Tuesday, August 17, 2010

NOTA KEMATIAN III

Pada Subuh Jumaat, 6 Ogos 2010.
Entah suara siapa menerjah terowong telinga saya dengan ayat Quran seperti erti di bawah ini:
Sekiranya Kami turunkan Quran ini ke atas gunung, nescaya anda
melihat gunung itu khusyu’ dan pecah belah kerana takut kepada Allah.
Dan (ingatlah) misal – misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada
umat manusia, supaya mereka memikirkan. al Hashr: 21.
Pada 30 Julai 2010 – A 1590 (2010) – 2 PTCA, iaitu saya dirawat pulih urat saraf saya kali pertama oleh Dr Shaiful Azmi Yahaya.
Pada Jumaat, 6 Ogos 2010, jam 8.30 pagi, saya terlentang atas katil yang disurung oleh dua jururawati dan isteri saya, Sitti Haishah binti Abdul Rahman menuju ke Dewan Radiologi. Di sana, menunggu Dr Shaiful Azmi Yahaya dan dua doktor pembantunya serta beberapa jururawat lelaki dan perempuan.
Pada ketika isteri saya menciumi wajah saya, hati saya bermadah:
“Selamat tinggal, sayang. Jika saya ditakdir tiba dsempadang hidup, maafkan saya ... Gembiralah dengan anak – anak kita, Petah Wazzan Iskandar, wartawan, di Pulau Pinang, Petah Shahrir Aidid, jurutera dan Petah Ibnu Khaldoon, jurutera. Nasihatkan mereka agat tidka tinggalkan sembahyang ...”
Dalam dean Radiologi yang dingin amat. Saya dengan Exam.No.4110 (10). A – PTCA, seperti pada Jumaat 30 Julai 2010, dirawat selia oleh Dr Shaiful Azmi Yahaya dan dua pembantunya serta para jururawat. Setelah beberapa saluran getah atau plastik dimasukkan ke dalam seluran urat – urat saya dari pangkal paha kanan dan pada ketika itu terasa amat sakit – sengal. Hanya kepada Allah saya berserah. Saya tidak putus – putus mengucap dua kalimat syahadat.
Sepasang mata saya merenung kaca yang memapar urat saraf saya yang sedang dirawat selia ooleh Dr Shaiful Azmi Yahaya.
“Dato, saya akan masuk belon ..., ini, Dato akan rasa sakit ...,” Dr Shaiful Azmi Yahaya memaklumkan kepada saya.
“Ia, dokor, saya sedia,” sahut saya.
Beberapa saat kemudian, saya rasa rongga dada amat sakit dan panas. Terasa seperti empat batu seliper landasan keretapi menekan dada saya. Saya mengcap dua kalimah syahada dan beberapa kali saya membaca:
Al Fatihah. Basmalah. Iza maridhtu fa Hua Yasyfini. Ya narukuni bardan wasalaman a’la Ibrahim. La haula wala quwwata illa billahil Aliyyul Adzim. Allahumma salli ‘ala Muhammad.”
Saya mendengar Dr Shaiful Azmi Yahaya bercakap dengan para doktor dan jururawat, “belon, stand dan wayar”. Saya menyangka tubuh saya yang kurus – tua ini, dilakukan sebagai sebuah kenderaan tua juga.
Pada saat – saat itu, saya banyak yakin, saya akan mati. Nafas saya jadi sesak. Saya tawakkal kepada Allah, saya tidak memberitahu Dr Shaiful Azmi Yahaya akan kesakitan saya itu. Saya tidak mehu beliau berhenti merawat selia saya pada 30 Julai 2010. Saya tidak sanggup dilakukan kali yang ketiga.
“Dato’, sebentar lagi akan selesai ...,” Dr Shaiful Azmi Yahaya memaklumkan kepada saya.
“Ia, baik doktor,” sahut saya dalam kesakitan rongga dada.
Kira 25 mini kemudian rawatan dan seliaan atas saya selesai.
“OK, Dato’ ..., insya Allah, Dato’ sihat ...,”kata Dr Shaiful Azmi Yahaya kepada saya.
“Insya Allah ..., terima kasih, doktor,” sahut saya sambil bersalam dengan beliau.
Saya dipinahkan kepada sebuah katil lain. Kemudian, saya dihantar ke sebuah dewan rehat sementara menanti darah saya kurang cair untuk ditarik keluar saluran getah atau palstik dari urat – urat saya.
Saya berada dalam dewan Radiology itu dari jam 8.30 pagi hingg 1.30 tengahari.
“Al hamdulillah, Allah, sesungguhnya Kau telah memberi nota kematian kepada hamba – Mu ini ...,” saya berbisik sambil sepasang mata saya masih pejam.
“Saya teringatkan isteri saya, kerana lama menunggu saya, mungkin dia menyangka saya telah mati dan saya menyangka dia menangis. Saya bertanya kepada jururawat. Dia menjawab, isteri saya sedang menunggu di luar puntu ke Dewan Radology.
Pada petangnya saya dibawa ke bilik cerama pemakanan, ‘Makan Dengan Bijak’ Pelaburan Sepanjang Hayat, oleh Jabatan Dietetik & Dietari, IJN.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Dr Shoib bin Sadiman dari Kelinik Perubatan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Kuala Lumpur kerana menziarahi saya.
Beliau memberitahu saya tentang ramai guru dan sahabat handai saya sejak tahun 1950 – an telah melawat saya pada ketika saya pejam mata dalam ccu Hospital Putrajaya.Katanya: “Hal ini kuasa Allah. Pertalian iman dan tasauf antara seseorang dengan seseorang atau beberapa orang itu menjadi roh mereka datang menziarahi orang itu.”
Tamat.

No comments: