Sunday, January 3, 2010

CERITA DARI NOVEL


CINTA

Hamzah - bapa Julia Hani telah mencapai keputusan muktamad. Anak gadisnya yang telah tamat pengajian dari universiti itu, akan dikahwinkan segera dengan pemuda pilihannya, anak rakannya, Encik Ramli. Pemuda itu berusia 35 tahun dan bekerja sebagai jurutera, di sebuah syarikat pembinaan antarabangsa, di Kuala Lumpur.

Walaupun keputusan yang dibuat oleh Hamzah terhdap anaknya bersifat paksaan, tetapi sebagai seorang bapa yang mahu masa depan anaknya terjamin, dia kira langkahnya itu baik. Bertangungjawab.

Menerusi telefon, Hamzah memanggil Julia Hani pulang ke Gombak, pada hujung minggu. Hari itu sama dengan hari yang telah dijanjikan oleh Julia Hani dengan kekasihnya akan bertemu di Kuala Lumpur. Dia menjadi serba salah. Di sana bapa. Di sini kekasih.

“...yang, Hani minta maaf ..., yang tak payah tunggu Hani, kerana bapa Hani panggil Hani balik segera ..., ada hal mustahak,” Julia Hani memberitahu keksihnya pada petang dia bertolak ke Kuala Lumpur.

“Tak apa ..., esok Hani telefon saya, O.K...,” kata Profesor Hamidi.

“Ia, sayang ...,” sahut Julia Hani.

EGO SEORANG

PEGAWAI KERAJAAN

Pada malam itu, selepas Julia Hani selesai sembahyang fardu Maghrib, bapanya memanggilnya ke ruang tamu.Pada ketika itu ibu tirinya sedang menyediakan makanan di di ruang dapur. Dengan penuh santun, Julia Hani melabuh kanpunggungnya atas sofa di hadapan bapanya.

“ Apa macam Nona kerja di Ipoh, baguske?” Bapanya bertanya.

“Bolehlah ayah, tapi teruk sikit ...,” jawab Julia Hani.

“Ngapa Nona, kerja apa?” Bapanya bertanya.

“Maklumlah, badan penyelidikan, Nona kena lakukan penyeklidikan ...,”jawab Julia Hani.

“Selidik apa, kaji bumi ..., teknologi, sains ..., perdagangan ...?” Tanya bapanya.

“...tak selidik kemasyarakatan, sejarah, kebudayaan ...,”jawab Julia Hani.

“...huh, karut, tak teknologi ...,”kata bapanya.

Julia Hani diam.

“Ha, ni ..., abah nak beri Nona senang, abah dah buat keputusan ...,”kata Hamzah dengan ego seorang pegawai kerajaan bersaranya.

“Keptusan apa, abah?” Jula Hani bertanya.

“Kahwin ...,”jawab bapanya.

“Apa, kahwin ..., abah nak suruh Nona kahwin?” Julia Hani bertanya.

“Ia, kahwin ..., dengan engineer, Wahab, anak kawan abah ..., Encik Ramli, ”jawab bapanya.

“Eh, abah ni, biar berbenar ..., abah,”kata Julia Hani.

“Ia, abah cakap serius ..., sekejap lagi dia akan tiba,” kata bapanya.

Julia Hani diam. Degup jantungnya kencang. Wajah kekasihnya terpaku pada mindanya.Azamnya kukuh. Walaupun siapa yang dipilih oleh bapanya, dia akan menolak dengan baik. Hati orang tuanya mesti dijaga.

“Nona kahwin dengan Wahab tu, Nona akan senang ..., gajinya besar, bapa dia kaya ...,” kata bapanya dengan suara seorang kapitalis.

Julia Hani diam.Dia memang tahu, sebagai bekas pegawai kerajaan, bapanya lebih mengutamakan kebendaan dari segala-galanya.Pada masa bapanya masih bekerja, dia pernah mendengar khabar, bapanya ada melakukan rasuah.Tetapi dia tidak berapa percaya akan khabar angin itu.

“Dia tu pemudake atau orang tua, abah?” Julia Hani bertanya.

“Mudaaa ..., 35 tahun ..., takkan pula orang tua ..., Nona,” jawab Hamzah.

Julia Hani senyum.

“Ha, masuk bersiap, sekejap lagi sampailah dia tu ...,” kata bapanya.

“Dia datang seorang saja, abah?” Julia Hani bertanya.

“ ...tak, dia akan datang dengan bapa, emak dia ...,” jawab bapanya.

“ Tak apalah, abah, Nona tengok dulu ..., belum tentu Nona nakkan dia...,” kata Julia Hani sambil bangun dan masuk ke dalam bilik.

“...budak mentah, orang nak beri senang ..., ngada pula ...,”sungut Hamzah dengan suara terkulum.

HATINYA MENOLAK

PEMUDA PILIHAN BAPANYA

Tepat jam 9.00 malam jurutera Wahab bersama ibu dan bapanya tiba. Hamzah dan istrinya menyambut ketibaan mereka dengan penuh mesra.Keadaan Hamzah dan isterinya menyambut tetamu-tetamu mereka itu seperti ‘ tak cukup tangan nyiru ditadahkan’.

Ibu tirinya masuk mendapatkan Julia Hani dalam bilik. Julia Hani mengikut ibu tirinya keluar ke bilik tamu. Dia memakai sepasang baju kurung warna hitam dan kepalanya berbungkus dalam selendang warna biru muda.Pakaian begitu sebagai memprotes kehendak bapanya. Hatinya menolak pemuda pilihan bapanya itu.

Sebelum duduk atas sofa, Julia Hani telah bersalaman dengan ibu Wahab.Dengan wajah manis sambil menganggukkan kepalanya, dia telah memberi hormat kepada bapa wahab. Wahab bangun berdiri dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Julia Hani. Tetapi Julia Hani tidak menyambut tangannya. Setelah mengundurkan dirr, Julia Hani melabuhkan punggungnya atas sofa, di sisi ibu tirinya.

Hamzah memendam perasaan marah kepada anak gadisnya.Perbuatan anak gadisnya itu memalukannya. Biadab. Tetapi Julia Hani berasa dirinya seorang yang ihsan kepada Tuhannya. Menolak dari bersalaman dengan Wahab, satu ibadat. Haram berslaman dengan lelaki yang sah nikah dengannya. Dia telah menunai tegahan Maha cipta segala itu.

GAGAL MENGIKUT

TAMADUN DUNIA

Julia Hani mengaui, Agama Islam telah mengadakan perturan begitu. Manakala Wahab memendamkan perasaan malunya, kerana peristiwa itu pertama kali dialaminya, gadis menolak tangannya dari bersalaman.

“Stupid girl ...,” hati Wahab memberungut.

Ibu dan bapa wahab berpandangan sama; walaupun Julia Hani seorang gadis Melayu lepasan universiti, tetapi dia gagal mengikut tamadun dunia. Dia masih kolot.Mereka menyifatkan orang yang mengikut hukum Islam, adalah orng kolot. Kalau Julia Hani telah menjdi menantu mereka, mereka akan membentuknya menjadi manusia tamadun.

Pada ketika itu, Julia Hani teringat akan pendapat kekasihnya; orang Islam yang terpengaruh dengan tamadun dunia sampai mengenepikan hukum hakam agama Islam, dia termasuk dalam golongan jahiliah moden.Hampir dengan kekufuran.

Walau bagamanapun, bapa Wahab yang berpengalaman sebagai pegawai kerajaan, menganggap tindakan Julia Hani itu boleh dimaafkan. Gadis itu sebagai burung liar yang boleh dipikat dan dijinakkan hingga makan di tapak tangan.

“ ... Nona, uncle harap, Nona dapat terima Wahab ini menjadi teman Nona ...,” kata bapa Wahab dalam bahasa Inggeris.

Insya Allah, tak jadi masalah ...,” sahut Julia Hani.

“Wahab ni engineer ...,” kata ibu Wahab.

“ ...macam seorang perunding tempat saya bekerjalah, dia ingineer ..., Dato’ Dr.Ghazali ...,” sahut Juliana

Ibu Wahab senyum. Wahab tersedar, dia masih di peringkat bawahan berbanding dengan lelaki yang disebut oleh Julia Hani itu.

“Cik Nona kenal dia?” Wahab bertanya pada ketika hatinya disambar cemburu.

“... kenal, baik sangat orang, tak tinggal sembahyang, kuat pegang hukum Islam,” jawab Julia Hani.

“Ooo, ... tapi I tak minat Islam ..., talking abaut nothing..., very ...very kolot ...,” Wahab berkata dengan. bangga sebagai pemuda Melayu terakhir.

Bapa Wahab dan Hamzah senyum. Ibu tiri Julia Hani yang rajin sembahyang merenung kepada suaminya.Kemudian renungannya berpindah kepada Wahab dan bapanya. Manakala ibu wahab, sengeh. Bangga. Kerana anak lelakinya bijak bercakap.

Julia Hani senyum. Hatinya menilai peribadi dan iman Wahab. Dia pemuda Melayu paling rendah kedudukannya dalam kelompok orang-orang beriman kepada Tuhan. Secara muktamad dia tidak akan rela dirinya menjadi isteri pemuda itu.

“Kalau aku kahwin dengan dia, auzubillah ..., aku juga jadi macam orang kafir ...,” suara hati Julia Hani.

“Malam esok, bolehlah Nona berjalan-jalan dengan Wahab ...,” kata ibu Wahab.

“Ia, kita pergi ke KLCC makan-makan ..., night club ..., ke mana saja ...,” sambut Wahab.

Julia Hani senyum. Dia meminjam pendapat kekasihnya, ada kalanya menipu jadi sunat; Julia membohongi ibu Wahab, “ ...malam esok, tak dapat ..., kerana Nona kena hadir satu majlis perbincangan di IKIM, penting ...”

Sebenarnya, tidak ada majlis perbincangan di IKIM. Julia Hani akan bersama kekasihnya selama seminggu di Kuala Lumpur. Mereka ada program yang mustahak. Program cinta mereka. Program mengenai buku sejarah yang sedang ditulisnya. Buku itu akan diterbitkanoleh institusi tempat dia bekerja.

“Dah tu, bila?” Hamzah bertanya kepada anak gadisnya.

“Tak tau lagi, abah, lusa Nona kena balik ke Ipoh, kerja ...,” jawab Julia Hani.

“Alaaa, puntinglah sehari dua ..., tak pun katakan sakit, I boleh dapatkan m.c. dari kelinik kawan I ...,” kata Wahab.

“Tak apalah, Nona tak boleh buat begitu ...,” sambut Julia Hani.

BUKAN ANAK AKU

DUNIA AKHIRAT

Pada waktu itu, hati Julia Hani memandang Wahab seorang ilmuwan Melayu yang tidak beramanah. Tidak beretika.Tidak boleh diharap untuk memimpin bangsa dan negara. Dia seorang dari beberapa orang ilmuwan Melayu yang corrupted.

Sebaik-baik sahaja tiga orang tetamu itu pulang, Hamzah telah naik berang. Darahnya naik ke kepalanya. Beberapa perkataan kesat diluahkan kepada anak gadisnya. Di antara kata-kata itu, dia sendiri menghapuskan nilainya sebagai seorang bapa yang beragama Islam, “ ...kalau kau tak nak kahwin dengan Wahab tu ..., kau ..., aku tak mengaku anak ...., kau bukan anak aku dunia akhira, fahaaam ...?”

Julia tidak menjawab. Dia seperti mematikan dirinya. Diam. Seperti tilam dan bantal kekabu. Pada detik-detik begitu dia berasa sayu menempuh hidup sebagai anak yang telah tidak beribu. Kalaui ibunya masih hidup, tentu tidak berlaku kejadian yang menyedihkan itu.

Setelah bapa dan ibu tirinya lena. Julia telah menulis sebuah nota kepada bapanya, ‘Keputusan Nona muktamad. Nona tak mahu kahwin dengan Wahab.Tak apalah abah, dah nasib Nona, abah tak mengaku Nona anak abah. Nona terpaksa keluar dari rumah abah. Nona tak akan balik ke sini lagi’. Nota itu ditinggalkan atas buku yang sentiasa ditalaah oleh bapanya, Malaysia Kita – Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia, di atas meja dalam bilik tetamu.

“Abah, tak apalah abah tak mengaku Nona ni anak abah, Allah dah tentukan Nona tetap anak abah ..., ya Allah, ampunilah abah aku, kerana kejahilannya, dia memutuskan silatur rahim dengan anaknya sendiri ...,” doa khusus Julia Hani setelah sembahyang fardu Subuh itu.

“....sungguhpun aku tahu tak menjadi dosa, aku tidak mengikut kehendak abah aku hendak kahwinkan aku dengan paksa, kerana dalam agama-Mu tidak ada paksaan, tetapi ampunilah aku ..., ya, Rahman, ya, Rahim,” suara Julia Hani lembut. Pilu.

LEBIH MUDA

DARI KEAKSIHNYA

Pada subuh itu, Julia Hani telah meninggalkan rumah bapanya. Nikadnya kukuh, tidak akan kembali lagi kepada bapanya. Dia telah menjadi anak terbuang. Kereta yang dipandunya membelah dada lebuh raya MR2 menuju ke Putrajaya. Pada pagi itu, dia dan kekasihnya akan bertemu, di Kelab Tasik Putrajaya.

Kabus pagi masih membungkus seluruh Putrajaya.Dingin. Profesor Hamidi berdiri, di luar keretanya, di lapangan letak kereta, Kelab Putrajaya. Dia menunggu kekasihkan yang akan tiba sebentar lagi.Sambil brpeluk tubuh, Profesor Hamidi melangkah lima enam tapak di situ. Julia Hani tiba dengan keretanya. Berhenti dekat kereta Profesor Hamidi.

“Ha, sayang ..., selama pagi,” sapa Julia Hani sebaik-baik keluar dari keretanya.

“Selamat pagi, awal ...,” sahut Profesor Hamidi.

“Saja nak datang awal ...,” sahut Julia Hani.

“Ini tentu ada sesuatu yang teka kena ...,” kata Profesor Hamidi.

“ ...betul, sayang, nanti Hani terangkan ...,” kata Julia Hani.

Mereka berjalan masuk ke lapang kefe kelab itu. Sambil meletakkan pungungnya atas kerusi mengadap meja di sudut kafe itu, Jula Hani mengeluh.Dua ulas bibirnya bergerak seperti akan menangis.

“Ngapa ni...?” Profesor Hamidi bertanya sambil duduk.

“Mala tadi, abah Hani ...,”jawab Julia Hani.Patah.

“ ...ngapa ..., apa dah jadi?” Tanya Profesor Hamidi lagi.

“Dia nak Hani kawin dengan Wahab, engineer...,” suaranya patah lagi.

“ ...tentu pemuda kacak ..., O.K.lah tu...,” kata Profesor Hamidi.

“ Hani tak nak ...,” kata Julia Hani.

“Ngapa pula, kan bagus ...,” kata Profesor Hamidi.

“Tak nak, Hani nak oran g depan Hani ni ...,” kata Julia Hani.

“Orang tua ni ...?” Tanya Profesor Hamidi.

“Ialah,”sahut Julia Hani.

“ ...kan bagus, orang muda, jurutera ...,” Profesor Hamidi mengusik.

“Hani tak nak ..., tak suka ...,” kata Julia Hani.

Profesor Hamidi ketawa.

“Dia tu macam anti agama Islam aje...,:kata Julia Hani.

“Mana Hani tau ...?” Tanya Profesor Hamidi.

“Hjani dengar dia bercakap, diakata tak minat Islam ..., Islam ortothox ...,” jawab Julia Hani.

Pelayan kafe datang menghindangkan minuman dan makanan. Julia Hani merenung wajah Profesor Hamidi. Dia membandingkan Wahab dengan kekasihnya itu. Walau pun Wahab lebih muda dari kekasihnya, tetapi pada pandangannya, keksihnya lebih bergaya, ada daya tarikan dan menyeronokkan hatinya berbanding dengan Wahab.

“ Hani cintakan sayang, tak ada orang lain yang Hani cinta dalam dunia ni ...,” kata Julia Hani.

“Ia, saya juga cintakan Hani, ....tapi papa Hani macam mana?” Profesor Hamidi bertanya.

“Abah marah ..., dia tak mengaku Hani anak dia ...,” jawab Julia Hani.

“Ha, sampai begitu?” Profesor Hamidi bertanya.

“Ia, malam tadi Wahab datang dengan emak, ayahnya,” kata Julia Hani.

“Datang merisik kut,” kata Profesor Hamidi.

“Kira begitulah, emak Wahab suruh Hani berjalan malam nanti dengan Wahab, Hani tak naki, Hani kata ada seminar di IKIM ...,”jelas Julia Hani.

“Ai, pandai ...,” kata Profesor Hamidi.

“ ...kan sayang ada kata, ada kalanya berbhohong sunat,” kata Julia Hani.

Mereka menahan tawa masing - masing dalam kafe itu.

O.K., lepas ni kita pergi ke rumah saya, ... Hani mandi, tentu tak mandi lagi ...,” kata Profesor Hamidi.

Julia Hani geleng-geleng.

DIRENUNG DENGAN

PENUH MINAT

Setelah bersarapan, Profesor Hamidi dan Julia Hani pulang ke rumahnya di Pinggiran Putra.Kedatangan Julia Hani disambut oleh ibu saudara Profesor Hamidi.Seorang perempuan yang telah tua, kira-kira lima puluh tahun usianya.

“Mak Wan, ni Julia, penuntut saya di univfersiti...,” Profesor Hamidi perkenalkan Julia Hani kepada ibu saudaranya.

“Haa, ia, cik Julia, masuklah ...,” kata ibu saudara mak Wan..

“Baik, mak cik, terima kasih,” sahut Julia Hani sambil bersalaman dengan mak Wan..

Julia berpaling kepada Profesor Hamidi dan berbisik, “ ... kata orang, ada kalanya berbohong sunat ....”

Profesor Hamidi senyun dan berjalan masuk ke dalam rumahnya. Di dalam rumah, dia teringat mengenai Julia Hani hendak dikahwinkan oleh bapanya dengan Ir. Wahab.Julia Hani menolak kehendak bapanya kerana pemuda itu tidak sesuai dengannya.

“Cik Julia datang dari mana?” ibu saudara Profesor Hamidi bertanya kepada Julia Hani.

“Dari Ipoh, mak cik,” jawab Julia Hani.

Ibu saudara Profesor Hamidi mengiringi Julia Hani masuk ke bilik khas untuk tetamu bermalam. Dia memberi tuala kepada Julia Hani.

“ ...cik Julia mandi dulu, nanti mak cik siapkan sarapan ...,” kata orang tua itu.

“Eh, tak payah, Hani dan bersarapan dengan profesor di kelab tadi...,” sahut Julia Hani.

“ ...di Kelab Tasik Putrajayake?” Mak Wan bertanya.

“Ia, mak cik,”jawab Julia Hani.

“ ...Tak apa, tak salahnya bersarapan lagi ...,” sahut mak wan.

Julia Hani diam. Sebuah gambar besar yang tergantung di dinding dalam bilik itu direnung dengan penuh minat. Gambar Profesor Hamidi dan isterinya, Dr. Nur Azura di atas jambatan sungai Thames, di Bandar Raya London.

“ ... bahagianya pasangan ni ..., kalau aku kahwin dengan yang, alangkah bahagianya aku ...,” bisik Julia Hani sambil merenug wajah Dr. Nur Azura.

“Dr. Nur Azura, ...baik hati ..., benarkan suami kahwin lagi ..., sanggup bermadu ...,” bisik Julia Hani lagi.

MENDENGAR CERAMAH

GURU AGAMA

Julia Hani meninggalkan gambar itu. Sambil melangkah masuk ke bilik air, dia teringat akan kat-kata bapanya pada malam tadi. Hati bapanya keras. Apa yang dikatakannya menjadi muktamad. Tidak ada sesiapa dalam keluarganya dapat menentangnya.

Al hamdulillah, aku bersyukur kepada-Mu, Tuhan ...,” bisik Julia Hani sambil mengurut dada suburnya.

“ ... aku tak ikut hajat abah aku ..., aku tak jadi isteri Wahab, orang tak percayakan agama - Mu ..., kata agama-Mu, ortodoks ..., macam agama Roman Katolik pula ...,” sungut Julia Hani.

“ ....nikah kahwin tak boleh paksa ..., bapa, wali tak boleh paksa anak gadisnya kahwin dengan mana-mana lelaki yang anak gadis itu tak suka, tak cinta ..., kalau kahwinkan juga, tak sah ..., macam berzina ...,” suara guru agama, ustaz Safuan Al Hafiz, menerpa ke dalam minda Julia Hani.

Julia Hani telah mendengar ceramah guru agama, lulusan jurusa ilmu wahyu, dari Universiti Al Azhar, Masir itu, dalam satu majlis cerama agama, di Pulau Langkawi, pada tahun lalu.

“ Ia, aku tak nak kahwin dengan Wahab ...,”suara hati Julia Hani. Muktamad.

Setelah selesai mandi dan bersoleh sekadarnya, Julia Hani kekluar mendapatkan mak Wan di ruang dapur. Orang tua itu sedang menghidang minuman dan makanan untuk sarapan pagi.

“Syukri dalam bilik bacaannya,” mak wan memberitahu Julia Hani.

“Ia, ak apa ...,”sahut Julia Hani.

“ ....dia tu, macam tulah, bila ada di rumah ni, dalam bilik tulah dia menulis ..., menulis buku, agaknya ...,”kata mak Wan.

“Ia, dia tengah menulis buku ...,”sambut Julia Hani.

Pada waktu Julia Hani dan mak Wan sedang bercakap di meja makan, Profesor Hamidi masuk mendapatkan mereka.

“Ha, panjang umur ..., kita duk cakap fasal dia, dah muncul ...,”kata mak Wan.

“Cakap fasal apa, mak Wan?” Tanya Profesor Hamidi sambil merenung Julia Hani.

“...mak wan berithau cik Julia ni, kamu tu duk memerap dalam bilik bacaan tu, menulis buku agaknya ...,”kata mak Wan.

Profesor Hamidi senyum.

“Belum siap lagi buku tu?” Julia Hani bertanya.

“ ...dah nak siap,:jawab Profesor Hamidi.

Julia Hani senyum.

“Buku Hani ...?” Profesor Hamidi bertanya.

“Lambat ..., tu Hani bawa ..., nak tanya ..., nak bincang ...,”kata Julia Hani.

“Ia, tak apa, ...tapi ingat bila jadi penulis, tak boleh gagalkan kerja ..., mesti tulis terus,” kata Profesor Hamidi.

“Insya Allah, Hani akan siapkan, kalau yang bantu ...,”sahut Julia Hani.

“Insya Allah ..., hal, lagi satu penulis tak boleh takut gagal ..., takut gagal bererti akan gagal selama-lamanya ...,”kata Profesor Hamidi.

Ma Wan yangmendengar percakapan mereka senyum. Hatinya tertanya-tanya, mengapa Julia Hani membahasakan ‘yang’ kepada anak saudarnya. Orang tua yang telah banyak makan asam garam hidup itu, menaruh sangkaan; anak saudaranya sedang bercinta dengan gadis itu.

OK., Hani, kita pergi ...,” kata Profesor Hamidi kepada Julia Hani.

“O.K.,”sahut Julia Hani.

“Tengah hari balik makan tak?” mak Wan bertanya kepada Profesor Hamidi.

“Tak, mak Wan, lambat balik ..., nak pergi ke Arkib Negara, Perpustakaan Negara ..., banyak tempat lagi ...,”jawab Profesor Hamidi.

(Sedutan dari manuskrip novel, Air MataKering Di pipi, oleh: Mokhtar Petah)

No comments: