Monday, February 28, 2011

QURAN, HADIS DAN LAIN




TOLAK AJARAN DARI AL QURAN


Kemudian Kami – Allah – menjadikan Al Quran itu diwarisi oleh orang – orang yang kami pilih dari kalangan hamba – hamba kami – umat Rasul Allah Muhammad s.a.w. -; maka di antara mereka itu ada yang berlaku zalim kepda dirinya sendiri (dengan menolak ajaran dan petunjuk Al Quran) dan ada di antara mereka bersikap sederhana, dan ada di antara mereka pula yang bersikap mendahului (orang lain) dalam berbuat kebajikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurniaan yang besar (dari Allah semata – mata).
– Faathir: 32


HADIS

BUKAN NASAB

Nabi Muhamad s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mengaku – sebagai nasab atau keturunan – kepada orang yang bukan bapanya, sedangkan dia mengetahui bahawa orang itu bukan bapanya, maka shyurga adalah haram baginya (iaitu diharamkan masuk syurga).
– Perawi: Sa’ad bin Abu Waqqaf dan para ahli Hadis.


------------------------------

PEJUANG YANG PENCEN

Setiap orang yang berjuang pada peringkat awal dan belum mendapat kedudukan tinggi, nama masyhur dan hidup serba mewah, setiap kali bercakap dengan rakan - rakan seperjauangan dan berucap di hadapan orang ramai, dia berkata:"Saya orang politik, pejuang membela begara, bangsa dan agama Islam."
Dia terus berjuang. Bejuang tidak sahaja kerana jhad pada jalan Allah, tetapi dia mencari dan mengejar peluang.
Maka dia termasuk dalam golongan manusia; Bila lapar perlukan, kenyang. Bila telah kenyang perlukan, senang. Setelah mendapat senang,pelukan menang. Maka, dia menang dipilih para pengudi. Dia mendaki anak - anak tangga kepuncak.
Di puncak, dia mendapat nama besar dan masyhur. Dia berkuasa. Disanjung dan dipuja.
Masa dia terpaksa turun - diturnkan atau terpaksa turun -, dia tidak berjuang lagi. Tidak berminat dan tidak berhajat untuk berjuang atau bejihad pada jalan Allah.
Dia telah menjadi pejuang yang makmur. Badannya gemok kedempol. Kepalanhya kecil . Fikirannya kian hari kian merusut sehingga seperti fikiran cucunya berusia 7 tahun.
Dia ialah pejuang pencen.

No comments: