Thursday, November 13, 2008

SAJAK

PERJUANGAN DAN KEKAYAAN

Quran; Sesungguhnya manusia;
bertindak melanggar batas,
akal dan nafsu seiring jalan,
halal haram tiada beza,
laksana beras dan melukut setakar.

batas penentu hanya pengetahuan,
iman dan akhlak mulia,
tetamu hidupmu,
sedikit tawa tangisan banyak,
lautan sesalmu tidak bertepi.

Iman; bejuanglah dengan setulus hati,
berdiri teguh kerana bangsa,
negara dan agama Islam,
tanggungjawab mulia,
bagi dirimu manusia kamil.

Nafsu; berjuanglah,
tepuk dada tanya selera;
"Aku pejuang bangsa,
jujur, sejujur nabi,
sujudlah di mana saja,
agar massa sanjung dan puji.


Jika kuasamu di tangan,
Cepat tindakmu,
kaut kekayaan selagi terdaya,
biar harta bertimbun,
wang berbilion.

Pedulikan bangsamu,
merempat atau mati meragan,
biarkan mereka gali kubur sendiri,
membenam tubuh berselangka,
kau penguasa mereka.

Kuasa hanya sekali,
gunakan semungkin daya,
kekang musuh poliitikmu,
bodohkan semua rakyat,
dengan suaramu; orang berkuasa.

Taburkan budi kepada semua kuli tinta,
Jadikan mereka hamba setiamu,
Laksana anjing jinak di kaku pemabuk,
Setia menjelir lidah;
tiada salaknya mengocah sepi malam.


Semua rakyat meraung,
darah nanah air minum mereka,
seranah, kutuk untukmu,
kepada Al Hakim pinta pertimbangan,
buruk baik perintahmu.

Quran, ayat - ayat mukjizat;
Allah tutup hati,
pendengaran mereka,
penglihatan ada tabir,
azab besar menanti mereka.

Dalam angin amat panas,
air mendidih,
dalam naungan asap hitam,
tiada dingin tidak menyenangkan,
Sebelum itu mereka mewah;
mengerjakan dosa.


Bukit Jambul, Pulau Pinang ----------------- Mokhtar Petah



No comments: