Tuesday, November 18, 2008

RAFIDAH AZIZ

JADI NENEK POLITIK
Oleh: Mokhtar Petah

Seorang ahli Pergerakan Wanita UMNO di Pulau Pinang telah bertanya kepada saya pada minggu lalu; mengapa Ketua pergerakan itu, Tan Sri Rafidah Aziz tidka mahu menyerahkan jawatannya kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beliau terus hendak memegan jawatan dan bertanding, saya menjawab: Dia nak jadi nenek politik.
Semalam sebilang Pergerakan Wanita UMNO menyuarakan yang mereka Rafidah mengunjdurkan diri dan menyerahkan kedudukannya sebagai ketua kepada Shahrizat.
Memanglah, kalau seseorang itu terlalu lama memegng kuasa, disanjung dan dewi - dewi, dia akan rasa takut turun ke bawah atau melepaskan jawatannya, kerana dengan berbuat demikian, dia akan kehilang banyak prkara.

HARTA PUSAKA

Sepatutnya Rafidah yang telah sakit lututn itu tidak memandang Pergerakan UMNO sebagai harta pusaka atau organisasi sendiri dan hendaknya secara berbudi bahasa melepaskan jawatan itu kepada orang lain.
Rafidah seperti orang lain juga, sering melaungkan demokrasi dan keharmonian dalam parti dan masyarakat umum, tetapi sikap beliau masih tidak mahu melepaskan jawatan itu akan mngakibatkan perpecahan di kalangan pergerakan wanita tersebut.
Pada waktu menulis artikel ini, saya teringat akan perckapan Peguam Negara, Tan Abdul Kadir Yusof, bahawa kalau kita memimpin mana-mana organisasi, lebih baik 'angkat kaki' sebelum orang benci.

MILIK INIVIDU

Apa lagi yang Rafidah mahu cari; kedudukan, kekayaan, populariti dan sebagainya telah ada.Apakah dengan mengekalkan jawatan Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO - jika dipilih - beliau akan diplih lagi menjadi calon bagi kawasan Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan beliau akan ke kabinet lagi.
Pergerakan Wanita UMNO seperti juga organisasi lain. Milik orang ramai.Bukan milik indivitu atau satu- satu keluarga.Menyerahkan jawatan yang terlalu lama di tangan kepada orang lain tidak menjatuhkan maruah diri, tetapi kalau mempertahankannya lama kelamaan kawan pun benci.
Dengan melepaskan jwatannya dan tidak berharap tidak akan bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang, maka saya kira akan melegakan hati semua ahli UMNO Kuala Kangsar.

RIUH SENEGERI

Sultan Perak, Almarhum Sultan Idris Shah telah bertitah kepda saya,bahawa orang -orang UMNO di Kuala Kangsar berpolitik riuh senegeri, tetapi tak dipandang langsaung oleh pemimpin di atas.
" ... deme yang bersorghak ghiuhiuh, bila buah jatuh oghang lain yang dapat maka," titah Baginda.
"Dah macam ghambutan jantan, oghang berbunga awak berbunga, oghang berbuah awak tidak," titah Baginda lagi.
Baginda bertitah demikian kerana pucuk pimpinan UMNO selepas Tunku Abdul Rahman seperti memandang sebelah mata kepada ahli - ahli UMNO di sana , kerana selepas Tunku semua ahli Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) terdiri dari orang luar.
Pada zaman Tunku Abdul Rahman, Setiauaha UMNO bahagian Kuala Kangsar, Haji Meor Shamsuddin dan Toh Muda Abdullah Abdul Rauf telah dilelat oleh pemimpin di atas dan dipilih sebagai ahli Dewan Rakyat.

PUCUK PIMPINAN

Selepas Tunku Abdul Rahman, kawasan itu tidak lagi diwakili oleh ahli UMNO mana- macana cawangan dalam bahagian Kuala Kangsar. Mereka diiport ke sana untuk menjadi ahli Dewan Rakyat.
Walau banyak kali pihak UMNO bahagian itu membantah orang luar diletakkan untuk menjadi caloh bagi kawsan itu, tetapi pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional telah mengenepikannya.
Mereka yang telah menjadi ahli Dewan Rakyat (Kuala Kangsar), iaitu, Tan Sri Abdul Aziz Yeop (Lenggong - Kuala Lumpur), Tan Sri Ghazali bin Haji jawi (Lenggong - Grik), Tok Puan Om Zariah Abu Bakar (Ipoh), Yong Fatima Razali (Ipoh) dan Rafidah Aziz (Ipoh - Kuala Lumpur). hingga kini.
Dalam UMNO bahagian Kuala Kangsar ramai orang pandai dan bekelulusan tinggi, giat dalam UMNO, tetapi entah mengapa pucuk pimpinan UMNO memandang sebelah mata sahaja kepada ahli- ahli UMNO di sana.
(Tamat).

No comments: