DAHAGAKAN PENGETAHUAN ISLAM
Oleh: Mokhtar Petah
Mongolia yang tekenal negara ‘rakyat berani’ kerana pahlawan mereka, Ghinggis Khan (1189 – 1227) telah berjaya menguasai sebahagian dunia dan kini berdirti gagah sebagai negara yang disegani oleh negara – negara besar.
Pada waktu saya menjejak kaki ke negara itu pada 12 Oktober, saya menyangka negara tersebut tika aman dan rakyatnya menakutkasn saya dan anggota rombongan saya. Tetapi setelah saya menjelajah dalam perut Bandaraya Ulaanbaatar, saya mendapati negara – Budha – Kumins itu aman dan setisap rakyatnya berbudfi bahasa.
Satu program yang manarik, ialah saya bersama anggota rombonga telah bertemu dan berbincang dengan anggota – anggota Mongolian Muslim Sesieties Federation – Pertubuhan Umat Islam Pusat Mongolia - , di markas dan masjid sementara mereka di tengah Bandararaya Ulaanbaatar.
Pengerusi Pertubuhan tersebut, duta Mongolia ke negara – negara Islam dan penasihat polisi penanaman modal kepada Perdana Menteri negara tersebut, Ustaz Sairan Kader mengetuai anggota – anggota pertubuhan dalam pertermuan dengan kami menyatkan gembiranya kerana dapat berhubung dengan umat Islam Malaysia.
Ucapan ringkasa menggamit umat Islam Malaysia agar membantu mereka dalam mengembangkan syiar Islam di sana, terutama dalam unsaha membina sekola agaama Islam yang mempunyai hubungan dengan kolej dan universiti Islam di Malaysia.
“Umat Islam di sini sedang bergerak mangadakan sekolah dan kolej Islam, kami harap umat Islam Malaysia dapat membantu kami, terutama para pelajar kami dapat memawsuki kolej dan universiti Islam di sana,” katanya.
“Kami juga harap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan dapat membantu kami agar usaha kami meninggikan syiar Islam di sini mencapai kejayaan,”tambahnya.
Setelah mengadakan peertemuan itu, saya dan anggota rombongan telah dibawa melawat Markas Islam – Kompleks Masjid – di dalamnya terdapat dewan kuliah, perpustakaan dan lain – sedang dibina oleh syarikat Rusia, di tengah Bandaraya Ulaanbaatar, bernilai USD3bilion dan USD 1.8 bilion sumbangan Arab Saudi.
Bandaraya Ulaanbaatar
Rakyat Monggoli lebih 2.6 juta dan kira – kira 10.1 peratus adalah beragama Islam. Umat Islam lebih 1000.800 orang , goloongan Kazakh, tinggal tepencil, di Bayan – Olgii Aimag, kira – kira 500 kilometer dari Ulaanbaatar (45,700 k/ p) iaitu di suatu tempat di kaki pergunungan sempadan Rusia.
Umat Islam di sini mengikut mazhab Ahlus sunaah wal Jamaah (sunni). Mereka mudah menunaikan fardu haji ke Mekah.
Dalam Bandaraya Ulaanbaatar terdapat orang Islam menjalan perusahaan, peniagaan dan bekerja dalam jabatan kerajaan dengan penuh muhibbah dengan rakyat Mongolia beragama Budha.
No comments:
Post a Comment