Monday, November 3, 2008

PENSYARAH UNIVERSITI

CINTA DAN NAFSU DALAM TUGAS

Oleh: Penulis Hal EhwalPelalajar


Semenjak zaman berzaman setiap individu yang bertaraf profesor atau pensyarah universiti dipandang oleh orang ramai sebagai manusia jujur, amanah dan mulia, kerana mereka manusia yang diamanahkan Allah untuk menentukan seseorang mahasiswa berjaya atau tidak dalam peperiksaan atau pelajaran mareka.
Di Malaysia terdapat ramai profesor dan pensyarah universiti - universiti milik Kerajaan Pusat, Kerajaan - kerajaan Negeri dan sewasta. Mereka itu menjadi penentu seseorang mahasiswa universiti mereka akan menghadapi kehidupan yang cerah atau gelap pada masa depan.
Contohnya, Profesor Di Raja Ungku Aziz dan sebilangan progesor Unversiti Malaya telah menentukan masa depan para mahasiswa mereka.Mereka telah membentuk manusia intelktual di negara ini.
Hasil usaha mereka yang ikhlas, telah lahir manusia - manusia rakya negara menjadi invidu yang memipin rakyat dan negara, misalnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan beberapa orang menteri dan para cendekiawan dalam parti politik kerajaan dan parti - parti pembangkang dan dalam berbagai bidang kehidupan lagi.
Saya dikejutkan oleh sungutan beberapa orang mahasiswa lelaki dan perempuan dari beberapa buah universiti di negara ini - universiti milik kerajaan dan sewasta -, mengenai sebilangan porofesor atau pensyarah yang bertabiat pilih kasih atau mengutamakan cinta terhadap mahasiswa - mahasuswa mereka, sehingga ramai dari mereka mengalami keadaan yang merugikan atau kecundang.
"Kami mahasiswa lelaki susah nak dapat markah, tak macam mahasiswa perempuan ..., pensyarah kami tak suka kami, tak beri marka baik, walaupun kami menjawab soalan - soalan dalam peperiksaan dengan sempurna,"kata seorang mahasiswa dari sebuah universti.
"Tapi mahasiswa wanita dapat markah baik, tinggi, lebih - lebih lagi yang sedia menjadi kekasih profesor ..., atau ikut pensyarah ke mana - mana, " katanya.
Seorang mahasiswa perempuan dari sebuah sebuah universiti pula membertahu, pensyarahkan lokek beri markah kepadanya, tetapi mana-mana mahasiswa yang baik dengan pensyarahnya mendapat markah yang baik walaupun mahasisa itu lemah dalam pelajarannya,"jelasnya.
Mereka telah menyebut nama beberapa profesor dan pensyrah yang seperti mereka katakan itu.
Saya tidak boleh percaya bulat- bulat akan cerita dua mahasiswa itu, tetapi setelah saya meninjau beberapa orang mahasisa lelaki dan prempuan yang menganggur dan tidak mendapat kelulusan yang baik, maka cerita tentang profesor dan pensyarah itu sama dengn cerita yang dibawa oleh dua dua orang mahasiswa tadi.
Manusia yang bergelar 'insan berkata-kata', tidak kira dia profesor, ulama atau siapa sahaja, apabiala nafsu telah menguasai otak, fikiran dan dirinya,maka dia akan menjadi seorang yang boleh melakukan apa sahaja.
Sama ada benar berlaku atau sengaja di adakan-sakan oleh para mahasiswa sahaja, tidak dapat saya tentukan, tetapi kalaulah benar ada,maka rosaklah nama baik para profesor disebabkan seorang berdua dari mereka yang melakukan perbuatan tidak baik atau pilih cinta dalam memberi markah kepada mahasiwa mereka.
Hendaknya tidak terus berlaku seperti peribahasa Melayu, iaitu risak susu sebelanga kerana nila setitiki atau sekor kerbau mambwa lumpur habis semua kerbau terpalit.
Tidak setakat itu sahaja, para mahasiswa yang menjadi rakan karib atau kekasih profesor atau pensyarah yang diberi markah baik itu, apabila mereka keluar ke tengah masyarakan umum, mereka akan menjadi ' orang bodoh dalam syarakat orang bijak' atau 'orang miskin mengusung ijazah'.
Perbuatan demikian mengakibatkan para mahasiswa kekasih pensyarah atau parofesor itu akan rugi,tidak mempunyai kelulusan yang sebanar dan sepanjang hidup mereka menjadi 'penipu' majikan tempat mereka bekerja dan orang ramai.
Selain dari itu nama universiti juga akan terjejas. Buruk dan tidak dihormati oleh orang ramai.
Sementara itu ada pula sungutan dari beberapa orang mahasiswa dari sebuah dua universiti swasat tentang pensyarah mereka sering punting - tidak datang ke kuliah dan sering memberi mahasiswa mereka bercuti tidak rasmi.
Perbuatan para pensyarah itu merugikan mahasiswa- mahasiswa yang telah membayar yuran pengajian mereka kepada universti - universiti berkenaan.
Mereka juga tidak mendapat ilmu seperti yang diharapkan.
Perkara curang seperti yang disebut dalam artikel ini patutlah diselidik oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi supaya amalan curang dan jahat di kalangan sebilangan profesor dan pensyarah itu tidak berlanjutan dan dibanteras.
(Habis)


No comments: