekaan.Kesamua Sembilan orang Raja Melayu memberikan prfkenan untuk ditubuhkan Persekutuan Tanah Melayu dan turut berkenan untuk dilantik salah seorang dalam kalangan mereka menjadi ketua negara secara bergilir – gilir dengan gelaran Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
Definisi ‘Melayu’ itu tidak terhenti daripada terus menjadi bahan diskusi dan subjek kajian. Definisi bangsa Melayu itu tidak hanya terbatas kepada satu definisi. Tergabung dalam rumpun Melayu itu himpunan kekayaan pelbagai suku keturunan yang juga menguasai perlbagai dialek dan pelbagai sub - budaya.
Alam Melayu itu merentasi kawasan geografi yang luas dari Filipina ke Madagascar, dengan saiz komuniti berjumlah 350 juta orang. Melalui perdagangan dan penghijrahan, rumpun Melayu turut merentasi kawasan geografi yang luas, mengembara jauh di luar gugusan kepulayan Melayu.
Terdapat perlbagai deskripsi menggambarkan watak Melayu. Melayu digambarkan bangsa yang bertoleransi, penuh beradat – sangat bersopan, juga digambarkan suka melatah dan mudah mengamuk.
Dalam kontek bangsa Melayu di Malaysia, agama (Islam), bahasa, budaya yang berada di bawah paying naungan dan perlindungan Raja Melayu mengikut yang teremaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Takrif bangsa Melayu diperkemas, diiktiraf dengan adat, disimpul dengana bahasa, disalut dengan agama (Islam). Itulah resipi kekuatan Melayu di bumi ini.
Hari ini timbul usaha radikal dalam kalangan yang tidak mendalami muslihat di sebalik yang tersirat yang mahu mengubah resipi tersebut.
Kelangsungan Melayu sebagai satu bangsa bergantung pada beberapa faktor yang selama hari inin memberikannya identiti dalam bentuk agama (Islam), bahasa dan budaya, termasuk budaya bernegara dan berkerajaan berpegang pada primnsip rakyat beraja – negeri bersultan.”
Yang Dipertuan Agong IX Sultan Azlan Shah, telah mengistiharkan perinsip – prinsip Perlembagaan Persekutuan, pada 4 Julai 1992, dengan tujuan agar semua rakyat Malaysia, Melayu,Cina, India dan lain memahami kuasa dan perana Raja Melayu di Negara ini dan di ngeri – ngeri dalam pemerintah mereka.
KITA:
DYMM SPB Yang Dipertuang Agong IX Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarahum Sultan Yussuf Izzuddin Ghafarullahullahu Shah, DYMM GTuankiu Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis Indera Kayangan; DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al haj ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah al haj, Sultan Selangor Darul Ehsan;DYMM Tuanku Jaafar ibni almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang Dioertuan Besarf Negeri Sembilan Darful Khusus, DYMM Haji Ahmad Shah al mu’ta’in billah ibni almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al Mu’azzam Shah, Sultan Pahang Darful Makmur, DYMM Sultan Mahmnud Al Muktafi billah Shah ibni almarhum Tuanku al Sultan Ismail Nasiruddin Shah,Sultan Terengganu Darul Iman; dan Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah, Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan.
Bahawasanya Perkara 7 Perlembagaan Persekutuan bahawa Persekutuan adalah menjamin hak Raja sesebuah negeri untuk merwarisi dan memegang, menikmati dan menjalankan hak – hak Perlemabagean dan keistimewaan – ketistimewaan Raj negei itu mengikut Perlembagana negeri itu;
DAN BAHAWASANYA mengikut perkara 181 Perlembagaan Persekutuan kedaulatan, hak kedaulatan, kuasa dan bidang kuasa Raja – Raja dalam wilayah mereka masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga sekarang, tetakluk kepada peruntukan Perlembagan berkenaan, adalah tetap tidak tersentuh;
DAN BAHAWASANYA KITA berhasrat supaya Perlembagaan dan Undang – Undang Malaysia dipagtuhi oleh semua rakyatg negara ini sepanjang masa;
DAN BAHAWASANYA KITA berpegang teguh kepada prinsip prinsip ‘Tha Rule of Law’;
DAN BAHAWASANYA untuk mengelakkan sebarang salah tafsiran mengenai kedaulatan, kuasa dan bidang kuasa;
MAKA, KITA, dengan ini membuat Perisytiharan mengenai bentuk dan had hak – hak keistimnewaan dan bidang kuasa yang berikut:
1. PENGELIBATAN DALAM POLITIK
1.1. Selaras dengan amalan dan konvensyen KITA tidak terelibagt sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam parti politik.
2 . PERLENTIKAN MENTERI BESAR
2.1. Selaras dengan Perlembagaan Negeri , KITA memperkenankan pencalonan seorang yanbg mndapat kepercayaan sebilangan besar ahli – ahli dalam Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar.
2.2. Sekiranya tidak ada parti yang mendapat majiritiyangjels dalam Dewan Undangan Negeri, KITA hendaklah menggunakan budibicara KITA dalam prlantimnan tersebut setelah dengan prinsip – prinsip tertentu.
2.3. Apabiloa KITA tidak puas hati di atas kesesuaian orang yang dicalonkan sebagai Menteri Besar, KITA boleh merujuk pencalonan tersebut bagi dipertimbangkan semula oleh pemimpin parti berkenaan untuk keputusan muktamad.
3. PERLANIKAN AHLI MAJLIS MESYUARAT
KERAJAAN NEGERI
3.1. KITA mengakui baawa perlantikan ahli – ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri adalah atas nasihat Menteri Besar sendiri dan elaras dengan Perlembagaan Negeri, KITA memperkenankan perlantikan tersebut.
4. BERTINDAK ATAS NASIHAT
4.1. KITA akan bertindak atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Menteri Besar selaras dengan peruntukan Perlembagaan Negeri masing – masing.
4.2. KITA, slaras dengan amalan Perlembagaan yang tertentu, mengakui bahawa istilah ‘actin on advice’ atau Ruler in Council’ dan lain –mlain istilah yang serupa bermaksud bahawa KITA akan menerima dan memperkenankan nasihat darfi Kerajaan Begeri seperti manna yanbg dipersembahkan oleh Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
4.3. Selaras dengan amalan Perlembagaan , KITA mempercayai hak untuk dirunding, hakj memnberi galakan dan hak member peringatan kepada Kerajaan.
4.4. Lanjutan dari hak KITA untuk mendapat sebarang maklumat mengenai pentadbiran Negeri sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan setiap negeri, KITA adalah berhak untuk disembah taklimat oleh Menteri Besar apabila dititah mengadap pda bila – bila masa dan juga sebelum sesuatu mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
5. PERLANTIKAN PEGAWAI – PEGAWAI TINGGI
KERAJAAN
5.1. KITA akan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang – Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri atas perakuan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang berkenan dan selaras dengan amalan dan peruntukan Perlembagaan Negeri, setgelah nama calon dipersembahkan kepda KITA oleh Menteri Besar.
5.2. Seras dengan amalan masa kini, KITA hendaklah dipersembah maklum terlebih dahulu semua perlantikan ketua – ketua Jabatan Persekutuan dan peringkat Negeri.
5.3. KITA akan meklantik ahli – ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri selaras dengan undanbg – undang neeri yang berkenaan.
6. PERNIAGAAN
6.1. KITA tidak boleh aktif dalam perbiagaan melainkan melalui pemegang – pemegang amanah.
6.2. Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja boleh berniaga tetapi melalui pemegang – pemegang amanah / penama (nominees).
7. PERBELANJAAN ISTANA
7.1. Datuk Penglola Istana hendaklanmengawal dan mentadbir peruntukan perbelanajaan Istana yang ditetapkan dan Peruntukan Diraja (Cibil List) mengikiut peraturan kewangan.
8. AGAMA
8.1. Selaras dengan prinsip Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa KITA adalah Ketua Agama Islam di Negeri masaing – masiang,KITA mengesahkan kedudukan KITA bahawa KITA akan terus mendokong ajaran dan amalan agama Islam.
9. MEDIA MASSA
9.1. KITA selaras dengan amalan Perlembagaan, tidak seharusnya mendedahkan atau membincangkan dengan pihak media massa apa – apa perkara yang mungkin menimbulkan kontroversi mengenai hal ehwal pentadbiran negeri.
10. DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA
YANG DIPERTUAN AGONG
10.1. Kecuali sebagaimana dan diperuntukkan selainnya dalam Perlemabagaan Persekutuan. Peristiharan ini aqkan dipakai, Mutatis mutandis terhadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong.
PERUNTUKAN KECUALIAN
Peristiharan ini dibuat dengan tujuan untujk member penjeklasan dan jaminan dan sesuagguhnya dibuat tanpa prasangka kepada mana – mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri, Konvensyen yang sedia ada hak – hak keistimewaan.
Pada tahun 1946, hampir semua orang Melayu telah tidak setuju dengan sikap Raja – raja Melayu yang menurut kehendak penjajah Inggeris untuk menerima gagasan Malayan Union. Para ilmuan, penulis, wartawan dan cendekiawan Melayu yang berjiwa dan semangat nasionalis Melasyu telah mengecam Raja – Raja Melayu, sama ada dalam ucapan – ucapan terbuka atau ramap umum mahupun dalam media massa.
‘Sesungguhnya Kongres Melayu Se – Malaya telah menyatakan tentangan terhadap rancangan Malayan Union tetapi Britain tidak begitu memperdulikannya. Dalam satu perbincangan di Dewan Rakyat British pada 8 Mac 1946, kerajaan British telah menyatakan keazamannya hendak melaksanakan Malayan Union
Pada 1 April 1946, tetapi fasal yang berkenaan dengan hak kerakyatan telah digangtungv buat sementara.
Apabila orang Melayu mendengar tujuan British hendak mengistiharkan Malayan Union pada 1 April 1946, Kongres Melayu Se – Malaya telah mengambil keputusan untuk mengadakan mesyuarat tergempar pada 29 dan 30 Mac 1946 di KualaLumpur. Kongres telah mengambil keputusan:
1. Orang Melayu hendklah memulaukan istiadat meklantik Gabenor Malayan Union.
2. Memohon Raja –Raja Melayu supaya jaganmenghadiri majlis istiadat melantik Gabernor itu.
3. Orang Melayu mestilah menunjukkan tanda berkabung dengan melilitrkan kain putih di songkok selama 7 har iaitu mulai 1 April 1946.
Kongres juga telah memainta semua orang Melasyu yang telah dilantik menajdi ahli majlis – majlis penasihatg Malayan Union di peringkat pusat atau negeri supaya memulaukan majlis – majlis itu. Dato’ Onn serta tiga orang pemimpin lain telah ditugaskan oleh Kongres untuk memohon kerjasama Raja – Raja Melayu bagi memulaukan istiadat perlantikan Gabernor Malayan Union.
Di akhir mesyuarat tergempar Kongres Melayu Se – Malaya itu, Raja – Raja Melayu memang telah berkumpul di Kuala Lumpur kerana hendak menghadiri istiadat perlantikan Gabenor Malayan Union. Pada masa itu juga, Raja – Raja Melayu telah sedar bahawa mereka telahtersilap atau terpaksa menandatangani surat persetujuan menyerahkan kedaulatan dan kuasa mereka kepada kerajaan British. Contoh pakaan dan putar belit yang digunakan oleh British dalam dilihagt dalam surat Sultan Kedah yang menyatakan:
“Saya telah diberi kata dua dengan mulut dengan masa yang dihadkan dan jikalau saya menolak daripada menurunkan tandatangan ke atas apa yang sasya katakana alat menyerah diri pengganti saya yang akan menurunkan tandatangannya, akan dilantik Ahli – ahli Majlis Mesyuarat Negeri gtelah tgerpaksa menurunkan tandatangan dengan mengaku mereka akan menasihagtkan saya supaya menurunkan tandatangan. Saya telah diberitahu iaigtu perkara itu adalah perkara sakhsiah dan sulit
dan saya tidak pula dibenarkan menceritakan apa yang telah berlaku itu”.
Mereka juga tahu bahawa ramai orang Melayu yang marah kepada Raja – Rajanya kerana kurang teliti tentang menerima Malayan Union itu. Perasaan marah ini dapat dilihat dalam tulisan – tulisan meeka dalam akhbar. Mereka telah menyuarakan kecamannya dalam bentguk syair, seperti berikut:
Ampun Tuanku Duli Mahkota,
Fikirlah kepada rakyat jelata,
Teriti dibaharui elok sekata,
Supaya tidak berputih mata.

Jika lebih memandang dunia,
Rakyat jelata teraniaya,
Tuanku semayam di atas bahaya,
Hilang kelak taat setia.

Harimau terjumlah binatang gagah,
Kerana kuku ada berceranggah,
Hilang kuku tiada semenggah,
Belang sahaja tiadalah megah.

Patik semua menunggu rahmat,
Mengubah teriti biar cermat,
Siasat selidik dengan jimat,
Supaya rakyat jadi selamat.’
Orang Melayu adalah dari golongan umat manusia yang dinamakan ‘ajam’, iaitu lain dari bangsa Arab. Orang Melayu telah menjalanak kegiatan perdagangan, pelayaran dan perhubungan sesama manusia sejak mereka keluar dari ‘zamam batu’. Mereka menjadi bangsa yang berani menempuh kehidupan seperti bangsa – bangsa lain juga. Malangnya mereka kemudiannya menjadi mundur kerana ditindas oleh penjajah – penjajah barat dan ekonomi dan sara hidup mereka dari bumi mreka sendiri dibuklut dan dimonopoli oleh orang – orang yang menjadi muhajirin – pendatang –pendatang ke bumi Melayu ini.
‘Orang Melayu telah mendiami kepulauan Melayu sejak ribuan tahun yang lalu. Mereka menjalankan aktiviti pertanian sara diri dan perdagangan secara kecil – kecilan. Tipu helah dan peperangan adalah faktor yang menyebabkan orang barat Berjaya menjajah kerajan – kerajaan awal di Tanah Melayu Portugis, Belanda dan akhirnay British meruspakan tiga kuas apenjajah yang ingin memonopoli ekonomi Tanah Melayu. Tetapi antara tiga kuasa penjajah itu, British telah Berjaya menjajah seluruh Tanah Melayu. Peringkat awal, mereka telah mengikat perjanjian dengan Raja – raja Melayu. Polisi pecah dan perintah serta tidak campur tangan British, telah ditukar ke polisi campur tangan aoabila orang – orang Melayu bangun menentang penjajah dan banyak menyusahkan pentadbiran.
Politis campur tangan ini telah mengikat Raja – raja Melayu dengan wujudnya jawatan Residen dan Penolong Rasiden sebagai penasihat kepada baginda. Walaupun begitu, status anak negeri masih di tangan orang Melayu tetapi kuasa pemerintahan di tangan British. Keadaan ini berterusan hingga British memperkanalkan kerajaan baru, iaitu Malayan Union.’
‘Ditinjau dari segi sejarah, perlembagaan dan sosiopolitik, penduduk asal Negara ini dikenali sebagai bumiputera. Merekaterdiri daripada orang Melayu dan Orang Asli di Semenanjung dan pelbagai suku kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Orang Melayu iaitu penduduk bumiputera di Semenanjung merupakan golongan yang terbesar dan menurut sumber – sumber sejarah dipercayai telah mendiami Negara ini kira – kira sejak 2,500 S.M. Sebahagian beraar orang Melayu juga mendiami beberapoa bahagian negeri Thai, Filipina dan serata tempat di Gugusan Pulau Melayu atau Nusantara.
Pada zaman pra – sejarah, nenek moyang orang Melayu telah mengalami tahap kemajuan sosioteknologi. Berdasarkan corak hidup berpindah – randah dan penggunaan alat darfipada batu, meeka kemudiannya telah memperolehi pengetahuan tentang penggunaan lkogam dan menggunakan senjata serta alat – alat yang diperbuat daripada besi. Mereka tidak lagi berpindah – randah gtetapi tinggalk menetap di kawasan persisiran pantai dan lembah – lembah sungai dengan mengerjakan pertanian sara hidup.
Bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu adalah dari kelompok Bahasa Austronesia, iaitu bahasa yang diturukan oleh penduduk – penduduk dalam tiga kumpulan geografi, iaitu pertama: Semenanjung dan Kepulauan Melayu, meliouti Malaysia, Indonesia, Filipina dan Madagascar, kedua, Melanesia dan kepulauan sekitarnya; dan ketiga, Polynesia dan kepulauan sekitarnya. Dengan demikian bahasa yang digunakan oleh penduduk asal di Negara kita dikenali sebagai bahasa Melayu.
Sejarah awal orang Melayu juga dapat dikaitkan dengan menkaji satu kategori penduduk asal, iaitu Orang Asli yang juga merupakankelompok bumiputera di semenanjung. Orang Melayu Asli (dikenali juga sebagaia orang Melayu – Proto) memperlihatkan banyak persamaan dengan orang Melayu moden. Orang Melayu Asli sebenarnya terbahagi kepada beberapa golongan iaitu Jakun, Temuan, Semelai dan Orang Laut. Golongan – golongan orang Melayu Asli ini menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan mereka. Kelompok – kelompok lain orang Asli di Semenanjung terdiri daripada orang Negrito, Sakai atau Senoi. Sedikit sekali diketahui tetan asal usul mereka, walaupun orang Sakai atau Senoi dipercayai berasal daripada kelompok yang sama dengan orang Melayu yang mula – mula menetap di Negara ini.’
Rakyat Malaysia – sama ada orang Melayu dan bumiputera mahupun mereka dari keturunan pendatang – Cina, India dan lain wajib mengamalkan dan menghormati Rukun Negara yang telah diakui sebagai rukun yang menjamin kesetiaan rakyat dan budi pekerti luhur mereka. Iaitu:
Kepercayaan kepada Tuhan,
Ketiaan kepada Raja dan Negara,
Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan undang – undang
Kesopanan dan kesusilaan.
Parti –politik di negara ini, slain dari UMNO dan Barisan Nasional, telah ada jadual perpaduan semua rakyat negara ini. PAS misalnya menggunakan agama Islam sebagai puri besar untuk menyatupdukan semuya rakayat Negara ini.
Parti Keadilan rakyat yang berlum tentu ideologi politiknya – mungkin
cenderung kepada sosio – demokrasi, mempunyai jadual yang sama untuk menyatu padukan semua rakyat Negara ini dalam kerangka yang dinamakan hidup saksama seperti amalan dalam negara – negara sosialis.
Oleh kerana penetapan pada Rukun Negara yang pertama, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, maka Kerajaan hendaklah meminda atau menambah dalam Perlembagaan Negara, bahawa parti politik yang mempunyai ideologi tidak percaya kepada Tuhan, tidak dibenar wujud dan tidak memnbnarkan parti – parti politik menggunakan ideologi tersebut.

No comments: