Thursday, March 31, 2011

MENGHARGAI MANUSIA



STRES

Pengenalan.

Stres ialah tidak balas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan. Stres merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, tegangan, panik, perasaan gemuruh, kebimbangan, kemurungan dan hilang daya yang biasa berlaku apabila berlakunya perubahan pada tubuh badan atau fikiran sendiri.

Kenapa anda stres

* Diri sendiri – kecewa

* Keluarga – masalah rumah tangga, kewangan, anak dan sebagainya

* Pekerjaan –tidakcemerlang dalam kerja, tidak naik pangkat, dibuang kerja, kena

Tukar dan sebagainya

* Komuniti – bertengkar dengan jira

* Kesesakan lalu lintas

* Persekitaran yang tidak selesa

* Tragedi

* Menunggu lama

Tanda – tanda Stres

* Jantung berdegup kecang

* Cepat marah

* Rasa tidak gembira

* Hilang selera makan

* Hilang minat kerja

* Tidakcukup tidur

* Suka menengking

* Cuba jauhkan diri

Apa yang harus dilakukan apabila anda marah

* Berenang … tasrik nafas dan lepas perlahan – lahan

* Kenal pasti punca anada marah

* Mendapat nasihat orang lain

* Beredar ke tempat lain bagi mengawal kemarahan

* Berbincang dengan ahli keluarga atau rakan

* Membiasakan diri memaafkan dan menerima kenyataan bahawa manusia juga

Melakukan kesalahan.

Amalkan 10 B

* Berenang

* Bernafas dengan dalam

* Berkata: relaksiah …

* Beribadatg

* Bercakap dengan seseorang

* Berurut

* Berehat dan mendengar musik

* Beriadah

* Bersenam

* Berfikiran positif

(Diterbitkan oleh:

Bahagian Pendidikan Kesiahatan

Kementerian Kesihatan Malaysia.

QURAN




MANUSIA DALAM KESUKARAN


Sesungguhnya Kami –Allah – telah menciptakan manusia sentiasa dalam keadaan kesulitan dan kesukaran jismani dan ruhani .
Patutkah manusia yanhg demikian (terpedaya dengan kuasa yang ada pada dirinya dan) menyangka bahawa tidak ada sesipapun yang dapat mengatasi kuasanya – menyiksanya.
Manusia demikian - tidak patut dia berpegah – megah dengan kekayaannya dan – berkata: Aku telah menghabiskan harta benda yang banyak dalam usaha menegakkan nama dan bangsa- .
Adakah dia menyangka tidak ada siapa yang melihatnya (tidak mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya?
– Al Balad: 4 – 7.

Wednesday, March 30, 2011





MEMASUKI RUMAH ORANG

Hai orang – orang yang beriman, jangan kalian masuk ke dalam mana – mana rumah yang bukan rumah kalian, sebelum kalian meminta keizinan t3erlebih dahulu kepada penghuninya; yang demikian itu adalah lebih baik bagi kalian, supaya kalian beringat (mematuhi cara dan peratuan yang sopan itu).
Maka, sekira kalian tidsak mendapati sesiapa (yang berhak memberi keizinan),maka, jangnlah masuk ke rumah itu sehingga kalian diberui keizinan; dan jika dikatakan kepadsa kalian “Baiklah –iaitu jika perempuan mengatakan tidak ada orang lelaki dan menyuruh kalian balik, maka, kalian hendka berundur balik; cara yang demikian adalah lebih baik bagi kalian, dan –ingatlah – allah Maha Mengetahui akan apa yang kalian lakukan.
– 27, 28.

HADIS

NILAI DUNIA

Rasul Allah Muhammad s.a.w. bersabda: Jika dunia ini sama nilainya di sisi Allah dengan sehelai sayap nyamuk, nescaya Allah tidak akan mengurniakan minum kpada orang kafir walaupun seteguk air.
– Perawi: Ibnu Majah dan Abu Hurairah.

Tuesday, March 29, 2011

FIKIR SETAPAK

POLITIK NEGARA

Seorang lelaki tua pada barisan giginya myanbg atgas hilang gigi dua, ahli UMNO - katanya - bercakap dengan saya depan kedai makanan tomyan di Sungkai, Perak, pada malam 28 Mac lalu, telah bercakap dengan saya; katanya Malaysia sebuah negara Islam: Kita aqda mufti, kadi, guru agama, masajid dan menteri yang jaga agama Islam.
Saya merenung wajahnya yang tua lebih dari usianya. dia sengeh. Bangga nampaknya, kerana dia telah berjahya berpropaganda kepada saya, walaupun dia tidak kenal saya.
Diq eengdh lagi. Warna Sepasang bibirnya yang kering dan cahaya matanya yang kurang sinat, telah memaklumkan kepada saya, dia adalah rakyat sultan Perak, Sultan Azlan shah dan Menterki Besar, Dato' Serfi Dr Zambry yang sedang dimamah dan disera hidup derita kerna miskin.
Saya menatap wajah jam tangan saya. Sahya katakan kepadanya: Negara kita Ni, Negeri Perak ni, sungai Ni, bukan negara, bukan negeri dan bukan kawasan ' negara Islam'.
"Walaunpun ada mufti, kadi?" Dia bertanya.
"Ia, mufti, kadi macam tukang bang dalam surfauj atau masjid aje," kata saya.
"Ateh, negaghed ape?" dia bertanya.
Saya menjawib: Negara orang Islam, tetapi bukan negara Islam, macam perempuan Cina tidak Islam memakai telekung, orang ingatkan dia orang Islam, dia ketawa kerana dia tahu orang tidak kenal dia itu orang Islam atau tidak."
"Ate, negaghe kita n i neghagha ape?" Dia bertanya sambil menelan air liurnya.
"Negara kita ni, negara nasionalis atau kebangsaan, berpegang kepada peraturan kapitalis," jawab saya.
"Haaa, patulah, di negeghi Peghak ni banyak udi, ada judi, ada kasino, adan nait kelab ..., ada macam - macam, saya gemor tu ...,"katanhya. Sengeh.
Dari batatang giginya yang berkarat dan bersinar disambar cahahya lampu, saya yakin dia tidak faham perjuangan dan hala tuju UMNO.
"Teman tak suka PAS, dia nak negagha Islam, ... buat apa anolak rezeki, macam lotri, judi ...,"katanya.
Saya renung wajahnya.
Dia sengeh sebagai rakyat yang setia.

QURAN DAN HADIS

AL QURAN

Sesungguhnya, Kami – Allah - telah menurunkan kepada anda – Muhammad s.a.w. – sebuah kitab – Al Quran - yang mnengandungi perkara – perkara yang menimbulkan sebutan baik dan kelebihan untuk semua, maka, mengapakan anda – para umat Muhammad s . a . w . – tidak memmahaminya – sebagai orang yang berakal - ?
– Al Anbiaa: 10

NOTA

Al Quran diturunkan Allah kepada RasulNya, Muhammad s.a.w. sebagai panduan dan petunjuk bagi umat manusia; dari beribadat, kekeluargaan, masyarakat, negara dan antarabangsa. Nagara yang baik dan mendapat keredaan Allah, adalah negara yang mengguna pakai petunjuk dan segala peraturan dalam Al Quran, termasuk politik dan tata negara.
Tetapi kebanyakan negara orang Islam, kerana pemimpin dan parti poendukung parti – parti yang berkuasa tidak faham akan pentujuk dan ajaran dalam Quran, maka mereka mnengikut cara atau sistem nasionalisme dan kapitalisme. Mereka menentang negara Islam, politik Islam dan mempengaruhi umat manusia agtau rakyat agar membenci undang – undang dalam Quran.

HADIS

PEMIMPIN BOROS

Rasulullah Muhammad s.a.w. memaklumkan: Ada seorng dari beberapa khalifah – pemimpin, peresiden, petrdana menteri dan lain – yang memerintah kalian pada akhir zaman – pada masa selepasa Nabi Muhammad s.a.w., pada kita dan di hujun zaman sebelum kiamat - dia menyebar – nyebarkan hartanya – secara boros dan mubazir – dan sama sekali tidak menghitung – hitung berapa banyak harta tersebut.
– Perawi: Imam Muslim

Sunday, March 27, 2011

KISAH DARI NOVEL





BIAR HANI JADI ANAK DARA TUA

Julia Hani tiba di aparmentnya pada ketika gema azan waktu Isyak memeluk seluruh Bandar Raya Ipoh. Kerana terlalu penat, dia merebahkan tubuhnya yang masih berbungkus pakaian atas katil. Seperti kebanyakan manusia yang kreatif, walaupun tubuh penat tetapi hati dan fikiran tetap segar.
Fikiran Julia Hani membawa dia kepada kekasihnya. Walau pun baru beberapa jam berpisah, tetapi perasaan rindunya kepada Profesor Hamidi mendera dirinya. Petang tadi dia dan kekasihnya berpisah di Putrajaya. Sebelum berpisah dia telah berkata kepada kekasihnya, “ Hani cintakan, sayang ..., biarlah Hani menjadi anak dara tua ...”
“Cinta kita agung, tetapi diri kita juga tak kurang agungnya, ... tak usah Hani mengorbankan diri kerana cinta ..., kalau tidak saya ..., orang lain ada ...,” kata Profesor Hamidi.
Julia Hani senyum. Dia teringat akan percakapannya dengan kekasihnya, “ Insya Allah, Allah akan menentukan ..., ada lelaki lain yang lebih baik dari saya ..., percayalah kepada kehendak ..., kuasa Allah ..., sesungguhnya Allah Maha adil ...”
“Ia, sungguh, Allah Maha Adil, tetapi diri Hani ni macam bintang Zuharah tergantung di langit cinta tak ke mana ..., ke bawah tidak, ke mana pun tidak,” sahut Julia Hani.
“Allah Maha Pengasih, siapa yang dia kasih, diuji dengan kepayahan, penderitaan, tetapi setelah menempuh sukar dan derita, ada senang dan ada baiknya untuk Hani,” kata Profesor Hamidi.
“Hani percaya ..., sebab tu Hani tak pilih orang muda ..., Hani pilih sayang..., kalau pilih orang muda ..., kacak ..., tapi kalau Allah tak ..., buat frust aje ..., ” suara Julia Hani lembut.
“ ooo, syukur ..., Hani seorang dara yang kenal diri ..., kenal Tuhan...,” kata Profesor Hamidi.
SEPERTI PENGAIL DILAUT
Julia Hani senyum. Dia percaya akan pendapat kekasihnya. Imannya kukuh terhadap kuasa Allah. Tetapi dia terpaksa merelakan dirinya berkeadaan seorang penanti yang mungkin seperti pengail di laut. Mungkin juga seperti menanti ara tidak bergetah.
“Mana tau, insya Allah, mungkin juga seperti menunggu bulan jatuh ke riba ...,” Julia Hani berbisik kepada dirinya sendiri..
Tiba-tiba fikiran Julia Hani dibalan oleh satu dorongan nafsunya sendiri. Sebagai manusia bernama wanita, dia ada selera sendiri terhadap lelaki. Sama ada tiga kekasihnya dulu, mahu pun beberapa orang lelaki lain, belum ada yang dapat menandingi kekasihnya, Profesor Hamidi.
Walaupun Julia Hani dan Profesor Hamidi telah bersetuju dan berikrar bersama; mereka hanya bercinta. Mereka akan berkahwin. Tidak akan memahkotai diri masing-masing sebagai raja dan permaisuri sehari. Tetapi dalam lubuk hati Julia Hani terbenam sebutir permata harapan; mudah-mudahan Allah Maha Kuasa akan menjodohkan Profesor Hamidi dengannya.
“ ...yang, kita ini hidup di bawah takdir Allah ..., rezeki, jodoh, ajal ..., tanah kubur Dia menentukan ..., kalau Allah mentakdirkan kita menjadi suami isteri, kita bersyukur ..., kalau sebaliknya, kita bersyukur juga,” percakapan Profesor Hamidi dengannya, di Pulau Langkawi dulu, bagaikan irama puisi cinta menjelma dalam mindanya.
MARAH TIDAK MENENTU
Tubuh Julia Hani kembali pulih. Letih dan lesunya telah tidak mendera dirinya lagi. Dia bangun dari katil sambil menggeliat. Sambil menanggalkan pakaian dari tubuhnya, dia teringat kepada bapanya yang entahkan sihat, entahkan tidak.
Otak dan hati anak perempuan yang membesar dalam jagaan bapa, tidak sama dengan otak dan hati anak perempuan yang membesar dalam jagaan ibu. Setelah ibu Julia Hani meninggal dunia, dia tinggal bersama bapanya dan ibu saudaranya - adik ibunya. Semenjak itu hati Julia Hani menjadi sensitif. Panas baran. Merajuk. Kadang-kadang marah tidak menentu.
Hamzah faham akan ragaman anaknya. Untuk menyejukkan perasaan anaknya, dia cepat-cepat menciumi dahi buah hatinya itu .Setelah dicium oleh bapanya, perasaan marah atau panas baran Julia Hani menjdi reda. Dia kembali kepada keadaan yang normal.
DALAM DEBU PANAS
Tubuh Julia Hani masih berbungkus dalam tuala. Dengan hati yang penuh kasih sayang kepada bapanya, dia mengangkat telefon bimbitnya. Hatinya bagaikan anak ikan menggelepar dalam babu panas, karena khuatirnya kalau-kalau bapanya akan memarahinya.
“ ...abah, Nona cakap ni ...,” suara Julia Hani mesra.
“Nona, di mana, Nona ...?” suara bapanya dalam nada sedih.
“Nona di Ipoh, abah,”sahut Julia Hani bersuara hiba.
“ ...aaayah, ayah minta maaf, Nona ..., ayah salah ...,” suara bapanya bernada duka.
“Abah..., tak apa, abah ..., abah tak salah apa-apa, tak payah minta maaf pada
Nona ..., Nona yang minta maaf dari abah ...,” kata Julia Hani bersuara anak manja.
“Tak, tak, Nona, ayah yang salah ..., ayah tak patut kata begitu kepada Nona ..., ayah menyesal, Nona,” suara bapanya hiba.
“...tak apa ayah, itu hak ayah ...,” sahut Julia Hani.
“Ayah minta Nona balik ..., ayah tak paksa Nona lagi ...,”kata bapanya.
“Ia, ayah, insya Allah ...,” sahut Julia Hani.
Air jernih tumpah dari dua lubuk mata Julia Hani. Pada ketika itu dia teringat kepada zaman dia masih kanak-kanak. Bapanya memeluk, mencium dan menjulangnya dengan penuh kasih sayang. Tidurnya diselimutkan. Pendeknya dia sentiasa berada dalam kemanjaan bapanya.
“Abah, insya Allah, Nona sentiasa mendoakan abah panjang umur, sentiasa sihat, cukup rezeki, tenang fikiran ...,” suara hati Julia Hani.
“ Nona pula merangkak belajar mengenal hakikat kehidupan, insya Allah, kita semua sejahtera juga akhirnya ...” hati Julia Hani bermadah.
“Nona, abah tak paksa Nona lagi ..., abah dah tau perangai Wahab tu ...,” kata Hamzah kepada anaknya.
“Syukurlah, abah, sesungguhnya Allah menyedarkan kita, abah ...,” sambut Julia Hani.
“ Demi Allah, Nona, abah terima siapa saja bakal suami Nona, tak kira dia mudake, tua ke, Melayuke ..., bangsa lainke ..., asalah dia orang Islam, beriman...,” tegas Hamzah dengan suara bernada hiba.
“Terima kasih, abah,” sambu Julia Hani lagi.
“Tak apalah, Nona ..., bila senang, baliklah ...,” kata Hamzah.
“Insya Allah, abah, kirim salah kepada mak cik ...,” kata Julia sebelum menutup punat telefonnya.
Julia Hani melangkah ke meja tulisnya.Pada halaman buku catatan peribadinya ditulis kalimat-kalimat, ‘Demi Allah, aku rasa amat bahagia kerana bapaku telah menerima aku semula .... Ampunilah bapaku, ya Allah, kerana dia telah memutuskan silatur rahim dengan anak kandungnya sendiri.
DARI SERI PATI TANAH
‘Demi Allah, seperti firman-Mu, Kauciptakan manusia dari seri pati tanah, sesungguhnya aku Kauciptakan dari seri pati tanah, iaitu air mati bapaku. Dia dan aku tidak dapat dipisahkan, kecuali Engkau.
‘Ampun dosaku, ya Allah, sesungguhnya aku dalam perjalanan menagih kasih sayang dari seorang bapa dan cinta kasih dari seorang lelaki yang usianya lebih tua dari bapaku.
‘Hajatku, ya Allah, aku amat ingin mendapat cahaya mata setelah aku berkahwin dengan kekasihku itu. Kalau cahaya mata kami itu lelaki aku akan didik dia menjadi seorang lelaki hamba-Mu yang ikhlas.Rela berjihad demi-Mu dan agama-Mua. Jika dia perempuan, aku akan didik dia menjadi manusia yang taat kepada-Mu.’
KARENAH BAPA TIRI
Setitik. Dua titik. Beberapa titik air mata Julia Hani luruh atas meja tulisnya. Pada detik-detik itu hatinya diusap suka.Di dera duka.
Pada ketika itu Julia Hani teringat akan kata-kata kekasihnya, “ dalam dunia ini, paling ramai anak dan ibu bapa jadi renggang, laksana berpatah arang, pertama, kerana cinta anak tidak di setujui oleh ibu atau bapa ..., kedua, kerana harta atau wang, ketiga kerenah bapa tiri atau ibu tiri.”
(Disunting dari mqanuskrip novel, Air Mata Kering Di pipi, oleh: Mokhtar Petah)

QURAN, HADUIS DAN LAIN





LELAKI


Lelaki ada pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana allah telah melebihkan lelaki – lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas perempuan – perempuan, juga para lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Mereka, prempuan – perempuan yang saleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suami mereka) dan yang memelihara (kehormatan diri termasuk menutup aurat) pada ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya.Dan perempuan – perempuan yang kalian bimbang melakukan perbuatan derhaka (hingga boleh dilakukan nusuz atau gantung tidak bertali) hendaklah kalian menasihati mereka (jika mereka berdegil) puloaukan mereka di tempat tidur, dan ( jika mereka masih degil juga) pukullah mereka(dengan pukulan ringan dengan tujuan mengajar). Kemudian, jika mereka taat kepada kalian, jangalha kalian menjacir – cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesaungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Agung.
– An Nisa: 34


HADIS

KASIH SAYANG

Perumpamaan orang – orang mukmin dalam berkasiah, sayang dan lemah lembut mereka seperti satu badan atau jasad, apabiola satu anggota badan terasa sakit, maka seluruh badan reasa sakit juga dan sama – sama berjaga malam.
– Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim.


*****



BENARKAN NEGARA KITA BANYAK WANG?

Kakau saya bukan seorang penulis yang ramai orang kenal, tentulah saya tidak mengetahui perkara ini. Perkara ini melibatan negara, rakyat dan tanggungjawab para pemimpin kerajaan peringkat Petrsekutuan dan negeri - negeri, iaitu semua jabatan kerajaan tidak cukup wang untuk berbelanja pada hari - hari Perdana Menteri Najib melaungkan peruntukan wang berbeliaon ringgit banyaknya.
Semua jabatan kerajaan di bawah tiap -tiap kementerian telah kekeringan wang untuik berbelanja. Mereka terpaksa berdikit - dikit, yakni berjimat cermat untuk menjalankan tugas yang memerlukan perbelanjaan,
Kata seorang profesor Melayu: "Naji kata banyuak duri, duit kita macam daun getah musim kemarau, tetapi sebenarnya kita tidak banyak wang."
"Banyak rancangan dlam jabatan kami terpaksa di bagtalkan atau dikurangkan, tak ada wang, " kata seorang pegawai dari jabatan di bawah Kementerian Pertanian.
Semua orang UMNO, terutama wanita dan pemuda mengangkat tangan dan meluang, bahawa kerajaan bawah pimpinan UMNO dan BIN banyak wang. Kerajaan bawah pimpinan PKR tidak ada wang, hampir muflis.
Mendengar kata - kata mereka, rakyat yang mampu terpaksa membeli kamu untuk mengetahui akan kata - kata dari para wanita dan pemuda UMNO itu.
Mahu tidak mahu, kerana kita dipimpin oleh Najib Tun Razak yang telah berkali - kali laung negara kita terlalu banyuak wang, maka kita a\kur atau mengaku, walaupun anak - anak kita dalam buaian terpaksa minum air wswan yang dimasak dengan ketulan batu.
Tun Razak bersiterikan Tun Puan Rahan binti Haji Mohd. Noah. Isterinya tidxak pernah campur tangan dalam kerajaan dan berbelanja wang negara apa lagi menggunakan harta miliik negara.Maka, Tun Razak telah berjaya memakmurkan rakyat jelata.
Tetapi Najib beristerikan Rosmah Masor. Isterinya berbesa dengan ibunya, Toh Puan Rahah.
Semua rakyat yang tahu erti miskin dan derita tertanya - tanya.

Saturday, March 26, 2011

SAJAK

PETAH WAZZAN

Petah Wazzan Iskandar Jauhari,
Anak ayah lelaki Melayu,
Pada hari ini Allah buktikan,
Bahawa anakku suami bagi,
Gadis ciptaanNya, Ci Fareah binti Alias.

Petah Wazzan Iskandar Jauhari,
Namamu dari usul datukmu,
Lelaki Melayu yang kenal duka lara,
Mentagan dada,
Darah menerahnya mengalir panas,
Kerana, perjuangan di jalan Allah.

Petah Wazzan Iskandar Jauhari,
12 Mac 2011 lalu,
Kau adalah suami,
Melindungi wanita setia,
Sama – sama berhati insaniyah,
Allah, di lupa jangan.


Dewan Sek. Sultan Alam Shah Putrajaya – Mokhtar Petah

Friday, March 25, 2011

titik - titik sejarah (ulangan)


ORANG MELAYU


Baik hati orang Melayu,
Ada rumah tempat tetamu,
Awak tidur di luar pintu,
Tetamu lena dalam kelambu.

Dagang lalu ditanakkan,
Anak mati kelaparan,
Ada tanah disewakan,
Diri tersangkut di olak jamban.

Selama saya tinggal di Kepala Batas – 1952 – 154, saya telah berpeluang menjelajah ke setiap permatang dan kampung dengan menggatih basikal, membonceng motosikal dan menumpang kereta. Saya telah mempelajari budi baik penduduk-penduduknya. Kedatangan saya dijamu, waktu hendak pulang disertakan hadiah atau buah tangan. Ada pula yang ikhlas mempelawa saya untuk menjadi menantu.
Di sekitar kawasan Bumbung Lima dan Matang Bendahari, saya dijamu dengan nira nipah. Di Pajang Song dan Ara Kuda saya merasa makan pengat pisang dan ubi kemili rebus sama dengan kelapa berparut. Di sungai dua saya dihidangkan dengan tapai dan mi rebus campur udang sungai (udang galah). Di Pinang Tunggal makan saya telah makan gulai itik serati.
Saya juga bersama rakan-rakan sekolah telah menonton sebuah filem Melayu, ‘Pulau Mutiara’ dalam sebuah panggung wayang kampung, di Matang Bendahari. Panggung itu milik seorang peniaga Melayu, berdindingkan papan-papan lama dan atapnya dari zink-zink lama.Tempat duduknya adalah bangku kayu keras dan panjang seperti bangku kayu di warung-warung kopi kampung.
WARUNG KAMPUNG
Kami telah menonton wayang gambar itu, pada jam 2.30 petang dengan bayaran 50 sen seorang. Sebaik-baik selesai dari menonton kira-kira jam 4.15 petang, kami telah singgan di sebuah warung di kampung itu untuk minum air kopi dan makan pisang goreng. Pada masa di warung itu saya dapat mendengar percakapan dua tiga orang Melayu di warung itu, mengenai masalah orang-orang Melayu menyewakan tanah mereka kepada rakan mereka, orang-orang Cina dan India.
Orang Melayu Pulau Pinang, Seberang Perai dan Kepala Batas baik hati; tanah mereka, luas setapak rumah atau seluas rumah kedai, disewakan kepada orang-orang Cina atau India untuk menumpang duduk atau berniaga. Sewanya sebulan sekadar dua ringgit dan dimeterai dengan surat perjanjian; lama sewanya selagi ada bulan dan matahari
Seorang pemilik tanah dalam kawasan Kepala Batas, telah menyewakan kira-kira 100 x 60 kaki persegi dari tanahnya kira-kira tiga ekar di tepi jalan raya kepada seorang Cina, rakan baiknya untuk mendirikan kedai runcit, pada tahun 1945. Sewa tanah itu sebanyak dua ringgit sebulan. Dalam surat perjanjian itu tidak tercatat temponya, tetapi tercatat, sewaan itu berjalan selagi ada matahari dan bulan.
BAPA RANDUK
Orang Cina itu membawa keluarganya tinggal di kedai runcit itu. Dua tiga bulan kemudian dia membawa balik seekor babi betina dan babi itu dikurung dalam kandang di belakang kedai runcitnya. Seperti kebiasaan bagi penternak-penternak babi, pekedai itu menyewa bapa randuk, iaitu babi jantan untuk mengawan dengan babinya. Kemudian babi betina itu bunting dan sampai temponya ia beranak empat hingga enak ekor atau lebih.
Anak-anak babi itu dilepaskan berkeliaran atas tanah orang Melayu itu hingga sampai ke halaman rumahnya yang terletak kira-kira satu rantai dari kedai runcit itu. Si tuan tanah meminta orang Cina itu supaya tidak melepaskan anak-anak babinya, kerana anak-anak babi itu berkeliaran di halaman rumahnya, tetapi orang Cina itu tidak mempedulikan permintaannya.
Beberapa bulan kemudian, setelah anak-anak babi itu membesar, ibu babi itu beranak lagi. Air dari kandang babi itu mengalir ke seluruh tanah orang Melayu itu. Baunya sampai ke seluruh kawasan rumah tuan tanah tersebut. Akhirnya tuan tanah itu terpaksa menjualkan semua tanahnya kepada orang Cina itu.
LEMBUT HATI
Ada satu lagi kejadian orang Melyu tuan tanah terpaksa melepaskan tanah miliknya kepada orang Cina, iaitu kerana orang Cina itu lembut hati memberi hutang wang kepadanya. Orang Melayu yang memerlukan wang tidak memikirkan akibat yang akan menimpa dirinya dan keluarganya pada masa depan.
Si orang Melayu tuan tanah itu telah menyewakan tanahnya kira-kira dua relung kepada rakannya itu untuk mendirikan rumah tempat tinggal. Sewanya selagi ada matahari dan bulan juga. Si orang Melayu tuan tanah itu berniaga kecil-kecilan. Dia sering meminjam wang dari rakannya, iaitu orang Cina yang menduduki tanahnya itu. Akhirnya dia tidak dapat melangsaikan hutangnya. Dia terpaksa melepaskan tanahnya kepada tangan orang Cina yang telah tidak lagi menjadi rakannya itu.
‘Kaum pendatang telah mengambil kesempatan dari sikap tidak peduli orang Melayu, dengan memperkenalkan sistem jual beli secara berhutang. Mereka telah memulakan penindasan ekonomi ke atas orang Melayu dengan terang-terangan di hadapan kuasa pelindung Inggeris. Tanah Melayu telah menjadi negeri Cina ke 19 dalam semua hal kecuali pemerintahan; sebab orang Cina masih lagi belum mengalih mata mereka kepada pemerintahan.’ [1]

‘Orang-orang Melayu yang selama ini lemah disebabkan oleh pengaruh keturunan dan alam sekitar tidak berupaya untuk menghadapi cabaran pendatang-pendatang Cina ini, hingga terpaksa mengalah.’[2]

Kejadian seperti itu telah berlaku di Kuala Lumpur, Selangor, pada zaman Sultan Abdul Samad 1857 – 1898). Seorang saudagar Cina baik dengan Sultan Abdul Samad dan para Orang Besar-Besarnya. Baik saudagar Cina itu dengan Sultan dan para Orang Besar-Besar seperti peribahasa Melayu, ‘ada udang di sebalik batu’ atau ‘kalau tak ada berada masakan tempua bersarang rendah’.
PENAGIH CANDU
Pada zaman itu hampir semua permukaan tanah dalam kawasan Bandar Kuala Lumpur dari Kampung Baru, Chau Kit hingga ke kawasan Bangunan Mara dan Mahkamah dan Masjid Jamie, adalah milik orang Melayu yang kebanyakannya Orang Besar-Besar Sultan Abdul Samad.
Pemilik-pemilik tanah itu menjadi penagih candu dan gemar kepada hiburan. Saudagar Cina itu menjalankan berbagai jenis perniagaan; kata orang yang tidak halal baginya ialah, empat kaki meja dan dua kaki kukuran di dapur. Orang-orangnya menjual candu kepada sebilangan dari para Orang Besar-Besar dan tuan-tuan tanah itu. Lama-kelamaan mereka menjadi penagih candu, berjudi atau berfoya-foya. Untuk mendapatkan wang untuk membeli candu atau berfoya-foya, mereka terpaksa meminjam wang dengan menggadaikan tanah milik mereka kepada orang India, Ceti, iaitu rakan saudagar Cina itu. Akhirnya tanah milik Orang Besar-Besar dan orang kaya terlepas ke tangan Ceti itu.
Tidak lama kemudian semua tanah milik Ceti itu, dijualkan kepada orang-orang Cina yang menjadi rakan saudagar tersebut.[3]

MENUNTUT KEMERDEKAAN
Selain dari kaum pendatang (orang-orang Cina) pada masa itu mengajar orang Melayu berhutang dalam perniagaan, menggalakkan hisap candu, mereka juga mengajar dan menggalakkan orang Melayu bermain judi – sebarang jenis judi. Pada masa menghadapi kemerdekaan Tanah Melayu, kalangan pemuda UMNO yang dipimpin oleh Saadon Haji Zubir tidak menyetujui UMNO menuntut kemerdekaan dengan kerjasama parti-parti bukan Melayu, maka terdengarlah protes-protes dari orang Melayu. Antara protes-protes itu, ialah pantun-pantun yang dinyanyikan oleh pemuda-pemuda Melayu, iaitu:

Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput dari padi,
Sini Cina Sana Cina,
Malaya jadi pajak judi.

Walau bagaimana pun kejadian sewa tanah kepada orang Cina dan orang India di Kepala Batas tidak banyak berlaku seperti di Pulau Pinang, terutama dalam kawasan George Town. Hal itu disebabkan guru-guru agama, di antara Sheikh Abdullah Fahim, Haji Salleh Masri (Bukit Mertajam) dan guru-guru Melayu yang mempunyai kesedaran politik kebangsaan (terutama rakan atau murid Ibrahim Haji Yaakob[4] di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim), telah memberi nasihat kepada tuan-tuan tanah agar tidak menyewa tanah mereka.

------------------------
[1]
L . J. Barnes, Report of the committi on Malay Education Fed. Of Malaya, Kuala Lumpur, Government Printers,
1951m hlm.8.
[2]
Maahathir bin Mohamad, Dilema Melayu, 1982, Kuala Lumpur, Singapura, Timess
Editions Ote.Ltd., hlm. 29.
[3]
Diceritakan oleh Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Yusof dan Tun Mohammad Sufian Haji Hashim kepada
penulis.
[4]
Pemimpin parti politik Melayu yang awal, iaitu Kesatuan Melayu Muda (KMM).

(Diangkat dari manuskrip buku, Kepala Batas Dalam Sejarah, oleh: Mokhtar Petah)

Thursday, March 24, 2011

QURAN DAN HADIS



JADI MONYET


... bertanyalah (hai Muhammad s.a.w.) kepada mereka mengenai (penduduk – penduduk) bandar yang terletak di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan – oleh Allah – pada hari Sabtu, pada ketika datang kepada mereka hari Sabtu itu ikan – ikan (menjadi cubaab bagi) mereka yang kelihatan timbul di permukaan air, sedang pada hari – hari yang lain ikan – ikan tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah Kami – Allah – menguji mereka (dengan cubaan tersebut) kerana mereka sentiasa melakukan kefasikan (kejahatan).

Al A’araaf: 163

Setelah mereka melanggar larangan (oleh Allah) kepda mereka, Kami – Allah – katakan: (hendaklah) kalian menjadi monyet yang dibenci oleh Allah.

Al A’araaf: 166.

NOTA.
Ayat Quran di atas mengenai kaum Yahudi Bani Israel yang melangkah perjanjian menena

i larangan Allah terhadap mereka dari menangkap ikan pada hari Sabtu. Kerana perangai

mereka yang mungkir janji dan melanggar perintah Allah, maka, mereka dijadikan Allah berupa

atau keadaan monyet beruk .

Lihat juga ayat 65 dalam surah Al Baqarah.



HADIS


SUKA MEMUJI

Raslullah Muhammad s.a.w. bertsabda kepada sahabatnya Sayyidina Umat Al Khattab: Jika kalina melihat orang – orangyang suka memuji – membodek - , maka, lemparkan tanah kepada muka mereka.

– Perawi: Imam Muslim.

FIKIR SETAPAK



WANITA DAN KOSETIK


Di Malaysia, berbelion wang dicorahkan oleh para wanita dari semua bangsa untuk belanja membeli bahan - bahan kospetik hinggallah bahan - bahan mencuci bahagian sulit mereka. Wang sebanyak itu menguntungkan: 1 - Penjual 2 - Pengiklan 3 - Kerajaan (kerana mendapat wang hasil cukai) Wanita - wanit mendapat nikmat, kerana hasil dari mengguna atau memakai bahan - bahan kosmetiki itu, wajah mereka kelihatan jelita, menawan dan menggiurkan. Kebanyakan suami yang beristeri gemar mengguna - memakai kospetik yang mahal harganya, kepunankan 'nikmat' dari isteri masing - msing, kerana kecantikan atau kejelitaan isteri mereka itu tidak untuk mereka di rumah, tetapi untuk lelaki - lelaki di luar rumah yang melihat dan merenung mereka. Maka, berlakulah krisis dalam suami, kerana: 1 - Ada isteri tengoik sahaja. 2 - Cantik isteri nikmat orang lelaki lain. 3 - Di rumah suami menghidu peluh hapak isteri cuma. Dalam keadaan berlomba mendapatkan kosmetik, ada wanita yang mengalami: 1 - Wajah cantik jadi hodoh. 2 - Dulu, muka berjerawat pasir, selepas pakai kospetik muka berjerawat batu. 3 - Mukalicin jadi menggerutu macam kulit katak puru. 4 - Muka cantik jadi jeragat. 5 - Muka licin dan berseri jadi tidak berseri kerana ada tompok - tompok keli kerana alah bahan kospetik. Saya perna menyertai orang - orang berniaga kosmetik. Mereka membeli bahan kosmetik - sampo - seperti membeli tepung kandum, iaitu kira guni. Kemudian bahan itu dibancuh dan di isi dalam botol dari palstik dengan ditampal berbagai jenama. Ertinya bahan kosmetik dari satu guni boleh majdi berbagai jenama kosmetik. Lelaki yang beriman dan menyayangi isteri: 1 - Suka dan kasihkan isteri yang berwajah sederhana. 2 - Wajah ada cahaya iman (tidak ditampak dengan bahan kosmetik) 3 - Kecantikan isteri dirasa ikhlas kerana isteri tidak menayangkan kecantikan wajah dan tubuh mereka kepada lelaki - lelakai lain di luar rumah. 4 - Wangin tubuh isteri untuknhya ( bukan untuk khlayak di lua). Dua ulama, Allahyarham Haji Nawawi bin Muhammad (Janggut merah) dan Haji Muhammad Saman Kati trelah mengeluarkan pendapat yang boleh diterima akal: Perempuan (isteri) yang meregek (mencantikkan wajah dan diri), tidak untuk suami, tetapi untuk lelaki - lelaki di luar rumah, maka, mereka itu adalah jalan yang tidak amalkanperbuatan jalang, iaitu jalang juga.

Wednesday, March 23, 2011

FIKIRSE TAPAK

CAKAP YANG MEMBODOHKAN ORANG

Pada zaman permulaan bangkit Nabi Muhammad s.a.w., golongan orang – orang kafir Quraisy dan Yahudi mengeluarkan perkataan, bahkan melaung kepada orang ramai, bahawa mereka sahajalah boleh menolong dan mampu memberi kemakmuran kepada orang ramai dan Muhammad s.a.w. tidak akan boleh malakukan apa – apa, selain dari janji kosong.
Mereka berkata dan menhina Muhammad dengan kata – kata:
1 – Muhammad pembohong.
2 – Muhammad orang miskin tidak boleh buat apa – apa.
3 – Muhammad gembala kambing cuma , jangan ikut dia.
4 – Muhammad mesti dihalau dari Makah kerana berdusta
dan membawa ajaran salah dan memecah belahkan.
5 - Muhammad mesti dibunuh kerana bahaya kepada
masyarakat Arab dan Yahudi.
Kemudian propaganda atau kata – kata buruk itu turun kepada beberapa kerajaan atau pemeriuntah di seluruh dunia. Sampai kepada Maharaja Iran, Shah Redha Pahlkwawi; melaungkan dengan garang, bahawa pemimpin – pemimpin umat Islam Iran khianat, terutama Ayatullah Khumaini, tidak boleh dipercayai. Kalau mereka memerintah negara, rakyat Iran akan hidup dalam kebuluran dan papa kedana.
Sejak Tanah Melayu – berkongsi dengan Cina dan India – merdeka, kata – kata propagand atau suara buruk itu menjadi amalan orang – orang UMNO dari peringkat atasan hingga ke peringkat bawahan.
Kata – kata seperti ini sering dilaungkan kepada orang ramai:
1 – Kalau parti pembangkang, terutama PAS memerintah rakyat
akan papa dan kelaparan.
2 - Orang – orang parti pembangkang berjanji dalam pilihan raya
sahaja, tetapi mereka tidak menunaikan janji.
3 - Parti pembangkang, kalau menang pun mereka tidak boleh buat
apa – apa kerana mereka tidak ada duit.
4 - Parti pembangkang pengkhianat negara dan rakyat.
5 - Parti pembangkan musuh rakyat yang mesti ditentang.
Semua rakyat yang bodoh politik dan pengetahuan am, tentulah menelan bulat – bulat akan kata – kata dari orang – orang UMNO itu. Tetapi bagi rakyat yang berpelajaran dan bijak, tentulah menyifatkan kata- kata orang UMNO itu, hanya untuk membodohkan rakyat jelata.
Mereka tahu, Perlembagaan menerima dan mengesahkanb parti – parti pembangkang seperti menerima dan mengesahkan UMNO dan parti – parti politik dalam Barisan Nasional juga. Ertinya semua parti pembangkang bukan musuh rakyat dan bukan pengkhianat negara. Sah di bawa kuasa Yang Dipertuang Agong.
Fikir setapak dan fikir setapak lagi! Jika parti pembangkang menang dalam pilihan raya dan dapat menerajui kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri – negeri, maka parti itu boleh melakukan pemerintahan seperti yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional dan mungkin lembik baik lagi.
Dalam parti – parti pembangkang ramai orang pandai, berpengetahuan tinggi, bijak dan ada yang melebihi orang – orang UMNO dan BN.
Kita misalkan UMNO adalah suami kepada seorang perempuan cantik. Suami melaungkan, kalau lelaki yang cintakan isterinya itu kahwin dengan isterinya, nescaya bekas isterinya hidup menderita dan menjadi mangsa dera lelaki tersebut.
Lalu si suami menceraikan isterinya. Tidak lama kemudian lelaki berkenaan berkahwin dengan jandanya. Rumah tangga mereka aman damai dan bahagia. Bekas isteri lelaki itu lebih cantik daripada masa hidup bersama suaminya yanbg lalu.
Demikian contoh. Dan contoh ini memberi kesedaran kepada orang – orang politik – politikus - , agar bercakap mengikut pengetahuan, fikir sebelum bercakap dan jangan menggunakan kata – kata untuk membodohkan orang ramai.
Perbuatan itu tidak baik. Kalau menang pun Allah tidak reda, kerana dalamn kata – kata itu ada:
1 – Takbur dan ria,
2 – Memburuk atau menghina orang lain yang juga hamba Allah,
3 – Menggunakan kata – kata untuk memperdaya orang ramai,
4 – Mengguna kata – kata untuk menambah bodoh orang – orang yang bodoh,
5 – Ada makna tersirat seperti tidak yakin kepada kuasa Allah.
Atas nama Allah, elok kita fikir setapak dan beberapa tapak, agar kita dia tidak berdosa dan orang ramai tidak menjadi bodoh.

QUAN DAN HADIS

SABAR

Hai orang – orang yang beriman! Bersabarlah kalian - bersabarlah kalian dalam menjalankan perkara – perkara yang kebajikan - dan kuatkanlah kesabaran kalian – lebih dari kesabaran musuh di medah perjuangan – dan besedialah – dengan kekuatan pertahanan di daerah – daerah sempadan – serta kalian bertaqwalah kepada Allah, supaya kalian berjaya - mencapai kemenangan - .
– Ali Imran: 200.

NOTA.
Seiapa yang ingin menambahkan isteri dari seorang kepada beberapa orang mengikut yang ditunjukkan dalam Quran – surah An Nisa: 3 - , maka, pada ketika isteri sedang nyenyak tidur, baca ayat ini sebanyak tujuh – 7 – kali dan tiap kali lepas habis membaca hembuskan kepada seluruh tubuhnya. Insya Allah dan dengan pertolongan Allah isteri reda suami berkahin lagi.


HADIS

ORANG KUAT

Rasul Allah Muhammad s.a.w. bersabda: Orang yang kuat bukanlah orang yang menang berkelahi - bergaduh - , tetapi orang kuat – sebenar – ialah yang dapat menguasai dirinya pada ketika mara – panas baran, stres dan sebagainya - .
– Perawi: Abu Hurairan dan Imam Muslim.

Tuesday, March 22, 2011

NASIB WARTAWAN (ulangan)


'DENGAN SEBIJI PELURU KAMU BOLEH KOJOL'

Sembilan belas tujuh puluhan.
Semenjak krisis antara Sultan Perak dengan Menteri Besar Ghazali Jawi hingga kepada Krisis antara Baginda dengan Wan Mohamed, aku telah menerima enam kali sampul surat yang berisi sarung peluru pistol. Pada tiap-tiap helai kertas yang telah dikirimkan bersama sarung peluru itu mengandungi tulisan, ”...jaga peluru macam ini boleh bunuh orang”, ”Dengan sebiji peluru ini kamu boleh kojol’ dan ’Orang macam kamu, wartawan makhluk perosak patut dibunuh.”
Walaupun tiada orang yang menilai, tetapi aku telah menilaikan diriku sendiri; kerjayaku dalam bidang penulisan, dengan pena dan tulisanku untuk menghapuskan kepincangan dan keburukan di kalangan orang, menjaga kepentingan mereka dan negeri adalah perjuangan juga dan dinamakan jihad juga. Kerana penilaian demikian pada diri aku sendirilah, maka aku telah tidak melaporkan perkara sarung peluru dan ancaman terhadap diriku kepada pihak polis.
Aku teringat, pada masa aku di Vietnam dulu, aku telah menyaksikan mayat seorang wartawan lelaki dari Eropah yang telah ditembak oleh gerila Vietcong. Adakah aku akan mati seperti wartawan tersebut. Ajal di tangan Tuhan; bila tiba ajal, tiap-tiap manusia itu akan mati jua, tiada siapa yang berupaya menyegera atau mengundurkan waktu matinya. Dia dan dengan apa cara juapun mati akan mendatangi kita.
MENUNTUT KEMERDEKAAN
Aku telah berpegang kepada falsafah aku sendiri, iaitu aku menulis apa yang aku lihat, dengar, ketahui dan alami walaupun tulisanku itu boleh menggugat kedudukan menteri-menteri besar dan wakil-wakil rakyat, kerana tugas itu adalah bagi menyambung perjuanganku kepada tanahair, bangsa dan agama Islam semenjak awal tahun 1950-an. Pada tahun 1952, terutama tahun 1954 dan tahun-tahun berikutnya aku telah berjuang menuntut kemerdekaan bersama mereka yang berjuang. Tetapi aku adalah dari ramai pejuang-pejuang yang tidak terbilang dan tidak mahu dibilang.
Oleh kerana aku juga seorang pejuang, apabila negara dan bangsaku telah mencapai kemerdekaan, aku tidak menuntut apa-apa dari negara, kerana perjuanganku itu adalah jihad juga. Tetapi rasa sedih apabila aku mendapati ada orang-orang yang tidak pernah berjuang atau yang hanya menyertai perjuangan secara menumpang di ekoran sahaja setelah mereka berkuasa dan mempunyai kedudukan, mereka telah melakukan penyelewengan terhadap negara dan bangsaku sendiri. Aku secara ikhlas menyifatkan orang-orang yang demikian sama dengan pengkhianat negara.
Mungkin orang lain tidak dapat menerima pendapatku, bahawa aku hidup meniti atas landasan sejarah, mencatat sejarah dan mewujudkan garis dan titik dalam sejarah bangsaku walaupun tidak secara menyeluruh. Aku belajar dari alam dan manusia; aku telah kenal atau arif akan individu dan latar belakang mereka yang telah berjuang semenjak zaman Tunku Abdul Rahman hingga pada zaman Hussein Onn dan Dr Mahathir Mohamad. Mereka itu, sama ada jujur atau tidak, mereka adalah pelakon dalam sejarah negara mereka sendiri.
MENGACU PENUMBUK
Pada satu tengah malam, aku bersama isteriku, Sitti Haishah telah singgah di sebuah coffee house, dekat Jalan Sultan Idris Shah, dalam Bandar Ipoh, kerana hendak makan. Pada waktu kami masuk ke dalam perut coffee house itu, aku nampak beberapa orang Melayu dari Hulu Perak sedang duduk mengelilingi sebuah meja.
Aku dan isteriku telah duduk menghadapi meja di sudut perut coffee house itu. Sebentar kemudian aku telah bangun dari kerusi dan pergi ke bilik air. Pada waktu aku keluar dari bilik air itu, seorang dari orang-orang dari Hulu Perak itu, namanya Awang(bukan nama sebenar) telah berdiri di hadapanku dengan mengacu penumbuknya kepadaku.
”...meka tulis dalam surat khabar fasal Dato’(Dato’ Wan Mohamed)..., ” katanya.Garang.
”Ia, mengapa?” Aku bertanya.
”....ni, aku ni, oghang Dato’ Wan..., mike tulis fasal Dato’ Wan, ...mika tulis fasal orang Pattani..., aku bunuh mu,”katanya.
”Ia, saya pun orang pattani, ngapa...” Aku bertanya.
Awang telah menghunjamkan penumbuk kanannya kemukaku, tapi aku sempat mengelak. Kaca mataku telah terpelanting ke atas lantai. Aku telah melangkah ke tepi meja dekat meja tukang masak. Atas meja itu ada beberapa bilah pisau pemotong daging. Awang telah menyangka aku akan melawannya dengan menggunakan pisau pemotong daging itu, dia telah berundur lalu masuk mendapatkan rakan-rakannya. Aku telah mengambil kaca mataku yang telah pecah atas lantai.
ANGGOTA POLIS
Kerana bunyi bising, isteriku telah masuk ke bahagian dapur mendapatkan aku. Pengurus coffee house itu, seorang lelaki Cina, telah meminta aku keluar ikut pintu belakang coffee house tersebut, kerana dia khuatir Awang dan rakan-rakannya akan bertindak lagi terhadap diriku. Aku dan isteriku telah keluar dari coffee house itu ikut pintu yang telah ditunjukkan oleh pengurus coffee house itu. Kami telah menyeberang Jalan Anderson dan pergi ke pejabatku di Jalan Leong Sin Nam kira-kira 500 meter dari coffee house itu.
Setibanya kami di hadapan pejabatku, seorang pemuda Melayu memakai seluar jean, baju t dan rambutnya panjang sampai ke tengkuknya sedang berjalan di hadapan kami. Aku telah meminta dia menolong kami untuk mengikut kami pergi mengambil keretaku yang terletak di hadapan coffee house tersebut. Pemuda itu telah mengikuti kami sampai ke keretaku. Dia telah perkenalkan dirinya, bahawa dia seorang anggota polis.
Beberapa hari kemudian, aku telah mendapat tahu dari kawanku, Zabedi bin Haji Salleh, bahawa Awang tinggal di FELDA Barsia, Grik. Dia telah diupah sebanyak RM500.00 untuk menumbukku. Selain dari itu dia juga telah dijanjikan akan dianugerahkan satu kawasan balak di Lapangan Nenering, di Hulu Perak.
PECAH BELAH
Pada tengah malam itu aku telah pergi menemui Sultan Idris di Istana Firus dan memaklumkan kepada Baginda akan kejadian yang telah menimpa diriku. Sultan Idris dengan murkanya telah menelefon Musa Hitam. Baginda telah mendesak Musa Hitam supaya bertindak segera terhadap mereka yang melakukan tindakan di luar undang-undang terhadap diriku.
Kira-kira jam 10.00 pagi esoknya, seorang pegawai polis telah datang menemui aku. Dia telah meminta aku membuat laporan di balai polis, tetapi aku telah memberitahu kepadanya yang aku tidak mahu memanjangkan hal itu kerana perkara itu kecil sahaja. Kemudian dia telah mengambil keterangan dariku. Kaca mataku yang telah pecah sebelah itu telah diambilnya juga sebagai bahan bukti.
Pada pagi lusanya, tiba-tiba isteriku menjerit dan melolong tidak sedar diri sebagai orang kena histeria. Aku telah memeluk tubuhnya sambil membaca ayat-ayat Quran dan menghembus kepada dua belah telinganya. Sebentar kemudian, dia telah sedar semula. Kira-kira jam 4.00 petang itu, isteriku telah menjerit dan tidak sedarkan diri lagi. Aku telah membaca lagi ayat-ayat Quran dan menghembuskan ke telinganya dan dia telah pulih semula.
AYAT QURAN
Seorang rakanku, Encik Ahmad Dairabi dari kampung Tengku Hussein, Ipoh, telah menolong kami, dia telah membawa kami kepada seorang bomoh muda, di Gunung Mesah, Gopeng. Bomoh itu pengamal ilmu Imam Bonjol, Indonesia.
Bomoh itu telah membaca beberapa ayat Quran dalam keadaan dia tidak sedarkan dirinya. Kemudian dia telah bercakap dalam bahasa yang aku tidak dapat memahaminya. Ahmad Dairabi yang faham akan percakapan bomoh itu telah memberitahu kepada kami, bahawa orang yang sakit hati kepadaku telah membuat ’ilmu ghaib’ terhadap isteriku dengan menggunakan ilmu orang Sakai.
Kemudian bomoh itu telah memberi kepadaku beberapa bilah lidi kabung yang telah dikerat sepanjang kira-kira 8cm bersama sabutnya. Lidi-lidi dan sabut kabung itu telah dijampi dengan ayat-ayat Quran juga.
”....Encik balik nanti, banyak kucing di rumah Encik, ....kucing tu syaitan-syaitan orang Sakai, ... orang yang sakit hati kepada Encik puja,” Ahmad Dairabi telah menterjemahkan kata-kata bomoh itu kepada kami.
”...Encik balik, Encik tanam benda ni depan rumah, ...semua kucing tu...,”katanya lagi.
Apabila kami tiba di hadapan rumah kami, aku telah mendapati berpuluh ekor kucing sedang berkeliaran atas pagar, atas pokok jambu batu dalam pagar, depan pintu dan atas tempat letak kereta. Aku telah masuk ke pekarangan rumah dan mengorek tanah depan rumah itu dengan golok Perak dan menanam lidi-lidi dan sabut kabung dalam tanah di situ. Lepas itu kucing-kucing itu telah hilang entah ke mana.
Selain dari menyerahkan kepada Allah, berharap kepda ikhtiar bomoh itu dan aku telah berikhtiar untuk memulihkan isteriku dengan caraku sendiri. Aku telah melakukannya tiga pagi dan tiga malam. Tiap-tiap kali aku melakukan pemulihan tubuh dan semangat isteriku, aku telah memeluk tubuh isteriku dengan kadar yang kuat sehingga tubuhnya terangkat dalam pelukan dan aku membaca aya-ayat Quran, iaitu al Fatihah 5 kali, Qulya ayyuhal kafirun, 3 kali, Qul huallahu ahad, 3 kali, dan aku hembuskan kepada kedua-dua belah lubang telinganya.
Semenjak pada malam pertama aku melakukan ikhtiar itu, isteriku tidak diserang penyakit ganjil itu lagi. Semangatnya telah pulih seperti sedia kala.
(Disaring dari manuskrip,Memoir, Patah Sayap bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah).

QURAN, HADIS DAN LAIN

ORANG – ORANG BESAR

... demikianlah Kami – Allah – adakan dalam tiap – tiap negeri orang – orang besar yang jahat agar mereka melakukan tipu daya di negeri tersebut. Padahal mereka tidaklah memperdayakan selain dari diri mereka sendiri - kerana meekalah yang menerima akibat yang buruk – sedang – tetapi – mereka tidak menyedarinya.
– Al An’aam: 123


HADIS

BURUK DAN HINA

Rasul Allah Muhammad s.a.w. bersabda: Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan dan kehinaan apabila dia menghina – menuduh, memfitnah, mengumpat dan lain - terhaap saudaranya orang Islam.
– Perawi: Imam Muslim

NOTA.
Di negara kita ini ramai orang Islam yang melakukan perbuatan di atas kerana sebab – sebab dalam parti politik, fahaman politik, menjaga kedudukan atau pangkat.
Kita menanti datangnya tindakan Allah; Orang – orang yang melakukan demikian akan ditimpa keburukan dan kehinaan yang luar biasa.



*****


MENGANGGUR DAN KERJA

Ramai bekas pelajar universiti sedang menganggur. Ada yang bekerja, tetapi tidak sama dengan jurusan yang mereka ambil di universiti dulu. Mereka menjadi 'pekerja atau buruh paksa' dalam negara meeka sendiri. Ertinya mereka sama dengan orang - orang Melayu yang dibawah oleh angkatan tentera Jepun untuk menjadi buruk paksa memnbina semula jambatan di river kwei.
Ada di antara mereka memberitahu saya, sebab mjereka menganggur, kerana pihak kerajaan atau universiti yang memilih mereka telah memasukkan mereka belajar dalam bidang yang mereka tidak minat. Mereka beminat belajar pengetahuan bidang kejuruteraan awam, tetapi mereka dimasukkan ke dalam bidang kejuruteraan mikanik dan demikian dengan bidang - bidang lain.
Saya menasihatkan kepada beberapa pemuda; saya ada ramai anak saudara.Meeka menuntut di sekolah agama - sekolah rakyat - , tamat sekolah rakyat, mereka mudah dapat pekerjaan, ada yang berkhidmatg dalam Patronas, kerajaan dan sebagainya. Ada pula yang melanjutkan pelajaran ke universiti dalam negeri dan luar negeri mengikuti jurusan mengenai Islam.
Contoh, anak saudara saya, Ustas Salleh Thani Harun al Hafis. Lepasan sekolah agama rakyat, kemudian melajujtkan pelajara ke universtiri di Masir. Pulang ke tanah air bekerja di Pusat Islam. Kini dia membimbing beratus orang murid di sekolahnya sendiri, di Padang Balang, Gombak, Kuala Lumpur.
Seorang lagi anak saudara saya, Zaghlol Razali, lepasan sekolah agama Islam, Izzuddin, Ipoh, dia menceburkan dirinya dengan yakin dalam perniagaan, kini dia menjadi pengusaha dan peniagaan perabut dan yang berhubungan dengan hotel dan pejabat, di Kuala Lumpur.
Maka, ibu bapa dan bakal - bakal pelajar hendaklah berfikir banyak kali sebelum melangkah ke mana - mana sekolah dan memasuki mana - mana universiti. Jika berfikir banyak kalia, anda semua atidak akan menjadi ' buruh paksa' dalam negara anda yang makmur ini.
Kebanyakan bekas pelajar universiti macam peribahasa Melayu ini: Laksana rambutan jantan, orang berbunga awak berbunga, orang berbuah, awak tidak.

Monday, March 21, 2011

ACEH (Uangan)

ACEH PEMERINTAH AUTONOMI DI ASIA

Oleh: Mokhtar Petah

Aceh Darus Salam, di Sumatera, – pangkal jalan Republik Indonesia, dari Sabang ke Maroke, akan muncul sebagai pemerintah autonomi pertama dan mengamalkan Islam sebagai dasar di Asia, pada tahun 2009.

Pejuang Gerakan Aceh Merdeka (GAM), Dr. Irwandi Yusof yang telah memenangi kerusi Gabenor Aceh, pada Pilihan Raya Umum pada tahun lalu telah mengetuai pemerintah Aceh yang sedang dalam proses ke arah pemerintah autonomi.

Aceh yang luasnya 57,365,57km, mempunyai lebih 3.9 juta rakyat yang terdiri dari tujuh kelompok, iaitu Aceh: 70%, Gayo Lut:7%, Gayo Luwes 5%, Alas 4%, Singkil:3%, Jawa 3% dan Simiulu:2%.

Rakyat Aceh yang beragama Islam 98%, Kristian: 0.7%, Hindu: 0.8% dan Buddha:0. 55%.

Pejuang-pejuang yang telah berjuang menuntut ‘Aceh Negara Merdeka’ yang berasingan dari Republik Indonesia, telah bermula semenjak republik itu di bawah Presiden Soekarno lagi.

Pada zaman Presiden Soekarno telah berlaku satu perdamaian antara Pemerintah Pusat dengan Aceh. Soekarno telah menghadiahkan sebuah Quran kepada setiap warga Aceh yang telah baligh ke atas dan semua kitab suci itu dibawa dari Pulau Pinang, di bawah kelolaan Daud Brueh, Hassan Ditero dan Hj. Yusof Rawa.

Dalam satu perjanjian di luar negara tidak lama dulu, Republik Indonesia dan Aceh telah mencapai persetujuan yang Aceh akan menjadi pemerintah autonomi Republik Indonesia pada tahun 2009.

Selain dari berpuluh ribu rakyat Aceh yang dibunuh dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, Tsunami melandanya pada tahun lalu, kira-kira 170,000 rakyatnya yang mati atau hilang dan 500,000 hilang rumah tangga.

Saya telah melawat Aceh baru-baru ini dan berkesempatan mengunjungi Pulau Sabang – sebuah pulau yang banyak riwayat kekeramatan dan perairan yang bersih dan indah di antara pulau-pulau di dunia.

Sekurang-kurang tiga golongan yang melawat Aceh, iaitu golongan pertama terdiri politikus dan ahli sosioekonomi mahu melihat Aceh menjadi sebuah pemerintah autonomi yang makmur, adil dan diredai Allah.

Golongan yang kedua para pelancong yang datang mengkaji sejarah Aceh, rakyatnya dan menikmati keindahan sekitar pulau-pulau di Aceh terutama Pulau Sabang.

Di Pulau Sabang yang chalet-chalet kayu yang telah tua dan ada yang roboh telah dikunjungi oleh para pelancong dari seluruh dunia. Mereka datang untuk berenang dan menikmati keindahan kejadian dalam laut.

Manakala golongan yang ketiga penganut agama Islam. Mereka datang ke Acheh bertujuan melihat sebuah negeri yang sedang mengamalkan pemerintahan mengikut Islam, kaum wanita Islam yang tidak membuka aurat – tutup kepala dan tidak mendedahkan bahagian tubuh yang dilarang Tuhan.

Semua wanita yang bekerja dalam jabatan pemerintah diwajibkan memakai pakaian yang tidak berlawanan dengan yang ditentukan dalam Islam.

Saya telah bertemu dengan sekumpulan pelajar wanita dari kolej perbidanan.

Di padang masjid, mereka semua memakai pakaian menutup aurat.

“Kami mengikut arus kemodenan, tetapi kami tidak mengingkari perintah Allah seperti juga pemerintah kami yang taat kepada Allah,” kata Siti Salama binti Hussein.

“Kami orang Aceh memang telah lama mentaati perintah Allah, sekarang kami amat gembira kerana pemerintah sedang menuju hala kepada pemerintahan cara Islam,” tambahnya.

Beberapa kawasan pusara besar yang di dalamnya bersemadi berpuluh ribu mayat mangsa tsunami, dihiaskan dengan papan-papan tanda bertulis nama Allah dalam bilangan 99 nama, telah menginsafkan hati setiap pengunjung yang beriman..

Saya berdiri di pinggir laut di Banda Aceh, terlintas dalam kepala saya akan kisah–kisah dalam Quran, seperti banjir pada zaman Nabi Nuh a.s., bumi terbongkar dan terbakar di Sadom – negeri Nabi Noh a.s. dan Ampangan di negeri Saba (Saman) dilanda banjir dan negeri itu menjadi padang jarak padang terkukur akhirnya.

Akibat tsunami mengubah wajah sebahagian Banda Aceh dan kawasan-kawasan lain, Allah telah membukti kuasa-Nya; ada masjid dan pusara ulama, iaitu Siah Kuala tidak dibinasakan oleh banjir, sedangkan bangunan dan sesuatu di sekitar masjid dan bangunan itu musnah sama sekali.

Sebuah kapal milik pemerintah, iaitu kapal yang menjalankan urusan penjanaan kuasa elektrik telah tersadai dalam sebuah kampung yang jauh dari laut. Manakala sebuah kapal lagi tercampak ke dalam kampung dan tersangkut atas sebuah rumah penduduk.

Semenjak termeterai perjanjian Aceh akan menjadi pemerintah autonomi, undang Islam telah dijalankan, di antaranya menghukum sebat ke atas pasangan yang melakukan zina.

Di mana-mana saya melawat, terdapat sungutan tidak puas hati di kalangan mangsa-mangsa banjir, kerana rumah-rumah yang dirikan untuk mereka – dengan bantuan kewangan badan-badan Islam dan bukan Islam seluruh dunia - selain dari kecil dan berdinding dan beratapkan asbestos yang mungkin membahayakan diri mereka dalam masa yang tidak lama lagi.

Kini selain dari telah mendapat bantuan kewangan dari negara-negara seluruh dunia, ia juga bersedia menerima pelaburan dari rakyat Malaysia untuk menjalan perusahaan di sana.

Di antara peluang-perusahaan perusahaan itu, pertanian, termasuk kelapa sawit, galian; minyak dan gas dan galian-galian lain.

Pada masa ini ramai pelajar dari Aceh sedang menuntut di beberapa kolej dan universiti di negara ini.