Tuesday, June 15, 2010

MENAGIH KESEDARAN



TRAGEDI 13 MEI


Mungkin, setiap para politikus dan individu tidak berpolitik yang menyanjung perpaduan dan harmoni kaum dapat memikirkan pendapat saya sebagai seorang penulis yang tidak menyebelahi mana – mana parti politik, iaitu untuk mencapai kejayaana gagasan 1 Malaysia, semua parti politik di negara ini, iaitu UMNO dan parti – parti kompona Barisan Nasional bersatu atau join venture dengan parti – parti pembangkang, iaitu PAS,Pakatan Rakyat dan DAP.
Walaupun ideologi UMNO dan parti – parti pembangkan, PAS dan DAP berbeza, tetapi kepentingan ideologi perlu disampingkan dan masing – masing bertanggungjawab untuk mengukuhkan perpaduan semua rakyat dan hidup dalam keadaan harmoni.
UMNO ada persamaan perjuanganya dengan PAS. Walaupun UMNO tidak berideologikan Islam, tetapi ia menerima Islam dan membela Islam serta mengakui Islam Agama bagi Persekutuan seperti dalam Bahagian 1 – 3 dalam Perlembagaan Persekutuan (negara).
MANUSIA SEJAGAT
Oleh kerana agama Islam agama bagi Negara ini dan Rukun Negara, 1, Kepercayaan kepada Tuhan, maka, DAP eloklah mengenepikan ideologi sosio – demokrasinya, kerana ‘sosio’ sama dengan sosialis atau sosialisme.Menurut pengetahun manusia sejagat, sosialoisme adalah ideologi kedua selepas komunisme. Ia di cipta oleh ahli falsafah ekonomi Jerman, Kal Marx, Heinrich (1818 – 83). Dia telah menulis buku – buku pengetahuan, di antaranya: The Communist Manifesto (1848). Dari fikiran dan unjuran beliau dan ahli falsafah Jerman, Friedrich Engel (1820 – 95), maka wujulah ideologi Marxisme yang kemudiannya terkenal dengan komunisme.
Freiedrich Engel telah menghasilkan beberapa buah buku pengetahuan tentang sosialisme, di antaranya: Condition of The Working Class in England In 1844 (1845).
Semua negara diperintah di bawah kuasa politik yang berideologikan sosialime dan komunisme, semua rakyat hjidup dalam keadaan sama rata. Tidak ada rupa bangsa. Penghapusan kuasa Raja atau Sultan. Menegah mengamal atau mempraktikan agama termasuk agama Islam.
RAJA MELAYU
Memang tidak dapat ditolak, bahawa jika Malaysia diperintah oleh parti politik yang menganut komunisme dan sosialisme,bangsa Melayu, Raja Melayu dan agama Islam akan terhakiskan dari bumi ini.
Bangsa Melayu akan terus wujud atau seperti kata Hang Tuan, “Melayu tak hilang di dunia”, selagi agama Islam dianuti dan dipegang teguh oleh semua orang Melayu, tetapi jika agama Islam terlepas dari anutan mereka, maka hilanglah Melayu dari muka bumi ini.
‘Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa Islam adalah agama persekutuan atau dimaksudkan juga sebagai agama rasmi negara. Di dalam Perlembagaan juga dinyatakan bahawa yang di Pertuan Agong adalah ketua agama Islam bagi negeri yang tiada raja seperti Pulau Pinang, Sarawak, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan. Manakala di negeri-negeri lain ketua agama Islam ialah Sultan atau Raja di negeri berkenaan.
Dalam Islam, seseorang pemimpin merupakan wakil bagi sesuatu umat, bahkan boleh pula disebut sebagai ketua khalifah Allah untuk melaksanakan amanah Allah Subhanahu wa Taala di atas muka bumi ini. Salah satu amanah sebagai khalifah Allah ialah menyebarkan dasar Islam sebagai agama pembawa rahmat kepada manusia.
Antara rahmat yang perlu disebar ialah berlaku adil kepada sesama manusia iaitu tidak membenci, tidak berlaku zalim, tidak melakukan penindasan, penipuan dan tidak mengabaikan manusia tanpa memandangkan status seseorang. Usaha mewujudkan keadilan kepada manusia sejagat adalah sebahagian sifat ketakwaan.
Pemerintah yang melaksanakan kebaikan dan berlaku adil untuk rakyat akan mendapat pahala daripada Allah Subhanahu wa Taala dan begitu juga bagi rakyat yang mentaati akan mendapat ganjaran yang sama.
Dalam beberapa hadith yang lain disebutkan pemerintah yang adil doanya dimakbulkan oleh Allah Subhanahu wa Taala, kata-katanya begitu tajam, tindakannya menepati, nasihatnya menjadi tauladan dan pedoman. Persoalan besar timbul ialah mengapa doa pemerintah yang adil dimakbulkan Allah Subhanahu wa Taala?. Pemerintah yang adil merupakan golongan yang terhormat disisi Allah Subhanahu wa Taala, disayangi rakyat jelata, rakyat sentiasa berdoa supaya pintu-pintu langit dibuka agar rahmat berkekalan dicurahkan oleh Allah Subhanahu wa Taala ke atas pentadbirannya. Manakala tempatnya di akhirat nanti berada di bawah naungan Arash yang mulia.
Kelemahan dalam melaksanakan amanah dan keadilan ini menjadi punca kemarahan, pemberontakan, permusuhan dan boleh membawa keruntuhan sesuatu bangsa.
Negara kita mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan agama. Masing-masing berusaha memperjuangkan hak asasi kaum dan agama mereka. Berdasarkan bukti sejarah dan pemerhatian mimbar bahawa Yang di Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja memain peranan penting dalam menentukan pelaksanaan Islam di negara ini dilakukan secara wasatiyyah. Secara kasarnya ’wasatiyyah’ adalah merujuk kepada pelaksanaan Islam secara berhikmah, berimbang bagi menentukan tidak berlaku kekerasan, kezaliman ke atas hak asasi kaum dan agama lain tetapi pada yang sama Islam terus dihargai atau dimartabatkan.
Banyak negara Islam di dunia hari ini melaksanakan Islam secara wasatiyyah kerana ia mampu memperluaskan penyebaran ajaran Islam, mengelakkan ketakutan di kalangan orang bukan Islam dan mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat. Bagi mengekalkan suasana aman damai ini, marilah kita sebagai rakyat Malaysia hidup penuh mahabbah serta bersatupadu dengan menjunjung institusi Raja berperlembagaan. Elakkan daripada terlibat dengan sebarang tindakan yang boleh mengugat atau mencemar institusi Raja-Raja serta mempertikai kesucian Islam sebagai agama rasmi di negara ini.
Bagaimanapun, pada akhir-akhir ini terdapat pihak-pihak tertentu cuba mempertikaikan dan menimbulkan perpecahan kaum dan agama di negara ini. Puak-puak pelampau agama dan kaum membangkitkan isu-isu sensitif tentang status agama Islam, status Yang di pertuan Agong atau Sultan sebagai ketua agama Islam, menindas agama lain, membakar masjid atau rumah ibadat agama lain, membaling kepala lembu atau khinzir dan sebagainya. Mimbar mengingatkan umat Islam dan sahabat -sahabat kita beragama lain supaya bertindak secara wasatiyyah, waras dan jangan melampau batas terhadap jolokan atau probokasi puak-puak tertentu.
Oleh itu, mimbar ini ingin mengingatkan sekali lagi bahawa jika umat Islam dan rakyat negara ini berterusan berpecahbelah, hilang integriti dan diperalatkan pihak lain, maka lambat laun di negara ini akan bermandi darah seperti yang berlaku di negara jiran kita sekarang ini.
Kedaulatan Islam bertunjang kepada kekuatan kepimpinan. Oleh itu, Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam samada dari segi keperibadiannya atau dalam menjalankan bidang kuasa untuk menjaga kesucian agama Islam di negara ini amatlah dikagumi oleh rakyat jelata.
Kita boleh mengambil contoh dari tragedi 13 Mei 1969 yang telah menjadikan beberapa tempat di Kuala Lumpur, sungai darah manusia, adalah akibat daripada parti – parti politik dan sikap memandang rendah oleh sebilangan orang kturunan pendatang memandang rendah dan hina kepada orang Melayu.
NAFSU LIAR
Sebelum trgedi itu berlaku, orang India dan Cina dalam Parti Progresif Rakyat (PPR) yang diketuai oleh S. P. Seenivasagam dan setiausaha, adiknya D.R. Seenivasagam dan ahli ahli Parti Burtuh Malaya, telah melaungkan kata- kata menghina dan mengutuk Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak.
Mereka juga telah melakukan demikian terhadap Menteri Besar Melayu di Kuala Lumpu, Dato’ Haji Harun Idris dan Ipoh, Dat’ Haji Ahmad bin Said.
Dalam keadaan nafsuan liar dan kemarahan menghina dan mengutuk Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak serta pemimpin - pemimpin Melayu di bawah mereka orang – orang dari parti – parti tersebut telah melaung – laungkan kata – kata yang membakar darah kemarahan orang Melayu, seperti ‘Malai si ‘ (Melayu mati), “Hutang darah bayar dadar’, “Balik kampung, monyet” dan bermacam – macam kata mencarut dan lucah.
‘Parti Progresif Rakyat (PPP) pula tertumpu di Perak. Parti itu telah ditubuhkan untuk memperjuangkan hak orang – orang Cina, di bawah pimpinan dua peguam adik beradik daripada bangsa Ceylon – Tamil. Salah eorang daripada mereka (D.R. Seenivasagam) telah meninggalk dunia sebelum pilihanraya 1969. Cogan kata pilihanraya PPP adalah ‘Malaysia untuk Rakyat Malaysia’. Semu pilihan raya yang pertama pada tahun 1955, poarti itu telahmenyokong hak istimewa orang Melayu dan pendirian Perikatan gtentang bahasa dan soal – soal pelajaran. Bagaimanapun setelah kemerdekaan, sikap PPP telah berubah sama sekali dengan menyusun semula dasarnya, kepada menentgang hak – hak istimnewa orang Melayu. Parti itu secara terang – terang memperjuangan dasar berbagai – bagai bahasa dan untuk mendapatkanpengfiktirafan rasmi bahasa Cina dan Tamil. Parti itu juga menonjol menyokong Cina daripada DAP. Walaupun Yang Dipertuanya bukan Cina, tetapi kebanyakan daripada penyokongnya adalah orang Cina.’
Parti Buruh Malaya (Labour Party of Malaya – LPM) mempunyai sejarah yang tidak menyenangkan rakyat Persekutuan Tanah Melayu – Malaysia yang terdiri dari orang Melayu dan muslim. Parti tersebut telah ditubuhkan pada awal tahun 1950 –an dan par pemimpin terdiri daripada para professional – Cina, India, Ceylon dan Melayu yang berpendidikan dari institusi – institusi pengajian tinggi di England, Autralia, New Zealand, Singapura dan Tanah Melayu. Kebanyakan mereka fro Karl Marx dan Friedrich Engel. Kemudian Joseph Stalin Russia ( 1976 – 1953) dan beberapa orang lagi serta Mao Tse Tung – Mao Ze Dong, Cina (1893 – 1976).
NEGARA CINA
Kebanyakan mereka telah melompat dari Parti Buruh Malaya setelah parti tersebut dimasuki oleh orang – orang Cina yang berpendidikan Cina, di negara Cina, Hong Kong, Singapura dan sekolah menegah Cina Pulau Pinang , pada penghujung tahun 1950 –an.
‘Mereka merupakan pelampau – pelampau Cina dari Johor, Melaka, Selangor dan PulauPinang. Negveri – negeri itu didiami oleh ramai orang Cina. Merfeka menengtang Melayu dan menyokong kuat pelajaran dan kebudayaan Cina. LPM telah dituduh oleh kerajaan mempunyai hubungan dengan komunis dan merfupakan barisan depan MCP (Malayan Komunis Parti – Parti Komunis Malaya -mp’ .
LPM telah tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya (1969). Barangkali disebabkan oleh keputusan dasar yang telah dibuagt oleh MCP, bahaw pilihan raya itu adalah untuk mengabui mata semata – mata dan patut dipulaukan. Sementara itu LPM telah terleibat dalam pembunuhan seorang ahli UMNO di Pulau Pinang pada bulan April, dua minggu sebelum hari membuang undi. Sepuluh hari kemudian, salah seorang ahli parti tersebut telah ditembak mati oleh polis kerana melawan ketika hendak ditangkap di Kuala Lumpur. LPM kemudian telah mengadakan perarakan mayat secara besar – besaran di Kuala Lumpur pada 9 Mei 1969, sehari sebelum pilihan raya. Rusuhan kaum yang serius jampir meletus, dikalau tidak dengan kebijaksanaan dan kesabaran pihak polis.
Berdasarkan laporan rasmi, LPM telah ‘mengabaiakan arahan polis’ lalu mengtadakan perarakan besar.Ditaksirkan kira – kira 10,000 orang telah mengambil bahagian dana berjalan melalui pusat Bandar Kuala Lumpur dengan tidakn mengendahkan sama sekali segala arahan polis. Mereka meneriakkan cogan kata Mao Tse – tung dan menyanyikan lagun komununis ‘Timur itu Merah’. Mereka mempamerkan gambar Mao Tse – tung dan bendera merah. Perakan itu telah melalu pusat Bandar Kuala Lumpur dan hak ini telah menyebabkan kesesakan lalu lintas hamper di setiap jalan besar dalam bandaraaya. Mereka telah membangkitkan kemarahan orang – orang Melayu yang berdiri di tepi – tepi jalan dengan meneriakkan cogan kata “Malai si” (Melayu mati) dan “hutang darah dibalas darah”.
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman telah menuduh dan menyalahkan pihak komunis – Parti Komunis Malaya dan anggota – anggota kongsi gelap yang terdiri dari orang – orang Cina dan India dalam kongsi gelap o4 dan kongsi gelap o8 serta beberapa kelumpuk kongsi gelap lagi.
‘Bagaimanapun, Tun (Dr) Ismail, Menteri Dalam Negeri, tidak pula berpendapat demikian, sekurang – kurangnya tentang anasir –anasir komunis. “Semua orang telah menyangka bahawa komunis teolah bertangungjawab melakukan huru – hara itu,” kata beliau. “Kemudiannya semua orang telah terkejut dibuatnya.” Dalam pernyataan yang berasingan yang telah dibuat tidak berapa lama setelahmeletus rusuhan itu, beliau nberkata, “Demokrasi telah mati di negara ini. Ia telah mati di tangan parti – parti pembangkang yang telah mendorong meletussnya keganasan ini.” Kemudian kongsi gelap Cina telah disalahkan. Seterusnya, telah disebut pula tentang anasir – anasir antinasional (anti orang Melayu - mp) dan subversive.’
Demikian gambaran betapa buruknya akibat dari wujud perasaan atau sikap buruk sangka satu – satu kaum kepada kaum yang lain di negara ini.Orang Melayu terkenal dengan lemah lemah lembut dan santun. Boleh berbaik dengan siapa sahaja. Semua manusia yang baik menjadi kawan. Tetapi apabila orang Melayu marah, tulang, belulang dan darah merah menjadi simbul kemarahan dan tidak takut mati.
(Disedut dari manuskrip buku ‘FalsafahGagasan 1 Malaya’, oleh: Mokhtar Petah)

No comments: