Sunday, March 27, 2011

KISAH DARI NOVEL





BIAR HANI JADI ANAK DARA TUA

Julia Hani tiba di aparmentnya pada ketika gema azan waktu Isyak memeluk seluruh Bandar Raya Ipoh. Kerana terlalu penat, dia merebahkan tubuhnya yang masih berbungkus pakaian atas katil. Seperti kebanyakan manusia yang kreatif, walaupun tubuh penat tetapi hati dan fikiran tetap segar.
Fikiran Julia Hani membawa dia kepada kekasihnya. Walau pun baru beberapa jam berpisah, tetapi perasaan rindunya kepada Profesor Hamidi mendera dirinya. Petang tadi dia dan kekasihnya berpisah di Putrajaya. Sebelum berpisah dia telah berkata kepada kekasihnya, “ Hani cintakan, sayang ..., biarlah Hani menjadi anak dara tua ...”
“Cinta kita agung, tetapi diri kita juga tak kurang agungnya, ... tak usah Hani mengorbankan diri kerana cinta ..., kalau tidak saya ..., orang lain ada ...,” kata Profesor Hamidi.
Julia Hani senyum. Dia teringat akan percakapannya dengan kekasihnya, “ Insya Allah, Allah akan menentukan ..., ada lelaki lain yang lebih baik dari saya ..., percayalah kepada kehendak ..., kuasa Allah ..., sesungguhnya Allah Maha adil ...”
“Ia, sungguh, Allah Maha Adil, tetapi diri Hani ni macam bintang Zuharah tergantung di langit cinta tak ke mana ..., ke bawah tidak, ke mana pun tidak,” sahut Julia Hani.
“Allah Maha Pengasih, siapa yang dia kasih, diuji dengan kepayahan, penderitaan, tetapi setelah menempuh sukar dan derita, ada senang dan ada baiknya untuk Hani,” kata Profesor Hamidi.
“Hani percaya ..., sebab tu Hani tak pilih orang muda ..., Hani pilih sayang..., kalau pilih orang muda ..., kacak ..., tapi kalau Allah tak ..., buat frust aje ..., ” suara Julia Hani lembut.
“ ooo, syukur ..., Hani seorang dara yang kenal diri ..., kenal Tuhan...,” kata Profesor Hamidi.
SEPERTI PENGAIL DILAUT
Julia Hani senyum. Dia percaya akan pendapat kekasihnya. Imannya kukuh terhadap kuasa Allah. Tetapi dia terpaksa merelakan dirinya berkeadaan seorang penanti yang mungkin seperti pengail di laut. Mungkin juga seperti menanti ara tidak bergetah.
“Mana tau, insya Allah, mungkin juga seperti menunggu bulan jatuh ke riba ...,” Julia Hani berbisik kepada dirinya sendiri..
Tiba-tiba fikiran Julia Hani dibalan oleh satu dorongan nafsunya sendiri. Sebagai manusia bernama wanita, dia ada selera sendiri terhadap lelaki. Sama ada tiga kekasihnya dulu, mahu pun beberapa orang lelaki lain, belum ada yang dapat menandingi kekasihnya, Profesor Hamidi.
Walaupun Julia Hani dan Profesor Hamidi telah bersetuju dan berikrar bersama; mereka hanya bercinta. Mereka akan berkahwin. Tidak akan memahkotai diri masing-masing sebagai raja dan permaisuri sehari. Tetapi dalam lubuk hati Julia Hani terbenam sebutir permata harapan; mudah-mudahan Allah Maha Kuasa akan menjodohkan Profesor Hamidi dengannya.
“ ...yang, kita ini hidup di bawah takdir Allah ..., rezeki, jodoh, ajal ..., tanah kubur Dia menentukan ..., kalau Allah mentakdirkan kita menjadi suami isteri, kita bersyukur ..., kalau sebaliknya, kita bersyukur juga,” percakapan Profesor Hamidi dengannya, di Pulau Langkawi dulu, bagaikan irama puisi cinta menjelma dalam mindanya.
MARAH TIDAK MENENTU
Tubuh Julia Hani kembali pulih. Letih dan lesunya telah tidak mendera dirinya lagi. Dia bangun dari katil sambil menggeliat. Sambil menanggalkan pakaian dari tubuhnya, dia teringat kepada bapanya yang entahkan sihat, entahkan tidak.
Otak dan hati anak perempuan yang membesar dalam jagaan bapa, tidak sama dengan otak dan hati anak perempuan yang membesar dalam jagaan ibu. Setelah ibu Julia Hani meninggal dunia, dia tinggal bersama bapanya dan ibu saudaranya - adik ibunya. Semenjak itu hati Julia Hani menjadi sensitif. Panas baran. Merajuk. Kadang-kadang marah tidak menentu.
Hamzah faham akan ragaman anaknya. Untuk menyejukkan perasaan anaknya, dia cepat-cepat menciumi dahi buah hatinya itu .Setelah dicium oleh bapanya, perasaan marah atau panas baran Julia Hani menjdi reda. Dia kembali kepada keadaan yang normal.
DALAM DEBU PANAS
Tubuh Julia Hani masih berbungkus dalam tuala. Dengan hati yang penuh kasih sayang kepada bapanya, dia mengangkat telefon bimbitnya. Hatinya bagaikan anak ikan menggelepar dalam babu panas, karena khuatirnya kalau-kalau bapanya akan memarahinya.
“ ...abah, Nona cakap ni ...,” suara Julia Hani mesra.
“Nona, di mana, Nona ...?” suara bapanya dalam nada sedih.
“Nona di Ipoh, abah,”sahut Julia Hani bersuara hiba.
“ ...aaayah, ayah minta maaf, Nona ..., ayah salah ...,” suara bapanya bernada duka.
“Abah..., tak apa, abah ..., abah tak salah apa-apa, tak payah minta maaf pada
Nona ..., Nona yang minta maaf dari abah ...,” kata Julia Hani bersuara anak manja.
“Tak, tak, Nona, ayah yang salah ..., ayah tak patut kata begitu kepada Nona ..., ayah menyesal, Nona,” suara bapanya hiba.
“...tak apa ayah, itu hak ayah ...,” sahut Julia Hani.
“Ayah minta Nona balik ..., ayah tak paksa Nona lagi ...,”kata bapanya.
“Ia, ayah, insya Allah ...,” sahut Julia Hani.
Air jernih tumpah dari dua lubuk mata Julia Hani. Pada ketika itu dia teringat kepada zaman dia masih kanak-kanak. Bapanya memeluk, mencium dan menjulangnya dengan penuh kasih sayang. Tidurnya diselimutkan. Pendeknya dia sentiasa berada dalam kemanjaan bapanya.
“Abah, insya Allah, Nona sentiasa mendoakan abah panjang umur, sentiasa sihat, cukup rezeki, tenang fikiran ...,” suara hati Julia Hani.
“ Nona pula merangkak belajar mengenal hakikat kehidupan, insya Allah, kita semua sejahtera juga akhirnya ...” hati Julia Hani bermadah.
“Nona, abah tak paksa Nona lagi ..., abah dah tau perangai Wahab tu ...,” kata Hamzah kepada anaknya.
“Syukurlah, abah, sesungguhnya Allah menyedarkan kita, abah ...,” sambut Julia Hani.
“ Demi Allah, Nona, abah terima siapa saja bakal suami Nona, tak kira dia mudake, tua ke, Melayuke ..., bangsa lainke ..., asalah dia orang Islam, beriman...,” tegas Hamzah dengan suara bernada hiba.
“Terima kasih, abah,” sambu Julia Hani lagi.
“Tak apalah, Nona ..., bila senang, baliklah ...,” kata Hamzah.
“Insya Allah, abah, kirim salah kepada mak cik ...,” kata Julia sebelum menutup punat telefonnya.
Julia Hani melangkah ke meja tulisnya.Pada halaman buku catatan peribadinya ditulis kalimat-kalimat, ‘Demi Allah, aku rasa amat bahagia kerana bapaku telah menerima aku semula .... Ampunilah bapaku, ya Allah, kerana dia telah memutuskan silatur rahim dengan anak kandungnya sendiri.
DARI SERI PATI TANAH
‘Demi Allah, seperti firman-Mu, Kauciptakan manusia dari seri pati tanah, sesungguhnya aku Kauciptakan dari seri pati tanah, iaitu air mati bapaku. Dia dan aku tidak dapat dipisahkan, kecuali Engkau.
‘Ampun dosaku, ya Allah, sesungguhnya aku dalam perjalanan menagih kasih sayang dari seorang bapa dan cinta kasih dari seorang lelaki yang usianya lebih tua dari bapaku.
‘Hajatku, ya Allah, aku amat ingin mendapat cahaya mata setelah aku berkahwin dengan kekasihku itu. Kalau cahaya mata kami itu lelaki aku akan didik dia menjadi seorang lelaki hamba-Mu yang ikhlas.Rela berjihad demi-Mu dan agama-Mua. Jika dia perempuan, aku akan didik dia menjadi manusia yang taat kepada-Mu.’
KARENAH BAPA TIRI
Setitik. Dua titik. Beberapa titik air mata Julia Hani luruh atas meja tulisnya. Pada detik-detik itu hatinya diusap suka.Di dera duka.
Pada ketika itu Julia Hani teringat akan kata-kata kekasihnya, “ dalam dunia ini, paling ramai anak dan ibu bapa jadi renggang, laksana berpatah arang, pertama, kerana cinta anak tidak di setujui oleh ibu atau bapa ..., kedua, kerana harta atau wang, ketiga kerenah bapa tiri atau ibu tiri.”
(Disunting dari mqanuskrip novel, Air Mata Kering Di pipi, oleh: Mokhtar Petah)

No comments: