Friday, June 4, 2010

CATATAN SEJARAH











INATITUT PONDOK
MEMBANTU PERKEMBANGAN ISLAM

Menurut sejarah perkembangan agama Islam di Tanah Melayu, bahawa pengajian dan pembelajaran ilmu pengetahuan Islam dalam institusi pondok, telah wujud di Tanah Melayu, sejak pada sebelum tahun 15.00 lagi.
Tetapi pengajiannya diadakan di masjid-masjid dan surau-surau secara ‘mengaji menadah kitab’. Setelah orang-orang Melayu menuntut ilmu pengetahuan Islam di sekolah-sekolah agama di Makkah atau mengaji pada para ulama dari beberapa buah negara Islam yang mengajar dalam Masjidul Haram.
Pada zaman silam, iaitu setelah orang-orang Kristian berjaya menimba ilmu pengetahuan dari orang-orang Islam di beberapa negara Arab, Sepanyol, Farsi (Iran) dan negara-orang umat Islam lain, mereka telah berusaha untuk melumpuhkan agama Islam dan mengkristiankan semua manusia termasuk orang Islam.
SELATAN SIAM
Penjajah-penjajah Sepanyol (Spanish), Belanda, Amerika dan Inggeris telah membawa masuk mubaligh-mubaligh Kristian ke kawasan-kawasan penduduk atau negara-negara yang mereka jajah itu dengan tujuan untuk mengkristiankan penduduk-penduduknya di samping mengukuhkan kuasa penjajahan mereka.
Penduduk-penduduk yang terdiri dari orang Melayu dalam kawasan negeri Melayu, iaitu wilayah Selatan Siam bawa ke seluruh Semenanjung Tanah Melayu, pulau-pulau dalam kawasan Riau hingga ke Aceh dan kawasan selatan Filipina tidak dapat dipengaruhi oleh pendakwa-pendakwah Kristian kerana mereka berpegang kuat kepada agama Islam.
Walau bagaimanapun penduduk-penduduk Melayu, terutama di wilayah Selatan Thailand dan Semenanjung Tanah Melayu dan Indonesia terpengaruh dengan kebudayaan India (Hindu) dan Cina menganut falsafah Buddha. Oleh yang demikian, terdapat beberapa amalan dalam masyarakat orang Melayu yang berunsur agama Hindu dan falsafah Buddha. Misalnya dalam adat pertunangan dan perkahwinan.
‘Bangsa Filipina tidak begitu dipengaruhi oleh dua aliran kebudayaan, iaitu kebudayaan India dan Cina, yang telah mempengaruhi negeri-negeri Asia Tenggara yang lainnya. Pada waktu negeri-negeri Asia Tenggara lainnya mengamalkan agama-agama Hidu, Buddha dan Islam, orang-orang di Kepulauan Filipina masih lagi memuja alam. Apabila bangsa Sepanyol tiba di situ, mereka mendapati bahawa penduduk-penduduk itu tidak mempunyai susunan politik, agama atau masyarakat yang teratur baik. Orang-orang Filipina itu mengerjakan ladang-ladang di sekeliling kampungnya dan tiap-tiap kampung merupakan unit yang berautonomi serta serba cukup.
AGAMA KRISTIAN
Keadaan hidup yang sederhana ini berubah dengan cepatnya apabila gelombang mubaligh bangsa Sepanyol masuk ke pulau-pulau tersebut. Mereka ini mencuba mengkristiankan orang-orang Filipina itu menurut mazhab Katolik.
Oleh sebab tidak ada sebarang susunan politik yang teguh, maka pendudukan Filipina boleh dikatakan berlaku tanpa menumpahkan darah. Di pulau-pulau tengah dan selatan Kepulauan Filipina itu terdapat sedikit tentangan terhadap agama Kristian. Tetapi di sebelah selatan agama Kristian tidak mendapat kejayaan yang besar, kerana agama Islam telah bertapak teguh di situ.
Amerika telah menjadikan agama Kristian sebagai satu rancangan mentamadunkan rakyatnya termasuk tentera dengan memasukkan pengajaran agama Kristian dalam sistem pelajaran dan diadakan undang-undang mewajibkan agama tersebut diamalkan.
‘A hundred years later the Supreme Court of the United States outlawed the devotional reading of the Bible and the recitation of prayers in public schools. Shocked and angered, millions of Americans have wondered why, members of the House of Representatives have introduced over 145 amendments to circumvent the Court’s decision. The State Board of Education in Alabama has reacted by requiring Bible reading in every public school, and in several other states official have encouraged theachers to flout the highest law of the land. Congressmen have reseived floods of mail on the issue. Swelling popular resentment of the court’s desision has treatened to displace the First Amendment with a new one redefining the role of religion in public life.
The religious customs represented by Alice Applege ti her Ashland school have come into sharp conflict, then, with the legal interpretation of tha separation of church and state in the pluralistic cociety. When law aand folkways clash, as they have in the prohibition amendmend and the Supereme Court’s desegregation ruling in 1954, various courses of anction present themeselves.
INSTITUSI PONDOK
Setelah ilmuan Islam Melayu yang kembakli dari Mekah dan Mesir dengan rasa penuh tanggungjawab untuk mengelakkan orang Melayu dari di kristiankan oleh pihak penjajah Inggeris, maka mereka telah menubuhkan institusi pondok dengan bantuan kewangan dari penduduk-penduduk Islam setempat.
Penjajah Inggeris telah mengadakan sekolah-sekolah Inggeris di bawah kelolaan badan gereja atau paderi dan sekolah yang bebas dari pengaruh tersebut, tetapi corak pelajaran dan pembelajarannya sama, iaitu seperti ikan diperam dengan garam dan beras goreng atau jagung goreng, ada yang menamakannya ‘budu’, ‘pekasam’ dan ada yang menamakan ‘pelara’. Pada hakikatnya adalah satu, iaitu ‘budu’.
Malay College Kuala Kangsar, adalah sebuah institusi di bawah bayangan penjajah Inggeris dan agama Kristian yang bertujuan mnengongkong fikiran anak-anak Raja Pemerintah, Sultan dan para Orang Besar- Besar Melayu. Mereka di asak dengan fikiran dan pendapat orang Barat agar meninggalkan amalan dalam budaya Melayu, amalan dalam agama Islam. Dan mereka di galakkan untuk mengamalkan budaya orang Barat yang berunsurkan agama Kristian.
Pada masa belum negara kita mencapai kemerdekaan, anak-anak orang biasa tidak diterima menuntut di Malay College - kalau ada pun hanya orang-orang tertentu sahaja -. yang memenuhi Malay College, ialah putera-putera Raja Pemerintah atau Sultan dan para Orang Besar-Besar Melayu.
SETOKIN PANJANG
Semua penuntut di Malay College diwajibkan memakai pakaian seragam warna putih, iaitu baju kemeja lengan pendek, seluar pendek, setokin panjang sampai ke lipatan lutut dan berkasut jenama baik. Walau bagaimanapun mereka dibenarkan juga memakai pakaian orang Melayu yang seragam. Baju dan seluar putih, kain samping seragam dan bersongkok hitam dari baldu yang terbaik.
Pada hari-hari kelepasan, kecuali hari Jumaat, semua penuntut diwajibkan memakai pakaian seragam – seluar pendek putih dan setokin panjang serta kemeja Puteh berlengan pendek. Mereka tidak dibenarkan makan di restoran India Muslim (mamak) dan makan orang Melayu. Mereka hanya dibenarkan makan di restoran Cina Hailam Double lions dan sebuah restoran lagi, kepunyaan orang Cina Hailam juga, iaitu di Jalan Kangsar dalam bandar Kuala Kangsar.
Manakala sekolah-sekolah Inggeris untuk penuntut perempuan, tidak membenarkan semua penuntutnya memakai tudung kepala. Rambut mereka mesti potong pendek atau dikaran (keriting) kan. Walaupun konde atau sanggul tidak ditegah, tetapi kebanyakan guru yang terdiri dari orang Inggeris tidak menggemarinya.
Semua penuntut sekolah Inggeris (geverment English girls school) digalakkan (mungkin wajib) bergaul bebas lelaki dan perempuan dalam majlis-majlis yang diadakan oleh pihak sekolah dan sebagainya. Menari dan menyanyi menjadi amalan biasa. Pendeknya mereka diresapkan dengan ragam budaya orang Kristian atau orang Barat.
RATU INGGERIS
Kerajaan British dengan kerjasama organisasi Yahudi, telah mengambil pelajar-pelajar Melayu yang bergeliga otak mereka untuk dihantar menuntut di sekolah-sekolah menengah atau di institusi-institusi pengajian tinggi di England atau negara di bawah takluk British, Di sana mereka disesuaikan dengan kebudayaan orang Inggeris atau orang Barat. Ada di antara mereka langsung beristerikan wanita Inggeris
Di antara pelajar-pelajar itu, ialah anak kepada kadi di Negeri Perak, iaitu Tun Mohd. Sufian bin Haji Hashim (lahir di Lenggong, Perak, pada 12 November 1917). Dia telah menuntut di Sekolah Melayu Lenggong dan melanjut pelajarannya di Clifford School, Kuala Kangsar. Kemudian dia melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang di Middle Temple In, London, dengan biasiswa Ratu Inggeris. Pada masa di London, dia telah berkahwin dengan wanita Inggeris.
Sekembalinya Mohd. Sufian ke tanah air, dia telah berkhidmat dalam beberapa jabatan kerajaan, antara jabatan-jabatan yang disandang, ialah Timbalan Pendakwa Raya di Johor Bharu, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan Penasihat Undang- undang kepada Sultan Brunei.
Sufian telah memikul tugas menterjemah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dari bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Berikutnya dia telah memegang jawatan Ketua Hakim Negara pada tahun 1974.
PEGUAM RAKYAT
Pada masa saya menulis buku biografi bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Kadir Yusuf, berjudul Abdul Kadir Peguam Rakyat, dibiayai oleh Tabung Kebajikan Ronald McDonald (1998), saya sering menemuinya dan bercakap yang mencangkupi politik, ekonomi, kebudayaan Melayu dan perbuatan rasuah yang diamalkan oleh sebilangan pegawai dan kaki tangan kerajaan.
Pemerhatian saya kepada life style (gaya hidup) Mohd. Sufian (Tun) dan pengalaman saya mendampinginya, maka saya mendapati dia lebih selesa dengan gaya hidup orang Inggeris.
Semenjak tahun 15.00 hingga 1950 - an terdapat pesanan, nasihat dan kata-kata menegah oleh para ulama Islam kepada ibu bapa Melayu agar tidak memasukkan anak-anak mereka ke sekolah Inggeris sebelum mendapat didikan agama Islam, iaitu didikan ilmu tauhid (usuluddin), ilmu Fikah iaitu yang disebut fardu ain. Tujuannya, supaya pelajar-pelajar itu tidak terpesong atau mengikut amalan orang-orang yang beragama Kristian atau pun langsung terjerumus ke dalam agama Kristian.
Pada umumnya, pada masa itu tidak ada ulama yang menentang seseorang Islam belajar bahasa Inggeris. Mereka memang menggalakkan anak Melayu mempelajari berbagai-bagai bahasa, tetapi sebelum belajar (bersekolah) Inggeris mestilah ada pengetahuan agama Islam atau telah kental iman kepada Allah, Quran, para malaikat, para rasul-Nya dan hari akhirat. .
MENADAH KITAB
Pada zaman silam di Kepala Batas dan kawasan sekitarnya terdapat banyak institusi pondok, iaitu madrasah atau pusat pengajian agama Islam yang dijalankan tidak bersistem sebagai sekolah. Cara belajar ilmu agama Islam seperti yang dilakukan dalam Masjidul Haram, Makkah, iaitu ‘menadah kitab’.
‘Menadah kitab’, iaitu guru mengajar dengan duduk bersila dalam masjid atau surau dan para pelajar demikian juga. Mereka membuka kitab masing-masing sambil menumpu perhatian kepada ajaran guru mereka. Kitab-kitab yang mereka belajar itu ada dalam bahasa Melayu dan ada dalam bahasa Arab. Di antara beberapa pelajaran yang mereka pelajari itu, ialah:
* Membaca Quran dan tafsir.
* Ilmu Tauhid atau Usuluddin.
* Ilmu Fikah dan usul fikah.
* Tajwid.
* Tasawuf dan akhlak.
* Nahu (tata bahasa Arab).
* Saraf.
* Mantik dan Maani.
Selain daripada pelajaran-pelajaran itu, ada satu pelajaran lagi, iaitu sejarah Islam (meliputi ilmu siasah atau politik, sosial Islam dan sebagainya). Maka, semua pelajar yang belajar mengikut sistem pondok mempunyai pengetahuan politik Islam yang mendalam dan meluas. Kebanyakan mereka berpandukan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w., para pejuang Islam hingga kepada perjuangan para anggota parti Ikhanul Muslimin, Masir, seperti Syed Qutb, Muhamamad Abduh, Hassan Al Bana, Jamaluddin Al Afghani dan Mustafa Al Ghalayin.
MENGULANG KAJI
Dalam tiap-tiap majlis belajar itu diadakan soal jawab antara guru dengan pelajar-pelajar dan perbincangan mengenai masalah-masalah yang kurang mendapat kefahaman atau musykil.
Pelajar-pelajar tinggal dalam pondok-pondok yang didirikan oleh ibu bapa mereka di sekitar kawasan madrasah atau sekolah. Semua podok yang didirikan dalam kawasan institusi pondok itu menjadi hak milik institusi tersebut. Apabila pelajar itu tamat belajar atau kena buang dari institusi itu, maka pondok itu digunakan untuk tempat tinggal pelajar lain pula.
Semua pelajar yang tinggal di pondok-pondok itu, menggunakan tenaga sendiri, seperti memasak makanan dan minuman serta membasuh pakaian. Kebanyakan mereka tidur atas lantai beralaskan tikar mengkuang atau kumbuh. Bantal mereka dari kapuk atau kekabu dalam kain. Tetapi ramai pelajar yang suka tidur atas buah kelapa kering yang dipotong atau diparas bahagian atasnya, iaitu tempat meletak kepala. Cara tidur demikian menjadikan mereka tidak tidur nyenyak atau mudah jaga untuk menghafal atau mengulang kaji pelajaran.
‘Mulai penghujung abad ke-19, terutamanya selepas Perang Dunia Kedua, sekolah-sekolah pondok atau sekolah Arab dan sekolah-sekolah agama telah muncul di merata tempat di seluruh Semenanjung terutama di Kelantan, Kedah, Perak dan Pulau Pinang. Dengan berilhamkan ajaran-ajaran reformis dari Asia Barat seperti Muhammad Abduh sekolah agama (madrasah) telah menjadi satu alternatif yang sesuai untuk mendapatkan pendidikan bagi masyarakat ketika itu. Alternatif itu membekalkan kekuatan, bimbingan dan semangat kepada muridnya untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan akibat dari proses sekularisasi yang dianjurkan oleh institusi Barat. Taraf pendidikan di sesetengah madrasah ini mempunyai mutu yang tinggi. Banyak di antara lepasan madrasah umpamanya daripada Madrasah Al Masyhur Pulau Pinang, Madrasah Muhammadiah, Kota Baharu dan Maahad Al Ihya’ asya Syarif Gunung Semanggol, dapat melanjutkan pelajaran mereka ke Asia Barat, terutamanya di Masjidul Haram, Makkah dan Universiti Al Azhar, Masir.’
ILMU SIASAH
‘Adapun perkataan ‘pondok’ itu berasal dari perkataan Arab yang bererti rumah-rumah kecil tempat tinggal pelajar-pelajar, tiga atau empat orang bagi tiap-tiap sebuah rumah. Dalam bahasa Arab ‘pondok’ juga bererti rumah tumpangan atau hotel dalam bahasa Inggeris. Tetapi di Malaysia dan juga di Thailand Selatan (khususnya di wilayah Pattani, Narathiwat, Yala, Songkla dan Santun), ‘pondok’ juga bererti satu isntitusi pendidikan agama Islam yang bersendirian dan berasrama.’
Ilmu politik Islam adalah berdasarkan Quran dan Hadis. Di institusi pondok Kepala Batas, ilmu siasat (politik) berpandukan gerakan Ikhwanul Muslimin Masir. Mereka dengan fikiran terbuka menerima hikmah atau ilmu pengetahuan Islam yang diusebarkan oleh tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin, di antara mereka, Sheikh Hassan Al Banna, Sheikh Muhammad Abdul, Jamaluddin Al Afghani, Mustafa Al Ghalayin.
Hanya institusi pondok Sheikh Abdullah Fahim – Daeratul Maariful Wataniah yang mengajar ilmu siasah (politik) secara serius. Manakal institusi-institusi pondok yang lain pelajaran siasah Islam diajar tidak secara tidak serius.
Pelajar-pelajar lelaki berpakaian kupiah atau ketayap putih, baju Melayu (baju potongan Teluk Belanga atau potongan Johor) dan berselipar getah. Mereka belajar pada saban hari dan malam dengan duduk bersila atas lantai madrasah. Manakala guru yang mengajar duduk di hadapan mereka.
JARAKA JAUH
Mereka menggunakan kitab-kitab lama dalam tulisan Jawi atau kitab bahasa. Pengetahuan agama Islam yang mereka pelajari adalah aliran mazhab Asy Syafie.
Di antara pelajar-pelajar institusi pondok Kepala Batas, di bawah pimpinan Sheikh Abdullah Fahim, ialah:
1 Ustaz Abu Bakar Al Baqir, mudir Maahad El Ehyausy, Gunung Semanggol, Perak dan pemimpin Parti Islam - Hizbul Muslimin.
2 Ustaz Haji Ahmad Abdul Malik( Ahmad Maliki) salah seorang pengasas parti Islam se-Malaysia (PAS) pada tahun 1951.
Saya membaca dan meneliti, ‘ada kekurangan’ tulisan Azmah Abdul Manaf, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, dalam bukunya Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, diterbitkan oleh Utusan Publications & Distirbutions Sdn.Bhd., kerana dia langsung tidak mencatatkan tentang sekolah agama Daeratul Maariful Wataniah Kepala Batas.Tetapi dia menulis tentang Maahad Ehyausya Syarif, Gunung Semanggol, Perak.
Mungkin Azmah Abdul Manaf kurang teliti dalam penyelidikannya atau ada sebab-sebab lain yang tidak dapat saya mengagaknya.
PENYELIDIKAN ILMIAH
Buku itu tidak menyentuh langsung akan perjuangan Sheikh Abdullah Fahim dan Haji Ahmad Badawi serta Kepala Batas sebagai salah satu tempat sejarah perjuangan orang Melayu..Bagi saya, sesuatu catatan sejarah tanah air, kalau tidak dicatatkan Kepala Batas, Daeratul Maariful Wataniah, Sheikh Abdullah Fahim dan Haji Ahmad Badawi, maka catatan itu kurang lengkap.
Walau bagaimanapun saya menyanjung tinggi akan usaha Azmah Abdul Manaf yang telah melakukan penyelidikan ilmiah dan menulis buku itu. Buku itu menjadi dokumen penting dalam sejarah bangsa Melayu. Berikut ini saya salinkan tulisan Azmah Abdul Manaf pada halaman 226 dan 227 dalam buku tersebut:
‘Memang banyak madrasah yang didirikan di sini adalah hasil usaha golongan Islah Islam ini. Contohnya Madrasah Al Masriah di Bukiit Mertajam di dirikan oleh Tuan Haji Salleh Masri seorang lepasan dari Masir. Madrasah Al Hadi di Melaka dan Madrasah Al Masyahur al Islamiah di Pulau Pinang diusaha kan oleh Sheikh Al Hadi, yang pernah ke Masir dan bergaul dengan para reformis. Ramai juga antara mereka mengajar di madrasah yang ada, contohnya Sheikh Tahir Jalaluddin pernah mengajar di Madrasah Al Masyhur dan Madrasah Al Haji Taib di Muar. Syeikh Tahir Jalaluddin tokoh gerakan Islah Islam yang begitu berpengaruh dan tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau pernah tinggal di Makkah bertahun-tahun lamanya.
‘Tahun 1906 pula merupakan tahun penubuhan Madrasah Al Masriah di Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Pengasasnya ialah Tuan Haji Salleh Masri. Berdasarkan struktur organisasi dan perjalanannya, bolehlah dikatakan bahawa madrasah ini adalah madrasah pertama yang didirikan dalam sejarah penubuhan madrasah di negeri-negeri Melayu kerana ia lebih menepati ciri-ciri sebuah madrasah.
MASYARAKAT SEKELILING
Walaupun ia diasaskan oleh Tuan Haji Salleh Masri tetapi perbelanjaannya madrasah itu ditanggung oleh Tuan Haji Abbas, mentua beliau sendiri. Ketika dirasmikan, Madrasah Al Masriah mempunyai penuntut lelaki berjumlah 30 orang, suatu jumlah yang boleh dibanggakan bagi sebuah institusi pendidikan yang baru. Semakin hari madrasah ini semakin berkembang pesat dan mendapat sambutan yang sangat baik daripada masyarakat sekelilingnya, sehingga ia terpaksa dibesarkan dan dikelolakan oleh satu jawatankuasa madrasah untuk memastikan pengendaliannya berjalan dengan lebih cekap. Tuan Salleh Masri ialah Yang Dipertuanya, yang pertama. Buat pertama kali muncul satu sistem pendidikan Islam yang lebih tersusun organisasinya dan lebih formal.
Sejak tahun itu, semakin banyak madrasah yang ditubuhkan dari tahun ke tahun di serata negeri, ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Antara yang boleh disebutkan di sini ialah Madrasah Al Hadi di Melaka (1917), Madrasah Al Masyhur Al Islamiah, Pulau Pinang (1918), Madrasah Al Khairiah, Kampung Parit Jamil, Muar, Johor (1920), Pada tahun 1921 bertukar nama kepada Madrasah Al Haji Taib, Madrasah Muhammadiah, Kelantan (1917), Madrasah Kampung Parit Baharu, Sabak Bernam (1933), Madrasah Al Ehyausy Syarif, Gunung Semanggol, Perak (1934), Madrasah Al Islah, Kuala Tekol, Temerloh,Pahang (1936), Madrasah Al Kahiriah, Pekok Sena, Seberang Perai (1935), Madrasah Al Alawiah, Arau, Perlis dan Madrasah Khairiah Muhammadiyah, Air Molek, Melaka (1927/28).
SELURUH SEMENANJUNG
Ustaz Abu Bakar Al Baqir adalah bekas penuntut sekolah pondok Sheikh Abdulah Fahim. Penubuhan Maahad Ehyausya Syarif adalah terkemudian dari Daeratul Maariful Watanaiah Kepala Batas.
Sejak tahun 1930-an hingga tahun 1946, kesedaran berpolitik yang berideologikan Islam dan kebangkitan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan dari penjajah Inggeris, adalah bermula dari para guru dan pelajar institusi pondok, khasnya institusi pondok Kepala Batas di bawah pimpinan Sheikh Abdullah Fahim dan semua institusi pondok di seluruh Semenanjung Tanah Melayu termasuk dalam wilayah selatan Thailand.
Dari jasa Sheikh Abdullah Fahim, bekas pelajarnya, Ustaz Abu Bakar Al Baqir dan para guru agama di seluruh Semenanjung Tanah Melayu telah menubuhkan parti Islam pertama, iaitu Hizbul Muslimin. Pada bulan Mei 1945 . Para lepasan institusi pondok juga telah menubuhkan Parti Islam Se Malaya (PAS) di Kelab Melayu Butterworth pada tahun 1951.. Di antara mereka itu, Haji Ahmad Fuad bin Hassan (Kuala Kangsar) lepasan Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar dab guru institusi pondok Tanah Liat, Bukit Mertajam dan Ustaz Ahmad Abdul Malik atau Ahmad Maliki bekas pelajar institusi pondok Daeratul Maariful Wataniah, Kepala Batas.
Demikian juga mereka yang menyertai UMNO, ramai yang terdiri dari lepasan institusi pondok seluruh Semenanjung Tanah Melayu, termasuk institusi pondok Kepala Batas. Haji Ahmad Badawi yang memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaya dan Haji Ahmad Abdul Malik atau Ahmad Maliki yang menganggotai jawatankuasa khas agama Islam dalam UMNO (sebelum PAS ditubuhkan), adalah lepasan institusi pondok Daertul Maariful Wataniah, Kepala Batas.
SISTEM PELAJARAN
Kira-kira sepuluh tahun sebelum Semenanjung Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, institusi pondok Kepala Batas telah berubah kepada sistem sekolah agama. Walaupun pondok masih wujud di belakang sekolah (kini sekolah rendah agama) itu, tetapi sistem pelajarannya secara sekolah yang dijalankan di negara-negara Arab. Pelajar-pelajarnya berpakaian biasa, iaitu bersongkok, kemeja dan seluar panjang dan kasut mengikut kesukaan masing-masing. Mereka belajar dengan selesa, iaitu duduk atas bangku atau kerusi dan menghadap meja tulis.
Pada tahun 1940 – 1950- an, dalam kawasan Kepala Batas dan Tasik Gelugur terdapat 15 buah sekolah agama (rakyat) dibiayai oleh para penduduk setempat, iaitu:
(1) Daeratul Maaariful Wataniah, Kepala Batas.
(2) Madrasah Al Khairiah, Pokok Sena, Kepala Batas.
(3) Madrasah As Sa’adah, Kuala Muda, Kepala Batas.
(4) Madrasah Mutaratul Gharib, Permatang Janggus, Kepala Batas.
(5) Madrasah Darul Ma’arif, Lahar Kepar, Kepala Batas.
(6) Madrasah Mughadul Huda, Permatang Rambai, Kepala Batas.
(7) Madrasah Sa’adiah, Permatang Kerai Kecil, Kepala Batas.
(8) Maahad As Samadani, Permatang Tuan Samad, Kepala Batas.
(9) Madrasah An Nushu wal Istiqa, Simpang Tiga, Lahar Yoi, Kepala Batas.
(10) Madrasah Al Falah, Permatang Tok Gelam, Kepala Batas.
(11) Madrasah Yatimiah Islamaiah, Kubang Menerung, Tasek Gelugur.
(12) Madrasah Tarbiah al Ulum, Lahar Yoi, Tasik Gelugur.
(13) Maahad al Irshad, Padang Manora, Tasik Gelugur.
(14) Madrasah Tarbiah Abtaiah, Kampung Baru, Tasik Gelugur.
(15) Madrasah Irshad al Affal, Kampung Tok Bidur, Tasik Gelugur.
Senarai sekolah-sekolah agama rakyat yang dibentangkan dalam ‘Persidangan Ulama Al Masriah’1972’, terdapat sembilan buah sekolah agama dalam bahagian Seberang Perai Tengah dan empat buah sekolah agama dalam bahagian Seberang Perai Selatan. Di seluruh Seberang Perai ada sebanyak 23 buah sekolah agama (rakyat).
Pada tahun-tahun sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, hampir semua guru dan pelajar sekolah agama terdiri daripada individu-individu yang anti penjajah Inggeris. Mereka dari anak-anak orang kampung yang telah lama disedarkan keburukan penjajah melalui ajaran para ulama. - Mokhtar Petah

No comments: