Tuesday, July 12, 2011

MENGENANG MASA SILAM




SULTAN TIDAK MAHU AMPUN

IKUT HUKUM ISLAM

Bermula dari pertemuanku dengan Sultan Idris Shah di rumah Sheikh Abdullah Fahim, di Kepala Batas, Seberang Perai pada tahun 1954, apabila Baginda menduduki takhta Kerajaan Negeri Perak, maka aku sebagai rakyat marhein sentiasa berdampingan dengan Baginda.

Elok aku mencatat pengalamanku di sini, iaitu kira-kira dua tahun sebelum Sultan Yusuf Izzuddin Shah mangkat, aku sering mengadap Baginda dan Raja Perempuan Ta’yah di Istana Iskandariyah, Bukit Chandan. Kadang-kadang aku datang ke Istana Iskandariyah bersama Raja Razman dan Raja Hanif Shah. Mereka adalah pensasihat kebudayaan dan hal ehwal rakyat kepada Sultan Yusuf.

Sultan Yusuf seorang Raja memerintah yang kuat berpegang pada semangat kebangsaan Melayu. Dalam percakapan denganku, Baginda lebih cenderung kepada parti-parti politik yang telah diharamkan oleh Kerajaan Inggeris, iaitu kesatuan Melayu Muda (KMM), Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

Mengenai UMNO, Sultan Yusuf telah menerangkan kepadaku sama dengan yang telah diterangkan oleh Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz bekas Setiausaha Agung UMNO Malaya.

BRITISH RASA TERGUGAT

Menurut Sultan Yusuf, apabila parti Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) telah ditubuhkan, Kerajaan British rasa tergugat dan sentiasa mencurigai parti-parti itu. Pada satu malam Ahad, akhir bulan Disember 1945, Penasihat-penasihat British (British adviser) Negeri-negeri Pahang, Perak, Kedah, Selangor, Negeri sembilan dan Johor telah mengadakan majlis jamuan makan malam dan tari menari, di sebuah hotel, di Cameron Highlands, iaitu sempena menyambut perayaan Hari Christmas.

Di antara orang-orang kenamaan Melayu yang telah diundang ke majlis itu, ialah Raja Muda Yusuf, Onn bin Jaafar, Panglima Bukit Gantang, Haji Ab dul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz, Raja Kamaruzzaman bin Raja Mansor (Raja Kecil Tengah), Zainal Abidin bin Haji Abas, Raja Haji Shahar bin Raja Harun dan Raja Azam bin Raja Kamaruzzaman.

Dalam majlis itu, para Penasihat British tersebut telah mengingatkan Onn Jaafar, Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab dan mereka yang hadir, bahawa ’bahaya dari gunung’ akan tiba, iaitu Parti Hizbul Muslimin pimpinan Ustaz Abu Bakar al Baqir, Gunung Semanggul, Perak, bahaya kepada orang-orang Melayu yang mendapat pendidikan England atau London Orientation dan masa depan mereka akan menjadi kabur.

Cerita Sultan Yusuf lagi, bahawa penasihat-penasihat British itu telah menjelaskan, iaitu Hizbul Muslimin adalah membawa ideologi Islam seperti yang dianut oleh parti Ikhwanul Muslimin Mesir. Kalau parti itu berjaya memerdekakan Tanah Melayu, masalah besar akan timbul, di antaranya mereka yang berpendidikan England atau London Orientation akan tidak ada tempat atau peluang memerintah Tanah Melayu kerana mereka tidak mempunyai ilmu pengetahuan Islam.

PARTI KEBANGSAAN MELAYU

Penasihat-penasihat British itu telah menasihatkan pemimpin-pemimpin Melayu itu supaya menubuhkan sebuah parti politik nasionalis Melayu untuk membunuh Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

Menurut Sultan Yusuf, para menasihat British itu menentang konsep perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), iaitu Satu negara:Negara Melayu, satu bangsa:Bangsa Melayu, satu bahasa: Bahasa Melayu dan agama Islam menjadi agama Negara Melayu.

Dalam perjumpaan itu, Onn Jaafar telah memaklumkan kepada penasihat-penasihat British itu, iaitu orang Melayu sukar untuk disatukan dalam sebuah parti politik, kerana mereka mempunyai sikap kenegerian yang kuat. Penasihat-penasihat British itu telah memberi jaminan, bahasa pihak Pejabat Setiausaha Tanah Jajahan British ada isu yang boleh menyatukan orang-orang Melayu.

”...ape isunye..., mike tau?’ Sultan Yusuf bertanya kepadaku.

”Ampun, Tuanku, patik ..., Tuanku...,”aku menyembah kata.

”...Malayan Unionle..., deme udah susun...,”titah Sultan

Yusuf.

Sultan Yusuf memberitahu lagi, setelah British mengadakan Malayan Union, maka Onn Jaafar dan Haji Abdul Wahab serta rakan-rakan mereka telah menubuhkan parti kebangsaan Melayu, iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu – PEKEMBAR atau UMNO.

DAYANG – DAYANG ISTANA

Raja Perempuan Taayah suka membuat kuih muih tradisional Melayu dan almarhumah juga suka santap kuih muih tersebut. Kuih muih itu di antaranya, ketayap, anak dara dua sebilik, lepat pisang, buah Melaka, badak berendam dan lepat ubi. Tetapi kebanyakan kuih muih itu dibuat oleh tukang-tukang masak (perempuan) atau dayang-dayang Istana.

Aku sering dijemput oleh Raja Perempuan Taayah untuk makan kuih muih di istananya. Baginda memerintahkan pemandu kereta istana, Chu Saad mengambilku dengan kereta istana (Morris Minor) dan membawaku ke Istana Iskandariyah.

Pada satu hari, Raja Perempuan Ta’ayah telah bertanya kepadaku mengenai hukum orang menyiksa anak yatim. Aku telah menerangkan kepadanya mengenai Allah menegah melakukan tidak baik kepada anak yatim. Almarhumah telah memberitahu kepada aku, bahawa dia telah menyiksa seorang anak yatim di istana, di Batu Gajah, iaitu dengan menggosok kepala anak yatim itu dengan seterika yang menggunakan arang kayu. Tidak lama kemudian kepala Allahyarhamah telah menjadi botak.

Sultan Yusuf menceritakan kepadaku akan hal-hal mengenai kehidupan rakyat jelata, karenah para politikus Melayu yang berselisih faham sesama mereka. Ada di antara mereka menyertai perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan, tetapi mereka itu menjadi orang-orang harapan penjajah Inggeris.

KISAH PUTUS CINTA

Almarhum Sultan Yusuf juga telah menceritakan kisah ’putus cinta’nya dengana bekas kekasih dan isterinya Nurizan. telah bercerai dengan Nurizan kerana perempuan itu telah jatuh cinta kepada seniman P.Ramlee. Perkahwinan Norizan dengan P.Ramlee berakhir dengan perceraian juga.

Sepanjang tahun-tahun aku berdampingan dengan Sultan Perak, Al marhum Sultan Idris Shah,aku telah melibatkan diriku dengan Baginda sebagai:

1 Juru foto.

Pada waktu-waktu mengikut Baginda melawat ke kawasan luar bandar, aku telah diminta menggunakan kameranya untuk mengambil berbagai-bagai objek.

1 Pemburu binatang liar.

Mengikut Baginda memburu haiwan-haiwan liar seperti rusa

dan kijang dengan dikawal oleh anggota-anggota Pasukan Keselamatan dalam rimba raya Banding, Hulu Perak.

2 Tukang motorbot.

Pada waktu-wakut Baginda bertukang motorbotnya, bila aku tiba, baginda berbincang denganku mengenai botnya, seperti huluan dan buritan, perut, lantai bot dan sebagainya.

3 Pelukis.

Baginda sering melukis gambar-gambar pemandangan dan abstract. Pada waktu-waktu aku berada di sisi Baginda sedang melukis, Baginda telah bertitah tentang keindahan lukisan-lukisannya yang abstract itu. Kadang-kadang kami ketawa melihat gambar gadis berbogel lukisan karya Baginda.

4 Bomoh.

Pada masa Baginda baru pulang dari Keroh (Pengkalan Hulu), iaitu setelah bertemu dengan perempuan cantik – isteri seorang lelaki petani Siam di Teluk Ayam, Betong, Selatan Siam-Baginda telah menunjukkan kepadaku gambar perempuan itu yang diambil dengan kameranya. Baginda telah meminta aku menjampi gambar prempuan itu supaja dia jatuh hati kepada Baginda.Mahu tidak mahu aku telah menjampi gambar perempuan itu dengan al Fatihah dan ayat-ayat Quran. Kemudian perempuan itu telah menganut agama Islam dan berkahwin dengan Baginda, memakai Satira.

5 Penggubah lagu.

Pada waktu Baginda sedang menggubah lagu untuk pancaragamnya, “Rashah Combo’, Baginda telah bertanya kepadaku tentang kata-kata puitis untuk lagunya. Sepanjang bulan-bulan ‘cinta dan rindu’ Baginda kepada Satira, Baginda telah minta aku menulis sajak atau lirik lagu-lagunya yang berunsur cinta dan rindu. Di antaranya ’Gunung Kenerong’ Lagu itu telah dimainkan oleh ‘Rishah Combo’ dan Radio Malaysia stesen Ipoh.

6 Orang bijak Raja.

Pada masa Tan Sri Ghazali Jawi menjadi Menteri Besar Perak kali yang kedua (1974 – 1977) dan Datuk Seri Wan Mohamed bin Haji Wan Ten (1977 –1982) telah berlaku krisis antara Baginda dengan Menteri Besar dan pihak UMNO, maka aku telah diminta oleh Baginda menjadi ’orang bijak raja’ penasihat hal ehwal politik peribadi Baginda.

Pada satu malam dalam bulan Puasa, telah berlaku satu kejadian menggemparkan penduduk-penduduk di sekitar Bukit Chandan, kerana seorang remaja anak jirannya yang masih menuntut di sekolah menengah, terkena peluru dari senapang adik kepada Sultan Idris, Raja Ahmad Saifuddin atau Tengku Tam.

MAHKAMAH MENENTUKAN HUKUMANNYA

Perkara itu telah menjadi perkara atau kes polis. Sultan Idris Shah, adalah seorang raja pemerintah yang tegas dan berpegang kepada falsafah dan adat Melayu, iaitu, ’biar mati anak jangan mati adat’. Baginda tidak mahu campur dalam perkara itu, seperti menggunakankan kuasa Baginda membatalkan perkara tersebut. Adinda Baginda sendiri telah melakukan kesalahan, maka dia mesti dibicarakan dan terpulang mahkamah menentukan hukumannya. Berikut ini adalah tulisanku untuk sebuah surat khabar Melayu:

”Aku tak campur, cederakan orang, ...bunuh orang, aku tak boleh ampun, kerja Allah Taala...,” titah Sultan Idris Shah kepada adindanya, Raja Ahmad Saifuddin atau Tengku Tam.

”Raja lain boleh ampun, tapi aku tak, ...hee, tak sior nganggun dosa oghang weh, dosa aku sendighi pun tak tertanggung.” titah Sultan lagi.

Sultan telah bertitah kepada adindanya pada hari yang kedua setelah polis menjalankan penyiasatan ke atas Raja Tam kerana sabit dengan satu kejadian dia telah menembak seorang penuntut yang menjadi jirannya.

Kejadian itu telah berlaku dalam bulan puasa dalam tahun 1970-an, iaitu pada satu malam yang hampir dengan malam tujuh likur, penuntut itu bersama rakan-rakannya sedang bermain mercun dan panjut di halaman rumah mereka di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Pada Malam itu Raja Tam sedang mengalami kerunsingan..... Dia telah mempunyai isteri pertama dari keturunan raja juga dan mempunyai beberapa orang anak.

MEMBERI PENGAMPUNAN DIRAJA

Setelah polis menjalankan penyiasatan, Raja Tam telah pergi ke Istana Iskandariyah untuk mengadap kekandanya, Sultan Idris Shah dan dia telah memohon kekandanya memberi pengampunan diraja sekiranya pada hari perbicaraan dalam Mahkamah Tengah dia didapati bersalah.

Memang telah menjadi kelaziman kepada Sultan-Sultan di Tanah Melayu memberi pengampunan kepada saudara mara dan keluarga mereka kalau mahkamah mendapati mereka bersalah melakukan sesuatu perbuatan jenayah.

Sultan Johor, Sultan Ismail pernah mengampunkan anaknya. Hakim yang membicarakan kes itu ialaha Hakim Raja Azlan Shah (kini Yang Dipertuan Agong) dan pendakwaan dijalankan oleh Pendakwa Raya Tan Sri Salleh Abas (sekarang Tun).

Sultan Idris tetap tidak mahu mengampun adiknya jika didapati bersalah.

DEWAN UNDANGAN NEGERI

Pada masa itu Raja Arif Shah menjadi majistret Mahkamah Rendah Kuala Kangsar.

Kerana perbicaraan atas Raja Tam akan diadakan di Mahkamah Tengah, maka Mahkamah Rendah Kuala Kangsar akan bertukar (sementara) menjadi Mahkamah Tengah dan Presidennya seorang Cina dari Pulau Pinang.

Kira-kira seminggu sebelum perbicaraan dijalankan, Kadi Mahkamah Syariyah Kuala Kangsar, Allahyarham Haji Zakaria bin Mat Dohor menjemput saya datang ke pejabatnya kerana menurutnya ada perkara mustahak nak dibincangkan.

(Allahyarham Haji Zakaria, setelah bersara dari jawatan kadi, dia telah bertanding sebagai calon PAS dalam kawasan Dewan Undangan Negeri- Belanja - , Parit, Perak).

Saya telah tiba di pejabatnya dan saya mendapati Allahyarham Raja (Dato’) Hanif Shah bapa saudara Sultan Idris, Raja Arif Shah majistret (bapa mertua Sultan Idris) dan Allahyarham Ustaz Najmuddin bin Haji Ahmad (Guru Pelawat agama sekolah-sekolah Kebangsaan daerah Kuala Kangsar).

KAMI CARI JALAN

Sebaik-baik sahaja saya memberi salam dan mengambil tempat duduk di sisi Raja (Dato’) Hanif Shah, Haji Zakaria berkata, ” Ha, dia ni boleh beri fikiran.”

Saya telah merenung wajahnya dan wajah-wajah di kiri kanan saya. Mereka merenung kepada saya.

”...apa, apa hal ni?” Saya bertanya.

”Begini...,”Raja Arif Shah bersuara.

“...Tuanku titah kami cari jalan, macam mana nak buat,...ialah Tengku Tam yang nak bicara seminggu lagi,” katanya lagi.

“Dia tu akan dituduh tembak orang, …mike bukan tak tau, kan mike yang tulis beritanya…?” celah

Raja (Dato’) Hanif Shah.

” Macam mana, bicaralah..., kalau didapati bersalah Sultan boleh ampun,” saya berkata dengan merendahkan suara.

”Itu benor, tapi Tuanku tak mau ampun...,Baginda titah, kalau Baginda ampun, dosa adindanya kepada Allah dan orang itu tak lepas juga,” kata Raja Arif Shah.

”Ia, itu betul, Engku,”saya membetulkan cakap majistret tua itu.

Saya melihat Raja (Dato’) Hanif Shah menggaru-garukan kepalanya dan Haji Zakaria menggelisah.

“Ini Sultan titah, Mokhtar...,”kata Raja (Dato’) Hanif Shah.

”Begini, kita sembahkan kepada Baginda, biar perbicaraan tu dijalankan ikut Mahkamah Islam, ...kalau diyat, bayar sajalah...”kata saya.

”Ia, ia, ...jalan tu sangat baik, “kata Haji Zakaria.

Raja Arif Shah Mengangguk. Raja (Dato’) Hanif Shah mengangguk dan merenung saya.

“Tapi bolehkah mahkamah sekarang ni dijadikan Mahkamah Islam buat sementara” saya bertanya kepada Raja Arif Shah.

“...itu, saya agak boleh, kita boleh berunding dengan Tuan Presiden, ...kalau Sultan mau, tentu boleh kerana Baginda Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu negeri ini,” kata Raja Arif Shah.

Pendapat saya itu telah diterima sebagai pendapat yang hak untuk menentukan kehendak Sultan Idris Shah.

BICARA MENGIKUT ISLAM

Esoknya kami telah mengadap Sultan Idris Shah.Setelah Baginda mendengar pendapat kami itu, Baginda setuju kes adindanya itu dibicarakan

mengikut Islam dalam Mahkamah yang tidak bercorak Islam.

Apabila perbicaraan berjalankan, Haji Zakaria telah menjadi penasihat hukum Islam – qisas dan diyat -, kepada Presiden Mahkamah Tengah, manakala aku berada dalam kamar hakim untun membantu Haji Zakaria.

Perbicaraan itu berakhir dengan mahkamah mendapati Tengku Tan tidak sengaja atau tertembak pemuda itu, maka dia telah dijatuhkan hukuman mengikut hukum Islam yang berdasarkan hukum dalam Quran, iaitu Tengku Tam dikenakan membayar diyat. Pertimbangan yang telah dilakukan oleh Presiden dengan nasihat Kadi Haji Zakariah, Tengku Tam didiyatkan dengan tiga ekor atau sembilan ekor lembu atau wang tunai sebanyak nilai sembilan ekor lembu itu.

Sultan Idris telah menolong adindanya, iaitu dengan wang Baginda sendiri telah membayar diyat yang telah dikenakan ke atas adindanya.

(Disunting dari manuskrip buku, Memoir Mokhtar Petah – Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)

MAKSUD AYAT QURAN




QARUN DITELAN BUMI

Sesungguhnya Qarun itu masuk kaum Musa (Nabi Musa alaihis salam), tetapi dia melakukan aniaya kepada mereka (orang – orang miskin), dan Kami (Allah) kurniakan kepadanya kekayaan, yanjg anak kuncinya berat dipikul sekumpulan orang yanhg gagah. Perhatilah pada ketika kaumnya berkata kepadanya: Janganlah anda bangga (sombong); sesungguhnya Allah tidak menyukai (benci) orang – orang yang membanggakan diri (sombong).
– Al Qasas:76.
Lalu dia (Qarun) dan rumahnya Kami (Allah) benamkan ke dalam bumi, dasn dia (Qarun) tidak ada golongan yang akan menolongnya, selain dari Allah, dia sendiri tidak berupaya menolong dirinya sendiri.
– Al Qasas:81

Nota.
Qarun adalah dari kerabat Nabi Musa alaihis salam dan seorang yang alim, iaitu dari golongan ulama Islam pada zaman Nabi Musa. Dia menjadi orang kaya raya setelah dia meminta Nabi Musa mengajar ilmu menjadikan segala benda – batu, kayu dan lain – menjadi emas.Rupa – rupanya kekayaan trelah membutakan mata hati Qarun. Hawa nafsunya menyelubungi dirinya. Dia menentang hukum Allah dan kerabatnya, Nabi Musa serta menghina orang – orang yang miskin dalam masyarakatnya.Allah menimpakan azab kepadanya seperti firman Allah yang maksud di atas ini.Maka, kita, walau tinggi mana kedudukan, kekuasaan dan kekayaan kita, janganlah sombong atau takbur terhadap orang ramai – orang – orang miskin – dan mereka yang memohon pertoolongan. Jika melakukan demikian jua, tunggulah, Allah dengan kuasa ‘Kun fa yakun’ (Jadi, maka jadilah).

Monday, July 11, 2011

MENGENANG MASA SILAM




ZULKIFLI MUHAMMAD
DAN
GAGASAN MALAYSIA

Apabila Tunku Abdul Rahman membuat ucapannya di Singapura pada 27 Mei 1961, dan dia telah menyebut betapa baiknya negeri-negeri di Borneo bersatu dengan Persekutuan Tanah Melayu, maka keyakinanku kepada cerita dan kertas rahsia Usmar itu menjadi kuat.
British dan sekutunya khuatir akan kebangkitan semula rakyat dalam kawasan Kalimantan Utara atau Borneo setelah kegagalan revolusi anjuran Parti Rakyat Brunei(PRB) pada 8 Disember 1962. Jika kawasa atau wilayah itu – Brunei, Sarawak dan Sabah -, membentuk dirinya sebagai Negara Kesatuan Kalimantan Utara, maka semua harta, terutama minyak, milik syarikat-syarikat Inggeris dan sekutunya akan diambil alih pemeritah yang baru itu.
Setelah terbentuknya gagasan Malaysia pada 16 Sepetember 1963 maka Republik Indonesia telah berkonfrantasi dengan Malaysia. Konfrantasi itu telah berakhir pada Ogos 1966.
GAGASAN MALAYSIA
Di Persekutuan Tanah Melayu, boleh dikatakan semua parti politik dan pertubuhan , pada dasarnya bersetuju dengan gagasan Malaysia. Parti Islam Se Tanah Melayu (PAS) dan Parti Rakyat juga bersetuju dengan gagasan itu.Namun demikian, tanggapan parti-parti politiki ini tentang cara, bentuk dan liputaan gagasan Malaysia itu agak berbeza.
Parti-parti pembangkang telah menentang tentang cara, bentuk dan liputan gagasan Malaysia itu. Di antara ahli-ahli politik yang lantang menentang, ialah Profesor Zulkifli Muhammad Timbalan Yang dipertua Agung PAS.
Pada tahun 1964, seorang tokoh ulama, sastera dan politik Islam, Timbalan Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan ahli Dewan Rakyat (Bachok), Kelantan, Prof.Dato’ Zulkifli Muhammad telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di atas jambatan Kuantan pada malam 6 Mei 1964.
’Satu perkhabaran yang menyedihkan..., seorang ulama muda, sasterawan dan seorang negarawan – Encik Zulkifli Muhammad telah meninggal bertindih riba dengan isterinya, Cek Asiah binti Kamaruddin dalam satu pelanggaran jalan raya dekat Kuantan, Pahang pada 6 Mei 19643.
Allahyarham meninggal dalam perjalanan ke rumah saki – khilangan itu merupakan satu kerugian kepada bangsa Melayu di segala bidang.
Sebagai seorang negarawan jenazah Zulkifli dan isterinya telah diterbangkan dengan kapal terbang Tentera Udara Diraja daripada Kuantan ke Ipoh. Kapal terbang itu telah menjalankan tugas khasnya itu dengan perintah Tun Abdul Razak bin Hussein Menteri Pertahanan.’
Kerana pada ketika aku melaku penyelidikan untuk menulis buku biografi Zulkifli Muhammad, bapanya, Haji Muhammad bin Arshad telah memberi syarat kepadaku, iaitu dia akan memberi kerjasama denganku kalau aku sanggup menulis dan merakamkan dalam buku itu nanti, akan semua fakta dan segala yang ada hubung kait dengan Zulkifli Muhammad, maka aku telah bersetuju dengan syaratnya itu.
MAKHAMAH TINGGI
Setelah buku itu terbit dan beredar dalam pasaran, pihak ibu mertua Zulkifli Muhammad telah menyaman aku dan penerbit buku itu. Perbicaraan dijadualkan dalam Mahkamah Tinggi, Kota Bharu, Kelantan.
Belum sempat perbicaraan itu dijalankan, satu rundingan di luar mahkamah bagi menyelesaikan perkara itu telah diadakan. Peguam Tengku Ahmada Rethaudeen telah mewakili pihak aku dan penerbit buku itu. Dalam rundingan itu, peguam telah memaklumkan apa yang telah ditulis dalam buku itu - yang menimbulkan rasa tidak puas hati oleh pihak yang menuntut - , tidak ada niat yang buruk, tetapi semata – mata untuk merakamkan fakta sebenar dalam biografi Allahyarham Zulkifli Muhammad dan bertujuan baik. Dengan persetujuan bersama, satu perenggan dalam buku itu telah dimansuhkan.
Dalam buku itu aku telah merakamkan sebuah sajak ’ Zul Dalam Kenangan’ seperti berikut:
Zul,
Hangat sejuk mesra tanganmu mendakap jari jemariku masih
terasa,
Nada madahmu antara mendayu dan dentuman petir masih nyata,
Senyum hilaimu daripada mata tajam tergaris pada sukma,
Kau punyai nafas mesra...
Zul,
Kini kau tiada di samping kami...,
Pergilah ke wajah Tuhan kita – kami warismu dan ke sana jua,
Doa restu kami kau dan pujaanmu dalam pelukan Tuhan,
Pecipta segala,
Dan di bibir kami namamu berpesta.
Zul,
Bagi semua pujangga kau sasterawan bangsa,
Kau Negarawan ulung di atas bumi pusaka,
penjunjung kalimat Qudus kau ulama kasteria,
Ibnu Khaldun rakanmu, Iqbal taulanmu.
Zul,
Bila kala kau ditatang melintasi wajah kami ke pusara,
Pada hibalah kami menyambut pamitanmu di hujung masa,
Aku rakanmu, dalam gelanggang yang sama.
Zul,
Bersemadilah,
Ke syurgalah,
Kami ini insan masih berkayuh biduk jua,
Bagi kami, bagi bangsa menjunjung perintah Pencipta segala.
Sebagai mengiring buku ’Zulkifli Muhammad Dalam Kenangan’ itu, sebuah buku prasejarah dan politik, berjudul ’Bangsa Melayu Menggugat Dunia’ (Jawi), telah diterbitkan oleh penerbit yang sama. Buku itu adalah himpunan rencana-rencanaku yang tidak sempat disiarkan dalam surat khabar suara UMNO, bulanan ’Merdeka’ yang diterbitkan di Ibu Pejabat UMNO, di Johor Bharu.
SURAT KHABAR
Pengarang surat khabar bulanan ,Merdeka’ , Sheikh Anwar telah meminta aku menulis artikel bersiri untuk surat khabar tersebut. Hanya beberapa buah sahaja artikelku sempat disiarkan, maka telah berlaku krisis dalaman – antara Sheikh Anwar dengan Jawatankuasa suratkhabar itu yang menyebabkan surat khabar itu terhenti sementara. Artikel-artikelku itu tidak sempat disiarkan. Sheikh Anwar telah mengirimkan semula artikel-artikel tersebut kepdaku. Dalam suratnya dia berharap aku membukukan semua artikel itu.
Akhbar bulanan ’Mereka’ telah diterbitkan semula pada tahun 1964, oleh Percetakan Malaya Merdeka, No.13, Jalan Bungan Kantan, Setapak Kuala Lumpur. Tetapi terpaksa diberhentikan penerbitannya kerana tidak mendapat sambutan dari ahli-ahli UMNO.
Kira-kira setahun setelah buku ’Bangsa Melayu Menggugat Dunia’ itu terbit, seorang pensyarah di Hawaii Universiti, Hawaii, Barbra Andaya telah datang ke rumahku dengan membawa salinan naskhah buku itu. Dia telah membuat kajian mengenai Semenanjung Tanah Melayu dengan berpandukan buku tersebut. Kira-kira seminggu dia telah tinggal bersama keluargaku, di Kuala Kangsar.
FAKTA SEJARAH
Profesor Khoo Kay Kim dari Universiti Malaya, telah mengirim surat kepadaku meminta aku menerima seorang mahasiswanya, Johan, dari Negeri Sembilan, untuk menggunakan buku ’Bangsa Melayu Menggugat Dunia’, untuk digunakan sebagai kajian untuk tesisnya bagi melayakkannya mendapat ijazah dari universiti tersebut. Johan telah tinggal bersama keluargaku, di Kuala Kangsar, selama beberapa hari untuk mengkaji dan berbincang denganku mengenai kandungan buku tersebut.
Pada masa itu beberapa orang mahasiswa universiti Malaya, yang menuntut dalam jurusan sejarah dan sains politik telah datang menemuiku untuk mendapat penjelasan dariku mengenai buku ’Bangsa Melayu Menggugat Dunia’. Mreka telah hairan mengenai beberapa fakta sejarah dalam buku tersebut berbeda dengan fakta-fakta sejarah dalam buku-buku yang mereka telah mempelajari.
Mereka telah meminta aku menjelaskan beberapa fakta sejarah dan pengalamanku sejak tahun 1951 hingga tahun 1960-an. Mereka juga telah berbincang denganku mengenai beberapa fakta sejarah dalam kebanyakkan buku-buku sejarah yang telah meragukan mereka.
PENASIHAT BRITISH
Aku telah menerangkan kepada mereka, bahawa kebanyakkan buku-buku sejarah Melayu telah ditulis oleh bekas pegawai-pegawai British yang memerintah, seperti penasihat British, maka mereka telah mengikut selera penjajah atau memang diarah supaya menulis begitu.
Kemudian, buku-buku mereka menjadi buku teks atau rujukan pelajar-pelajar Melayu. Akibatnya fakta sejarah bangsa Melayu telah menjadi celaru atau tidak tepat, bahkan salah.
Aku juga telah menerangkan kepada mereka, iaitu, oleh kerana sebilangan besar orang Melayu lalai atau tidak menghargai sejarah bangsa mereka sendiri, maka ramai dari generasi Melayu selepas merdeka tidak memgahami cita-cita dan perjuangan orang Melayu sebelum negara ini bebas dari penjajah Inggeris.
”Sesiapa yang tidak mengambil berat akan sejarah bangsanya, maka dia boleh dianggap pengkhianat kepada bangsanaya sendiri,” aku telah berkata kepada penuntut-penuntut itu.
(Disunting dari manujskrip buku, Memoir, Mokhtar Petah - Patah Sayap Bertongkat Paruh, oleh: Mokhtar Petah).


PENGETAHUAN



MENCEGAH RASUAH

Di seluruh dunia, manusia yang menceburkan diri dalam bidang sosio-poilitik, sosio-ekonomi dan apa jua bidang termasuk sukan kenal dengan perkataan dalam bahasa Inggeris corrupat ,bahasa Arab atau bahasa Quran, akkaalu dan bahasa Melayu, makan suap, tumbuk rusuk, politik wang, buah tangan dan duit bawah meja.
Di kalangan ahli-ahli perniagaan yang terdiri dari orang-orang China wujud pula perkataan- perkataan, ‘agong’(ertinya wang yang ada gambar wajah Yang Dipertuan Agong) dan termasuk dalam bahasa China, ‘ampau’(hadiah hari perayaan China) dan kautim (wang berunding).
Akta Mencegah Rasuah 1961 (semakan 1971), semua pindaan hingga Mei,1999 termaktub seperti berikut:
BAHAGIAN 1
PERMULAAN
Tajuk ringkas
1 . Akta ini boleh dinamakan Akta Mencegah Rasuah, 1961
2 . Dalam Akta ini melainkan jikan kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain –
‘egen’ ertinya mana-mana orang yang diambil bekerja oleh atau bertindak bagi pihak orang lain, dan termasuklah seseorang memegang amanah, pentadbir dan wasi, dan seseorang yang berkhidmat di bawa mana-mana badan awam, dan bagi maksud 14 termasuk seseorang kontraktor kecil dan mana-mana orang yang diambil bekerja oleh atau bertindak bagi kontraktor kecil itu;
‘suapan’ termasuklah –
( a ) wang atau apa-apa pemberian,pinjaman,
bayaran, hadiah, cagaran berharga atau
lain-lain harta atau kepentingan harta
walau apa- apa jenis, sama ada boleh dialih
atau tidak boleh dialih.
( b ) Apa-apa jawatan, taraf, pekerjaan, kontrak,
atau perkhidmatan, dan mana-mana
persetujuan untuk memberi pekerjaan
atau perkhidmatan dalam mana- mana
jawatan;
( c ) Apa-apa bayaran, pelepasan, pembebasan
atau penghapusan mengenai mana-mana
pinjaman, kewajipan atau lain-lain
tanggungan sekalipun, sama ada
keseluruhan atau sebagainya;
( d ) Apa-apa balasan yang berharga walau apa
jenis, apa diskaun, komisen, rebet, bonus,
penolakan atau peratus;
( e ) Apa-apa ketiadaan mendapat wang atau
barang bernilai atau benda yang berharga;
( f ) apa-apa bantuan, peruntukan, persetujuan
atau pengaruh, atau bantuan, peruntukan,
persetujuan atau pengaruh yang berupa-
pura, dan apa-apa perjanjian atau pen-
dapatan, atau persetujua atau percubaan
untuk mendapatkan apa-apa harapan,
pemberian, pinjaman, bayaran, hadiah,
balasan atau suapan dalam erti perenggan ini;
( g ) apa-apa perkhidmatan, kemudahan atau keuntungan yang lain
walau apa jenis sekalipun, termasuklah melindungkan dari apa-
apa hukuman atau pelucutan yang terjadi atau yang ditakuti atau
dari apa-apa tindakian, atau perbicaraan tatatertib atau jenayah,
sama ada telah dimulaikan atau tidak, dan termasuklah
menjalankan atau tidak menjalankan apa-apa hak atau mana-
mana kuasa atau kewajipan yang rasmi;dan
( h ) apa-apa tawaran, usaha atau perjanjian mengenai
suapan dalam erti peranggan ( a ) sampai ( g );
‘kesalahan di bawah akta ini’ ertinya sesuatu kesalahan yang boleh
dihukum di bawah seksyen 3, 4, 5, 7, 8 atau 9 datermasuklah –
( a ) sesuatu percubaan melakukan kesalahan;
( b ) sesuatu persubahatan mengenai atau sesuatu pakat jahat jenayah
untuk melakukan (iaitu kehendak-kehendak yang ditakrifkan
dalam kanun keseksaan) mana-mana kesalahan itu, sama ada
kesalahan itu dilakukan atau tidak oleh sebabnya;
‘kesalahan yang ditetapkan’ ertinya sesuatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 161, 162, 163, 164, 165, 213, 214, atau 215 dalam Kanun Keseksaan atau seksyen 137 dalam Akta Kastam, 1967, dan termasuklah –
( a ) sesuatu persubahatan mengenai atau sesuatu pakat jahat jenayah
unhtuk melakukan (iaitu kehendak-kehendak yang ditakrifkan
dalam Kanun keseksaan) mana-mana kesalahan itu, sama ada
kesalahan itu dilakukan atau tidak oleh sebabnya;
‘prisipal (pengetua)’ termasuk mana-manan majikan mana-mana orang
yang berkepentingan di bawah sesuatu amanah, dan mana-mana amanah
harta pusaka (seolah-olah iainya seseorang), mana-mana orang yang
berhak mendapat faedah dari harta pesaka si-mati, harta pesaka si-mati itu
(seolah-olah seseorang) dan, berkenaan dengan mana-mana orang yang
berkhidmat di dalam sesuatu badan awam, termasuklah badan awam itu;
‘badan awam’ termasuklah –
(a) Kerajaan Malaysia;
(b) Kerajaan sesebuah negeri;
(c) mana-mana jabatan, perkhidmatan atau usaha Kerajaan
Malaysia atau sesebuah negeri.
(d) mana-mana perbadanan, majlis, lembaga,pesuruhjaya
atau badan lain yang ada kuasa untuk bertindak di bawah
dan bagi maksud mana-mana undang-undang bertulis yang
berkuat kuasa dalam Malaysia atau mana-mana bahagiannya
berhubung dengan kerajaan tempatan, kesihatan awam
atau usaha-usaha mengenai kegunaan awam, atau sebaliknya
ada kuasa untuk mentadbir kumpulan-kumpulan wang
kepunyaan mana-mana Kerajaan dalam Malaysia, atau wang
yang didapati daripada kadar kadar,cukai atau bayaran-
bayaran men urut mana-mana undang-undang bertulis yang
berkuat kuasa dalam Malaysia atau mana-mana bahagiannya;
‘pegawai awam’ termasuklah mana-mana orang yang bekerja kekal atau sementara dalam sesuatu badan awam.

BAHAGIAN II
KESALAHAN-KESALAHAN DAN HUKUMAN-
HUKUMAN
Hukuman kerana rasuah
3. Mana-mana orang yang dengan sendirinya atau oleh atau bersama-sama dengan mana-mana orang lain ¬
(a) secara rasuah meminta-minta atau
menerima atau bersetuju menerima
untuk dirinya atau untuk mana-mana orang
lain; atau
(b) secara rasuah memberi, berjanji atau
menawar kepada mana-mana orang sama
ada bagifaedah orang itu atau orang lain,
apa-apa suapan sebagai suatu dorongan kepada atau hadiah untuk, atau berkenaan dengan ¬
(a) mana-mana orang yang melakukan atau tidak melakukan apa-apa mengenai apa-apa jua perkara atau urusan, yang sebenar atau yang dicadangkan atau yang mungkin berlaku;
(b) mana-mana anggota, pegawai, atau penjawat sesuatu badan awam yang melakukan atau tidak melakukan apa-apa mengenai apa-apa jua perkara atau urusan, yang sebenar atau yang dicadangkan atau yang mungkin berlaku, yang mana badan awam itu ada bersangkut-paut, adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya.
Hukuman mengenai urusan rasuah dengan ejen
4. Jika - ¬
(a) mana-mana ejen yang secara rasuah menerima atau mendapat, atau bersetuju menerima atau mendapat atau cuba mendapat, daripada mana-mana orang, untuknya sendiri atau untuk mana-mana orang lain, apa-apa suapan sebagai suatu dorongan atau hadiah supaya melakukan atau jangan melakukan, atau kerana telah melakukan atau tidak melakukan selepas berkuatkuasanya Akta ini, apa-apa perbuatan berhubung dengan perkara-perkara atau urusan prinsipalnya, atau supaya memberi atau jangan memberi kemudahan atau kepayahan kepada mana-mana orang berhubung dengan perkara-perkara atau urusan prinsipalnya;
(b) mana-mana orang yang secara rasuah memberi atau bersetuju memberi atau menawarkan apa-apa suapan kepada mana-mana ejen sebagai suatu dorongan atau hadiah supaya melakukan atau jangan melakukan, atau kerana telah melakukan atau tidak melakukan selepas berkuatkuasanya Akta ini, apa-apa perbuatan berhubung dengan perkara-perkara atau urusan prinsipalnya, atau supaya memberi atau jangan memberi kemudahan atau kepayahan kepada mana-mana orang berhubung dengan perkara-perkara atau urusan prinsipalnya; atau
(c) mana-mana orang dengan mengetahui memberi kepada seseorang ejen, atau jika seseorang ejen dengan mengetahui mengguna dengan niat hendak memperdayakan prinsipalnya, apa-apa resit, akaun atau suratan lain yang mengenainya prinsipal itu ada berkepentingan, dan yang mengandungi apa-apa pernyataan yang palsu atau silap atau cacat dalam mana-mana perkara penting, dan yang diketahuinya dimaksudkan untuk mengelirukan prinsipalnya;
ia adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabiJa disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya.
Hukuman maksimum yang lebih berat dalam perkara-perkara tertentu
5. Seseorang yang disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen 3 atau 4, jika perkara atau urusan berhubung dengan sesuatu kesalahan yang dilakukan itu adalah suatu kontrak atau cadangan bagi sesuatu kontrak dengan mana-mana badan awam, atau kontrak keci1 untuk menja1ankan kerja yang bersangkut-paut dengan sesuatu kontrak itu, bo1eh dikenakan denda tidak 1ebih daripada sepu1uh ribu ringgit atau penjara se1ama tidak 1ebih daripada tujuh tahun atau kedua-duanya. (bersambung)
(Disaring dari manuskrip buku, Pencegahan Rasuah, oleh: Mokhtar Petah

MAKSUD AYAT QURAN









HATI, MATA DAN TELINGA

Sesiapa yang dipimpin Allah, itulah orang yang menurut jalan yang benar; dan sesiaoa yang dibiarkan sesat; itulah orang – orang yang rugi.
Dan sesungguhnya, Kami jadikan untuk – isi – neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia,yang mempunyai hati – tetapi – tetapi tidak memaham dengan hatinya, mempunyai matan – tetapi – tidak melihat dengan matanya, dan mempunyai telinga – tetapi – tidak mendengar dengan telinganya. Orang – orang itu seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat – dari haiwan ternakan - , itulah orang – orang yang alpa – lalai.
– Ali Imran:178, 179.
Nota. Maksud dengan hati, mata dan telinga, ialah tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran. Orang – orang itu menjalankan pekerjaan, pemerintahan, hukumam dan lain mengikut hawa nafsu atau petunjuk dari orang – orang tidak beragama Islam.

Sunday, July 10, 2011

KISAH DARI NOVEL



MEMUJUK GADIS

Ir. Wahab seorang yang percayakan dirinya sendiri. Tidak percaya kepada takdir. Kalau dia mahukan sesuatu tetap akan diperolehinya. Kerana dia ada kedudukan dan ada banyak wang, biar seribu rintangan di hadapannya, dia tetap akan mengambil Julia Hani menjadi isterinya.
Bagi Wahab, wang segala-galanya. Sebagai seorang yang berpendidikan sekular, dia sering menyebut ‘money is sacond God’. Ada wang semuanya jadi. Manusia mulia kerana wang. Wang boleh mencorakkan dunia dan manusia.
“Apa susah, semua perempuan macam kambing, sua saja daun muda dimakannyalah, walau pun daun itu akan memudaratkannya..., Julia macam tu juga ...,” kata Wahab kepada rakanya, pegawai bank, Awang Zahid.
Awang Zahid senyum. Pendapat rakannya itu dianggap sebagai budak hingusan.Pendapat itu menghina kamu wanita. Dia berpegang kepada pendapat orang-orang alim; lelaki yang menghina kaum wanita terkeluar dari Suannah Nabi Muhammad. Berfikiran kurang waras. Sombong.
“I akan cari dia, biar dia melutut depan I ..., dia ingat I siapa ..., ini Wahablah ...,” kata Wahab kepada Awang Zahid.
“Suka hati youlah Wahab ..., tapi you percayalah cakap I, kalau manisan lebah jangan you nak jadikan manisan kelulut ...,” kata Awang Zahid.
PENYAKIT IGAUWAN
Awang Zahid berasal dari Bagan Datoh. Sebelum melanjutkan pelajarannya, di sebuah universiti di Australia, dia telah menerima pendidikan di sekolah menengah Izzuddin, di Ipoh.
“You bercakap macam orang politik ..., macam ahli falsafah ...,” balas Wahab dengan senyum tawar.
Awang Zahid senyum.
Wahab tiba di Bandar Raya Ipoh tepat jam 11.00 pagi. Perutnya masih kosong. Kerana penyakit angaunya, dia terlupa hendak mengisi makanan dan minuman ke alam ususnya. Dua ulas bibir mulutnya telah hitam kerana banyak merokok. Dia seperti orang lain juga; apabila kecewa, runsing, duka cita atau putus asa, puntung-puntung rokok sentiasa terjulur di bibirnya.
Dalam sebuah kedai minuman keras dalam Pekan Baru, Wahab menonggahkan segelas arak ke dalam ususnya. Air alkohol itu membakar darahnya. Panas. Fikirannya segar mulai menyimpang dari asas fikiran manusia kamil. Kurang waras. Pada ketika itu dia berkeadaan sama dengan pemimpin-pemimpin dunia yang menuangkan arak ke dalam usus masing-masing pada ketika merangka rancangan keamanan. Mereka menjadi pemabuk melaungkan keamanan tetapi tangan berlumuran darah manusia.
Wahab mengeluarkan secebis kertas dari saku seluarnya. Pada kertas itu tercatat alamat pejabat Julia Hani. Alamt itu telah merangsang hatinya untuk bertemu dengan gadis yang diidam-idamkan itu. Gadis itu akan dipujuk dengan sedaya upayanya supaya bersetuju menjadi isterinya.
“Kalau dia tak makan pujuk ..., aku akan paksa ...,” Wahab telah berfikir pada ketika dia keluar dari lif pejabat Julia Hani.
GEMBALA TUA
Wahab menemui peyambut tetamu di pejabat Julia Hani. Dengan lagak seorang yang berpelajaran tinggi, dia memperkenalkan dirinya kepada penyambut tetamu itu dalam bahasa Inggeris.
“Saya Ir. Wahab ..., saya nak jumpa Nona,” katanya.
“ ...Nona?” Tanya penymbut tetamu.
“Ia, Nona, di pegawai di sini,” jawab Wahab.
“Tak ada orang nama Nona di sini ..., maaf, Encik,” kata penyambut tetamu.
“Ia, maafkan saya, ...namanya Julia Hani ...,” kata Wahab.
“Ooo, Cik Julia Hani ...,” sambut penyambut tetamu.
“Ia, Cik Julia Hani,” kata Wahab.
Penyambut itu merenung wajah Wahab. Dia menaruh sangkaan buruk kepada lelaki itu.
“ ...maaf, Encik, Cik Julia sedang bercuti,” katanya.
“Cik tahu dia bercuti di mana?” Tanya Wahab.
“Minta maaf, saya tak tau ...,” jawab penyambut tetamu.
Wahab meninggalkan penyambut tetamu itu tanpa pamitan - minta diri. Suaranya marahnya tenggelam dalam halkumnya. Dia marahkan penyambut tetamu itu kerana tidak mengetahui ke mana Julia Hani telah pergi. Pada ketika itu dia berkeadaan seperti gembala tua melihat kudanya patah kaki. Hampa. Kecewa.
“Aku mesti jumpa dia ...,” suara hati Wahab.
“Aku tak lepaskan dia, ...dia tetap akan jadi isteri aku,” suara hatinya meyakinkan dirinya.
“Macam mana kalau dia dah ada kekasih,” hatinya bertanya.
“Ah, kekasihke ..., tunangke ..., aku peduli apa, aku mesti dapat ...,” jawab Wahab. Sombong.
Wahab kembali ke Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanannya pulang ke Kuala Lumpur, dia telah menerima tiga saman dari polis lalu lintas kerana memandu melebihi had laju, di tiga tempat, di lebuh raya utara selatan. Tiga saman oleh polis lalu lintas amat kecil baginya jika dibandingkan nilai cintanya kepada Julia Hani.
Sebaik-baik sahaja Wahab tiba di rumahnya, ibunya memberitahu kepadanya, bahawa rakan ibunya nampak Julia Hani berjalan bersama seorang lelaki tua dan berjanggut, di Kelab Tasik Putrajaya, pada dua hari yang lalu.
“Emak percaya lelaki tu kekasih dia ...,” kata ibu Wahab.
“Tak, emak, takkan dia nak jantan tua tu ..., saya yang muda ni pun dia tak nak ...,” kata Wahab.
“ ... belum tau, Wahab ..., mungkin orang tua itu sesuai bagi Julia, tetapi kamu muda, tak sesuai ...,” sambut ibunya.
“Tak usah merepeklah, emak, tak ada perempuan muda nakkan jantan tua ...,” sambut Wahab dengan mengangkat suaranya.
“Tu emak tak tau ..., tapi emak yakin, si Julia tu ada kekasih ...,” kata ibunya,
Wahab diam. Terasa dirinya tercabar.
“Saya nak siasat,” kata Wahab.
“Siasat buat apa ..., sia-sia saja, Wahab ..., sudahlah, Julia dah tak hendakkan kamu, biarkanlah ...., carilah anak dara lain ...,” kata ibu Wahab,
“Tak ..., tak emak, saya nakkan Julia tu..., kalau orang lain nak ambil dia, langkah mayat Wahab ni dulu ..., emak,” laung Wahab.
“Tak usah merepeklah Wahab ..., kamu tau kuat kamu saja ..., kuat orang lain kamu belum tau ...,” balas ibunya.
Wahab diam.
“Kamu ni Wahab, pelajaran tinggi kamu tak dapat bentuk perangai kamu ..., kalau dah orang tak hendakkan awak, ...ngapa hidung tak mancung pipi tersorong-sorong pula....,” leter ibu Wahab.
LANJUT UMUR
Wahab diam lagi. Perkataan ibunya dirasainya seperti seketul batu menghempap atas kepalanya.
“Orang lain keluar universiti sama kamu, dah beristeri, beranak dua tiga orang, tapi kamu dah lanjut umur belum berbini lagi ..., salah kamu, suka berfoya-foya ...,” leter ibu Wahab lagi.
Wahab tidak dapat membuka mulutnya. Kata-kata ibunya itu diakuinya. Dia banyak membuang masa berfoya-foya. Beberapa orang anak gadis telah diperdaya. Ada yang telah menjadi mangsa nafsunya.
“Dulu, Kamariah, bukan main budak tu sayangkan kamu ..., dah kamu rosakkan dia ..., kamu tinggalkan ...,” suara ibunya terluah ke luar jendela.
“ ...tu dulu, emak ..., sekarang Wahab tak macam tu lagi ..., Wahab nakkan Julia tu ...,” kata Wahab dengan suara merendah.
“Itu emak tak tau, emak dah malu ...,” kata ibunya.
Wahab berjalan mundar-mandir dalam rumah. Ibunya memerhatikan perangainya. Hati ibunya ada doa agar anaknya menjadi seorang lelaki yang baik. Mendapat isteri yang baik. Hidup dalam sebuah rumah tangga yang aman damai.
Ibu Wahab telah mengembara dalam kehidupannya bersama suaminya berkeadaan ‘rela dalam paksaan’. Perkahwinannya dengan suaminya, Ramli, tanpa kerelaannya sendiri. Pada masa itu dia masih menuntut dalam utingkan lima. Ibu bapanya memaksa dia berkahwin dengan Ramli.
MENJAMIN KEMULIAAN
Perkahwinan tanpa cinta mengubah hati nurani ibu Wahab dari seorang perempuan muda yang lemah lembut kepada seorang isteri yang taat kepada suaminya tanpa cinta. Mementingkan kebendaan. Sombong. Hatinya berubah setelah dia sendiri mengalami kejadian Julia Hani menolak anak lelakinya yang berpelajaran tinggi. Ada kedudukan.
Sejak itu, ibu Wahab mulai melatih dirinya menjadi seorang perempuan yang insaf akan kejahilannya. Kebendaan tidak menjamin kemuliaan bagi manusia. Dia mengakui; sesungguhnya budi bahasa dan kejujuran menjadikan manusia itu mulia.
Wahab tiba di Kelab Tasik Putrajaya kira-kira pada jam 5.00 petang itu. Pada ketika dia tiba di hadapan meja penyambut tetamu kelab itu, dua biji matanya menceria Julia Hani di sekitar perut kelab itu hingga ke dalam cefe berkepung dinding kayu dan kaca.
“Cik kenal seorang perempuan bersama seorang lelaki berjanggut?” Wahab bertanya kepada penyambut tetamu itu.
“ ... kenal, dia Cik Julia Hani ..., penulis sosial dan kebudayaan itu ...,” jawab penyambut tetamu.
“Itu tak penting, saya mahu tau awak kenal tak dia ...,”kata suara meninggikan suara.
“Encik ni siapa nak berkasar dengan saya?” Tanya penyambut tetamu itu.
“Minta maaf, saya terkasar ...,” kata Wahah.
“saya tak tau ..., carilah sendiri,” kata penyambut tetamu sambil berjalan masuk ke pejabat pengurus kelab itu.
Wahah berjalan ke arah tasik. Beberapa orang dalam kelab itu merenung kepadanya melabuhkan punggungnya atas kerusi dan menghadapi meja bulat putih di tepi pagar arak tasik.
“Encik nak minum apa?” Pelayan bertanya kepadanya.
“Ram, saya mahu ram ...,” jawab Wahab.
“Maaf, encik, di sini tak ada jual arak,” kata pelayan itu.
“ ... beri saya aren jus ...,” pesan Wahab.
“ ...makan, encik?” Tanya pelayan lagi.
“Tak mahu ...,” jawab Wahab.
Pelayan berlalu dari meja Wahab.
MINYAK MENGGELEGAK
Wahab bangun dari kerusinya. Sambil menggeliat dia berpaling kepada tasik. Lebih dua puluh orang remaja sedang bermain di tepi tasik itu. Sementara beberapa orang lagi sedang belayar dalam perahu dan berkayak.
Darah muda Wahab bagaikan minyak menggelegak. Dua biji matanya terpandang kepada Julia Hani bersama Profesor Hani sedang berjalan di atas jalan tepi tasik. Pada ketika itu hati Wahab menjerit memanggil nama Julia Hani. Tetapi mulutnya menjadi kelu sejenak kerana dia melihat lelaki berjanggut di sisi Julia Hani lebih tanpa daripada dirinya.
“Celaka, sial ...,” sungut hati Wahab.
Sambil mengesat peluk di dahinya dengan belakang tangan kanannya, dia duduk semula atas kerusi. Seluruh tubuhnya menggigil. Sebentar kemudian pelayan membawa segelas oren jus dan meletakkan atas meja di hadapannya.
“ ...aku jumpa Julia Hani?” Wahab bertanya dirinya sendiri.
“Buat apa jumpa, dia dah ada kekasih,” hatinya menjawab.
“Aku nak ajak dia kahwin ...,” kata Wahab.
“Cermin muka awak dulu ..., kalau setakat ilmu jurutera yang kamu ada, tak usah beranganlah nakkan gadis tu ..., di pilih profesorlah ...,tak pilih awak...” hatinya berkata.
Wahab mengesat peluh pada dahinya dengan sapu tangannya. Degup jantungnya kian kuat. Nekadnya akan menemui Julia. Pada ketika dia sedang didera oleh perasaannya sendiri, Julia Hani dan Profesor Hamidi naik melalui lorong bawah tanah. Mereka mengambil tempat duduk atas sofa depan kaunter penyambut tetamu.
ULAS BIBIR
Gadis penyambut tetamu datang mendapatkan Julia Hani dan Profesor Hamidi.
“Prof. orang di sana tu tadi tanya saya ..., tanya cik Julia Hani,” kata penyambut tetamu.
“Siapa?”Profesor Hamidi bertanya.
“Tak tau, tuan, nampak semacam aje ...,”jawab penyambut tetamu.
“Itulah Ir. Wahab ...,” kata Julia Hani sambil merenung kepada Wahab.
“Ooo, apa dia nak?”Tanya Profesor Hamidi.
“Entah ...,”sahut Julia Hani.
Penyambut tetamu datang beredar ke kaunternya.
Profesor memesan dua cawan tea susu kepada pelayan. Sebaik-baik sahaja pelayan pergi meninggalkan Profesor Hamidi dan Julia Hani, Wahab datang mendapatkan mereka. Wajahnya pucat. Dua ulas bibirnya terketar-ketar. Dia berdiri di hadapan Julia Hani dan Profesor Hamidi. Dua puntung kakinya tidak kukuh di situ.
“Se...sela ...selamat petang ...,” suara Wahab tergagap-gagap.
“Selamat petang,” sahut Profesor Hamidi.
“Siapa, tuan?” Profesor Hamidi bertanya kepada Wahab.
“Saya, Ir. Wahab ..., saya nak jumpa Cik Julia Hani ...,” sahut Wahab sambil merenung kepada Julia Hani.
“Duduklah ..., sila duduk...,” Profesor Hamidi mempelawa Wahab.
“Tak apa, saya nak ajak Cik Julia jumpa di meja sana ...,” sahut Wahab.
“Di sini tak apa ...,”kata Profesor Hamidi.
“ ...tak, mari Cik Julia Hani ...,”jemput Wahab.
“Tak, saya tak mahu pergi ..., di sini saja ..., duduklah ...,”kata Julia Hani serius.
Wahab terpegun. Dia tidak menyangka gadis itu akan berkata demikian kepadanya. Mahu tidak mahu dia terpaksa duduk atas sofa di hadapan Profesor Hamidi dan ke kiri Julia Hani.
“Apa hal?” Jula Hani bertanya sebaik-baik sahaja Wahab duduk.
“ ...sssaya datang nak bincang ..., nak ajak Cik Julia Hani kahwin dengan saya ...,” kata Wahab. Gugup.
“Ooo, nak ajak saya kahwin ...,”kata Julia Hani sambil merenung kepada Profesor Hamidi.
“Ia ...,” sahut Wahab sambil menggigit kuku ibu jarinya.
Julia Hani memandang wajah Profesor Hamidi. Mereka senyum. Hati Wahab terbakar melihat Julia Hani dan Profesor Hamidi senyum. Senyuman mereka tersirat pengertian yang sukar diterjemahkannya.
“Minum ...,” pelawa Profesor Hamidi.
“Tak apa ...,”sahut Wahab.
“Macam nilah Encik Wahab ..., seperti saya katakan pada malam tu ..., petang ni pun tak berubah ...,” sambut Julia Hani.
“... saya merayu ..., saya minta juga-juga, Cik Julia Hani sudi kahwin dengan saya...,” kata Wahab dalam fikiran yang buntu.
“Apa macam, sayang?” Julia Hani bertanya kepada kekasihnya.
“ ...ikut sayang ..., Hani dah boleh timbang sendiri ...,” sahut Profesor Hamidi.
“ Macam nilah, Encik Wahab ..., carilah orang lain ..., saya ni dah ada teman ...,
ini ha, depan saya ni, kekasih saya ..., bakal suami saya ...,” kata Julia Hani sambil senyum.
“Ia, Cik Julia Hani ni kekasih saya ..., dia pilih saya, tak pilih orang lain ...,” kata Profesor Hamidi.
GELAP MATA
Perasaan marah Wahab membakar hatinya. Fikirannya menjadi kalah kepada nafsunya. Mungkin kalau tidak dalam kelab itu dia menjadi gelap mata dan menerajang Profesor Hamidi. Orang yang bentuk tubuhnya seperti Wahab – pendek dan sasa -, walau pun berpelajaran tinggi, tetapi gagal mengawal dirinya dari kemarahan.
“Awak pilih orang tua macam ni...?” Tanya Wahab dengan suara garang seperti menerjah semua kerusi dan meja dalam kelab itu.
Beberapa orang dalam kelab itu merenung ke arah mereka. Ada di antara mereka menduga akan berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini.
“Ia, saya pilih dia ..., orang tua kekasih saya ..., dia lebih sesuai bagi saya berbanding dengan orang lain ...,” sahut Julia Hani.
“Dalam percintaan, Ir. encik Wahab, masing-masing ada selera ..., ada selera pada yang muda ..., ada pada yang tua macam saya ni ...,” kata Profesor Hamidi.
“ ... karut,” kata Wahab.
“Ia, karut bagi Encik Wahab, tapi tak karut bagi saya ...,” sampuk Julia Hani.
Wahab diam. Dia tidak menyangka Julia Hani akan mengeluarkan perkataan begitu kepadanya. Pada ketika itu Wahab berkeadaan seperti si tolol. Tidak dapat menumpang pada fikirannya sendiri. Tenggelam punca.
Wahab senyuman. Tawar. Digagahi dirinya bangun dari kerusi di hadapan dua orang yang telah memukulnya dengan perkataan itu. Dua puntung kakinya terasa akan roboh dik tekanan hatinya yang dimamah kemarahan. Malu. Kecewa.
DENDAM KESUMAT
Pada ketika itu Profesor Hamidi menilai Wahab seorang terpelajar yang tidak ada akhlak. Anak Melayu yang tidak ada pengetahuan adat resam bangsanya sendiri.
Dengan tidak mengeluarkan sebarang ucapan kepada Profesor Hamidi dan Julia Hani, Wahab mneninggalkan mereka dengan perasaan dendam kesumat. Sebaik-baik sahaja tiba di mejanya, dia memanggil pelayan untuk membayar bil minumannya.
“Aku akan ajar orang tua anak haram tu ...,” hati Wahab bersuara pada ketika dia melangkah meninggalkan perut kelab itu.
“Macam mana nak jadi suami Hani, perangai tak semenggah ...,” kata Julia Hani kepada kekasihnya.
“Tapi, kalau Hani mahu ..., masih boleh dibentuk ...,” sambut Profesor Hamidi.
“Ooo, yang nak beri Hani kepada lelaki macam tu ..., yang nak tinggalkan Hani ...,” Kata Julia Hani. Manja campur marah.
“Tak begitu, maksud saya, Wahab tu boleh dibentuk perangainya untuk menjadi manusia yang berakhlak oleh perempuan macam Hani ni ...,”kata Profesor Hamidi.
“Tak payaaah ...,”sahut Julia Hani. Dua bibinya memuncung ke hadapan.
“Ai, dah naik angin,”kata Profesor Hamidi.
“Taaak, Hani tak nak lelaki macam tu ..., nak macam yang ni ...,”kata Julia Hani. Manja.
Profesor Hamidi senyum seperti dia senyum kepada mahasiswanya yang gelabah menjawab soalan dalam peperiksaan.
Di lapangan letak kereta kelab Tasik Putrajaya itu, Wahab beredar dengan menggonggong kemarahannya. Tangan kanannya diacu-acukan ke arah Profesor Hamidi dan Julia Hani.
“... mampus kamu, aku kerjakan ...,” suara Wahab terluah ke sekitar lapangan letak kereta itu.
Hati Wahab terbungkus dalam perasaan seperti perasaan Presiden Bush terhadap Presiden Saddam Hussein di Iraq.
(Disunting dari manuskrip novel, Air Mata Kering Di pipi, oleh: Mokhtar Petah)



DARI LUBUK HATI

PERJUANGAN ATAU HASIL ANGAN

Pada petang semalam, sambilo menunggu ketibaan sejarah, seorang ahlo koporat yang dibawa dari Hospital Besar Kuala Lumpur ke banglonya di Bukit Damansara, beberapa orang berpelajaran tinggi dan intelektual bercakap dengan saya mengenai demonstrasi bersih.
Saya yang tidak pernah berdemonstarasi ini rasa’tumpul fikiran . untuk menjawab pertayaan mereka.
Intlektual dru U London: Saya fikir demonstartasi bersih, baik ada, tak
baik ada. Encik bagaimana?
Saya: Ia, baik ada, tidak baik pun ada.
Intelektuan U Malaysia:Saya fikir demonstrasi bersih, seperti orang
bodoh, orang gila. Apa fikir, tuan?
Saya: Pengalaman saya; ada juga orang gila, orang bodoh pun
ada berfikiran fikiran baik untuk menasihat orang bijak pandai,
kerana mereka juga di bawa kuasa dan arif Allah.
Intelektual U London: Apa ‘ndak lagi, kerajaan pimpinan Dato Sri
Najib telah melakukan berbagai – bagai untuk ramai,
peoples.Macam mana encik fikir?
Saya: Tuan cakap itu betul juga. Tetapi, manusia dari umat manusia,
tidak semua puas hati dengan sesuatu yang diubuat oleh manusia
lain. Misalnya, orang Kelantan gemar makan budu, orang Perak
gemar makan tempoyak dan orang Malaka gemar makan
cencaluk, tetapi rami pula yang tidak suka semua itu.
Ustaz: Encik suka UMNO atau PAS?
Saya: Terima kasih. Saya suka dua parti politik itu.
Ustaz: Ngapa?
UMNO parti politik orang Melayu beragama Islam, tetapi para
ahlinya tidak mahu Islam jadi dasar negara dan PAS parti
politik umat Islam di negara ini, kebanyakan ahlinya orang
Melayu. Mereka mahukan Islam menjadi dasar negara.
Intekektual U London: Ooo, UMNO bukan berjuang untuk mengikut
Islam sepenuhnya, begituke?
Saya: Begitulah.
Intelektuan U Malaysia: Kalau macam tu, UMNO kena ubah dasar
kepada Islam menjadi dasar negara.
Intelektual U London: Ooo, kalau macam tu, UMNO nak selamat dan
dapat sokongan besar orang Melayu, kena ubahlah ...
Saya: Diam.(Hati saya berkata, UMNO, Kerajaan dan para demonstrator itu punya perjuangan atau angan - angan).
Ustaz: Ia, kena ubah, kalau tidak entah berpa banya tunjuk perasaan
lagi untuk tentang UMNO.
Kereta jenazah tiba di depan pintu pakar rumah ahli koporat Melayu yang meninggal itu.
Dua biji mata saya terhumban ke sebuah banglok cantik, beratap genting warna biru di seberang jalan.
Rumah itu milik ahli Parlimen Pasir Salak, Perak dan Pengerusi Felcra, Dato’ Tajuddin Abdul Rahman. – mp.

MAKSUD AYAT QURAN





UNDANG - UNDANG


Hendaklah anda menghukum – menjalankan hukum (undang – undang) di antara mereka, menurut apa (hukum) yang diturunkan Allah, dan jangan anda mengikut kemahuan mereka yang rendah itu. Dan berhati – hati kepada mereka agar mereka tidak sampai menyesatkan anda dari sebahagian peraturan yang diturunkanb Allah kepada anda. Tetapi kalau mereka enggan (menolak) , ketahuilah,bahawa Allah hendak membinasakan mereka disebabkan sebahqagian dari dosa mereka. Sesungguhnya, kebanyakan dari manusia itu adalah orang – orang jahat.
Apakah hukum (undang – undan) pada zaman jahiliyah (kebodohn) hendak anda cari? Hukum ( undang – undang ( umat manusia ) yang berkeyakinan.
– Al Maaedah: 49, 50.

Nota.

Pada zaman sebelum ke datangan ageama Islam yang dipimpin oleh Rasul Allah, Muhammad s.a.w., orang – orang Arab, Yahudi dan lain menggunakan hukum (undang – undng) mengikut undang Maharaja Firaun Masir, Maharajaan dan kerajaan Rom dan lain.Allah memerintahkan RasulNya, Muhammad s.a.w. dan umat Islam menolak undang – undang itu dan mengguna dan mengikut hukum (undang – undang) yang ditunjukkanNya dalam Quran.Pada aumumnya, negara – negara umat Islam yang telah dijajah oleh penjajah beragama Karistian dan lain, telah dipaksa mengikut hukum (undang – undang) ciptaan mereka. Dan banyak negara tersebut, walaupun telah mencapai kemerdekaan, tetapi masih lagi menggunakan hukum (undang – undang) tersebut, iaitu undang – undang yang berlawanan dengan hukum (undang – undang) yang ditunjukkan Allah dalam Quran. Allah telah menjelas dan meletakkan kedudukan manusia yang tidak menggunakan hukum (undang – Undang) Allah dalam kitab – kitabnya, seperti berfikut:
1 – Sesiapa yang menjalankan hukum (undang – undang) tidak menurut apa (hukum) yang ditunkan Allah, mereka itu orang – orang itu, adalah orang – orang kafir. – Al Maaidah:44.
2 – Sesiapa yang menjalankan hukum (undang – undang) tidak menurut hukum (undang – undang) yang diturunkan Allah, mereka itu orang – orang zalim – Al Maaedah:45.
3 – Sesiapa yang menjalankan hukum (undang – undang) tidak mrenurut hukum (undang – undang) yang diturnkan Allah, mereka itu, adalah orang – orang fasik (jahat). – Al Maaedah:47

Saturday, July 9, 2011

SAJAK



PERASAAN

Manusia,
Cerdik bijaknya berperasaan,
Ia memaksa diri manusia,
Menerjah hati dan otak,
Lalu meraunglah ke langit zaman.

Perasaan,
Beza dan menapis bersih kotor,
Orang lain kotor diri sendiri bersih,
Orang lain bersih kita yang kotor,
Lalu berperang sepilah perasaan dengan diri.

Kuasa,
Manusia kuasa musuhi insan berperasaan,
Berfikiran dan nilai titik – titik zaman,
Kerana perasaan orang lain,
Racun bagi insan milik kekuasaan.

Manusia,
Manusia dan semua manusia,
Jelata dalam negara mereka,
Di bawah sepatu indan berkuasa,
Mereka mendjerit didera derita.

Allah,
Adillah kepada umat manusia,
Zalim anda kepada mereka,
Mereka bersumpah dengan Allah,
Jihad pada jalan Maha Esa.

Ketawa,
Jika langkah tempang,
Otang hilang petimbang,
Tawamu sedikit,
Sedangkan tangismu banyak.

Tasik Kenyir, Terengganu ........Mokhtar Petah

MAKSUD AYAT QURAN




PARTI ALLAH

Kalian tidak mendapai kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat – hari kemudian – itu berkasih sayang deengan orang – orang yang melawan Allah dan RasulNya, biarpun orang – orang itu bapa mereka, anak, saudara ataupun kaum keluarga mereka sendiri. Itulah orang – orang yang ditulis Allah keimnanan dalam hati mereka kekuatan dengan jiwa (semangat) daripadaNya, dan memasukkan mereka ke dalam taman – syurga – yang mengalir sungai – sungai di dalamnya. Mereka tinggal di situ selama – lamanya. Allah merasa senang terhadap mereka, dan mereka merasa senang terhadap Allah. Itulah hizbu – parti – Allah. Ketahuilah hizbu – parti – Allah itu memperoleh kemenangan – mengatasi semua hizbu – parti.
– Al Mujaddalah: 22

Friday, July 8, 2011

RENUNG JUMAAT






TAATKAN PEMERINTAH

Hai orang-orang yang beriman, taatlah (kepada) Allah, taatlah (kepada) Rasul-Nya, dan orang yang memerintah antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (Quran) dan Rasul (Sunnah)nya dan ulil amr (pemimpin) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian, yang demikian itu lebih utama (bagi kamu) lebih baik kemudahannya.
Perhatikan ayat Quran di atas, iaitu taat kepada Allah dan Rasul, wahyu Allah itu (taat). seperti ini: ‘Taat kepada Allah’ dan ‘taat kepada Rasul-Nya’. Tetapi taat kepada ulil amr (pemimpin) wahyu Allah itu seperti ini: ‘dan pemimpin’, iaitu tidak dinyatakan ‘ati’u’ (taat). Pokoknya, taat kepada Allah dan Rasul-Nya wajib, iaitu tidak boleh dibantah. Muktamad. Tetapi perintah pemimpin boleh dipertimbangkan, sama ada buruk atau baiknya.
Sheikh Abdullah Fahim menerangkan kepada saya mengenai masalah ini dengan mengambil kira kedudukan Tanah Melayu pada masa itu, di bawah jajahan Inggeris. Dari Raja- raja Melayu hingga kepada rakyat jelata di kampung-kampung pendalaman terpaksa taat kepada
kerajaan. Taat yang terpaksa tidak kira,sama ada pemerintah atau kerajaan itu mengikut jalan Allah atau makruf atau pun tidak.
Dalam keadaan, uma Islam yang terjajah, taat mereka kepada kerajaan penjajah dari orang-orang Kristian atau agama lain, adalah taat yang tidak ikhlas.
Sekiranya sesebuah negara diperintah oleh Presiden atau Raja Islam dan menjalankan pemerintahan atau kerajaan menggunakan perundangan Islam sepenuhnya atau sekadarnya sahaja, maka rakyat yang terdiri dari umat Islam wajib mentaatinya, selagi kerajaan itu tidak menjalankan pemerintahan yang bercanggah dengan Islam.
Sekiranya sebuah negara itu mengamalkan perundangan Islam, maka rakyat yang beragama Islam wajib dengan hati yang tulus ikhlas.
Imam Bukhari dan perawi-perawi lain dari Ibnu Abbas telah memberitahu, bahawa ayat Quran di atas telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. kerana seorang pemimpin tentera Islam, Abdullah bin Hudzafah bin Qais telah diamanahkan oleh Junjungan untuk memimpin sepasukan tentera Islam.
Pada satu hari Abdullah bin Hudzafah telah naik marah kepada anggota-
anggota pasukannya, lalu dia membuat unggun api dan memerintahkan semua anggota pasukannya masuk ke dalam unggun api yang sedang menyala marak itu. Pada ketika itu sebahagian dari anggota-anggota pasukan itu tidak mahu mematuhi perintahnya dan seorang lagi mahu mematuhinya.
Menurut satu riwayat dari Ibnu Jarir ayat di atas (An Nisa:49) diturunkan setelah Ammar bin Yasir melindungi seorang tawanan dengan tidak mendapat perintah dari panglimanya, Khalid bin Walid. Tindakan Ammar itu telah menimbulkan perselisihan.

Maka, dari dua kejadian di atas, dapatlah kita faham, bahawa setiap orang mukmin boleh mentaati pemimpinnya, selagi pemimpin menjalankan pemerintahan mengikut jalan tidak bertentangan dengan hukum Allah dan Rasul-Nya.
Sheikh Abdullah Fahim berpendapat, apabila didapati seseorang pemimpin orang Islam mulai menyimpang kepada jalan mungkar atau berlawanan dengan hukum-hukum Islam, maka rakyat wani menegur atau menasihatinya dengan mau’izah - baik. Jika dia tidak suka ditegur dan tidak mahu menerima nasihat, maka rakyat tidak wajib taat kepadanya.
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada ahlinya (pakar dan berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum (peraturan) di antara manusia, (Allah memerintahkan) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (perintah) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah senantiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.
Jika pemimpin negara Islam itu tidak beragama Islam, maka rakyat dalam negara itu tidak wajib mentaatinya.
Sultan Ketua Agama
Keterangan
[Pada tahun 1951, satu kongres alim ulama seluruh Tanah Melayu telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Di antara keputusan yang dicapai dalam kongres itu, ialah, Raja Melayu menjadi ketua agama di negeri masing-masing (negeri yang ada raja). Keputusan itu di bawa kepada UMNO Malaya yang dipimpin oleh Dato’ Onn bin Jaafar supaya di kemukakan kepada Kerajaan Inggeris agar dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka nanti ( pada 31 Ogos 1957). Hingga hari ini Raja Melayu bertaraf Ketua Agama dan Adat Istiadat Melayu di negeri masing-masing.-mp]
Sheikh Abdullah Fahim menjelaskan kepada saya, bahawa dia terlibat secara langsung dengan Jawatankuasa Khas UMNO Malaya mengadakan kongres itu. Keputusan itu dengan tujuan, apabila Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan, Raja-raja Melayu terus kekal dan menjadi kepada ‘Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu’ di negeri masing-masing.
Raja-raja memerintah di negeri masing-masing dengan kekuasaan yang ditentukan oleh Perlembagaan. Mereka berada di bawah Quran dan Sunnah. Tidak ada kekebalan seperti raja dalam negara yang beragam Hindu atau yang telah diamalkan oleh orang-orang Rum.
Dalam negara Islam, Raja- raja yang berkuasa tidak ada hak untuk mengampuni rakyatnya yang telah melakukan kesalahan dalam hudud (peraturan) Allah, seperti membunuh orang dan sebagainya. Hak mengampunkan dosa manusia adalah di tangan Allah.
Pengampunan yang dilakukan oleh Raja-raja Melayu adalah mengikut undang-undang ciptaan manusia. Pengampunan itu tidak menghapuskan dosa. Dosa orang yang membunuh orang tidak akan diampunkan oleh Allah selagi tidak orang itu melakukan hudud (peraturan) qisas (bunuh balas).
‘Mufti Kerajaan Perak, Dato’ Harussani bin Haji Zakaria, dalam satu pertemuan dengan saya di pejabatnya, di Ipoh, pada bulan November 1989 telah memberi pandangannya mengenai hubungan Raja-raja dan masa depan negera kita.
Menurutnya, Raja-raja Melayu elok mengkaji semula akan perlembagaan Negara Islam.
Beliau menekankan, bahawa perpecahan orang Melayu tidak harus dipandang sepi oleh Raja-raja Melayu, keran perpecahan itu akan mengakibatkan bangsa Melayu hancur dan Raja-raja Melayu akan turut hancur.
Sultan Perak, Sutan Azlan Shah (masih Ketua Hakim Negara), telah berucap di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, pada tahun 1982, antara kandungan titah Baginda itu seperti berikut:
‘Di negara kita, takhta masih kekal sebagai satu simbol lambang perpaduan, sebagai punca dan tongkat keadilan, sebagai tempat memohon kasihan belas dan pengampunan, dan sebagai gedung pengurniaan bintang-bintang kehormatan.
Sejarah telah menunjukkan bahawa di setengah-setengah negara takhta telah dialihkan dari istana dan ditempatkan di muzium untuk dijadikan bahan sejarah budaya. Pada awal abad kesembilan belas, ada lebih daripada 900 buah takhta dalam dunia ini, tetapi bilangan ini telah turun satu demi satu – kepada 240 buah dalam abad kedua puluhan, dan pada hari ini – pada dekat kelapan abad kedua puluh – hanya terdapat 40 buah takhta sahaja.
Takhta Merak Kayangan di Iran telah dialih dari istana ke muzium sejarah kerana rakyat telah tidak lagi memberi kepercayaan dan taat setia kepada takhta, kononnya takhta Merak Pahlawi telah melebihi kuasa yang ada padanya.’
Pada tahun 1953, Tanah Melayu masih di bawah jajahan Inggeris. Raja-raja Melayu terletak di bawah nasihat dan perintah Inggeris. Sheikh Abdullah Fahim tidak bercakap mengenai Tanah Melayu selepas mencapai kemerdekaan. Dia sering berharap kerajaan Tanah Melayu setelah mencapai kemerdekaan akan beransur berubah menjadi sebuah Darul Islamiah (Negara Islam) yang perlembagaannya berdasarkan Quran dan Sunnah.
Pemimpin Bukan Islam
Sheikh Abdullah Fahim secara tegas berkata kepada saya, “ …orang Islam ambil orang kafir jadi ketua, berdosa…, bala…”. Dia lalu membaca sebuah firman Allah dalam Quran:
Katakan (hai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa kerajaan, Kamu berikan kerajaan kepada orang yang Kamu kehendaki. Kamu memuliakan orang yang Kamu kehendaki dan Kamu hinakan orang yang Kamu kehendaki. Di tangan Kamulah segala kebajikan. Sesungguhnya, Kamu Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Janganlah orang - orang yang beriman mengambil (melantik) orang-orang kafir menjadi teman ikrab (pemimpin-pemimpin) dan meninggalkan orang-orang beriman (lain). Dan sesiapa melakukandemikian maka tidak ada perhubungannya tidak dari Allah , kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya dari pihak mereka (orang kafir). Dan Allah perintahkan kamu supaya beringat-ingat terhadap kekuasaan diri-Nya (memaksa kamu) Dan kepada Allah jugalah tempat (kemu) kembali.
Sheikh Abdullah Fahim meminta saya mengingati sejarah Nabi Muhammad s.a.w., bahawa dalam pemerintahan Nabi Muhamad s.a.w. yang bertaraf pemimpin atau eksekutif dari orang kafir yang duduk dalam majlis syura (parlimen) junjungan. Tetapi orang bukan Islam yang bertaraf kafir zimmi (setia) menjadi wakil golongan mereka ke majlis syura (parlimen).
Umat Islam dalam sesebuah negara Islam atau negara umat Islam tidak mendapat keredaan Allah jika mereka mengambil orang kafir menjadi pemimpin mereka, kecuali terpaksa, seperti akan menghadapi bahaya perang dan sebagainya. Perbuatan itu bertentangan dengan perintah Allah dalam firman-Nya di atas (Ali Imran: 28). Mereka tidak akan mendapat keredaan Allah.
Umat Islam juga tidak dibolehkan mengambil pemimpin mereka dari kalangan orang-orang munafik , iaitu orang-orang seperti Abdullah Ibnu Ubai, ketua golongan munafik pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. memerintah memimpin pemerintahan Islam di Madinah Al Munawwarah.
Dalam sejarah Islam, pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., bahawa dua pendeta Yahudi, Kaab bin Usaid bersama Abdullah bin Syuria telah datang menghadap Junjungan dengan tujuan untuk memesongkan Junjungan dari agama Islam. Mereka memberitahu Junjungan yang mereka pemimpin dan berpengaruh di kalangan kaum Yahudi. Jika mereka memeluk agama Islam dan mereka terus menjadi pemimpin, nescaya pengikut-pengikut mereka akan mengikut Junjungan, iaitu memeluk agama Islam.
Pada masa itu telah berlaku perselisihan di kalangan kaum Yahudi, dua pendeta itu mengharapkan Nabi Muhamamad s.a.w. menyelesaikan perselisihan itu. Mereka juga telah memberi
Jaminan (cara orang kafir atau munafik), bahawa mereka semua akan memeluk agama Islam. Junjungan s.a,w. Telah menolak hajat dua pendeta itu. Allah telah menurunkan firman-nya kepada Junjungan s.a.w., iaitu:
Dan hendaklah kamu menghukum di antara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah, dan kamu tidak boleh menurut kemahuan mereka yang rendah itu. Dan berhati-hati terhadap mereka, supaya mereka tidak sampai menyesatkan (mengelirukan) kamu dari sebahagian peraturan yang telah diturunkan oleh Allah kepada kamu. Tetapi kalau mereka enggan, ketahuilah, bahawa Allah hendak membinasakan mereka disebabkan sebahagian dari dosa-dosa mereka. Sesungguhnya
kebanyakan dari mereka adalah orang-orang yang jahat. Apakah hukum zaman jahiliah (kuno) yang mereka cari. Hukuman siapakah yang lebih baik dari hukuman Allah bagi kaum yang yakin?
Satu riwayat menyebabkan Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w., bahawa tokoh munafik tegar di Madinah, Abdullah bin Ubay bin Salut dan seorang tokoh Islam dari Bani Auf bin Khazraj, Ubadah bin Shamit terikat dengan perjanjian untuk saling mempertahankan kaum Yahudi Bani Qainuqa’, iaitu ketika kaum itu memerangi Nabi Muhammad s.a.w., tetapi Abdullah bin Ubai tidak terlibat.
Abdullah bin Ubaidah bin Shamit telah menghadap Nabi Muhammad s.a.w. dengan tujuan untuk membersihkan dirinya kepada Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. dari ikatan dengan Bani Qainuqa’ serta memihak kepada Junjungan – menyatakan ketaatannya kepada Allah dan Junjungan. Allah telah menurunkan wahyu-Nya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:
Hai orang-orang yang beriman, jangan kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani Kristian menjadi pemimpin, sebahagian mereka menjadi pemimpin yang lain. Sesiapa di antara kamu sekalian mengambil mereka (orang Yahudi dan Kristian) menjadi pemimpin, maka orang-orang itu termasuk dalam golongan mereka (Yahudi dan Kristian). Sesungguhnya Allah tidak mengurniakan pimpinan kepada kaum yang zalim.
Dari Abi Hurairah r.a., bahawa dia telah mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda: “sesungguhnya orang yang paling jahat, ialah orang yang bermuka dua, datang kepada orang ini dengan stu muka dan kepada orang itu dengan satu muka lain.”
Orang-orang Islam wajib mentaati pemimpin negara mereka dari orang Islam, selagi pemimpin itu tidak menyimpang dari Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.).
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Hendaklah kamu mendengar dan mematuhi perintah, biar pun yang diangkat untuk memerintah kamu sekalian, seorang hamba, bangsa Habsyi, rambutnya bagaikan anggur kering.”
Dari Abdullah r.a., dari Nabi S.a.w.: “ seorang Islam perlu mendengar dan mematuhi perintah, yang disukainya atau tidak disukainya, selama tidak disuruh mengerjakan maksiat, tetapi apabila dia (pemimpin) menyuruh mengerjakan maksiat, tidak boleh didengar dan tidak boleh ditaati.”
Pengertian maksiat dalam Hadis di atas ini, ialah segala sesuatu yang ditegah oleh Allah dan Rasul- Nya, sama ada maksiat yang besar mahupun maksiat yang kecil.
Di antara maksiat-maksiat itu, ialah perjudian, menjual beli dan minum arah, perbuatan riba dalam perniagaan dan perdagangan, tidak adil atau pilih kasih, rasuah dan tidak amanah.
Menurut Sheikh Abdullah Fahim, sekiranya pemimpin menghalalkan perniagaan yang bersifat perzinaan, arak, judi dan sebagainya, maka rakyat wajib menentangnya. Kalau tidak menentangnya, rakyat turut memikul dosanya.
Tanggungjawab Pemimpin
. Sheikh Abdullah Fahim telah menjawab pertanyaan saya mengenai tanggungjawab pemimpin terhadap yang dipimpinnya dengan berkata, bahawa tanggungjawab seorang pemimpin sangat berat. Tanggungjawabnya bersangkutan dengan falsafah iman, ihsan ,amanah, dan akhlak. Pemimpin yang tidak mengambil berat ke atas yang dipimpinnya, maka dia tidak ada salah satu atau semua falsafah yang di atas ini.
Nabi Muhamamad s.a.w. telah bersabda:
Tiap-tiap kamu adalah pemimpin (ketua) dan tiap-tiap kamu bertanggungjawab atas yang dipimpin- nya.
Tiap-tiap orang yang berjaya naik ke atas menjadi pemimpin negara dan rakyat, adalah dengan kehendak Allah. Dia memikul amanah Allah untuk memimpin semua rakyat yang dipimpinnya, walaupun rakyat itu tidak sama dalam harakah atau parti politiknya.
Pemimpin yang tidak menjalankan tanggungjawabnya ke atas rakyat, dia akan menerima kemurkaan Allah dan akan mendapat azab di akhirat.
( hadis) 1900 Bukhari
Dari Ma’aqil r.a., katanya: “Saya akan memberitahu kepada kamu hadis yang saya telah dengar dari Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seseorang pemimpin yang memerintah rakyat (dari) umat Islam, apabila dia meninggal dunia, sedangkan dia tidak jujur terhadap rakyat (nya), nescaya dia dilarang oleh Allah memasuki syurga.
Tanggungjawab Rakyat
Sheikh Abdullah Fahim telah menyatakan perasaan mengenai masa depan Tanah Melayu (pada masa itu Tanah Melayu belum merdeka), bahawa dia khuatir apabila Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan nanti, rakyatnya, terutama dari umat Islam akan tidak mendapat layanan yang sempurna dari kerajaan. Mereka itu, terutama orang-orang kampung tidak diberi pengetahuan yang cuku, makan minum yang cukup dan keperluan hidup yang cukup. Akibatnya Tanah Melayu yang merdeka akan menjadi tidak menentu atau berada dalam keadaan rakyat berperasaan tidak puas hati atau kemungkinan berlaku huru-hara dan sebagainya.
Menurutnya, rakyat akan tidak boleh mentaati kerajaan dan pemimpin mereka, sekiranya kerajaan pemimpin mereka itu termasuk dalam golongan pemimpin seperti dalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w. di bawah ini.
Dari Ma’aqil ra.a., katanya, saya akan memberitahu kepada kamu Hadis yang saya dengan dari Rasulullah s.a.w. dan saya mendengar Junjungan bersabda: “Seseorang yang telah ditugaskan memerintah rakyat, kalau dia tidak memerintah rakyat itu dengan jujur, nescaya dia tidak akan mendapat bau syurga.
Sheikh Abdullah Fahim menjelaskan, rakyat yang tidak bertanggungjawab kepada Kerajaan atau negaranya yang memerintah berdeasarkan hukum Allah, iaitu Quran dan Sunnah, maka rakyat itu akan menerima azab daripada Allah, kerana mereka tidak bertanggungjawab.
Tanggungjawab rakyat kepada kerajaan terlalu banyak, di antaranya:
* Menjaga keamanan negara dan orang ramai.
* Mempertahankan negara dari ancaman musuh luar
dan dalam.
* Menjaga kesihatan dan sama-sama menghapus
penyakit.
* Menjaga nama baik negara dan rakyat umum.
* Melengkapkan diri sendiri, ahli keluarga dengan
ilmu pengetahuan yang penting.
* Menjaga kebersihan rumah tangga, msyarakat,
bandar dan alam sekitar.
* Menjaga harta benda negara, walaupun sebatang
jarum kertas (jarum peniti).
* Menegur atau mengkritik pemimpin dan
kerajaan sekiranya berlaku penyelewengan
atau melakukan sesuatu yang menentang
hukum Allah.
(Suntingan dari manuskrip buku, Sheikh Abdullah Fahim Pelopor
Kemerdekaan umat Islam Nusantara, oleh: Mokhtar Petah)













MAKSUD AYAT QURAN






KAUM DIMURKAI ALLAH

Hai orang – orang yang beriman, jangan kalian mengambil – orang – orang – dari kaum yang dimurkai Allah – orang – orang yang tidak beriman, hidup bergelimang dosa dan menentang hukum dan ajaran Allah – menjadi pemimpin. Sesungguhnya mereka itu telah putus asa terhadap hari akhirat – tidak takut dosa dan neraka – terhadap orang – orang dalam kubur.
– As Shaf:13

Nota.
Meneliti dan memahami maksud firman Allah di atas ini, kita dapati golongan yang duimurkai Allah itu ada dua jalur, iaitu: 1 - Orang – orang kafir – Yahudi, Keristian dan kafir musyrikin – yang menyengutui Allah. 2 – Orang – orang Islam yang menentang atau tidak mengikut ajaran dan hukum Allah.
Orang – orang demikian ‘bahaya’ kepada orang Islam. Kalau mereka itu diambil jadi ketua oleh orang – orang Islam, bererti mereka berada dalam bahaya dan tidak mendapat keredaan Allah.
Para pemimpin yang menentang dan tidak mengikut ajaran dah hukum Allah, akan menjadikan msyarakat atau negeri dan negara dalam keadaan tidak selesa, laksana berselimutkan kain panjang lima, tutup kepala kaki telanjang, tutup kaki kepala terdedah. - mp

Thursday, July 7, 2011

PENGETAHUAN






RASUAH SUBUR DALAM NEGARA MEWAH

Tun Dr. Mahathir Mohamad sepanjang masa memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia semenjak tahun 1981 hingga tahun 2003, adalah seorang negarawan yang mengambil langkah untuk mencegah dan membasmi rasuah di negara ini secara serius.
Semua orang arif, bahawa sepanjang masa Dr. Mahathir Mohamad memerintah, amalan rasuah sukar dibanteras, bahkan bertambah banyak atau menjadi - menjadi. kerana sepanjang masa tersebut negara dalam keadaan mewah atau makmur. Semua orang terkejar-kejar untuk hidup mewah.Maka jalan yang paling mudah untuk hidup merwah atau sekurang - kurangnya ada wang dalam saku dan sebulan sekali dapat membeli subang, cincin, gelang tangan dan rantai lehir isteri, adalah melalui perbuatan rasuah.
Dalam kerajaan – Jabatan kepolisian, Badan Pencegah Rasuah, Peguam Negara dan Mahkamah, ramai orang yang melakukan perbuatan rasuah telah ditangkap oleh pihak berkuasa, dibicarakan dan dihukum mengikut kebijaksanaan para hakim.
Dalam pasa itu ada juga kalangan yang dalam golongan ‘ikan jerung’, terleoas dari di tangkap dan sebagainya, kerana mereka itu ibarat ‘pokok renet tidak layu kerana berteduh di bawan pohon redang’. Maka yang ramai kena tangkap ialah mereka dalam golongan ‘ikan bilis’.
MEMERINTAH NEGARA
Sikap tegas tegas membasmi rasuah oleh Dr. Mahathir Mohamad, kerana sesuai dengan, ‘…kerana beliau dari sedikit jumlah pemimpin negara di seluruh dunia terdiri dari doktor perubatan, maka beliau memerintah negara ini sebagai doktor bedah, patah potong,bengkah bedah…’ . Beliau telah melaksanakan kuasa yang ada pada tangannya dengan ketelusan dan keadilan.
Berikut ini adalah pendapat Dr. Mahathir Mohamade mengenai rasuah:
“Kuasa boleh membawa rasuah. Power corrupts, and obsolute power corrupts absolutely.Kuasa rasuah adalah buruk pada bila-bila masa pun. Tidak ada zaman atau masa di mana pengorbanan itu buruk dana rasuah itu baik. Kuasa yang mutlak membawa rasuah yang tidak terbatas.
Orang yang menganggap rasuah sebagai sebahagian daripada alat politik dan pentadbiran tidak digerakkan untuk berkhidmat oleh semangat,tetapi oleh perasaan tamak. Minat mereka untuk menjadi pemimpin adalah untuk mendapatkan kuasa yang boleh digunakan unjuk kepentingan diri,bukan kepentingan bangsa dan negara.
Jika mereka pemimpin rendah mereka akan menggunakan kedudukan mereka untuk mendapatkan peluang-peluang,umpamaannya perniagaan bagi diri sendiri. Orang seperti ini akan memilih pemimpin yang boleh disogok. Akhirnya semua pemimpin akan terdiri daripada pengamal rasuah yang tamak dan tidak bermaruah.
Kaki tangan kerajaan pula, setelah melihat anggota-anggota kerajaan dari parti politik tidak bermanah dan mengamalkan rasuah, akan turut menerima rasuah. Dengan ini, rasuah menjadi budaya keseluruhan jentera pentadbiran.
Kita akui bahawa hari ini pun rasuah wujud. Tetapi umumnya masyarakat belum menerima rasuah sebagai amalan biasa. Dengan itu, kegiatan menyogok dan menerima rasuah masih disembunyikan.
Mereka yang terlibat masih merasa malu, masih menganggap
rasuah salah dan hina. Selagi masyarakat umum tidak menerima
amalan ini (rasuah) sebagai perkara biasa,rasuah masih boleh
dibendung.
Sekurang-kurangnya ia tidak dapat men jejaskan pembangunan masyarakat. Jika usaha menentang rasuah dibuat,ia masih boleh berjaya. Tetapi jika tidak ada usaha gigih dijalankan untuk membendung rasuah,ia akan berkembang sehingga diterima sebagai sebahagian daripada budaya masyarakat.
Apabila ia sudah menjadi budaya, ia tidak boleh dihapuskan lagi. Ini adalah kerana semua tempat mengadu, semua pihak yang ditugaskan untuk membanteras rasuah, semua pendakwa dan hakim, semuanya terdiri daripada pengamal rasuah secara terbuka.
Mereka semua tidak mahu sistem rasuah dihapuskan; polis tidak mahu, pendakwa mahkamah tidak mahu, hakim tidak mahu, bahkan akhabar-akhbar juga tidak mahu. Jika mereka cuba menghalang rasuah, mereka akan disogok oleh kalangan yang berkempentingan. Jika mereka cuba menghapuskan rasuah, penglibatan mereka yang terdahulu akan terbongkar.
Dengan itu, segala usaha orang ramai untuk mendapat perlindungan undang-undang akan gagal. Rakyat yang menjadi mangsa tidak mempunyai tempat sama sekali untuk mengadu.
Mungkin ada beberapa orang yang benar-benar tidak mahu menerima sogokan. Namun jika mereka memegang jawatan yang tinggi atau jawatan-jawatan yang berkuasa, kelurusan, kejujuran dan pendirian mereka tidak mahu menerima rasuah tidak akan dipercayai
Orang ramai tidak segan-segan akan mendakwa bahawa mereka ini juga sama, mereka ini juga menerima rasuah dan mungkin lebih teruk lagi. Orang ramai akan mendakwa bahawa mereka ini hanya berjaya menyembunyikan penerima rasuah. Akhirnya mereka yang lurus dan bersih ini kecewa. Jika tidak menerima rasuah pun tidak dipercayai, bahkan dituduh sebagai orang yang tidak bermanah dan pengamal rasuah, ada yang berfikir lebih baik jika mereka menerima rasuah. Sekurang-kurangnya mereka mendapat sesuatu bagi diri mereka.
Dengan itu, tidak akan ada sesiapa dalam masyarakat berbudaya rasuah yang bebas dan sunyi dari amalan rasuah. Semua anggota masyarakat akan terlibat dengan penerima atau pemberi rasuah.
Dalam keadaan ini, rasuah akan dilakukan tanpa segan-silu dan secara terbuka. Masyarakat seperti ini tidak mungkin berjaya dibangun dan dimajukan.”
Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Malaysia, Abdullah Badawi telah menegaskan tentang sesiapa dari parti politik yang memerintah, melakukan rasuah atau politik wang tidak akan terlepas dari dikenakan tindakan.
“Yang salah, salahlah…, kemenangan tidak menghalalkan yang salah. Jika ada laporan mengenainya (rasuah) dan keterangan dengan peraturan kita,maka tindakan akan diambil walaupun pemilihan telah berakhir.”
Kita smua maklum, banyak negara di seluruh dunia menajadi mundur dan ada yang musnah adalah disebabkan amala rasuah oleh pemimpin atau pegawai-pegawai negara tersebut. Sekarang Rasuah sedang berlaku di negara-negara Asia, Eropah dan di sepuruh dunia. Penyeludupan senjata, dadah dan orang-orang asing ke dalam sesebuah negara dapat disekat kalau tidak ada amalan rasuah di kalangan pegawai-pegawai kerajaan yang diberi tanggungjawab dalam bidang masing-masing.
Jabatan Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Selangor telah memandang seriau akan amalan rasuah dalam negeri tersebut. Pada Jumaat 16 Februari 2007, khutbah Jmaat yang khusus mengnai kburukan dan bahaya rasuah telah diwajibkan di semua masjid di seluruh negeri itu. Berikut ini adalah sedutan dari khutbah tersebut:
Marilah sama-sama kita mencari kehidupan dengan sumber rezeki yanghalal serta jauhi rasuah, kerana rasuah adalah wabak penyakit yang telah menular dan menjadi darah daging dalam masyarakat klasik(dahulu) atau masyarakat kontemporari (seasa) di dunia sekarang. Rasuah telah mendominasi (menguasai) kehidupan, ekonomi, politik, pendidian, sukan dan lain-lain.
Wabak ini amat sukar dibendung, kerana ia terselidung dn dilindungi oleh tangan-tangan kotor yang begitu licik, tetapi memopunyai nama dan kedudukan. Ia juga dibalut dan dibungku dengan nama-nama indah sepert komisyn, duit kopi, pelincir, wang esktra, hadiah penghargaan dan lain-lain mama yang sangat bagus dan indah bagi produk yang sama, sehingga di kala ini ia dipandang sebagai sangat wajar dan biasa. Pada hal, walau sekecil mana sekali pun, ia boleh memusnahkan sebuah negara dan melenyapkan tamadun sesuatu umat.
Wabak ini merentasi sejarah, zaman dan sempadan geografi dengan begitu pantas sekali. Tidak kira bila dan di mana, ia tetap sebagai simbul pengkhianatan, keperibadian yang buruk dan hina, kerana rtelahmenggadaikan agama, bangsa, negara dan lain-lain-lain lagi. Rasuah juga tampil dalam bentuk wang, benda, pekerjaan, jawatan, pangkat, pelancongan, seks dan lain-lain lagi.
Mari kita renung satu kisah, iaitu Puteri Balqis sorang ratu Kerajaan Saba dalam era kenabiah Sulaiman: Pernah menghantar satu delegasi mengadap nabi Sulaiman dengan membaca barang-barang hadiah setelah menerima surat
dakwah Nabi Sulaiman a.s. menyeru bliau dengan rakyatnya menyembah dn mengiakan Allah Allah S.W.T. , dengan anggapan bahawa Nabi Sulaiman boleh dipengaruhi dan dibeli serta membiarkan ratu Saba dalam kemusyrikitannya. Nabi Sulaiaman menolak dengantegas, malah mengusir delegasi tersebut. Peristiwa itu dipapar oleh Allah dalam Al Quran dengan firman-Nya: Kembalilah kepada mereka (jika mereka tidak mahu beriman), maka demi sesungguhnya kami akanmendatangi mereka dengan angkatan tentera, yang merea tidk aan terdaya nenentang-Nya, dan Kami akan mengeuarkan mereka dari Negeri Saba dengan keadaan hina, menjadi orang-orang tawanan.
Ibnu Hisham dalam kitab sirahnya, pernah meriwauatkan, bahawa Ghutbah bin Rabiah seorang tokoh yang berpengaruh dalam masyarakat Qurish datang menemui Rasulullah s.a.w. dengan menwarkan harta yang banyak yang boleh menjadikan Nabi MUhammad s.a.w seorang yang paling kaya di kalangan mereka. Beiau juga menawarkan jawatan ketua yang berkedudukan paling tinggi, atau wanita-wanita cantik, sekiranya itulah Nabi Muhammad s.a.w. inginkan daam prjuangan agama baru yang dibawanya. Dengan syarat supaya Nabi Muhammad s.a.w. memberhentikan seruan dakwahnya. Nabi Muhammad s.a.w. dengan tenang tetapi tegas menoak segala tawaran yang tidak bermaruah itu, kerana itulah diperjuangkan.
Rasuah juga adalaah sebagai amalan tradisi bangsa Yahudi. Di mana mereka sering sering mengagungkan kebudayaan kedustaan serta mengamakan rsuah. Ini teahdiperjelasan oleh Allah S.W.T. dengan firman-Nya: Mereka sangat suka mendengar bnerita dusta, suka memakan segala yang harap (rasuah dan sebgainya), oleh itu kalau mereka datang kepada kamu, maka hukumlah mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau kamu berpaling dari mereka, maka mereka tidak akan dapat membahayakan kamu sedikit pun, dan jika engkau menghukum, maka hukumlah di antra merek dengana dil, kerana sesugnguhnya Allah mengasihi orang-orang yang beraku adil.”
Rasuah dalam perspetif hukum fiqh Islam hukumnya adalah haram, walau ada ulama yang berklainan endapat tentang pengambilan rasuah untuk menolak kezaliman (darurat dan terpaksa). Huum haramnya rasuah itu tetap Qatei berdasarkan dalil-dalil syarei dari Al Quran, As Sunnah dan Ijmak Ulama.
Dalam Quran banya ayat yang mengisyaratan tentang rasuah. Berdasarkan firman Allah S.T.W. : Janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antra kamu dengan jan salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu dengan (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya).
Ketetapan As Sunah pula meriwayatkan berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. : Pembri Rasuah dan penerima rasuah akan dimasukkan ke dalm neraka.
Janayah rsuah sering berlaku adlah disebabkan:
1 - Hangnya nilai keimanan dan diri dn kehidupan
setiap individu.
2 - Syriat Allah tidk diamalkan dalam kehidupan nyata manusia. Keadaan ini akan membuat manusia begitu nekad melakukan jenayah dan menghalalkan semua cara.
3 - Ingin menjadi cepat kaya dan hidup bergaya, sehingga tidak mempedulikan kala atau haram harta yang dierolehi.
4 - Kegagalan dalam mengimbangkani antara pendapatan dan perbelanjaan dengan keperluan hidup semsa.
5 - Sabda Rasulullah s.a.w.: Tibalah suatu msa di mana manusia pada ketika itu tidak lagi peduli tentang apa yang mereka ambil (belanja) sama ada daripada sumber yang halal atau pun yang haram.
Merebaknya rasuah dalam kehidupan msyarakat kita meninggalkan padah dan gejal yang sangat buruk dan negetif. Ia dapat memutar belitkan kebenaran, malahkebatilan dapat menjadi kenyataan. Ia meracuni niai akhlak yang mulia, menghakis potensi dan kualiti. Sebaliknya orang yang berpontesi tinggi dan manusia ayang punya hubungan raat dengan agama akan terpinggir, kerana tidak mampu menyogok atau memberi sedikit habuan.
Imam Nawawi dalam kitabnya Al Majmu’ : ‘Merebaknya rsuah di kalangan pemegang kuasa adalah bala dan petaka bagi pelaku sendiri dan menyarakat umum. Dengan menerima rasuah, kepekan rohaninya aan mati, hatinya mnjaadi batu dan wajahnya menjaadi hantu,sedangkan orang awam, orang-orang lemah tidak dapat meneruskan
urusan mereka. Anak-anak yatim piatu dan para balu aka terkpai-kapai kerana tidak dapat mengalas perut.’
(Disunting dari manuskrip buku, Pencegahan Rasuah, oleh: Mokhtar Petah)

MENGENANG MASA SILAM (ulangan)





PENDAPAT SULTAN DAN MENTERI BESAR BERBEZA

Ustaz Haji Abdul Samad Nor, Mudir Ma’ahad Al Yahyawiyah, Padang Rengas dan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak. Dia adalah salah seorang dari alim ulama di Negeri Perak yang tersohor. Seperti yang aku telah catatkan di atas, dia telah dilantik oleh Sultan Idris untuk menduduki kerusi Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak.
Perlantikan ke atas Ustaz Haji Abdul Samad oleh Sultan Perak, tidak dipersetujui oleh Wan Mohamed. Dia mahu seorang ulama dari UMNO dilantik menduduki kerusi majlis tersebut.
Sebelum itu aku telah menasihati Sultan Idris supaya melantik Ustaz Haji Abdul Samad Noh menduduki kerusi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak itu. Aku telah merafakkan nasihat kepada Baginda, bahawa Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak milik umat Islam dan bukannya milik sesebuah parti politik tertentu.
”Majlis akan menjadi jambatan untuk menyatukan semula umat Islam yang sekian lama bercakaran kerana perbedaan fahaman politik, ...sampai bila orang Melayu atau umat Islam akan terus hidup dalam bergeseran..., permusuhan, sedangkan Allah dan Nabi Muhammad melarang permusuhan demikian” aku telah merafakkan kata-kata bersurat itu kepada Sultan Idris.
”Kalau Sir tidak dapat mencari penyelesai atau menyatukan semula umat Islam, Sir akan menerima beban dosa, kerana Sultan atau Raja Melayu ketua agama Islam di negeri masing-masing...,’sembhahku lagi.
”...Sir patut menjadi pelopor Raja-Raja Melayu untuk menyatukan umat Islam, ...ambil Ustaz Haji Abdul Samad Noh duduk dalam Majlis itu, ...itu satu contoh yang baik bagi perpaduan ummah,”tambahku.
”... aku dah lama duk fikir like that..., tapi kuasa kami, ...Raja-Raja Melayu terhad...,”titah Sultan Idartis.
”...hanya terhad dalam hal ehwal politik, ...tapi dalam perkara lain tidak, ...tapi I sendiri kesal...,”aku berkata.
”...ngapa?”Sultan Idris Shah bertanya.
”...apa tidaknya, ...ramai Raja-Raja Melayu macam renggang dengan rakyat deme dari umat Islam, ...mereka menengok rakyat melalui jendela istana saja, tak macam Sir turun padang menemui rakyat...,”aku memberanikan diri berkata demikian.
”...aku dah kena pikul amanah, ...aku tak boleh jauh dari rakyat..., aku kena ambil tahu hal deme..., agama Islam...,”titah Sultan Idris Shah.
ALIM ULAMA
DARI SELURUH NEGERI
Sultan Idris Shah telah memanggil Ustaz Haji Abhdul Samad Nor ke Istana Iskandariah, Bukit Chandan. Baginda telah menitahkan kepada ulama itu yang Baginda berkenan melantiknya duduk dalam Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak.
Kehendak manusia tidak selalu mencapai kejayaan, tetapi kehendak Allah mengatasi segala-galanya. Pada hari Jumaat dalam bulan Februari 1980, satu perjumpaan Jawatankuasa Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan adat Istidat Melayu Perak dengan alim ulama dari seluruh negeri itu, telah diadakan di dewan Bangunan Pejabat majlis tersebut, di Ipoh.
Perjumpaan itu telah dihadiri oleh Menteri Besar, Wan Mohamed. Aku telah hadir dalam perjumpaan itu. Wan Mohamed telah berucap di luar teks ucapan yang telah disediakan. Dia telah berucap dengan dipengaruhi oleh sentimen politiknya; dia telah menyelar dan menyindir ulama yang disifatkan ’berangan-angan Mat Janin’ hendak menubuhkan negara Islam di Malaysia.
Di antara kata-kata Wan Mohamed yang kesat,” ...pergi ke Mekah belajar agama tak sebanyak mana, balik nak tubuh negara Islam, ...ulama, (minta maaf, aku tak dapat terangkan kata-kata itu) orang Melayu tak akan menerima negara Islam, ...karut,...rakyat negara ini tak akan balik ke zaman kuno...,”katanya.
(Diulang sunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah).

MASAKAN HARINI



PERIA BERISI DAGING DAN CENDAWAN

Sebiji buah peria yang agak besar dan baik. Belah dua dan buang biji – biji dan pulurnya.
Cendawan atau kulat sekadar cukup dan di hjiris nipis.
Daging lembau, kambing atau rusa, hancurkan. Gaulkan dengan sedikit serbuk cili kering, rempah. Serai, lengkuas, bawang dan garam ditumbuk lumat.
Gaulkan semua itu dengan sedikit pati santan dan sedikit serbuk lada hitam.
Alok masukkan daun bawang dan daun sadri atau daun cekor.
Masukkan ke dalam buah peria. Kemudian, buah peria itu diikat atau balut dengan benang agar tidak terkecai.
Masakkan dalam oven atau dalam minyak kelapa sawit, hingga masa. Mungkin 10 hingga 20 minit.Sedaaap!

MAKSUD AYAT QURAN




AMARAN DARI ALLAH

Hai orang – orang yang beriman, jangan kalian mengambil individu – individu di luar kalian menjadi sahabat yang amat karib, mereka yang tidak berhenti – hengti hendak menyusahkan kalian, mereka iungbi8n memusnahkan kalian. Sesungguhnya rasa kebencian telah lahir dari mulut mereka, dan apa yang tersimnpan dalam hati mereka lebih besar; sesungguhnya Kami telah menjelaskan keterangan – keterangan kepada kalian, jika kalian berakal – mengerti.
Kalian kasihkan mereka, dan – tetapi – mereka tidak menyukai kalian, dan kalian percaya kepada Kitab seluruhnya. Dan bila mereka menemui kalian, mereka, mereka mengatakan: Kami beriman. Dan bila mereka besendirian, mereka menggigit anak jari mereka sendiri, kerana sangat marah kepada kalian. Katakan kepada mereka: Matilah kerana bersangatan marah kalian!. Sesungguhnya Allah mengetahui isi hati – manusia.
Jika kalian mendapat kebaikan, menyedihkan mereka, dan jika kalian ditimpa kesusahan, mereka gembira kerananya, dan kalau kalian sabar dan menjaga diri kalian – dengan bijaksana - , tipu daya mereka tidaklah akan membahayakan kalian sedikitpun; sesungguhnya Allah itu mengetahui akan apa yang mereka kerjakan.
– Ali Imran: 118, 119,120.
Nota. Ayat – ayat di atas, adalah peringatan atau amaran dari Allah kepada kaum muslimin – orang – orang Islam – yang berjuang kerana Allah, negara dan bangsa, tidak mengambil musuh Islam menjadi rakan perjuangan yang ikrab, kerana perbuatan itu akan merudikan orang – orang Islam – orang Melayu – dan menimbulkan bahaya yang besar pada masa akan datang.