Wednesday, November 5, 2008

PEMBANGKANG KELUAR DEWAN



ANWAR IBRAHIM DARI GOLF

Oleh:Mokhtar Petah

Tindakan Penasiahat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai sebilangan ahli Dewan Rakyat keluar dari dewan tersebut pada waktu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia sedang berucap, pada Selasa lalu, mungkin dipandang baik oleh para penokongnya yang berharap pada satu masa terdekat akan menduduki kerusi Perdana Menteri negara ini.
Mereka - dari PKR, PAS dan DAP - bersama Anwar Ibrahim yang keluar meninggalkan perut dewan itu kerana membantah atau tidak puas hati kerana tidak diberi peluang mencelah pada ketika sesi penggulungan bajet 2009 oleh Najib Tun Razak, saya mnganggap beliau dan mereka sebagai satu puak dari 'golongan orang lemah fikiran - golf'.
Tindakan mereka itu, jika direnung dari segi agama Islam, budaya orang Melayu dan moral atau tatasusila umat manusia, ada cacat dan silapnya,maka Anwar Ibarahim sebagai ketua mereka bertanggungjawab di atas perbuatan cacat dan silap di segi agama Islam, budaya orang Melayu dan dan moral atau tata susila umat manusia bertamadun.
Berbuatan mencelah orang sedang bercakap tidak baik. Meninggalkan Najib un Razak sedang bercakap berhubungan dengan bajet dan kemepingan negara juga tidak baik.
Bagaimana jika pada satu masa nanti Anwar Ibrahim memegang jawatan Perdana Menteri dan pada ketika beliau berucap dalam Dewan Rakyat ramai ahli Dewan tersebut bertindak keluar.
Mengikut di segi akhlak dan nilai budi bahasa (dulu Anwar Ibrahim mementingkan akhlak dan budibahasa) tindakan Anwar Ibrahim dan para pengikutnya itu tidak baik.
Sepatutnya, sebagai individu - individu mewakili rakyat jelata (tidak ahli - ahli PKR, PAS dan DAP sahaja), Anwar Ibrahim dan para wakil rakyat dalam dewan mulia itu,duduk, mendengar dan perhatikan, walau pun hati perut tidak suka atau tidak berminat.
Mereka itu patut sedar, bahawa jawatan Najib Tun Razak adalah di bawah dan perkenan Yang dipertuan Agung, maka perbuatan mencelah pada waktu beliau bercakap dan bertindak keluar beramai - ramai adalah sama dengan perbuatan seperti menjentik sampah ke dalam mata Ketua Negara yang berdaulat itu.
Tidak setuju, tidak suka atau benci akan ucapan dan subjek yang dibawa oleh Najib Tun Raza adalah hak semua ahli Dewan Rakyat dari parti - parti pembangkan itu, tetapi bertindak keluar adalah tidak kena di segi tata susila bagi manusia - manusia yang telah menjadi pemimpin rakyat di kawasan masing - masing.
Sesungguhnya saya menyanjung para wakil rakyat dari parti - parti pembangkang.Ada di antara mereka adalah kenalan saya. Saya sering berharap perjuangan mereka akan memberi kebaikan kepada rakyat dan mengekalkan susila insaniah pada diri mereka.
Sanjungsan saya itu masih ada, tetapi sayangnya mereka berkeadaan seperti kebudak - budakan pada masa dalam dewan mulia itu. Mereka tidak dapat mengawal perasaan dan sentimen sehingga berlakulah atas diri mereka perangai kurang sopan dan melanggar pantang larang orang tua - tua.
Mungkin mereka sebagai politikus yang intelektual dapat befikir akan apa yang saya tulis dan sarankan ini, dan hal demikian tidak akan berlaku lagi pada masaakan datang.
Mana tahu, jika Allah mentakdirkan, pada satu masa nanti pihak pembangkan berjaya membentuk kerajaan, maka bagaimana pula pihak parti pembangkan pada masa mereka berkuasa pihak pembangkang bertindak seperti yang telah mereka lakukan kepadaNabi Tun Razak dan hal - hal yang berlaku sebelumnya.
Saya yang telah mengenali Anwar Ibrahim semenjak beliau belajar di Malay College Kuala Kangsar lagi, maka beliau adalah seorang dari tiga pemimpin negara ini yang saya amat hormati.
Tetapi apabila Anwar Ibrahim sering bertindak seperti kanak - kanak atau dari golf, maka apa yang wujud pada diri saya itu agak berkuarangan atau seperti ubat yang ada dalam badan saya menjadi kurang mujarab kerana saya minum air kelapa.
Saya melihat dan memerahati akan Anwar Ibrahim kini, selain dari beliau mengalami sakit dalam tubuh badannya, kerana fikiran yang baik adalah pada tubuh badan yang baik, beliau juga lemah fikiran akibat lama dalam tahanan dan fikirannya sering berserabut di sebabkan berbagai masalah yang beliau hadapi.
Anwar Ibrahim patut insaf, bahawa beliau dihormati oleh orang ramai - kawan dan lawan politik beliau,tetapi kalau beliau bertidan seperti yang telah berlaku di Dewan Rakyat, saya kira beliau akan menghadapi masalah pada masa akan datang.
Saya masih ingat akan kata mualim, ahli tarekat dan guru agama Islam di istana Sultan Perak, Allahyarham Haji Mat Saman Kati, "Anwar tu kalau dia tidak gopoh gapah, gelojoh ..., ialah jaga akhlak, dia akan menjadi pemimpin yang dihormati dan disayangi oleh rang ramai,tapi kalau sebaliknya dia akan dibenci oleh mereka, hatta oleh anggota keluarganya sendiri."
(Habis)

No comments: