Saturday, March 31, 2012


POLITIK


DALAM  'SINAR HARIAN'

CAKAP JANGAN SAMPAI TERGELINCIR IMAN

Berkatalah Mursidul 'am PAS, Dato' Nik Abdul Azizi,“Tiap-tiap orang yang bercakap soal Islam dia akan sebut soal syurga dan neraka, dia (Datuk Abd Rahman) kena ingat, bercakap ini ada soal pahala dan dosa, jangan cakap sembarangan.” 
Jika seseorang Melayu yang benar - benar memahami agama Islam, iaitu tidak sekadar al ibadat dan muamalat sahaja, buka al Quran dan al Hadis. Allah dan RasuluNya, Muhammad s.a.w. mengakui; sesiapa dari orang Islam yang mejalankan amal makruf atau lebih jelas 'pada jalan Allah', akan dibalas dengan syurga.
PAS bukan parti politik asobiyah atau nasional, tetapi sejak ditubuhkan, ia adalah parti politik yang berdasarkan Islam dan berjuang untujk menegaskkan Negara Islam di bumi Melayu ini, maka, saya akui akan kata - kata Nik Abdul Aziz, sesiapa dari orang Melayu beragama Islam menyertai PAS, menyokong PAS dan hingga mengudi calon PAS, akan masuk syurga .
Tetapi kalau kita bercakap atas pengetahuan orang Melayu jahil Islam,tidak faham kandungan Quran dan Hadis, ketepikan Quran dan Hadis, ambil panduan dari buku - buku Kapitalisme - Amerika dan negara - negara barat yang diperintah oleh Yahudi dan Krtistian, maka, pendapat Nik Abdul Aziz itu tidak betul atau salah seperti yang dikatakan oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan itu.
Saya menjangkakan, pada pilihan raya akan datang, palin ramai orang tegal Islam Melayu menokong 'fi sabilillah' - jalan Allah - , manakala rakyat Malaysia yang faham sosio - demokrasi akan sokong parti pembangkangb lain, dan sedikit benar akan menyokong atau mengundi calon - calon dari golongan nasionalis.
Mungkin ramai yanbg mengundi calon - calon daro organisasi nasionalis - kapitalis, jika mereka itu jahil agama Islam dan diberi sagu hati atau hadia ataupun duit sakut.
Sebgai penulis lama, sana nasihatkan Datuk Abdul Rahman Dahlan, bercakap jangan sampai gelincir akidan dan iman. Kalau hendakkan jawatan tinggi, jangan cerca ulama dan menolak fatwa atau pendapat ulama. Kerana ulama berpandukan Quran dan Hadis.

No comments: