Saturday, October 31, 2009

KENANGAN DI MONGOLIA


BANGSA, TANAH AIR DAN BUDAYA

Pada 12 - 16 Oktober 2009 lalu saya berada di Bandaraya Ulaanbaatar, Mongolia. Saya telah menimba banyak pengetahuan, terutama sejarah, kebudayaan, politik dan kemanusiaan. Mengaut banyak pengalaman. Mengaduan banyak rasa kesedaran dan muhibah.
Semua orang Mongolia diajar ilmu sejarah negara dan wira - wira mereka, Chinggis Khah sejak di bangku sekolah rendah.
Kanak- kanak diwajibkan belkajar ilmu pertahankan diri ala orang Mongolia kuno.
Pertahan dan cintakan kebudayaan. Cintakan tanah air dan tidak rela berkongsi kuasa dengan bukan orang Mongolia atas tanah air mereka.

Orang tua, Sheh Khas, 99 tahun bersama isterinya dalam sebuah musium sejarah telah menjelaskan kepada saya perkara tersebut.

Bersama Shen Khan, 99 tahun




Bersama Shen Khan dan isterinya.

Rakyat Mongolia yang lebih 2.6 juta - 1 juta tinggal dalam Bandaraya Ulaanbaatar, melihat negara mereka jauh ke hadapan, 1,000 hingg beberapa ribu tahun lagi anak cucu mereka tidak akan merempat di bumi sendiri.

Kini Mongolia sebuah negara demokrasi. Perpaduan rakyat yang menganut berbagai agama - Budha, Islam dan Kristian serta fahamam komunis dan lain amat kukuh.

Umat Islam Monmgolia memohon umat Islam Malaysia mewujudkan sekolah menengah yang boleh melayakkan putera dan puteri mereka melanjutkan pelajaran ke kolej dan universiti Islam di Malaysia.

Sesiapa yang berminat menubuhkan sekolah Islam di sana, sila hubungi saya:
mokhtarpetah@hotmail.com.
















BENARKAH?

Dua tiga orang wartawan di Ipoh memberi tahu, beberapa orang anggota Pemuda Padang Rengas, jika datang ke Kuala Lumpur, mereka jadi tidak sah, jika tidak menjenguk ke sini. Takkan begitu kot!?
Adinda saya, YB Dato' Nazri Aziz tolong tengok - tengokkan.

Salah satu disko @ pub di jalan hamzah
(Dari Bolg Premuda Padang Rengas)

SIAPA DIA INI?

MEDIA MAHU TAHU


Seiapa yang tahu dan kenal orang ini,
apa peranannya kepada rakyat,
bertanggungjawab atau tidak kepada tugas yang diamanahkan ke atasanya,
harap memberi sedikit maklumat kepada:
mokhtarpetah@hotmail.com.

ADUN CHENDEROH

Komen kepada:
Facebook (Mokhtar Petah)

SAJAK

JAMBATAN GANTUNG


Janji Allah,
Murid - murid Kuala Depang,
Korban banjir sungai,
Pergi mereka tidak kembali lagi,
Ibu bapa meratah hati.


Janji Allah,
Jambatan gantung bongkah, runtuh,
Salah siapa?
Pembina kejar laba,
Pegawai kerajaan amal rasuah sentiasa?


Janji Allah,
Pembina jambatan jika salah,
Pegawai kerajaan jika rasuah,
Allah kaknati mereka sepanjang hayat,
Neraka menanti mereka di akhirat.


Janji Allah,
Apakah tragerdi ini kerana silap Sultan,
Menteri Besar melangkah sumbang,
Seluruh rakyat membelakangi Tuhan;
Terimalah, tragedi itu, pembalasan.


Tanjung Tualang .... Mokhtar Petah

BUKU BARU! AKAN TERBIT!

Abdul RazakB


Tun Abdul Razak



Najib Razak



MOKHTAR PETAH

NAJIB RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
DI BAWAH SANG SAKA BANGSA


Buku ini merakamkan ketabahan seorang
pemimpin
bangsa menghadapai cabaran
dan dugaan. Anwar
Ibrahim dijatuhkan ketuanya,
Mahathir Mohamad.
Kerana jujurnya Najib Razak,
beliau disayang
i ketuanya, Abdullah Badawi.
Beliau mendaki
ke puncak dengan kehendak
Allah jua. Bahunya
memikul amanah ummah
dan negara Malaysia - 1 Malaysia.


Layari: mokhtarpetah/edit-thinker/whohub.com/www.mokhtarpetah.ws

Buku - Buku lain: Ishak Tadin Jasanya Terukir Di langit Zaman * Norh Omar, Jihadnya Bela Rakyat
* Najib Pelopor 1 Malaysia.

MELAYU WAJIB BERSATU



PERPADUAN MELAYU


Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.
Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.
Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.
Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.
Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.
Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?
Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp).

QURAN, HADIS DAN LAIN


MENGUBAH KEPUTUSAN ALLAH

Lelaki dan perempuan yang beriman, apabila Allah dan Rasul - Nya (Muhammad s.a.w.) telah menetapkan sesuatu ketentuan (keputusan), mereka tidak boleh memilih kemahuan mereka sendiri dalam urusan mereka itu (seperti menolak perlembagaan dan perundangan berdasarkan Islam dan mengambil perlembagaan dan perundangan dari Rom tua dan Great Britain). Dan di antara yang tidak mematuhi Allah dan Rasu - Nya (Muhammas s.a.w.), sesungguhnya dia (mereka) sesat jalan seterang - terangnya. - Al Ahzab:36


HADIS

SI BUTA

Allah tidak mengutus seorang nabi pun, melainkan, (nabi itu) untuk memperingatkan kaumnya tentang si buta sebelah mata yang berdusta, iaitu Dajjal (termasuk Yahudi) dan Al Masih (Kristian).
- Perawi: Imam Bukhari

PETUA

BALA

Jika berlaku sesuatu petaka (banjir, kebakaran, gempa bumi dan sebagainya) dalam sesebuah negeri atau negara, maka trgedi itu adalah kerana pucuk pimpinan (Raja yang memerintah, Perdana Menteri, Menteri Besar dan lain) telah melakukan pelanggaran terhadap hukum Allah.

* Tuhan kalian lebih mengetahui tentang (buruk baik) kalian, kalau Dia menghendaki disiksanya kalian. Dan anda (Muhammad s.,a.w.) Kami utusakan bukan sebagai penjaga mereka. - Al Isra:54
Tidak ada sesuatu negeri, melaikkan Kami akan binasakan sebelum hariu kiamat atau kami sikjsa dengan siksaan yang amat keras; keadaan itu tekah ditulkis dalam Kitab (pengetahuan Allah). Al Isra:58.

TAHUKAH

SULTAN

Kata Sultan bererti pemerintah (bukan Raja yang memerintah). Arahan Islam; setiap yang memikul tanggungjawab sebagai Sultan adalah memikul amanah ke atas rakyat dan negeri atau negaranya. Tetapi hari ini kebanyakan Sultan melihat rakyat dari jendela istana mereka sahaja. Rakyat jelata terlalu jauh dari mereka.
Pada tahun 1960 - 70 an, hanya Sultan Perak dan Sultan Pahang yang gmendekati rakyat secaera langsung. Mereka mengetahu kehdiupan rakyat dalam falsafah ' makan sambal telunjuk berdiri'.






Friday, October 30, 2009

DARI SISIPAN SEJARAH MELAYU



MELAYU MENUNTUT KEMERDEKAAN

RAJA - RAJA MELAYU MENENTANG

Oleh: Mokhtar Petah

(Sejarah sesuatu bangsa yang dijajah ditulis oleh mereka yang menjadi alat penajah tidak sama dengan yang terdapat atas lisan rakyat jelata, kerana sejarah yang ditulis banyak yang palsu dan sejarah atas lisan lebih banyak yang benar.

Kita, orang Melayu dan rakyat Malaysia disogok dan diajar dengan sejarah yang ditulis oleh para cendekiawan dan penulis bukan Melayu – kebanyakan orang Inggeris. Di sekolah semua bukiu sejarah yang mengandungi catatan palsu itu di terap masuak ke dalam otak para penuntut. Maka, akibatnya, angkatan Melayu yang lahir lepas negara mencapai kemerdekaan, meraba dalam rimba sejarah bangsa sendiri. –mp)

Pada tahun 1958, saya duduk di sebelah kiri Almarhum Sultan Sir Yusuff Izzuddin Ratiaullah Ghafarullah Shah KCMG, OBE (15 Januari 1890 – 4 Januari 1963) , dalam kenderaan rasmi - kereta Rolls – Royce - , yang membawa kami dari Kuala Kangsar menuju ke bukit peranginan, Cameron Highland, Pahang.

Di Kampar, saya terlena. Mabuk tembakau dan sedar semula, pada ketika kami berada dalam bandar kecil Tanah Rata. Sultan Yusuff telah menganugerahkan kepada saya sebatang cerut besar. Jenama terkenal di kalangan penagih tembakau antarabangsa, buatan Cuba. “Encik Mokhtar cuba isap cerut ni ...,” titak Sultan Yusuff.

Batang cerut yang sebesar ibu jari gadis sunti itu baru digunting muncung pankalnya dan disuakan kepada saya. Saya meletakkan pangkal cerut itu ke celah dua binbir saya. Baginda telah mencetuskan api dari pemetik api emas. Mahu tidak mahu saya menghisap cerut itu.

Itulah kali pertama saya menghisap cerut dan pada hari itulah jua kali pertama saya menjejakkan kaki ka Cemeron Highland. Pemergian saya ke sana kerana diajak (bukan perintah) oleh Sultan Yusuff.

Baginda sangat gemar membaca buku - buku roman dan cerpen yang saya tulis. Baginda sering menyuruh pemandu keretanya, Chu ‘At (Saad) membeli buku – buku karangan saya (Jawi) di tokoh buku dalam bandar Kuala Kangsar.

Hingga hari ini saya tidak mengetahui atau tidak mendapat jawapan, bagaimana Sultan Yusuff menilai diri saya. Saya hanya tahu, baginda mesra bahkan sering bercakap – cakap dengan saya, kerana saya seorang wartawan atau penulis.

Di Cameron Highland kami menginap di sebuah hotel yang dibina mengikut seni bina penjajah dan terletak dekat padang golf. Hotel itu jugalah menjadi tempat perbincangan par wakil Pejabat Tanah Jajahan Inggeris dengan Dato’ Onn, Dato. Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab dan beberapa orang tokoh politik (kanan) Melayu yang akhirnya lahir parti kebangsaan Melayu, iaitu UMNO.

Seorang dua Orang Besar dan dua tiga orang anggota polis duduk di ruang yang jauh dari ruang tempat Sultan Yusuff dan saya duduk berbual. Perbualan kami berkisar pada hal ehwal orang Melayu, kebudayaan Melayu dan kemerdekaan tanah air yang tidak sampai empat tahun usianya.

Menjawab pertanyaan saya, Sultan Yusuff menegaskan mengikiut ingatan saya, lebih kurang begini: “ ... pada masa tu tak ada sultan ..., ialah ghaja Melayu ..., keme tak nampak oghang Melayu boleh pengintah negedhi ni ..., kami takut, kalau tak ada oghang putih ..., kami, oghang Melayu kebulur ..., ialah, oghang Melayu nak buat jaghum pun tak tau...”

“ ....masa Jepun pengintah negeghi ni, kami nak makan pun susah, ogang besor – besor terpaksa tukar, kain songkit ..., keghis, baghang emas ..., dengna ubni kayu, pisang ..., eee, teman tak tak boleh ingat. ...”

Menurut Sultan Yusuff, Sultan Johor, Sultan Kedah yang paling keras menentang orng Melayu menuntut kemerdekaan.

...Keme (termasuk Sultan Selangor, Sultan Pahang, Kelantan dan Terengganu ..., tak tentang Tanah Melayu merdeka, tapi kami mahu tanah Melu merdeka duduk di bawah Kerajaan Inggeris, seperti Australia dan New Zealand,” jelas Sultan Yusuf.

Semenjak orang Melayu memulakan operjuangan menuntut kemerdekaan, iaitu diambil kira pada masa Kesatuan Melayu Muda pimpinan Ibrhaim Yaakob, semua Raja Melayu diasak oleh Inggeris yang kononnya orang Melayu hendak menjatuhkan swemua Raja Melayu dan hendak menjadikan Tanah Melayu sebuah negara republik. Meeka juga dicekam oleh Inggeris, sekiranya mergekia menyokong orang Melayu yang menuntut kemerdekaan, mereka diugut dan akan dikenakan tindakan tiga ugutan:

1 - Akan dipecat dari takhta seperti yang dilkukan Inggeri

terhadap Sultan Terengganu dan Sultan Selangor.

2 - Mererka akan dikenakan tindakan kerana banyak hutang

kepada ceti.

3 - Ada di antara Raja Melayu akan dikenakan tindakan

kerana melindungi pengedar - pengedar candu, seperti

yang berlaku di Selangor.

Sultan Johor, Al marhum Sultan Ibrahim Iskandar Al Masyhur (17 September 1873 – 1958), adalah satu – satunya Raja Melayu yang mula secara terang –terang menentang perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan.

Al marhum telah mengambil tindakan buah daerah ke atas pejuang (kanan) kemerdekaan Tanah Melayu, Datok Onn Jaafar.

Dato’ Onn dibuang ke Singapura kerana beliau berjuang menuntut kemerdekaan.

Yang kedua ialah Sultan Kedah, Sultan Sir Badli Shah ibni Sultan Sir Abdul Hamid 17 Mac 1894 – 13 Julai 1958), telah menghalau keluar istana terhadap saudaranya, Tunku Abdul Rahman kerana beliau memegang jawatan Yang Dipertua Agung UMNO.

Pada tahun 1951, Tidak seorang pun dari penduduk-penduduk dalam kawasan Kepala Batas yang menyangka, bahawa sebuah rumah yang sesuai didiami oleh kerani rendah kerajaan, di Telaga Air, Teluk Air Tawar – dekat jalan raya Kepala Batas – Butterworth -, menjadi tempat tinggal seorang bekas peguam dan penasihat undang-undang kerajaan, pemimpin bangsa Melayu, putera Sultan dan adik kepada Sultan yang memerintah negeri.

Telaga air tidak jauh dari Kepala Batas. Rumah itu, sebuah rumah usang yang sebelumnya didiami oleh seorang kerani kerajaan. Perabot dan barang-barang di dalamnya telah rosak dan usang. Tetapi masih ada air dari paip dan api elektrik.

Tungku Abdul Rahman Putra telah mengambil alih jawatan Yang Dipertua Agung UMNO Malaya setelah Dato’ Onn Jaafar menarik diri dari dicalonkan bagi memimpin parti politik orang Melayu itu dalam Persidangan Agungnya, pada tahun 1951.

Tekad dan cita-cita Tunku Abdul Rahman untuk memimpin UMNO dan berjuang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu telah menjadikan abangnya, Sultan Kedah, Sultan Badli Shah ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1943–1958) murka kepadanya. Baginda tidak berkenan Tunku Abdul Rahman memegang jawatan Yang Dipertua Agung UMNO.

Kebencian Sultan Kedah kepada UMNO kerana parti politik Melayu telah dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar. Seperti Sultan Johor, Sultan Badli Shah murka kepada Dato’ Onn kerana telah mengemukakan kepada para Sultan dan Kerajaan Inggeris, iaitu pada masa menghadapi kemerdekaan Tanah Melayu, hendaklah dilantik seorang Melayu untuk memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu.

Sultan Kedah dan Sultan Johor telah menganggap anak Melayu yang akan memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi itu akan berkedudukan di atas Raja-Raja Melayu. Mereka rela orang Inggeris mengatasi mereka, tetapi tidak rela anak Melayu berkedudukan lebih tinggi dari mereka.

‘Untuk melaksanakan dasar kerjasama antara Kerajaan Inggeris dan para Sultan seperti yang termaktub dalam Perjanjian atau Perlembagaan persekutuan Tanah Melayu, Dato’ Onn pernah menekankan kepada pihak Kerajaan Inggeris tentang pentingnya diangkat seorang Timbalan Pesuruhjaya Tinggi yang terdiri daripada orang Melayu sebagai wakil para Sultan untuk turut memegang kendali pentadbiran. Hal ini terjadi dalam bulan Oktober 1948 ketika beliau berkunjung ke London. Kemudian pada 15.06.1949 di dalam Persidangan Para Sultan, Dato’ Onn mengemukakan soalan ini supaya dapat dipersetujui oleh Sultan-sultan itu.

Tetapi para Sultan enggan menyetujui cadangan Dato’ Onn tersebut kerana kalau orang Melayu diangkat untuk jawatan itu, tentulah kedudukannya lebih tinggi dari Sultan-sultan itu sendiri. Penolakan ini dianggap oleh Dato’ Onn sebagai kekolotan para Sultan dan oleh kerana itu beliau mengundurkan diri dari Persidangan Sultan-Sultan itu. Sikap yang degil ini mungkin menimbulkan rasa kurang puas bagi Sultan Johor (Sultan Ibrahim 1895–1959), yang akhirnya memerintahkan kepada Dato Onn supaya menaruh perhatian kepada jawatannya sebagai Menteri Besar Negeri Johor. Perintah itu agaknya sangat menyinggung perasaan Dato’ Onn, maka dalam bulan Oktober 1949, beliau meletakkan jawatan Menteri Besar itu.’

Seperti cerita Tunku Abdul Rahman kepada saya, bahawa setelah selesai Persidangan Agung UMNO Malaya, di Kuala Lumpur, Tunku Abdul Rahaman dan isterinya, Puan Sharifah Radziah telah pulang ke istana peninggalan bapanya di Alor Setar, Kedah. Mereka telah tiba di istana itu pada waktu malam.

Sebaik-baik sahaja Tunku Abdul Rahman dan isterinya tiba di istana – belum sempat bersalin pakaian, seorang pegawai istana telah datang mendapatkan Tunku Abdul Rahman. Dia datang membawa perintah Sultan supaya Tunku Abdul Rahman dan isterinya berpindah dari istana itu pada malam itu juga

Kerana terlalu murka, Sultan Badli Shah[1] tidak perkenan akan permohonan Tunku Abdul Rahman untuk menghadapnya. Walaupun perintah itu dari saudara kandung Tunku Abdul Rahaman sendiri, tetapi telah menjadi perintah Sultan – perasaan saudara kandung tidak timbul lagi, maka dengan hati yang cekal berbaur sedih, pada malam itu juga Tunku Abdul Rahman dan isterinya membawa diri dari istana peninggalan ayahandanya.

Dengan membawa sedikit pakaian – banyak yang ditinggalkan, Tunku Abdul Rahman dan isterinya menaiki kereta yang dipandu oleh pekerjanya yang setia, Syed Ahmad, telah berangkat ke sebuah Rumah di Telaga Air dekat Kepala Batas[2]. Rumah itulah menjadi tempat awal bagi Tunku Abdul Rahman memulakan perjuangannya menuntut kemerdekaan negara ini dari penjajah British. Rumah tersebut pernah didiami oleh Syed Ahmad pada masa dia belum bekerja dengan Tunku Abdu Rahman.

Menurut Tunku Abdul Rahman Putra, kira-kira sehari setelah tinggal di rumah itu, dia telah menghubungi peguam yang memegang amanah harta pusaka ayahandanya di Pulau Pinang. Dia telah meminta wang dari sewa beberapa buah rumah ayahandanya di sana. Tetapi peguam itu memberitahu kepadanya, bahawa dia telah diperintahkan oleh Sultan Kedah, tidak boleh mengeluarkan wang itu kepadanya.

Sehari demi hari sampai seminggu, Tunku Abdul Rahman dan isterinya mulai menghadapi kekeringan wang untuk membeli makanan. Pada hari-hari itu juga dia memerlukan wang untuk meneruskan perjuangannya dalam UMNO. Hendak meminta kepada UMNO, dia tahu parti politik Melayu itu tidak mempunyai wang.

“Apa nak kata, saya dah jadi anak raja papa...,” kata Tunku Abdul Rahman kepada saya.

Tunku Abdul Rahman telah buntu fikirannya untuk mendapatkan wang; tidak ada jalan yang dinampak di hadapannya. Setelah berunding dengan isterinya, wanita yang bakal menjadi ‘Ibu Pertama Negara’ itu, maka dengan ketentuan Allah jua, isterinya telah merelakan gelang dan rantai leher, pergelangan tangan dan kerongsang digadaikan. Syed Ahmad telah menggadaikan barang-barang kemas itu di beberapa kedai pajak gadai termasuk di Butterworth..

Pada masa tinggal di rumah tersebut, Tunku Abdul Rahman sering datang menemui Sheikh Abdullah Fahim. Mungkin firasat atau ilmu ladunni Sheikh Abdullah Fahim, dia mengetahui Tunku Abdul Rahman kekeringan wang. Seminggu kemudian Haji Ahmad Badawi bersama Allahyarham Hashim Awang dari Tasik Gelugur (pernah menjadi pengarah syarikat surat khabar, Utusan Melayu Berhad dan ahli Dewan Rakyat), Haji Sulaiman Palestin, telah membawa wang untuk Tunku Abdul Rahman Putra

Pendeknya perhubungan Tunku Abdul Rahman dengan Sheikh Abdullah Fahim telah menjadi sebagai perhubungan anak dengan bapa kandung. Sebelum mengetuai Rombongan Merdeka ke London, Tunku Abdul Rahman telah meminta Sheikh Abdullah Fahim menggunakan ilmu falak menentukan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Tarikh yang ditentukan oleh Sheikh Abdullah Fahim, ialah pada 31 Ogos 1957.

Beberapa minggu kemudian UMNO Malaya telah mengeluarkan wang tabungnya untuk perbelanjaan Tunku Abdul Rahman Putra menjalankan kerjanya sebagai Yang Dipertua Agung UMNO Malaya.

Pada masa Persekutuan Tanah Melayu belum mencapai kemerdekaan, dalam bandar Kuala Lumpur tidak ada hotel bertaraf mewah, kecuali sebuah hotel berhadapan stesen kereta api Kuala Lumpur. Walaupun kebanyakan ahli jawatankuasa UMNO menginap di hotel tersebut, tetapi Tunku Abdul Rahman menginap di sebuah hotel di Jalan Raja Muda dekat Kampung Baru, Kuala Lumpur, iaitu New Hotel. Sewa bilik hotel itu murah, iaitu kira-kira empat ringgit bagi satu bilik selama sehari semalam. Tidak lama kemudian ramai ahli jawatankuasa UMNO Malaya datang menginap di hotel tersebut.

Setelah Tunku Abdul Rahman meninggal dunia, saya telah melawat ke hotel itu dan bercakap dengan pengurusnya yang telah tua. Dia telah memuji Tunku Abdul Rahman kerana berjaya memerdekakan negara ini. Sambil ketawa, dia berkata, yang eloknya UMNO menjadikan hotelnya itu sebagai sebuah ‘bangunan mengenang perjuangan Tunku Abdul Rahman dan rakyat Tanah Melayu menuntut kemerdekaan’

Sesungguhnya, hingga Persekutuan Tanah Melayu, Raja – Raja Melayu tidak pernah menyertai perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan, kecuali beberapa orang Sultan telah merasmikan beberapa mesyuarat agung UMNO.

Mereka yidak meninggal wasiat atau amanh mengenai bangsa Melayu, sama ada pada zaman mereka, mahupun pada masa akan datang. Raja Melayu mempunyai kedudukan tertinggi, maka mereka tidak mengetahui suka duka perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan.



BUKU BARU! AKAN TERBIT!

Abdul RazakB


Tun Abdul Razak



Najib Razak



MOKHTAR PETAH

NAJIB RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
DI BAWAH SANG SAKA BANGSA


Buku ini merakamkan ketabahan seorang
pemimpin
bangsa menghadapai cabaran
dan dugaan. Anwar
Ibrahim dijatuhkan ketuanya,
Mahathir Mohamad.
Kerana jujurnya Najib Razak,
beliau disayang
i ketuanya, Abdullah Badawi.
Beliau mendaki
ke puncak dengan kehendak
Allah jua. Bahunya
memikul amanah ummah
dan negara Malaysia - 1 Malaysia.


Layari: mokhtarpetah/edit-thinker/whohub.com/www.mokhtarpetah.ws

Buku - Buku lain: Ishak Tadin Jasanya Terukir Di langit Zaman * Norh Omar, Jihadnya Bela Rakyat
* Najib Pelopor 1 Malaysia.

MELAYU WAJIB BERSATU



PERPADUAN MELAYU


Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.
Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.
Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.
Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.
Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.
Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?
Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp).

KHUTBAH JUMAAT



BAHAYA AJARAN SESAT

(30 OKTOBER 2009 / 11 ZULKAEDAH 1430)


Pada hari Jumaat yang penuh berkat dan dalam masjid yang suci ini, marilah kita bersama-sama tingkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya, sesungguhnya orang yang paling baik di sisi tuhan ialah orang yang paling bertaqwa. Tajuk khutbah kita pada hari ini ialah 'BAHAYA AJARAN SESAT '.

Baru-baru ini seorang pembawa dan penyebar ajaran sesat yang mengaku sebagai Rasul Melayu telah disabitkan bersalah dan dikenakan hukuman penjara 10 tahun termasuk 6 bulan tahanan di Pusat Pemurnian Akidah, denda RM16,500 dan 6 sebatan. Tindakan ini bukanlah yang pertama seumpamanya tetapi pernah dijalankan sejak kemunculan ajaran sesat di negara ini pada abad ke-17 lagi. Jika dahulu penyebar ajaran sesat tidak aktif dan hanya bergerak secara bersembunyi, namun kini sesetengah mereka menjadi semakin berani dan menyebarkan hal-hal yang dianggap prinsip dalam Islam seperti mengaku diri sebagai Nabi, sebagai Jibril, mendakwa menerima wahyu dan sebagainya.

Menurut kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sehingga 2008 terdapat sebanyak 55 jenis ajaran sesat telah diwartakan haram di Malaysia. Bagaimana pun dengan kerjasama Polis diRaja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Keselamatan Negeri (MKN), orang awam dan beberapa agensi kerajaan yang lain, maka Jabatan Agama Islam berjaya mengawal perkembangan ajaran sesat. Pada masa ini masih terdapat 12 ajaran sesat yang masih aktif.

Sebagai agama yang suci, usaha berterusan masih dilakukan untuk menyelamatkan akidah ummah dan menjamin keselamatan negara. Apa yang nyata, perbuatan melampau kumpulan ajaran sesat ini adakalanya menyamai keganasan jenayah sivil seperti penculikan, ugutan, pemerasan wang, dan pembunuhan. Malah, tindakan penyebar dan pengikut ajaran sesat ini, sangat membimbangkan dan mendatangkan kesan yang sangat buruk.

Persoalan besar timbul ialah mengapa umat Islam masih keliru dengan ajaran Islam dan ajaran sesat itu?. Tidak lain ialah kerana mereka merasa terkongkong dengan pantang larang Allah SWT dan terlalu mengikut kehendak hawa nafsu yang jahat supaya segala hajatnya diperolehi dengan jalan yang lebih mudah. Allah SWT berfirman:

Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.

(Surah al-Fatihah:7)

Berdasarkan ayat tadi, Allah SWT menjelaskan tentang ciri-ciri orang yang sesat iaitu mereka yang tidak betul kepercayaannya atau amal ibadahnya dan rosak akhlaknya. Ini bermakna sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang didakwanya adalah ajaran Islam, tetapi berlawanan dengan akidah dan syariah Islam adalah dihukumkan sesat.

Fahaman atau ajaran itu dikatakan sesat apabila ia memenuhi salah satu dari sepuluh ciri-ciri. Namun ciri-ciri ini hanya boleh diputuskan oleh pakar agama atau Jawatankuasa Fatwa bagi menentukan suatu ajaran itu sesat dan menyesatkan atau tidak. Ciri-ciri tersebut ialah:

Pertama: Mengingkari rukun iman dan rukun Islam.

Kedua: Meyakini atau mengikuti akidah yang tidak sesuai dengan syarak.

Ketiga: Meyakini turunnya wahyu setelah al-Quran.

Keempat: Mengingkari kandungan atau kebenaran al-Quran.

Kelima: Melakukan pentafsiran al-Quran tanpa kaedah yang tepat.

Keenam: Mengingkari kedudukan hadith Nabi sebagai sumber ajaran Islam.

Ketujuh: Memperlekeh atau merendahkan para Nabi dan Rasul.

Kelapan: Mengingkari Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul terakhir.

Kesembilan: Mengubah asas-asas ibadah yang telah ditetapkan syarak.

Kesepuluh: Mengkafirkan sesama muslim tanpa dalil syarie.

Berdasarkan sepuluh ciri-ciri tadi, mimbar ingin mengingatkan sidang jemaah sekalian bahawa ajaran sesat ini akan terus berkembang dengan adanya faktor-faktor pendukung seperti berikut:

Pertama: Perbalahan Terbuka di Kalangan Ahli Agama.

Organisasi Islam sama ada kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan, perlu menerima bahawa usaha dakwah dalam membina akidah umat Islam masih perlu diperbaiki lagi. Jangan kita bersikap mementingkan diri sehingga berpecah belah dalam mencapai matlamat atau agenda sendiri. Kita perlu bersatu padu kerana realitinya umat Islam masih ketandusan iman. Sekarang bukan masa untuk kita bercakaran sesama sendiri, tetapi masa untuk menggandakan usaha dakwah dan memantapkan akidah supaya Islam menjadi agama di yakini oleh penganut agama lain.

Kedua: Kelemahan Penguatkuasaan Undang-Undang.

Ajaran sesat adalah satu ancaman besar dalam negara. Justeru, jika disabitkan bersalah undang-undang yang tegas perlu diambil. Jangan sekadar tangkap, tetapi ajarannya masih bebas kerana kesesatan akidah bukan sekadar jenayah dan kejahatan, ia juga boleh menjadi penyebab kes bunuh diri. Kegiatan ini perlu dibanteras ke akar umbi agar tidak ada lagi ajaran sesat. Pihak penguatkuasa dan undang-undang perlu tegas, agar tidak timbul alasan tidak tahu, tiada kuasa dan sebagainya dalam menangani ajaran sesat.

Ketiga: Wujud Pembela Ajaran Sesat.

Perkembangan ajaran sesat ini diburukkan lagi dengan kelompok liberal yang taklid secara membuta-tuli dengan pelbagai alasan. Mereka sering menggunakan isu kebebasan beragama dan kebebasan mentafsirkan ajaran agama sesuka hati. Disebalik kebijaksanaan akal yang cetek iman, mereka menghina Islam.

Mengakhiri khutbah, mimbar ingin berpesan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah kita sama-sama memelihara pegangan akidah kita dengan langkah-langkah berikut:

1. Memantapkan kefahaman agama Islam secara istiqamah dari sumber yang benar dan tepat.

2. Memberi maklumat kepada pihak berkuasa.

3. Mendidik anak dan beramal dengan ilmu syariat yang sahih.

4. Merujuk kepada Jabatan Agama Islam untuk memastikan guru dan ajaran yang diajar terutama ajaran Tariqat/Tasawwuf tidak bercanggah dengan Islam.

5. Menguatkuasa undang-undang dengan tegas hingga ke akar umbi.

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih kecuali setelah sampai kepada mereka pengetahuan kerana hasad dengki di kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya. (Ali Imran:19)

(Khutbah Jumaat ini disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM)