Saturday, June 19, 2010

RENUNGAN



MALAYSIA JADI PALESTIN DAN SINGAPURA?


Bangsa Melayu bukanlah satu bangsa yang hanya menumpang di tepi-tepi atau di sudut-sudut buku sejarah dunia, bukan hanya satu kaum yang boleh dihalau ke tepi rimba dan hutan belantara. Sebenarnya bangsa Melayu satu bangsa yang besar di tenggara Asia dan satu bangsa yang ada hak berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa di dunia.

Bangsa Melayu mempunyai kelayakan untuk berdiri bersama bangsa di sebelah barat dan bangsa-bangsa di sebelah timur dan pendeknya bangsa Melayu boleh berdiri bersama bangsa apa sahaja dalam dunia ini.

Kalau dibandingkan pula dengan beberapa bangsa di Asia dan di sebelah dunia Eropah, bangsa Melayu dapat mengatasi kemajuan bangsa-bangsa atau sebilangan bangsa di sana.

Tetapi ada bangsa-bangsa di dunia bahkan ada pemuda pemudi bangsa kita sendiri yang tidak sedar dan tidak mengetahui, betapa bangsa Melayu bangun dan betapa perjuangan bangsa Melayu untuk mempertahankan maruahnya. Ini disebabkan bagaimana tekanan penjajah dan orang-orang upahan penjajah untuk merendahkan dan menjatuhkan bangsa Melayu sehingga tidak dikenali oleh dunia.

SAMA DENGAN

TINDAKAN PEROMPAK

Sepanjang yang saya tahu, perjuangan bangsa Melayu menentang penjajah Inggeris dan menentang segala tekanan sama ada daripada raja-raja, orang-orang besar, kaum feudal

dan seumpamanya tidak banyak ditulis secara terus terang oleh orang-orang yang telah menulis .

Pengarang-pengarang daripada negara-negara barat terutamanya daripada negara-negara manusia yang mencengkam negara dan rakyat yang terdiri daripada bangsa Melayu telah berkali-kali menulis sejarah dan perkembangan bangsa Melayu, tetapi setiap tulisan itu tidak langsung mencerminkan perjuangan bangsa Melayu, tidak ada bayangan yang diberi mengapa bangsa Melayu berjuang dan mengapa bangsa Melayu menentang penjajahan Inggeris sejak zaman berzaman hingga sekarang ini.

Yang kita temui bahawa semua tulisan itu menggambarkan segala tindakan bangsa Melayu sama dengan tindakan lanun,penyangak, perompak dan di luar peri hidup dan maruah perjuangan.

Dengan ini, segala gambaran yang diberi oleh pengarang-pengarang barat itu telah dipaksa pula diajar dan diterangkan kepada penuntut-penuntut dan akibatnya angkatan muda terutamanya bangsa Melayu sendiri tidak mengenali perjuangan bangsa mereka sendiri, mereka buta tentang cita-cita luhur dan perjuangan suci bangsa Melayu.

Maka tidak hairanlah kalau ada angkatan zaman ini secara lantang bersuara bahawa bangsa Melayu satu bangsa minoriti, bangsa yang tidak bersopan dan sebagainya.

TITIK DARAH

YANG TERAKHIR

Sebenarnya bangsa Melayu bukanlah berjuang sekadar untuk mencapai tempat kediaman dan mencari segala bahan makanan untuk mengisi kekosongan perut sahaja, tetapi bangsa Melayu telah berjuang semenjak zaman-berzaman dengan menghitung nasib bangsa dan angkatan yang akan datang dalam bidang politik,ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan dan agama serta lain-lain.

Hari ini juga bangsa Melayu masih berjuang. Kemerdekaan bukanlah matlamat terakhir bangsa Melayu, kerana kemerdekaan belum terjamin untuk memenuhi cita-cita bangsa Melayu semenjak zaman-berzaman dan perjuangan bangsa Melayu menuntut hak dan menentang penjajah dan saki-baki serta anak emasnya akan berlanjutan sehingga titik darah yang terakhir bagi bangsa Melayu.

Saya berkeyakinan, bahawa pandangan begini akan mendapat tentangan daripada orang-orang yang tidak menyayangi harga perjuangan bangsa Melayu. Tetapi bagi saya pula, perjuangan bangsa Melayu, adalah pusaka bagi generasi baharu untuk mempelajari dan mengkaji sejarah bangsa Meklayu dengan mendalam.

Sesungguhnya sesuatu bangsa itu menjadi hina, disebabkan setiap individu dari bangsa itu tidak mempelajari, memahami atau menolak sejarah bangsanaya sendiri. Mereka lebih mementingkan segala macam ilmu yang boleh membina kehidupan atau kekayaan bagi diri mereka sendir.

MAHU MEMBUNUH

BAHASA MELAYU

Hendaknya pengkajian yang dilakukan oleh para pelajar dan mahasiswa, tidak hanya atau sekadar untuk melayakkan diri dalam peperiksaan di sekolah-sekolah menengah dan universiti – universiti semata, tetapi pengkajian tersebut akan memberi kesedaran tentang bangsa Melayu dan untuk mencari titik-titik kebenaran bagi menuju ke arah ‘bangsa Melayu bangsa berdaulat di dunia’.

Di samping itu kita dmua menginsafi bertapa bangsa Melayu sejak zaman-berzaman menerima tekanan, laksana dipijak di bawah tapak kasut oleh penjajah dan pendatang – pendatang yang mencari kehidupan dan kekayaan di bumi kita, hingga sampai pada masa ini.

Pada tahun – tahun sebelum negara kita mencapai kemerdekaan hinggalah pada masa ini, masih ada kalangan tertentu yanhg anti bangsa Melayu. Mereka berusaha menegakkan kedaulatan mereka. Memertabatkan bahasa Melayu . Mereka itu seolah mahu membunuh bangsa Melayu, kebudayaan, bahasa Melayu dan agama Islamn yang menajdi pegangan bangsa Melkayu.

PULAU MILIK

BUMI MELAYU

Kita tidak mahu di negara kita ini menjadi bumi Paletin – negara milik bangsa Arab, dengan bantuanPertubuahan Bangsa – Bangsa Bersatu – PBB - , bumi tersebut menjadi negara Yahudi.

Mungkinkah poada satu masa nanti Malaysia akan menjadi serperfti Palestin atau Singapura? Singapura misalnya, hanya sebuah pulau milik bumi Melayu, tetapi setelah menjadi bumi yang kaya raya disebabkan pembangunan ekonomi yang pesat, kini pulau yang bertaraf negara itu diperintah oleh manusia – manusia lain dari bangsa Melayu.

Pada masa ini kepabanyakan pemimpin Melayu menjadi ‘penjaja politik’, mereka seperti terlupa membela bangsa mereka secara bersungguh – sungguh. Mereka sedang menengadah mamandang ke langit biru, sedangkan di bunyi bangsa Melayu sedang dihina, bahasa Amelayu sedang dikecai – kecai dan sebilangan dari bangsa poendatang sedang mengintai dan bersedia untuk memiliki negera ini.

Maka, sesaungguh, jika orang Melayu masih tidak berjuang atas nama jalan allah – membela bangsa Melayu, negara pousaka Melayu dan agaama Islam, walaupun sejauh mana laung pemimpinh Melayu dan sekuat mana daulat Raja Melayu, lambat laun negara kita ini akan menjadi Palestin dan Singapura.

Ada tiga perkara yang boleh menghapuskan kekuatan sesuatu bangsa, dan perkara – perkara ini telkah diamalkan oleh negara – negara penjajah seperti Amerka Syarikat dan Rusia, iaitu:

1 - Hinakan bangsa pribumi,

2 – Tuduh danlempat keburukan kepada para ulama,

3 – Menghapuskan agama Islam dengan berbagai cara.

Di antaranya mengina Agama Islam, menghidangkan makanan haram kepada aorang Islam dan para beliau Islam didedahkan kepad budaya barat dan maksiat. - mp.

No comments: