Sunday, February 27, 2011

QURAN, HADIS DAN LAIN





QURAN ITU HIDAYAH


Muhammas s.a.w., Sesungguhnya Quran itu menjadi hidaya (petunjuk) dan rahmat bagi orang – orang yang beriman.
Muhammas s.a.w., Sesungguhnya Penguasa kalian (Allah) akan menutuskan antgara mereka dengan hukumNya dan Dialah yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui.
Oleh demikian, beserahlah kepada Allah, sesungguhnya anda berada di atas kebenaran yang nya.
– An Naml: 77 – 79

NOTA
Dalam Quran ada petunjuk bagi manusia, mengenai peribadatan, diri individu dan keluar, masyarakat dan negara.Semuanya mestilah mengikut yang ditunjukkan oleh Allah. Sesiapa sahaja yang melawan dan menolak petunjuk Allah, dia tidak akan selamat, dan kalau pemimpin negara menolak salah satu dari petunjuk Allah itu, maka, tunggulah kejatuhannya dan negaranya.
Percaya dan insaflah, mana – mana negara yang menolah petunjuk Allah dalam Quran, maka negara itu akan menjadi sarang keburukan, seperti perjudian, riba, perzinaan, pembunuh, perampukan atau samun dan sebagainya. Adakah Malaysia mengikut sepenuhnya akan petunjuk dalam Quran itu?


HADIS

UJIAN ALLAH

Rasulullah Muhammad s.a.w. memaklumkan: Orang – orang mukimin (yang beriman kepada Allah, sama ada lelaki mahpun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah S.w. T., sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadapi Allah dengan tidak menggonggong dosa sekalipun.
– Perawi: Imam Tarmizi



-----------------------------

SAMA - SAMA BASMI RASUAH

Amalam rasuah atau makan suap adalah perbuatan jahat dan buruk. Sesiapa yang melakukannya, sama ada ayang memberi mahupun yang menerima adalah pengkhianat negara dan rakyat.
Perbuatan sesebuah parti politiik yang berkuasa atas kerajaan, apabila berlaku pilihan raya besar mahpun pilihan raya kecil, di gesa kerajaan memberi bantuan segera kepada para penduduk dalam kawasan diadakan pilihan raya itu.
Bantuan itu berupa derma kepada orang miskin, ibu tunggal dan sebagainya. Membina ataumemperbaiki jalan, perigi dan sebagainya.
Tujuan itu adalah dengan tujuan agar para penduduk mengenang budi kerajaaan dan parti politik itu. Para pengudi dalam kawasan tersebut akan mengundi caloh atau calon - calon parti tersebut.
Amalan demikian mengikut ajaran Islam, adalah RASUAH juga. Kerana memberi atau menyumbang dengan ada tujuan, iaitu aga para penduduk mengundi calon atau calon - calon pihak yang memberi bantuan.
Hadis Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan: Penerima rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang jadi perunding (beroker) amalan rasuah), di laknat oleh Allah.
Yakinlah, mana - mana negara yang melakukan amalan rasuah, negara itu akan tidak aman, menghadapi kemiskinan dan huruhara, kerana Allah melaknatnya.

No comments: