Thursday, October 22, 2009

MENGENANG MASA SILAM


ADAKAH KITA MUKMIN SEJATI

Olerh: Mokhtar Petah

Setiap individu Islam yang insaf akan dirinya, untuk apa dia dihidupkan Allah di dunia ini, sering bertanya kepada dirinya sendiri, ”Apakah aku seorang mukmin sejati atau pelakon bertopengkan Islam”; kononnya taatkan Allah dan semua pakaian yang dipakainya mengikut Rasulullah Muhammad sallallahu alaihi wasallam.

Pada waktu ini saya memnulis ini teringat satu kejadian kecil dengan seorang bertaital Haji atau Lebai dalam sebuah masjid tua, di Negeri Perak, pada tahun 1953.

Pada satu petang saya singgah sembahyang fardu Asar , di masjid Kampung Banggul Belimbing, Lenggong.

Sebaik – baik sahaja saya selesai membaca doa pendek – doa ringkas bagi saya amat baik bagi seorang hamba memohon sesuatu kepada Allah.Allah sentiasa memakbulkan lebih 50% dari yang saya pohon kepada- Nya. Membaca doa panjang meleret – leret dengan suara tinggi, saya kira khurafat dalam mengamalkan ibadah - , lelaki berpakaian laksana petani atau Badawi di gurun pasir Hijaz, mendatangi saya.

”Encik ni daghi mana?” dia bertanya.

Saya menjawa pertanyaannya,

Dia telah berceramah pendek kepada saya. Kerana menghormatinya, saya mendengar cermah pendeknya mengenai kelebaian dan kewarakan dirinya.

Saya bertanya kepdanya:

”Pak baca Quran?”

”Baca.”

”Sampai tamat?”

”Ia.”

”Pak tahu makna ayat – ayat Quran tu?”

Dia macam siput dalam parit.

”Tak ..., tak tahu ..., baca saja.”

Pada ketika itu saya teringatkan akan cerita ibu saya mengenai tikus dengan besi’. Lelaki itu tahu bahasa Arab. Dia boleh membaca Quran, boleh melagukan ayat –ayat Quran dan boleh mengajar ayat - ayat kudus kepada orang lain, tetapi dia tidak tahu maknanya.

Saya samakan dia dengan tikus dan Kuran itu saya kira laksana besi.

” ...mu tak tinggal sembahayang?” Dia bertanya.

Saya diam.

Saya kira orang tua itu mengacau ketenteraman otak saya. D ia macam Yahudi mengacau bumi Masir.

” ...ada sembhayang sunat?” Dia bertanya lagi.

Saya diam lagi.

Pada waktu itu saya teringat akan seorang lelaki tua di kampung Jenalik Hulu (dekat kejadian Al Ma’unah). Namanya Toha. Penduduk kampung memanggilnya ’Tok Toha’.

Orang tua ada pelajaran agama. Dia mempunayi tabiat suka bertanya atau behujah dengan orang yang ditemuinya. Dia betanya tentang ilmu tauhid atau akidah. Dicungkil sana dan dicungkil sini akan fahaman orang – orang yang ditemuinya.

Pada satu hari dia berkunjung ke rumah ayah dan ibu saya. Kebetulan pada hari itu saya ada bersama mereka. Orang tua itu telah bertanya kpada saya:

” ...mu hafal sifat dua pulu?”

” ...mu tahu Allah tu satu?”

” ...mu tahu Allah tak dak bini, tak dak anak?”

” ...mu tahu Allah jadikan kita.”

Saya tahu. Saya sering mengajar kepada murid – murid saya tentang pengetahuan itu. Tetpai kali in saya kira orang tua tersebut mencari naas. Dia tidak pernah menemui orang yang menjawab pertanyaannya. Dia mengira dirinya alin amat dan betul.

Saya telah menjawab pertanyaannya:

”Tok, man ada Allah ..., kawan saya pergi ke Makah, rumah Allah ada ..., tiap pagi, petang, malam dia raba dalam Masjid Haram ...,Allaah.”

Tok Toh merenung muka saya dengan dua binbi matanya yang mentgerjemahkan hatinya marahkan saya. Dia merenung kepada bapa saya. Dia berkata:

” ... Petah, anak mu ni dah ja di kafir ...”
”Bapa saya senyum dan merenung saya. Dia tahu saya telah memerangkap otak orang tua yang berotak seperti otak Abdullah Ibnu Ubay pada zaman Nabi Muhammad itu.

Pada ketika api kemarahan membakar hatinya, saya meminta diri kepadanya dan saya masuk ke ruang daput mendapatkan ibu saya.

”Oghan tua tu saja macam cu, suaka hujah oghang ..,” kata ibu saya.

Setelah orang tua itu turun dari rumah bapa dan ibu saya, bapa saya masuak ke runagan daput dan berkata kepada saya:

”... cakap tu betul ..., kalau dah dapat peganbg Tuhan dalam masjid Haram tu, bukan Tuhanlah ....”

Kami ketawa.

Oran tua di masjid Banggul Belimbing seperti yang saya utareakan di atas ini, samalah dengan orang tua Tok Toha.

Dari kisah pada masa silam itu saya mengamati firmah Allah dalamn Quran yang maksud nya seperti dia bawah ini:

Sesungguhnya orang yang selalu membaca Kitab Allah, mendirikan solat dan mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara berterang-terang, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mensyukuri.” (Al Faatir: 29-30)

Dalam firman ini ada 5 unsur, iaitu : 1 - Membaca Quran dengan mengetahui maknanya dan faham akan maksudnya, 2 - Solat – wajib dan sunat, 3 Menderma atau sedekah dari harta yang ada, 4 mengharapkan perniagaan maju, 5 – Mengharapkan pahala dari Allah.

Dari zaman orang tua yang saya temui di masjid Banggul Belimbing hingga kini saya mendapati sama ada para guru agama (ulama) dan para mubaligh Islam tgelah mengajar manusia Melayu menjadi buruh Allah dan tidak mengajar mergeka menjadi hamba yang reda melakuka ibadat dan amal makruf.

Memanglah dalam Quran dan Hadis Nabi Muhammad banyak menyebut tentang balvsana pahala dari Allah kepada hamba – hamba-Nya. Tetapi setiap hambar yang ikhlas mengamalkan segala ibadat dan amal makruf tidak mengharap atau menuntut pahala daeri Allah. Ibadah dan amal makruf dilakukan dengan ikhlas.

Seseorng hamba Allah bukan buruh Allah. Dia adalah hamba kepada Allah. Semua segala ibadatgdan amal makruf dilakukan adalah kerana dia hambar Allah dan mengharapkan reda Allah cuma.

Saya berharap parea ulama di negara kita ini tidak lagi mengajar umat Islam menjadia buruh Allah seperti orang – orang gkempen dalam piliahanr raya; jika tak undi calon parti pihak kerajaan tidak dapat projek.

No comments: