Dan kalian, tolong menolonglah dalam (hal) kebajikan dan takwa. Dan jangan kalian tolong menolong dalam (hal) dosa dan pelanggaran hukum. – Al Maedah:2
Saya masih ingan, pada usia saya tujuh tahun, datuk saya, Haji Jaafar bin Long (Raja) Puteh, bercakap dengan seorang Cina Islam, nama, Lim Maa dengan menggunakan ayat Quran di atas.
Lim Maa baru datang dari Negeri Cina. Dia berhajat untuk menumpang di Tanah Melayu.
Datuk saya berkata kepada Lim Maa: “Kami oghang Melayu pegang pada ayat Quran ni ..., oghang musafirke ..., tolong oghangke ..., kami pandang kebajikan ..., Tuan Lim musafir ke negeghi kami, itu pun kebajikan juga...”
“.. hanhya, saya haghap, Tun Lim ..., ialah oghang – oghang Cina yang datangh ke sini, jangalah lupakan baik budi kami ..., baik kami kerana Allah ...,” kata datuk sata lagi.
“Oghang Cina kena balas budi oghang Melayu ..., jangan musuh dengan oghang Melayu ..., jangan nak haloba haghta oghang Melayu ...,”tambah datuk saya.
Sejak pada hari itu Lim menumpang di hujung kampung kami. Dia berniaga barang perhiasan murah dan alat alat beribadat.Sambil menjaja dia mengoyang – goyangkan gendang kecil dari kuli lembu kering yang dipasang dihujung sebatang kayu kecil. Bila digoyang – goyang, gendang itu berbunyi ‘kelintong’.
Patut di ingat, perkata ‘kelintung’ yang digunakan oleh orang sekarang adalah dari bunyi gendang kecil penjaja – penjaja Cina Islam pada masa silam.
Betolak dari menghayati maksus ayat Quran ini, saya mendapati, bahawa lembut hati orang Melayu menerima pendatang – pendatang Cina di Tanah Melayu pada masa silam adalah dengan dua sebab, iaitu:
1 - Para pendatang Cina didatangkan oleh Inggeris
secara paksa, iaitu tidak dininta izin dari orang
Melayu. Mereka menjadi alat Inggeris, seperti buruh
dan sebagainya.
2 – Para pendatang dengan cara sendiri, menemui orang
Melayu,terutama ulama, ketua kampung dan
sebagainya. Mereka itu seperti Lim Maa,
menjalankan perniagaan.
Saya berfikir sendiri, bahawa dari maksud ayat Quran itulah orang Melayu sejak dulu hingga kini menjadi manusia baik hati dan berbaik – baik dengan orang – orang pendatang di negara ini.
Pada zaman baru, zaman kita mempromosikam 1 Malaysia, saya berharap para keturunan pendatang eloklah menelan rasa insap agar tidak menggunakan konspep 1 Malaysia ini untuk menelan atau mengkhianati baik hati orang Melayu, seperti menghina mereka dan membolot hak milik mereka, apa lagilah berhajat menguasai negara ini dengan mengenepikan orang Melayu.
No comments:
Post a Comment