Saturday, January 2, 2010

BERITA


Perkataan Allah: Raja-Raja Melayu perlu campur tangan

BATU PAHAT: Raja-Raja Melayu perlu campur tangan segera dalam isu membabitkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah.

Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamed Aziz, berkata kerajaan juga perlu segera mengemukakan rayuan supaya isu itu tidak menggugat sensitiviti orang Islam.

(Berita ini diambil dari Berita Harian Online, 2 Januari 2010)














































































































































































































Lebih 300,000 kekosongan diisi anggota Rela, JPAM

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan kira-kira 300,000 pengawal keselamatan warga asing akan ditamatkan secara berperingkat mulai bulan ini bagi memberi peluang kepada warga tempatan mengisi kekosongan jawatan di sektor berkenaan.

Perkara itu dicapai selepas empat siri perbincangan diadakan di antara Kementerian Dalam Negeri (KDN), Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) sejak dua bulan lalu, berakhir petang kelmarin.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam, berkata lebih sejuta anggota Rela dan JPAM yang sudah melalui kursus asas pengendalian senjata api, akan menggantikan khidmat tenaga asing itu.

Beliau berkata, bagi menyempurnakan matlamat berkenaan, satu memorandum persefahaman akan ditandatangani di antara KDN dan PPKKM di hadapan Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam tempoh terdekat ini.

Mahmood berkata, KDN turut menyiapkan satu garis panduan bertajuk Pengambilan Ahli-Ahli Rela dan JPAM Sebagai Pengawal Keselamatan yang dibahagikan kepada lapan bahagian penting.

"Perkara penting itu ialah syarat dan prosedur pengambilan; gaji dan imbuhan; pakaian seragam; latihan; kumpulan sasar; prosedur penggunaan senjata api; tempoh perkhidmatan; peranan dan tanggungjawab semua peringkat.

"Ini bermakna kita bukannya mengurangkan pengambilan pekerja asing untuk mengisi jawatan pengawal keselamatan, sebaliknya memberhentikan terus pengambilan golongan itu dalam bidang berkenaan," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Beliau berkata, PPKKM yang mewakili kira-kira 500 syarikat kawalan keselamatan swasta, bersetuju menerima garis panduan itu dan pengambilan baru pengawal keselamatan membabitkan anggota Rela serta JPAM akan dilaksanakan secara berperingkat.

"KDN percaya pengambilan pengawal keselamatan di kalangan anggota Rela dan JPAM akan menjamin keselamatan orang ramai kerana mereka amat berpengalaman dan mendapat latihan secukupnya terutama berhubung pengendalian senjata api.

"Ketika ini, kita ada kira-kira sejuta anggota Rela dan bercadang untuk menambah keahliannya kepada 2.5 juta orang pada hujung tahun depan," katanya.

(Berita ini diambil dari Berita Harian Online, 2 Januari 2010)

No comments: