Wednesday, November 19, 2008

SELATAN THAILAN

BERIBU PEMUDA RELA MATI SYAHID

Oleh: Mokhtar Petah

Sheikh Abdullah Fahim telah berpesan kepada pemimpin kemerdekaan umat Islam empat wilayah, di selatan Thailand, Haji Slong Abdul Kadir; berjuanglah menuntut kemerdekaan bumi Melayu itu hingga ke titisan darah yang terakhir.
Pesanan ini telah berlaku dalam masjid Kepala Batas, Seberang Perai (kini Masjid Al Badawi), pada tahun 1953, iaitu selepas sembahyang fardu Asar, pada hari diadakan ihtifal sekolah agama Islam - Daeratul Maariful Wataniah.
Pada tahun itu juga, saya bersama tiga orang wartawan, telah melawat ke wilayah- wailayah di sana, dan Pattani tempat tinggal Haji Sulong. Kami telah pergi ke sana dengan manyamar sebagai lebai - memakai serban, baru potong Teluk Belang, kain palikat dan kayu capal dari kulit.

EMPAT WILAYAH

Di sana, saya mendapati sebilangan besar orang lelaki Islam bangun menentang kerajaan dalam perjuangan menuntut kemerdekaan empat wilayah tersebut.
Empat wilayah di Selatan Thailand itu adalah bumi milik bangsa Melayu,tetapi telah diserahkan oleh Inggeris kepada kerajaan Siam pada tahun 18.00
Orang Melayu di sana telah menentang langkah Inggeris penyerah bumi mereka kepada Kerajaan Siam.

MENENTANG TUNTUTAN

Semenjak penyerahan yang tidak halal itu, orang Melayu - umat Islam empat wilayah itu telah bangun menentang kerajaan Siam yang mereka anggap penjajah bentuk baru itu.
Perjuangan terus seterusnya di jalankan hingga sampai pada hari ini.
Malangnya Kerajaan Siam tetap menentang tuntutan orang Melayu di sana. Beribu- ribu orang Islam telah hilang tanpa kubur, dibunuh dan sebagainya oleh polis daan akar Siam.
Orang Melayu terus berjuang dengan menggunakan lima buah parti politik, diantranya Parti Ialam Pattani yang berhasrat menubuhkan negaar republik Islam Pattani.

SELURUH DUNIA

Saya diberitahu oleh kalangan umat Islam, di sana beberapa buah negara umat Islam di seluruh dunia telah memberi bantuan kepada orang Melayu yang berjuang di sana, di antar bantuan - bantuan itu, ialah wang, senjata dan makanan.
Malaysia tidak termasuk dala senarai negara-negara yang membantu umat Islam di sana, tetapi terdapat individu Melayu di Malaysia telah menghulurkan bantuan berupa wang dan makanan kepada mereka.
Baru ini beeribu- ribu pemuda Melayu di seluruh Selatang Thailand telah mengadakan berjumpaan berasing di beberapa tempat dalam rimba dan di luar negara, telah berikrar dan bersumpah akan meneruskan jihad membebaskan tanah air mereka.

No comments: