Thursday, November 20, 2008

SAYED QUTB


PEJUNGAN ISLAM YANG SYAHID

PAS ADA BAYANGAN IKHNUL MUSLIMIN

Oleh: Mokhtar Petah

Sayed Qutb - Sayed Qutb bin Sayed Ibrahim - adalah pejuang Islam yang hidup laksana ikan dalam laut; air laut masin tetapi isi ikan tidak masin, hayatnya berakhir dengan ditembak sampai mati dengan dua matanya terbuka menanti peluru tiba; matinya syahid.

Sesungguhnhya Allah telah membeli diri dan harta mereka yang beriman dengan memberikan syurga untuk mereka; mereka berjihad - berjuang atau berperang - di jalan Allah, sebab itu mereka membunuh dan (atau) terbunuh menurut janji yang sebenarnya dari Allah dalam Taurat,Injil dan Quran.Sesiapa yang lebih memenuhi janjinya selain dari Allah? Sebab itu bergembiralah kamu terhdap perjanjian yang telah ada antara kamu dengan Allah.Itulah untung yang besar. - At Taubah:111

Allahyarhyam Sayed Qutb dilahirkan di Mosha dalam daerah Assiyut, Masir, pada tahun1906.Bapanya, Ibrahim, seorng petani yang bergantung kepada tulang empat kerat yang ada pada tubunya.Dia juga seorang yang kuat iman dan taqwa kepada Allah.Dia juga seorang bapa yang tidak pernah memarahi anaknya.
Sayed Qutb telah menulis dalam bukunya Masyahidaul Qiamatu fil Quran: '...pada masa saya masih kanak - kanak bapa saya telah me nyebaikan dalam hati dan fikiran saya takutkan hri akhirat . Bapa sayatidak pernah memrahi saya ..., kehidupan harian ayah saya telahmenjdi panduan bagi saya tentang manusia yang sentiasa ijsaf tentang hati pembalasan(akhirat).
Begitu juga Ibu Sayed Qutb,Fatimah, seorang perempuan yang kuat iman dan taqwa kepada Allah. Taatkan Allah dan suaminya.
Sayed Qutb telah menulis dalam bukunya, At Taswirul Fanni fil Quran: Harapan tinggi ibu saya, berdoa kepda Allah, mudah-mudahan Allah membuka pintu hati saya agar dapat menghafal Quran dan membacanya di sisi ibu dengan suara yanbg merdu,maka saya gtelah menghafal Quran dan (dapat) memenuhi sebahagian dari harapan ibu saya.'

MASYARAKAT DESA

Sebagai anak lelaki kepada dua ibu bapa yang beriman dan bertaqwa kepada Allah dan tinggal dalam masyarakat desa yang para anggota masyarakatnya beriman kepada Allah, Syed Qutb telah menghafal Quran sejak usianya enam atau tujuh tahun dan dia telah belajar di sekolah rendah agama Islam di kampungnya.
Memang menjadi kebisaan bagi ibu bapa di Masir, pada zaman itu, iaitu setiap anak mereka dimestikan menghafal Quran, tetutama mereka yang ada cita-cita agar anak mereka melanjtkan kepala ke insititusi pelajaran tinggi Islam.
Bagi umat Arab,Quran adalah kitab bahasa Arab yang pa;ing tinggi dan berguina bagi mereka yang mahu mempelajari bahasa dan kesusasteraan Arab.

SEKOLAH RENDAH

Ibu bapa Syed Qutb telah bepidah dari Mosha ke Halwan, iaitu satu tempat di pendalaman Kaherah.Dan Syed Outb telah memasuki sekolah rendah Tajhiziah darul ulum, di Kaherah, sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke perintkat atas, itu di Darul Ulum,Qahiran. Sekolah tersebut telah terkenal hingga kini sebgai Universiti Al Azhar.
Pada tahun 1929 Sayed Qutb telah memasuki Darul Ulum dan dia telah mendapat ijazah B.A. dalam bidng pendidikan pda tahun 1933.sebaik-baik sahaja menerima ijazah, dia tleah diantik sebagi pensyraha di maktab dalam universiti tersebut.
Kira-kirea tiga tahubn kemudian,Sayed Qutb telah dilantik ke jawatan Nazir sekolah - sekolahdi bawah Kementerian Pendidikan Masir.Pada masa berkhidmat di bawah kementerian Pendidikan Masir, dia telah dihantar ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan selama dua tahun.

KUCAR KACIR

Selama di Amerika Syarikat,Sayed Qutb telah dapat membahagikan masanya untuk study di Kolej Penguusan Welson, Washingtong, Universiti Stanfor, California dan Kolej Greeleey,Colorado.
Pada masa di Amerika Syarikat,Sayed Qutb mengembangkan daya fikiirnya tentang masyarakar Masir yang sedang dikucar - kacirkan oleh fikiran dan ideologi yang dibawa oleh Yahudi dan orang - orang barat dengan tujuan untuk menghancurkan fahaman atau akidah umat Islam Masir.
Sekembali dari Amrika Syarikat (ada yang berkata sebelum pergi ke Amrika Sy arikat) Sayed Qutab telah menyetai parti politik Islam - Ikhwanul Muslimin ,Masir yang dipimpin oleh Hassan Al Banna.

TOKOH PENTING

Hassan Al Banna telah dibunuh oleh musuh - musuh Ikhanul Muslimin pada 12 Januari 1949. Berikutnya Ikhwanul Muslimin diharamkan.
Syed Qutb terus aktif dalam Ikhwanul Muslim. Setelah Hassan Al Banna meninggal dunia, tiga orang tokoh penting dalam parti Islam itu muncul sebagai penerus perjuangan Islam.Hassan Al Hudaibi telah dipilih memegang jawatan presiden Ikhwanul Muslimin dan Abdul Kair Audah sebagai setiausaha dan Syed Qutb memegang jawatan sebgai pengarang dan penulis mengenai perjuangan Ikhwanul Muslimin.
Apabila pengharaman ke atas Ikhwanul Muslimin dibatalkan, maka parti politik itu di susun semula pergerakannya dan menjalankan progrem pendidikan dan kemasyarakantan dengan cara yang lebih menyeluruh, terutama memberi kefahaman politik dan negara Islam kepada orang ramai di Masir.

JAWATANKUASA EKSEKUTIF

Untuk melaksanakan semua program dan rancangan itru, maka Sayed Qutb telah dipilih bagi memegang ahli jawatankuasa aksekutif Ikhwanul Muslimin dan memikulk tanggungjawab menjalankan dakawa menerusi ucapan kepada umum, seminar , media, buku dan sebagainya.
Pada masa Sayed Qutb mnghadiri Persidan Islam di Syria dan Jordan pada tahun 1953, beliau telah memberi ucapan mengenai perubahan fikiran skular barat dalam masyarakat Islam Arab dan sekuruh dunia.
Pada tahun 1954, Sayed Qutub dilantik memegang jaatan Ketua Editor akhabr Al Ikhwan yang diterbitkan oleh Ikhawanul Muslimin.Tetapi surat khabar itu dapat dibaca oleh orang ramai dalam tempoh dua bulan sahaja kerana Presiden Masir,Kolonel Jamal Abdel Nasir pemerintah Masir memerintahkan akhbar itu menutup disebabkan akhbar itu mengkritik perjanjian Anglo - Masir pada 7 Jualai 1954.

MENGGUGAT PEMERINTAH

Bermula dari keritkkan Ikhawnaul Muslimin terhadap perjanjian Anglo - Masir itu, Presiden Jamal Abdel Nasir terus menganggap parti Islam tersebut sebagai mmusuhnya dan menggugat pemerintah Masir.
Pemerintah Masir telah membubarkan parti Ikhwanul Muslimin dan mengngkap dan menahan para pemimpin dan pendukungnya ditangkap dan enam orang daripada mereka telah dijatuhkan hukuman mati. Dua orang daripada mereka itu, ialah Sayed Qutb dan Abdul Kadir Audah.
Berikikutan dengan itu kira-kira 50,000 ahli Ikhwanul Muslimin ditangkap dan dihukum penjara tanpa perbicaraan.

KEMAHUAN MANUSIA

Sayed Qutb telaah dihantar ke penjara. Pegawai di penjara itu telah memukul dan menendangnya. Pendeknya dia telah diseksa menurut kemahuan manusia berkuasa yang hilang rasa perikemanusiaan.
Setelah beliau lemah dan pengsan,seekor anjing garang dilepaskan kepadanya. Anjing tersebut telah menggigit tubuhnya dan mengheretnya sekitar dalam penjara itu.
Pada 3 Mei 1955 Sayed Qutb telah dipindahkan ke hospital tentera kerana didapati dia dihinggapi bebagai penyakit.

KERJA BERAT

Makhamah Rakyat Masir yang dikuasai oleh Presiden Jamal Abdel Nasir telah me njatuhkan hukuman ke atas Sayed Qutb 15 tahunn penjara dan kerja berat.
Jamel Abdul Nasir telah menghantrar seorang wakilnya untuk menemui Sayed Qutb dan menawarkan kepadanya jawatan tinggi dalam Kementerian Pendidikan, sekiranya dia meminta maaf kepada presiden Masir itu.
Sayed Qutb tekah meberi jawapan kepada Jamel Abdel Nasir,kira -kira, " Saya terperanjat keran yang menindas meminta orang yang tertindas agar memohon maaf dan meminta untuk dikasihani kepada yang yang menindas.Demi Allah, sekiranya dengan memint maaf boleh menyelamatkan saya daripada mati di tali gantung, saya tidak akan melakukannya.Saya reloa menghadap Allah salam keadaan saya dalam keredaan-Nya.

POLISI PERSAHABATAN

Kemudian Sayed Qutb telah dipindahkan dari sebuah penjara ke sebuah penjara di Masir pada pertengahan tahun 1964.
Selama tiga tahun Sayed Qutb dalam pernjara, dia telah berjaya menulis tafsir Quran yang diberi judul Fi Zalalil Quran - Di Bawah Naungan Al Quran. Atas permintaan Presiden Republik Iraq, Abdes Salam Arif yang melawatMesir atas polisi persahabatan pada tahun 1964, Sayed Qutb dibebaskan.
Kira - kira setahun dalam kebebasan, Sayed Qutb dan dua orang adik permpuannya, Hamidah dan Aminah telah ditangkap dan dituduh menghasut orang ramai supaya mengguling pemerintah Jamal Abdel Nasir menerusi rampasan kuasa.

PENEMBAK TEPAT

Sayed Qutb telah menulis dua puluh buah buku agama Islam, politik dan sastera, termasuk buku 'Islam Dan Keamanan Sejagat'.
Sayed Qutb adalah seorang pendidik, politikus, pengarang, sasterawan dan manusia jihad kerana Allah dan Islam.Namanya tercatat dalam sejarah umat Islam seluruh dunia.
Siapakah lelaki atau pemuda Islam di Malaysia yang berani seperti Sayed Qutb atau hanya berani melaung dan menjerit ke langit zaman, tetapi takutnya seperti arnab takutkan helang.
Pada Ogos 1966, Sayed Qutb dan dua rakannya dihukum tembak sampai mati.Pada 29Ogos 1966 pada waktu mereka akan ditembak oleh penembak tepat, Sayed Qutb meminta kepala nya tidak dibungkus dengan kain hitam. Dia mahu melihat sendiri peluru rifle yang meluru dan akan menembus tubuhnya.Permintaannya dilayan.
Pada ketika peluru menembus tubuhnya, dia mengucapkan "Ashhadu anlla ilaha illallh wa anna Muhammad Rasulullah.". Dia guru sebagai seorang syahid.
(mp - kota melaka)





































No comments: