Wednesday, March 7, 2012



DARI BUKU LAMA


DARI BUKU LAMA

MAFILINDO DAN MALAYSIA

 
Oleh kerana Malaysia diistiharkan sebelum masa yang ditentukan atau disetujui oleh dua orang negarawan lagi - Soekarno dan Makapagal, maka Mafilindo* yang begitu menakukan semua pegawai penjajah Inggeris itu ibarat pokok yang kepanasan di tengah padang tanpa hujan membasahinya dan Mafilindo pupus, failnya disingkirkan ke tepi dan timbullah permusuhan antara dua buah negara, iaitu malaysia yang baru dibentu dengan Indonesia yang tidak menyetujui Malaysia, gagasan Tunku Abdul Rahman.
Filipina juga mengguna kesempatan dalam api kemarahan Indonesia itu dengan melaungkan kepda dunia, yang ianya mahu bertindak untuk menuntut Negeri Sabah daripada Kerajaan Malaysia dan hal ini oleh Filipina mahu dibawa ke Mahkamah Dunia. Atas tujuan ini Filipina pun menyifatkan Malaysia sebagaimana yang disifatkan oleh Indonesia.
Apabila dunia mengetahui tentang kegagalan Mafilindo,maka semua negara penjajah gembira dan pegawai - pegawai pejabat tanah jajahan ketawa berdekah - dekah.*
* Kesatuan, Malaya, Filipina dan Indonesia.
* Dari buku: Bangsa Melayu Menggugat Dunia (1966), oleh: Mokhtar Petah, hlm.148.

No comments: