Thursday, October 29, 2009

QURAN


PRASANGKA

Hai orang - orang yang beriman, jauhilah (perasaan) banyak prasangka
(terhadap sesama orang mukmin dan mukminah), sesungguhnya sebahagian
dari prasangka itu adalah dosa. - Al Hujurat:12


HADIS

BERSUMPAH

Jangan kalian bersumpah (kerana menolak sesuatu
tohmah atau tuduhan)kecuali dengan Allah dan jangan
kalian bersumpah kecuali kalian
(benar - benar) berkeadaan benar (jujur).
Perawi: Abu Daud dan An Nasaai.

PETUA

PEMIMPIN

Jika seseorang pemimpin rakyat sering bernjanji kepada rakyatnya untuk membantu dengan wang yang banhyak jumlahnya atau dengan cara lain, tetapi dia tidak menunaikannya, maka jangan percayakannya, kerana perbuatannya itu hanya membina dirinya sebagai manusia zalim seperti Firaun dan rakyat yang mengikutnya berkeadaan patik (anak anjing kurap) di pelabuhan usang.

TAHUKAH?

MEMBEBER

Kebanyakan manusia yang telah menjadi pemimpin manusia di negara - negara seluruh dunia tidak merasa senang hidup masing - masing jika mereka tidak membeber ke sana ke mari menyalahkan orang lain dan memuji diri sendiri, kerana mereka itu adalah diblenggu oleh perasaan kecewa dan dosa.



No comments: