PARA ISTERI NABI
Wahai Nabi (Muhammad sallalahu alaihi wa sallam) , katakan kepada isteri – isteri anda: “ Sekiranya sayang (isteri saya) semua mahukan kehidupan dunia (kemewahan) dan perhiasan (hingga lupa daratan dan meringgankan iman kepada Allah), maka marilah agar saya berikan kepada sayang mut’ah (sagu hati) dan saya lepaskan sayang dengan cara yang sebaik – baiknya.”
“Dan sekiranya sayang semua mahukan (keredaan) Allah dan RasulNya serta (nikmati kemewahan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang – orang yang berbuat baik di antara kalian.”
Wahai isteri - isteri Nabi , sesiapa di antara kalian yang melakukan perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab bagi kalia dua kali ganda. Dan (hukuman) yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.
Dan sesiapa di antara kalian semua tetap taatkan Allah dan RasulNya serta mengerjakan amalan yang salih, Kami (Allah) akan kurniakan kepadanya pahala amalannya itu duakali ganda dan Kami sediakan baginya lipah kuniaan yang mulia.
Wahai isteri – isteri Nabi, kalian semua bukanlah seperti mana – mana permepuan yang lain kalau kalian tetap bertakwa (kepada Allah). Oleh itu jangan kalian berkata – kata dengan lembut manja (pada waktu bercakap dengan lelaki lain) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (bertujuan jahat) dan sebaliknya bercakaplah dengan perkataan yang baik (sesuai dan sopan).
- Al Ahzab: 28 – 32.
NOTA.
Sungguhpun (maksud) firman Allah di atas ini dikhususkan kepada para ister Nabi Muhammad s.a.w., tetapi firman itu meliputi semua wanita Islam dan mukmin. Firman ini juga mengajar para suami Islam dan mukmin sentiasa mengutamakan keimanan, ketakwaan dan tawakal kepada Allah dari terpengaruh dengan kehendak para isteri yang mementingkan kemewahan daripada takwa kepada Allah.
HADIS
ORANG MESRA
Radul Allah Muhammad s.a.w. memaklumkan: Orang mukmin (Islam dan beriman kepada Allah dan RasulNya) itu mesra (baik hati dan manis muka). Tidak ada kebaikan (hanya sial) pada orang yang tidak mesra dan tyidak boleh diajak bermesra ( muhibbah dan silatu rahim).
NOTA.
Orang yang mesra digemari oleh orang – orang yang pandai dan bijaksana serta beriman. Orang yang tidak mesra dibenci oleh orang pandi dan bijak sana serta beriman.
Orang Melayu menyifatkan wajah orang yang tidak mesra, muka teran tahi.
------------------------------------
MENTERI BESAR DAN MENTERI KEBINET
Sejak awal bulan ini saya sedang menulis buku ' Saya Dan Enam Perdana Menteri Malaysia' untuk kira - kira 400 halaman. Dalam buku ini saya mencatit hubungan dan percakapan merek dengan saya atau buku - buiu mengenai mereka yang saya tulis.
Saya rapat dan bercakap dengan mereka dan mereka bercakap dengan saya, ialah Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Buku - buku yang saya tulis, ialah: 1 - Tun Dr Mahathir Mohamad , 3 buah, 2 - Tun Abdullah Ahmad Badawi, 3 buah dan Dato' Seri Najib Tun Razak, 1 buah dan sebuah lagi ' Falsafah Gagasan 1 Malaysia'.
Untuk menulis buku baru tersebut, saya telah bertanya banyak kepada para politikus yang bijaksana dan para pegawai kerajaan yang dedikasia, pandang tembus dan jujur mengenai Menteri - Menteri Besar dan Menteri - Menteri Kabinet.
Mereka berpendapat, Menteri Besar yang boleh diangkat dan dipuji kerana gigih,jujur, amanah dan ambil berat kepada rakyat jelata, ialah: 1 - Menteri Besar Kelantan, 2 - Menteri Besar Kedah, 3 - Menteri Besar Selangor, 4 - Menteri Besar Pahang.
Ketua Menteri: 1 - Malaka, 2 - Pulau Pinang.
Menteri - Menteri Kabinet: 1 - Dato' Noh Omar, 2 - Dato Nazri Aziz, 3 - Dato Jamil Khir, 4 - Tan Sri Mahyuddin Yassin.
Mereka menyifatkan Menteri - Menteri Besar dan Menteri - Menteri Kabinet yang lain berkeadaan macam orang makan pulut pada waktu pagi atau orang gemar makan ikan patin gulai tempoyak, iaitu lemah dan banhyak bercakap.
Sekarang, pada hari - hari menghadapi pilihan raya umum ini, kalangan UMNO dan BN eloklah berjaga - jaga dan membentul diri, kerana pilihan raya nanti menentukan 'jatuh' atau ' kekal' UMNO - BN.
Baru sahaja Allah menunjukkan kepada hamba - hamabanya, iaitu kejatuhan Presiden Mesir, Husni Mubarrak. Pemimpin kita tidak dijatuhkan rakyat dengan cara rakyat mesir, tetapi melalui piolihan raya.
No comments:
Post a Comment