Saturday, November 29, 2008

TIMBALAN MENGTERI MENINGGAL DUNIA

KETIKA BERMAIN BADMINTON

Bentong - Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59 tahun, telah meninggal dunia, setelah terjatuh pada ketika bermain badminton dengan rakannya, Azmi Ariffin, di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, dekat sini, jam 6.30 petang semalam.
Allahyarham meninggalkan balu, Toh Puan Seri Nooraini binti Lob Yusoff dan lima orang anak.
Razali adalah ahli Dewan Rakyat (Kuala Terangganu) setelah memenangi kerusi tersebut, dalam Pilihan Raya Umum ke-12, Mac lalu dengan 32,562 undi. Lawannya, calon bebas, Maimun Baba 685 undi.
Jenazah Allahyarham dikejarkan ke hospital Bnetong.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sebaik-baik sahaja dimaklumkan, menyifatkan kematian Razali satu kehilangan besar kepada UMNO, Kementerian Pelajaran dan negara.
Beliau mengakui, bahawa Razali seorang tokoh yang berpengalaman luas dalam bidang pelajaran dan amat memahami dasar-dasar kementerian pelajaran.
"Beliau telah menunjukkan prestasi yang baik sebagai seorang Timbalan Menteri dan mampu memhamai dasar-dasar kerajaan dengan baik," kata Abdullah Ahmad Badawi.
"Saya memang menaruh harapan, yang pada satu hari nanti beliau akan menjadi Menteri Pelajaran, tetapi apa boleh buat, Tuhan telah mentakdirkan beliau meninggal dunia," kata Abdullah lagi.
"Saya sangat terkejut apabila mendengar berita itu. Saya tidak pernah tahu bahawa beliau mengalami sakit jantung," tambah Perdana Menteri.
Sementara itu, kalangan warga Kementerian Pelajaran, termasuk para warga Bahagian Pendidikan Guru, ada yang menangis sebaik-baik sahaja mendapat tahu Razali telah meninggal dunia.
"Dia seorang yang baik, mempunyai pandangan yang luas dalam bidang pelajaran negara ini," kata seorang pegawai tinggi di kementerian tersebut.
"Apa boleh buat, kami sayang kepadanya, dia orang baik, tetapi Allah lebih menyayanginya," katanya lagi.
Menurut tulisan wartawan Utusan Malaysia, Noraini Abdul Razak, bahawa sehingga kelmarin Allahyarham masih aktif menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Menteri Pelajaran.
'Pada ketika menjadi Pengarah Pelajaran Terengganu, beliau sering mengadakan lawatan ke sekolah- sekolah pada awal pagi sebelum memasuki pejabat dan rutin itu diteruskan apabila beliau menjadi ahli Parlimen.
Razali pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTM) sejak 2004.
Allahyarham telah menerima diploma pendidikan dari Universiti Malaya pada tahun 1973 dan kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan, di University of Birmingham,England pada tahun 1986 - 87.
Berpengalaman sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran.
Allahyarham dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran pada 18 Mac 2008.
(mp)

(Sajak)

PEJUANG TERBILANG

Bumi ini basah dik air mata melimpah,
tangis ratap para guru dan pelajar,
raung mereka ke langit zaman,
" ...kami hilang pejuang,"
pada tika berita nafasmu diangkat Tuhan.

Pernah kau madahkan kepadaku,
di lobi Parlimen negara kita;
"Melayu akan hilang arah,
tenggelam dalam sejarah,
jika bahasa dagang didaulatkan."

"Jerman, Indonesia dan negara mana,
maju, bangsa besar,
tanpa guna bahasa dagang,
daulatkan bahasa sendiri
dalam segala bidang."

Katamu," ...penulis guru saya,
mereka mengajar saya,
menjadi manusia Melayu,
cinta bangsa sendiri,
murni budi dan kemanusiaan sejati."

Pergilah wahai pejuang,
kami menyayangimu,
tapi terkapai bawah sayang Tuhan,
Syurga Jannatun Naim menantimu;
di sana ' Dan (teman) bermata bulat jelita,
Bagaikan mutiara yang tersimpan baik.

'Di antara pokok teratai tidak berduri,
Dan pohon pisang yang (buah) bersusun-susun,
air memancut,
buah - buahan (lazat) yang banyak (Wal Waqia'ah).

Genting Highland ......................................Mokhtar Petah



1 comment:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

alfatihah.....

mari kita tumpukan pr kecil pada 28/1/09.

mat sabu pas akan lawan zubir embong bn... dan nenek maimun?