Tuesday, October 27, 2009

QURAN

AMANAH DAN PEJUANG POLITIK

Oleh: Mokhtar Petah



Sesungguhnya Allah memeringtahkan kalian menunaikan amanah kepada
yang berhak menerimanya. - An Nisa:58

Mempelajari maksud firman Allah di atas ini, maka, pada hari ini bolehlah kita melihat secara langsung kepada pergolakan kecil yang sedang berlaku dalam PAS, dalam sehari dua ini. Pergolakan itu tidak merosakakan perpaduan PAS, kerana lebih besar digembar kamburkann oleh mereka yang menentang parti Islam itu sahaja.
Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memang dihormati oleh oirang ramai sebagai seorang pemimpin berbudi bahasa, tetapi apabila beliau bercakap tentang Dato Nik Aziz Nik Mat beliau telah tergelincir dari budi bahasa kerana beliau menyifatkan Tok Guru itu 'orang nyanyuk'. Saya nampak Dr. Mahathir Mohamad tebal sentimennya dan melupakan dirinya sebagai seorang penyanjung budipekerti.
Dr. Mahathir Mohamad kelihtan seperti cuba mencampuri masalah dalaman PAS dengan tujuan agar Nik Aziz tersingkir dan PAS hancur.
Di sinilah saya melihat Dr. Mahthir Mohamad telah lupakan amanah dirinya sebagai bekas pemimpin negara, umat Islam dan rakyat Malaysia.
Percayalah, sesiapa sahaja yang cuba menghancurkan PAS samalah dengan usaha menghancurkan usaha menegakkan syiarf Islam, kerana PAS berjuang sejak tahun 1951 adalah kerana Allah dan kerana Islam.
Nik Aziz berada atas landasan yang betul. Jawatankuasa agung PAS juga atas landasan yang betul. Nik Aziz sebagai orang tua dan ulama tidak salah mengingatkan semua warga PAS agar tidak tergelincir sebagai mana yang dilakukan oleh Allahyarham Datuk Mohd. Asri bin Haji Mudu dulu. PAS telah menjadi mangsa parti lawan dan parti Islam itu nyaris - nyaris lumpuh.
Kita tahu, dalam PAS kini ada beberapa orang bernafsu besar seperti Asri, iaitu untuk bekerjasama dengan UMNO. Nik Aziz sebagai pemegang amanah, nampak perkara demikian, maka beliaut memberi peringatan agar pertahu tidak terlajak dan nasia tidak menajdi bubur.
Saya yakin semua warga PAS tetap bersama Nik Aziz dan Dato Haji Abdul Hadi Awang.

No comments: