Sunday, January 3, 2010

MENGENANG MASA SILAM

Mokhtar Peta

Pada tahun 1960 - an, sebuah Jawatankuasa Sementara di Malay College Kuala Kangsar(di antara anggota-anggotanya, Ustaz Abdul Rahman dan Dismon Muzaffar Tat, telah menjemputku untuk memberi kursus ’kewartawanan dan antarabangsa’ pada tiap-tiap hari Sabtu dan Ahad, selama empat bulan, yang dikhaskan kepada kira-kira dua ratus orang penuntut-penuntut yang akan melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tinggi, di luar negara.

Pada masa kursus di Malay College itu pertama kali aku bertemu dengan seorang penuntut dari Cheruk To’kun, Bukit Mertajam, Anwar Ibrahim.Dia tidak dapat mengikuti kursus itu kerana dia akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.

Anwar Ibrahim seorang penuntut yang petah bercakap pandai berucap. Dia telah belajar sedikit sebanyak cara-cara berpidato dengan baik daripadaku. Aku telah menasihatinya, supaya belajar pidato dengan praktik di hadapan cermin besar. Cara demikian pemidato itu dapat melihat gaya diri dan memek mukanya pada waktu berucap dalam cermin itu.

Aku juga telah mencadangkan kepadanya, supaya dia mengambil potongan-potongan penting dari ucapan dan tulisan Presiden Soekarno, Muhammad Abduh, Syed Qutb dan beberapa orang lagi selain dari ayat-ayat Quran dan Hadis untuk digunakan dalam ucapannya sebagai hias cakap

Kira-kira seminggu kemudian – Malay Colleh bercuti -, aku bersama Haji Fadhil Khalid, Abdul Latif Hussein (penulis dan anggota Parti Rakyat) telah membawa Anwar Ibrahim memberi ucapan dalam majlis Maulidur rasul, di Kampung Beluru (kampung di pendalaman) dan Kampung Talang Dusun(dekat Padang Polo Kuala Kangsar). Dia telah berucap dengan suara yang lantang, penuh gaya dan semangat. Hampir separuh dari ucapan Anwar telah menyelar atau mengecam Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman, beberapa orang menteri kabinet wakil-wakil rakyat UMNO.

Ucapan-ucapan Anwar Ibrahaim telah menarik perhatian orang-orang dari parti pembangkang dan mereka yang tidak menyertai mana-mana parti politik. Pendapat-pendapat Anwar Ibrahim dalam ucapan-ucapannya sesuai dengan fikiran orang-orang parti pembangkang, seperti Socialist frunt atau Parti Rakyat dan PAS.

Pada masa itu ramai dari penduduk-penduduk kampung suka mendengar ucapan Anwar Ibrahim. Ucapannya seperti ucapan pemuda-pemuda revolusi Indonesia atau seakan-akan ucapan Presiden Soekarno.

Aku telah merenung wajah dan peribadi Anwar; dia seorang yang bercita-cita besar, mempunyai harapan untuk menjadi pemimpin, tetapi dalam banyak hal dia seorang yang gelojoh. Biasanaya, orang-orang yang gelojoh bernasib seperti seorang seldadu; kalau dia tidak membunuh musuh, maka dia akan dibunuh oleh musuhnya.

Anwar Ibrahim telah berjaya menyandang ’johan pidato’ antara negeri, di College Melayu, Kuala Kangsar.

Setelah kemenangan Anwar Ibrahim itu, saya diminta memberi ucapan sebagai wakil para pengadil.Dalam ucapan sekadar 10 menit, aku berkata kira – kira:

Johan syahrahan pada malam ini, Saudara Anwar Ibrahim, adalah seorang penuntut yang mempunyai masa depan yang gemilang. Beliau akan menjadi orang terkenal dan pemimpin negara kita ini.

”Dalam perjuanganya, dia bagaikan meniti atas bara, tetapi kalau dia bersabar, gigih, yakkin diri dan tawakal kepada Allah, maka dia akan naik ke puncak sebagai pemimpin orang ramai yangb populer.

Ucapan aku itu disambut oleh tepok sorak para pdenuntut.Anwar Ibrahim telah melompat dari tempat duduknya. Wajahnya riang.Semangatnya berkobar – kobar.

Dua orang rakan rapat Anwar Ibrahim, iaitu Abdul Rahman Yusof dan Mahson telah mengikut kursus penulisan dan kewartawan yang aku adakan di Rumah Rehat, Kuala Kangsar.Mereka mnyertai lebi 70 orang bakal waertawan dan penulis muda yang mengikuti kursus tersebut.

Abdul Rahman Yusof telah berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustakan. Beliau berjaya mencapai ijazah yang memahkotkan dirinya dengan gelaran intelektual, iaitu, Ph. D. Dan dia telah bersara.

Semenjak Anwar Ibrahim tamat dari Malay College dan melanjutkan pelajarannya, di Universiti Malaya dan hingga dia berada di kedudukan yang tinggi, aku tidak pernah bertemu dengannya. Tetapi aku sentiasa mengikuti jejaknya, jejak seorang pejuang yang sarat dengan semangat dan cita-cita, namun, dia seperti seorang perajurit di medan perang; membunuh atau dibunuh.

Tidak lama dulu, Anwar Ibrahim – mungkin dia terkenang kepadaku -, dia telah menulis sebuah sajak dalam blognya yang mencatatkan, ’ Bertemu Mokhtar Petah di Kuala Kangsar’.

Nota: Lihat sajak Ibrahikm juumpa saya di Kuala Kangsar

Sajaknya:

Kenangan manis tujuh tahun di Kuala Kangsar;
Pendedahan ilmu berguna;
Guru berketerampilan dan dedikasi,
Sahabat karib lagi setia;
Solat di masjid Ubudiah;
Nasi lemak di restoran tepi sungai (malangnya diroboh kini);
Berceramah di Sayong;
Berkenalan di kota Lama kiri;
Ziarah makam almarhum Ustaz Zulkifli Mohamad;
Berkenalan dengan Mokhtar Petah;
Selain MCKK ada kalanya bersua rakan di GEGS;
Wah, tempat jatuh lagi dikenang;
Inikan pula tempat bermain dan mula berjuang.
5 November 2006 Anwar Ibrahim

(Sedutan dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah. Editor, Petah Shaheruir Aidid.)

No comments: