Tuesday, November 4, 2008

ORANG TANYA SAYA JAWAB

KAHWIN DENGAN ORANG KAYA

Seorang gadis berpelajaran tinggi telah bertanya kepada saya: Apa pendapat tuan, saya hendak kahwin dengan seorang lelaki tak kacak, saya tak berkenan, tetapi kerana dia kaya saya rela kahwin dengan dia?
Saya menjawab: Perkahwinan itu tak sah dan saudari sama dengan pelacur.

MARAH DIKATA PERAK

Seorang gadis mahasiswa universiti telah bertanya kepada saya; apa pendpat bapa, pada satu hari saya bersama kawan sebilik dengan saya dibelanja makan stick oleh abang tiga pupu dengan saya, dalam sebuah ceffee house. Pada ketika kami makan, saya mengambil seketul (sekerat pendek) jagung dengan tangan dan menggigit biji - biji jagung itu, tiba - tiba abang saudara saya berkata kepada saya:
"Heh, jangan jadi perak (sakai atau kakun) makan jagung dengan tangan. Saya terkejut dan marah. Saya tak lalu maka. Saya tak dapat hilang marah, saya rasa nak balas dendam terhdapnya. Boleh tak?"
Saya menjawab : "Tak boleh, Nabi Muhammad melarang balas dendam."

PALING SUSAH

Seorang pemuda telah bertanya kepada saya: " Tuan penulis, adakah kerja menulis tu susah.
Saya menjawab: Tidak, yang susah atau paling susah tukar (bersalin) seluar dalam dengan saluar dalam.

Pak Long.




No comments: