“UMNO akan lemah, kalau ahli – ahlinya rasuah..., masiang – masing hendakkan kemewahan..., ” Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein telah berkata kepaya saya, di Rumah Rehat, Bandar Taiping, pada tahun 1970- an.
Kira – kira dua saat kemudian, beliau berkata dengan dahinya berkerut dan bunyi batuknya dua tiga kali, “ ...sorry ..., off the record ...”
“Baik, terima kasih,” sahut saya.
Saya teringat kembali kata – kata Tun Abdul Razak itu, setelah suara – suara lantang, kerana bangga dengan ‘ramai ulama berijazah’ masuk ke dalam UMNO.
MENYERTASI UMNO
Sejak ditunbuhkan pada tahun 1946, hingga di hujung waktu Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah ramai ilmuan Islam – ulama - yang berijazah dan tidak berijazah telah menyertai UMNO.
Pada peringkat awal, di antara mereka itu, Sheikh Abdullah Fahim (Seberang Perai), Dato’ Haji Hassan Yunus (Johor), Menteri Besar Johor pertama, Haji Ahmad Fuad bin Hassan, Salleh Othman, Othman Al Yunusi, Haji Ahmad Maliki bin Haji Ahmad, Haji Hussein Che Dok dan Haji Abdul Rahman Marbuk.
Kemudian beberapa orang ulama menyertai UMNO, di antara mereka, Wang Mokhtar Ahmad, Yusof Nor, Othman Abdul Hamid, Nakhaie bin Haji Ahmad.
MENDAPAT KEKAYAAN
Oleh kerana UMNO sebuah parti politik Kebangsaan (bukan parti berideologikan Islam), maka, peranan para ulama di dalamnya tidak dapat dibezakan dengan mereka bukan ulama.
Peranan mereka sebagai ulama, tenggelam dalam keadaan ‘ nasionalis dan sebilangan ahli UMNO yang berjuang sambil mencari peluang dalam kerajaan untuk mendapat kekayaan atau kemakmuran.
Erti tulisan saya di atas ini, walau seramai mana ulama menyertai UMNO, parti politik nasional itu tetap tidak berubah, sama ada dasarnya, peranannya dan hala tujunya.
MENERAJUI KERAJAAN
Sekarang, setiap ahli UMN hendaklah berfikir secara intelketual, iaitu UMNO akan timbul terus atau tenggelam pada masa akan datang, tidak bergantung kepada ulama, tetapi bergantung kepada sekuat mana ‘ jujur para pemimpin’ dan ‘setia para ahlinya’.
Gagasana 1 Malaysia yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak, mempelihatkan ada kekuatan untuk untuk mengekalkan UMNO sebagai parti politik orang Melayu dan terus menerajui Kerajaan Malaysia selepasa pilihan rasya umum ke – 1 mendatang ini.
‘Rakyat diutamakan’ dalam gagasan 1 Malaysia, adalah penawar bagi rakyat yang berpenyakit tidak mahu menyokong UMNO. Maka Najib boleh melaksanakannya itu bersama para individu – individu weperjuang dengannya.
SETIAUSAHA POLITIK
Kerana UMNO menerajui kerajaan pusat dan beberapa negeri, maka kerajaan (maksud: para pegawai kerajaan), hendaklah jujur, setiap rakyat jelat yang berhajat dan detang ke pejabat mereka hendaklah datang dengan baik.
Beberapa perkara yang saya dapati boleh menyebabkan orang ramai tidak sukakan UMNO, akibat dari tindak tanduk para pegawai kerajaan:
a . Rakyat jelata yang dating dari kampung hendak menemui Perdana Menteri di pejabatnya, disekat oleh pegawai yang berkuasa. Ada yang tunggu hingga seminggu di Kuala Lumpur, tetapi gagal menemui Perdana Menteri.
c . Ada sebilangan setiausaha politik menteri duduk – duduk di pejabat tidak menjalankan kerja, sebaliknya menjalankan kerja yang ada hubungan dengan perniagaan, tender, saham dan sebagainya.
c . Baru – baru ini seorang rakyat mengadu, dia dating ke sebuah university (milik kerajaan) kerana urusan anaknya, tetapi pegawai berkenaan tidak mahu menemuinya dan diberitahu pegawai itu diluar. Tetapi setelah rakyatn itu memberitahu dia telah pergi menemui pegawai di Kementerian Pengajian Tinggi dan akan menunggu hingga pegawai itu pulang, kira – kira dua minit pegawai itu muncul.
d. Dalam media sering menyiarkan berita pemimpin dan ahli UMNO didakwa oleh pihak Majlis Tertinggi dan mahkamah keraja melakukan politik wang atau rasuah.
Perkara di atas ini dan beberapa hal lagi yang tidak diingini rakyat jelata hendaklah dihapuskan. Stelah UMNO dan kerajaan bersih dari amalan – amalan yang tidak baik itu, maka UMNO akan mendaspat sambutan dan disanjung oleh rakyat jelata.
UMNO juga perlu membetulkan dirinaya aga sesuai dengan semangat dan cita – cita perjuangan orang Melayu. Di antara, elakkan dari ‘ lembut telinga’, ‘tolak berasur – ansur’ , ‘kata tidak seperti bikin’ dan segala amalan yang menjadi racun sesuatu pergerakan dan parti politik.
Najib, Muhyiddin pada anggota Majlis Tertinggi UMNO akan berupaya melakukannya !
No comments:
Post a Comment