Saturday, March 31, 2012




MENGENANG YTM RAJA ASHMAN SHAH

Putera Sultan Perak, Raja Ashman Shah baru sahaja kembali ke rahmatullah. Walaupun saya bukan orang dalam istana Sultan Perak, tetapi Allahyarham saya anggap rakan karib.Kerana Allahyarham berpengetahuan agama Islam (bidang ibadah dan tarekat) dan saya bidang ibadah, sosial dan politik serta 'kemanusia sejagat', tiap kali kami bertemu ada saja kami berbincang mengenai sesuatu yang rumit dalam agama Islam.
Kisah pendeknya, saya mendapati sepanjang hayat Allahyarham, selain dari wiirid 99 nama Allah dan lain, Allahyarham serin mengamalkan seperti berikut ini:
"Dengan nana Allah Maha Pengasih lagi Maha Penayayang,
Engkaulah dimaksudkan dngan tiap - tiap perkara dan disayaratkan dengan tiap - tiap makna.
Saya adalah orang yang memuji, saya orang yang bersyukur dn saya orang yang ingat (kepada llah Rabbul alamin).
Saya yang lapar.
saya orang yang telanjang, Saya orang yang kehilangan,
Semuanya enam sifat, Separuh saya tanggung.
Ta Allah, Engkau jadilah penjamin bagi yang setengah lagi,
Pujian saya kepada selain dari Engkau adalah nyala api neraka,
Engkau lindunjgilah para hambaMu , ibu dan bapa hamba dan semua muslimin dan muslimat dasri terhumban ke dalam neraka,
Api neraka itu bagi diri saya, seperti sentiasa terbayang sentiasa."
Ya Allah, sayapohoh kepadaMu, murahkan hatiMu dengan menjadikan rakan saya ini warga syurgaMu, seperti yang Engkau nyatakan dalam Quran Suarah Al Waqia'ah. Tamat.



DARI BERITA DALAM SURAT KHABAR 'SINAR HARIAN'




LIBRALISME, PLURALISME DAN KRISTIAN


  1. "Jalur Tiga (Jati) menyelar tindakan sesetengah pihak mempertikaikan program Tafaqquh Ilmi anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Mufti Johor bertajuk 'Pemantapan Aqidah: Bahaya Liberalisme dan Pluralisme dan Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam – Apa Peranan Guru?’.
  2. Presiden pertubuhan bukan kerajaan itu, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, pihaknya memandang berat tindakan pihak yang mempertikaikan program tersebut kononnya akan menimbulkan ketegangan agama dan kaum.
  3. Saya meneliti gerak - juang Dato' Hasaan Ali boleh saya anggap dia seprerti kata berubah dari peribahasa Melayu "tak pandai tak dapat diajar, pandai tak dapat dikut'. Mengapa libralisme dan pluralisme yang diperbesar - besarkan. Dua faktor itu wujud dalam gerakan nasionalis dan kapitalis di mana - mana negara termsuk Malaysia.
  4. Hassan Ali bersikap dan bercakap di mana - mana seperti orang Nasionalisme, libralisme dan kapitalisme, iaitu kerana diri sendiri tidak pandai menari, menyalahkan tanah 'tinggi rendah" dan sendfirti yang melakukan salah dan melanggar disiplin dalam PAS, setelah dipecat menyalah orang - orang dalam parti tersebut. Beliau seperti murtid bebal, tidak lulus dalam pelajar, guru yang mengajarnya dipersalahkan.
  5. Mungkin Hassan Ali trasa dirinya 'the man' dalam masyarakat majmuk di negaraini, tetapi orang ramai mengetahui, beliau orang baik, bepelajaran tinggi tetapi kurang sedikit memahami politik Islam dan disipilin parti Islam. Kerana itu, kebanyakan orang yang arif mentertawakan beliau.
  6. Jika Hassan Ali benar - menar mempertahankan Islam dan berusaha untguk mneolak libralisme, pluralisme dan Kristian,beliau tidak akan meninggalkan PAS walaupun beribu dari ahli parti Islam itu tidak sukakan beliau. Meninggalkan PAS bererti lari dari perjuangan Islam dan gerakan pada sabilullah - jalan Allah.
  7. Semenjak sebelum tahun 1946, beberapa orang Melayu yang berjujang dalam parti - parti politik tgelah bertindak seperti Hassan Ali. Pada peringkat awal mereka disokong ramai , tetapi akhirnhya merfeka tinggal terkatung - katung seorang diri, ibarat hendak ke gelanggang tidak berkeri, hendak kelaut perahu tiada.
  8. Akhirnya hgidup ibarat kera sumbang'.
  9. Saya mula berkenalan dengan Hassan Ali dalam rimba Hulu Langat lebu 17 tahun lalu.
  10. Hassan Ali bersikap dan bercakap di mana - mana seperti orang Nasionalisme, libralisme dan kapitalisme, iaitu kerana diri sendiri tidak pandai menari, menyalahkan tanah 'tinggi rendah" dan sendfirti yang melakukan salah dan melanggar disiplin dalam PAS, setelah dipecat menyalah orang - orang dalam parti tersebut. Beliau seperti murtid bebal, tidak lulus dalam pelajar, guru yang mengajarnya dipersalahkan.
  11. Mungkin Hassan Ali trasa dirinya 'the man' dalam masyarakat majmuk di negaraini, tetapi orang ramai mengetahui, beliau orang baik, bepelajaran tinggi tetapi kurang sedikit memahami politik Islam dan disipilin parti Islam. Kerana itu, kebanyakan orang yang arif mentertawakan beliau.
  12. Jika Hassan Ali benar - menar mempertahankan Islam dan berusaha untguk mneolak libralisme, pluralisme dan Kristian,beliau tidak akan meninggalkan PAS walaupun beribu dari ahli parti Islam itu tidak sukakan beliau. Meninggalkan PAS bererti lari dari perjuangan Islam dan gerakan pada sabilullah - jalan Allah.
  13. Semenjak sebelum tahun 1946, beberapa orang Melayu yang berjujang dalam parti - parti politik tgelah bertindak seperti Hassan Ali. Pada peringkat awal mereka disokong ramai , tetapi akhirnhya merfeka tinggal terkatung - katung seorang diri, ibarat hendak ke gelanggang tidak berkeri, hendak kelaut perahu tiada.
  14. Akhirnya hgidup ibarat kera sumbang'.
  15. Saya mula berkenalan dengan Hassan Ali dalam rimba Hulu Langat lebu 17 tahun lalu.


ORANG JAWA


Pada ketika kami beramai - ramai makan tengahari kerana suatu majlis kursus penulis, seorang gadis Kota Tingg, Johor, yang duduk sebelkah saya mematahkan keping tempeh.
Saya bertanya: Cik suka makan tempeh?
JawabNya: Ha, say orang Jawa.
Saya bertanya:Makan belacan?
Gadis Jawa: Suka, kan saya orang Jawa.
Saya tanya: Makan petai?
Jawabnya: Suka, kan makan orang Melayu, bakal suami saya orang Melayu Pahang.
Saya berkata: Mak, Jadi 'Jahang' atau 'Paja'.
Gadis rindu kekasih: Itu boleh gunakan dalam media kita.
Saya rerus makan. Dia tidak berhenti menyuap temph dan ulam cicah sambal belacan.

POLITIK


DALAM  'SINAR HARIAN'

CAKAP JANGAN SAMPAI TERGELINCIR IMAN

Berkatalah Mursidul 'am PAS, Dato' Nik Abdul Azizi,“Tiap-tiap orang yang bercakap soal Islam dia akan sebut soal syurga dan neraka, dia (Datuk Abd Rahman) kena ingat, bercakap ini ada soal pahala dan dosa, jangan cakap sembarangan.” 
Jika seseorang Melayu yang benar - benar memahami agama Islam, iaitu tidak sekadar al ibadat dan muamalat sahaja, buka al Quran dan al Hadis. Allah dan RasuluNya, Muhammad s.a.w. mengakui; sesiapa dari orang Islam yang mejalankan amal makruf atau lebih jelas 'pada jalan Allah', akan dibalas dengan syurga.
PAS bukan parti politik asobiyah atau nasional, tetapi sejak ditubuhkan, ia adalah parti politik yang berdasarkan Islam dan berjuang untujk menegaskkan Negara Islam di bumi Melayu ini, maka, saya akui akan kata - kata Nik Abdul Aziz, sesiapa dari orang Melayu beragama Islam menyertai PAS, menyokong PAS dan hingga mengudi calon PAS, akan masuk syurga .
Tetapi kalau kita bercakap atas pengetahuan orang Melayu jahil Islam,tidak faham kandungan Quran dan Hadis, ketepikan Quran dan Hadis, ambil panduan dari buku - buku Kapitalisme - Amerika dan negara - negara barat yang diperintah oleh Yahudi dan Krtistian, maka, pendapat Nik Abdul Aziz itu tidak betul atau salah seperti yang dikatakan oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan itu.
Saya menjangkakan, pada pilihan raya akan datang, palin ramai orang tegal Islam Melayu menokong 'fi sabilillah' - jalan Allah - , manakala rakyat Malaysia yang faham sosio - demokrasi akan sokong parti pembangkangb lain, dan sedikit benar akan menyokong atau mengundi calon - calon dari golongan nasionalis.
Mungkin ramai yanbg mengundi calon - calon daro organisasi nasionalis - kapitalis, jika mereka itu jahil agama Islam dan diberi sagu hati atau hadia ataupun duit sakut.
Sebgai penulis lama, sana nasihatkan Datuk Abdul Rahman Dahlan, bercakap jangan sampai gelincir akidan dan iman. Kalau hendakkan jawatan tinggi, jangan cerca ulama dan menolak fatwa atau pendapat ulama. Kerana ulama berpandukan Quran dan Hadis.




PANTUN SABTU

Orang petapa di Gua Badak,
Cintanya terpaut di Bukit Sapi;
Barang siapa berakal budah,
Jangan bermaksud perintah negeri.

Cempaka redup lembabkan bumi,
Berangan rapat dengan bidara;
Siapa takut akan bini,
Jangan harap perintah negara.

Esok lusa pulang ke Lenggong,
Beli gigi emak mertua;
Busuk bangsa kepalang tanggung,
Cakap meninggi hamba jua.





MAKSUD DARI AL QURAN DAN AL HADIS




                                     TAATKAN ALLAH


Katakan (Muhammad s.a.w.): "Jika klian (benar - benar) taatkan Allah, ikutilah saya* , nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa - dosa kalian.
 - Ali Imran:31


* Beribadat, memerintah negara, ikut hukum - hukum dalam Quran 
   termasuk hukum - hukum hudud, menegakkan negara sebagai   
   negara Rasulullah telah tegak dan perintahkan, iaitu Negara Islam.


                                 ALLAH TERIMA TAUBAT


Rasul Allah, Muhammad memaklumkan:


Sesungguhnya, Allah akan menerima taubat hambaNya sebelum sampai kepada saat ghargha (saat nyawa hampir berpisah dari tunbuh).
 - Perawi: Imam Ahmad dan At Tarmizi

Friday, March 30, 2012










PUTERA SULTAN PERAK MANGKAT




Raja Kecil Sulung Perak, Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah telah mangkat pada 30 Mac kira-kira jam 1.20 pagi tadi di kediamannya di Jalan Setia Bakti 5, Bukit Antarabangsa, dekat Kuala Lumpur.
Jenazah Baginda dibawa ke Istana Iskandariah Kuala Kangsar jam 6.30 pagi tadi dan akan disemadikan di Makam Diraja Bukit Chandan selepas solat Asar.
Baginda meninggalkan seorang isteri, Datuk Seri Noraini Jane Ariffin dan tiga anak termasuk seorang lelaki.*


* Berita ini dari google Malaysia.


Nota.


Allahyarham Haji Mat Saman Kati, Allahyarham Dato' Haji Ahmad Badawi dditentukan Allahan saya, mengakui, bahawa Putera Sultan Perak ini, seorang lelaki yang soleh. Tidak ada ruang waktu (kecuali makan min um, tidur dan kewajipannya sebagai suami) Allahyarham berzikir nama Allah.
Saya kenal dan rapat dengan Allahyarham; Allahyarham tidak pernah mengujmpat orang, ada rasa takbur dan pada dirinya cenderung amat kepada amal makruf.
Saya, amat yakin, Allahyarham ditentukan Allah menjadi warga syurgaNya.
Al Fatihah.



PANTUN JUMAAT
WATAN

Telah atang hari ini,
Jumaat namanya dari Allah;
Telah hilang budi pekerti,
Tabiat nasional negeri punah.

Hari Jumaat turun hujan,
Hujan tabur menabur baja;
Jika tanbiat mengejar habuan,
Watan lebur bangsa binasa.

FELDA

Sayang Felda peneroka bisu,
Ada sawit tukar kertas;
Malang Felda akan tertipu,
Masa di muka pundut digalas.

Sayang Felda pesaka bapa,
Anak kejar pertolongan orang,
Usaha bapa digadai sedunia,
(Akhirnya) anak Felda hamba orang.




MAKSUD QURAN DAN HADIS



                         DITIPU ANGAN - ANGAN


PADA HARI KIAMAT. Mereka (yang munafik)* menyeru orang - orang beriman (dengan berkata): "Bukankan (di dunia) kami telah bercampur gaul dengan kalian?" Orang - orang beriman menjawh: "Benar,  tetapi kalian telah membinasakan diri kalian sendiri (dengan amalan munafik) dan kian telah menunggu - nunggu kebinsaan umat Islam dan kalian ragu - ragu terhadap (terhadap perkara - perkara dan hukum - hukum agama Allah - Islam), serta kalian terpedaya oleh angan - angan kosong (untuk mencapai maksud membinsakan umat Islam dan berkuasa selama - lamanya), sehinggalah datang kematian (sama ada sakit payah, kemalangan, di bunuh atau terbunuh) yang ditetapkan Allah (kepada kalian). Dan kalian jua diperdaya oleh bisikan syaitan* dengan pengampunan Allah (semata - mata untuk melupakan azabNya.
 - al Hadid:14


* Orang - orangb yang mengutamakan kebendaan - nasiinalisme, 
   kapitalisme dan lain.
* Orang - orang Islam yang tyidak bersuangguh - sungguh 
   melaksanakan hukium - hukum Allah seperti yang dinyatakan dalam 
   Quran.


                                TIGA MEMBINASAKAN


Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan kepada umat manusia:
Orang bijak pandai, ialah yang menundukkkan hawa nafsunya dsan beramal untuk hari setelah mati (akhirat), dan orang bodoh (ahmak, bangang), ialah yang mengikuti hawa nafsunya dan mengharapkan mimpi - mimpi kosong kepada Allah.
 - Perawi: Imam Ahmad dan Al Hakim.
                              

Thursday, March 29, 2012


MAKSUD DARI AL QURAN DAN AL HADIS



DOA IBADAT


Katakan (Muhammad s.a.w. kepada golongan manusia yang ingkar kepada Allah): Allah tidak akan menghargai kalian kalau tidak ada doa ibadat kalian kepadaNya; maka sesaungguhnya kalian menyalahi (hukum - hukum Allah), dengan demikian, telah tentulah balasan azab* (disebabkan kalian menyalahinya) akan menimpa kalian. 
- al Furqan:77


* Mereka yang menolak atau mengingkari hukum - hukum Allah, 
   maka, azab di dunia, seperti dirobohkan sesebuah kerajaan, di 
   jatuhkan seseorang dan sebagainya, dan azab yang berbagai di 
   akhirat kelak.

MENGATAKAN KEBENARAN

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. ditanya sahabatnya mengenai 'jihad' yang paling utama, maka, Junjungan memberitahu kepadanya: Ialah, mengatakan yang hak (kebenaran) di hadapan penguasa atau pemeringtah yang zalim.* 
- Perawi:Ibnu Majah, An Nasai dan Ahmad.


*Ertinya, pada zaman ini, boleh dengan demonstrasi, tulisaan dan 
  ucapan.

Wednesday, March 28, 2012


PANTUN RABU


Pohon manggis pohin macang, 
Ketiga dengan pohon lulita;
Duduk menangis abang pincang,
 Katanya jalan tidak rata.


Jemur bijan dengan kulitnya, 
Jemur atas pohon lembayung;
 Hari hujan sangat lebatnya, 
Namun si Pandir mengepit payung.*


* Pantun Melayu lama.




Bawa mudik buah larah,
 Ada lada dalam kain;
 Ngapa adik bibir merah,
 Adakah ada jantan lain.




Apa ada perahu sarat,
Ubi kentang hujung galah;
Ngapa adik buka aurat,
Adakah adin tentang Allah?




MAKSUD DARI AL QURAN DAN AL HADIS

BERPLING DARI AJARAN ALLAH

Sediapa yang berpaling (tidak mengikut atau menolak) dari pengajaran Allah yang Pemurah ( al Quran), Kami (Allah) adakan baginya syaitan (yang menyesatkan), maka syaitan itulah yang menjadi teman yang sering menyertainya (di mana sahaja dia berada hingga ke tempat tyidur).Dan sesungguhnya syaitan - syaitan itu menghalang merfeka dari jalan yang benar dan dia (atau orang - orang) itu menyangka telah mendapat petunjuk. 
- az Zukhruf:36,37.
Sesungguhnya Kami (Allah) telah jaddikan syaitan - syaitan aebagai wali - wali bagi orang - orangb yangtidak beriman.
 - al A'araf:27

Penjelasan. Syaitan ada dua jenis, 1 - Syaitan atau iblis yang dijadikan Allah dari Api dan telah memperdaya Nabi Adam dan isterinya hingga kepda manusia - manusia pada zaman ini, 2 - Manusia yang menegah atau mengeji manusia yang mengerjakan atau berjuang pada jalan Allah, seerfti mengrjakan yang makruf atau kebaikan, menjalankan hukum al Quran, undang - undang Islam dan menegakkan Negara Islam.
 Syaitan ini ramai di kalangan orang Melayu.



MENGUBAH KEMUNGKARAN

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan:


sesiapa dari kalian yang melihat kemungkaran - sama ada pada orang perseorangan, kumpulan, organisasi, kerajaan atau pemerintah - , hendaklah dia mengubahnya dengan tangan - melakukan tentangan hingga kepad demonstrasi dan lain - . Jika dia tidak memapu melakukan, hendaklah mengubahnya dengan lisan - perkataan, ucapan dan tulisan dalam media - , dan jika dia tidak mampu (juga), maka hendaklah melakukan (pencegahan) dengan hati - tyidak mengikut dan tidak mengundi pihak organisasi atau kerajaan atau pemerintah itu - , itulah orang yang selemah - lemah iman (orang penakut dan tidak bersemqangatg sebagai manusia yang sempurna). - Perawi: Imam Muslim.

Monday, March 26, 2012

PANTUN ISNIN

Kita berlari tanpa kuda,
Kuda padi dari Bangka;
Tanya menteri pada dirinya,
Sudahkah aku buat jasa?

Kuda padi dari Kemboja,
Makan sekam di Tanah Liat;
Jika menteri gagal kerja,
Akan dendam di hati rakyat.


MAKSUD DARI AL QURAN DAN AL HADIS



SEMUA AKAN BINASA
Segala yang ada di muka bumi ini akan binasa. Dan (akan terus)kekallah zat Tuhan kamu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
 - Ar Rahman:26,27.
Bukankah tidak ada balasan bai amalan yang baik, melainkan balasan yang baik juga?
Maka yang mana satu di antara nikmat - nikmat Tuhan kamu itu yang kamu tidsak dustakan?
- Ar Rahman:60,61.

 
KELUARGA AYAH

Rasul Allah, Muhammad beroesan:
Sesungguhnya, di antara bakti - bakti terbaik seorang anak (ialah) masih tetap menyambung hubungan kekluarga bapanya setelah bapanya menyambungnya*.
- Perawi: Imam Muslim.
* Setelah bapa meninggal dunia, si anak terus menyambung hubungan keluarga bapanya.

Sunday, March 25, 2012

RENUNGAN HARI AHAD







PILIHAN RAYA
UMNO, tidur malam terigau - igau, kalau - kalaukalah teruk.
MCA, tidur malam, igau - igau, kalah tak apa, DAP ada.
MIC, tidur malam igau, kalah tah apa,DAP ada PKR ada, UMNO ada.
PAS, tidur malam, igau, insya Allah menang besar, kerana umat Islam yang mengundi telah sedar jalan Allah.
PKR, tidur malam, igau, menang besar, kerana orang - orang muda arif politik sosio- demokrasi.
DAP, tidur malam, igau, kalah tak apa, fahaman sama dengan DAP.
GERAKAN, kalah tak apa, menang tak apa, Pulau Pinang, selamat tinggaaal.Hendakku bawa rakitku sempit, hanya nangis berladung air mata.
MAKSUD DARI AL QURAN DAN AL HADIS


AMAT BESAR KBENCIAN ALLAH

Hai orang - orang yang berimani , Menpapa kalian berkata apa yang tidak kalian melakukan (perbuat)? Amat besar kebencian di sisi Allah, bahawa kalian mengatakan apa - apa yang yang kalian tidak kerjakan (lakukan).
- Asy Shaf:2,3.

ALLAH MELAKNAT

Rasul Allah, Muhammad s,a.w. memaklumkan:
Allah melaknat siapa sahaja yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran (untuk membunuh, menjatuhkan, memoerhamba dan lain).
-Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim

Friday, March 23, 2012

MAKSUD DARI AL QURAN DAN AL HADIS




BERSERAH DIRI
Bertawakal 9 berserah diri - kepada Allah yang Maha hidup, yang tidak bakal mati.
- al Furqan:58


MEMBUNUH
Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan:
Mencaci seorang muslim ada fasik dan membunuhnya adalah kafir.
- Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim.

MAKSUD DARI AL QURAN DAN AL HADIS




BERSERAH DIRI

Bertawakal 9 berserah diri - kepada Allah yang Maha hidup, yang tidak bakal mati.
- al Furqan:58


MEMBUNUH

 
Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan:
Mencaci seorang muslim ada fasik dan membunuhnya adalah kafir.
- Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim.
                         
 MAZLAN NODIN

Dengan nama Allah, saya rasa amat sedih, atas kembalinya rakan dan bekas ketua saya, Tan Sri Mazkan Nordin, ke rahmat Allah. Saya berdoa, agar Allah menempatkanya dalam syurgaNya. Amin.
Al Fatihah.

Thursday, March 15, 2012

 
BELAJAR SEJARAH PERJUANGAN TUN ABDUL RAZAK
 
       Ahmad Maslan Berkeadaan Orang Meniup Napiri*
 
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan , orsng muda, mungkin beliau tidk pernah mempelajari sejarah perjuangan Tun Abdul Razak. Felda ditubuhkan untuk menjakankan kewajiban kerajaan kepada rakyat. Semua tanah Felda untuk para penerokanya, demikian Tun Razak dengan cita - citanya. Maka , para anak peneroka adalah waris mereka. Mereka behak mempertahankan tranah pesaka bapa dan ibu mereka. Ahmadad Maslan berkeadaan orang meniup napiri dalam istana Raja, tidak tahu dan tidak faham adat dan cara hidup Raja dan rakyat, hanya jadi orang suruhan mengeluarkan bunyi yang tidak datangdari fikiran manusia. Anak - anak para peneroka Felda 'wajib' pertahankan pesaka mereka. Hendaknya jangan Felda jadi seperti Pulau Singapura, kerana ikut fikir pemimpin, akihirnya pulau milik Melayu itu menjadi milik orang lain. Saya penulis dan tidak menyertai mana - mana parti politik; saya nasihatkan orang muda Ahmad Maslan belazlan belajar titik sejarah perjuangan Tun Razak dan jujur dan ikhlas para peneroka Felda seluruhnya.
* Lihat Ahmad Maslan dengan Felda, Sinar Harian, pada hari ini.
 
 



MAKSUD DARI AL QURAN
Katakan (hai Muhammad s.a.w.) kalau kalian (umat Islam) benar- benar sayangkan Allah, maka ikutilah saya (di antaranya, berbaik - baik sama Islam dan tidak memipu dan memutar belit umat Islam), nescaya kalian dikasihi oleh Allah dan Allah akan mengampuni dosa - dosa kalian.
Ali Imran:31

Wednesday, March 14, 2012




TANGAN TELANJANG
Pada pagi semalam, Selasa, saya dan isteri telahpergi ke Hopital Universiti Kebangsaan, Kuala Lumpur. Kemudian kami singgah di gerai - gerai di jakan keluar arah taman prumahan. saya bercadang hendak makan kawteu goreng. Saya hilang selera makan, dua gerai masak mee dan kawtew, yng memasak wanita. Mereka dengan tangan telanjang memegang sayurm kautew dan mee. Lengan masiang - masiang berpeluh. Peluh mengalir ke bawah. Luruh ... Saya harap pihak berkuasa Kuala lumpur, tolong nasihatkan penjaja - penjaja di situ.



ORNG PERAK MARAHKAN ORANG KELANTAN

Pada masa saya masih kanak - kanak, ramai lelaki Kelantan datang menjaja kain,berbagai kain, dari songket hingga ke batik cop -, mereka datang ke rumah - rumah warga kampung. Pada waktu pagi mereka sering bertemu dengan wanita - wanita tua muda di pintu rumah atau di halaman rumah.Sebaik tiba di hadapan wanita - wanita itu, penjajah kain itu memberi salam dan be...rkata:"Buka kain kak!?" Orang lelaki yang mendengar marah, kerana menyangkan penjaja kain itu menyuruh wanita itu telanjang.
Sekarang, ada beberapa orang Kelantan, bila berjumpa orang - orang di Kuala Lumpur, sering berkata: "Sokong PESAKA!" Bila orang geleng geleng, mereka berkata: " Lebih baik sokong PAS, parti tu berjuang pada jalan Allah!!"





PANTUNRABU

Teluk ini Teluk Senangin,
Elok cerah seluruh daerah;
Esok saya masuk IJN,
Entah pulang entah tidak.
 
Kalau ada jarum patah,
Jangan simpan dalam peti;
Jika ada silap salah,
Jangan disampan dalam hati.

Bila di hulu bukan perigi,
Perigi mana dalamnya naga;
Jika dulu saya pergi,
Kita jumpa dalam syurga.
MAKSUD DARI AL QURFAN

Sesungguhnya kami hak atau milik Allah dan kepada Allah (jua) kami kembali.

Tuesday, March 13, 2012


BENARKAH CERITA INI?


Sebilangan ahli UMNO di Perak, terutama di Perak Tengah, Hulu Perak, Hilir Perak dan Perak Selatan menyampaikan cerita ini kepad saya, iaitu lebih 15 bahagian UMNO di negeri itu mulai tidak puas hati dan tidak percaya kepada Menteri Besar, Dato' Sri Dr Zambry Abdul Kadir. Sebab:
1 - Bercakap banyak kerja kurang.
2 - Kurang ambil tahu akan bahagian dan cawangan di beberapa
     kawasan di Perak.
3 - Tidak terdaya menambah ekonomi negeri.
     Saya tak percaya!




MAKSUD DARI AL QURAN DAN AL HADIS


PERHIASAN DUNIA

Tahankan hati anda bersama orang - orang yang menyeru (ibadah) Allah (Tuhan) mereka, pada waktu pagi dan senja, mereka mehukan keredaan Tuhan, dan jangan anda menghindarkan (memalingkan) pandangan anda dari mereka (membenci), kerana menghendakan perhiasan kehidupan dunia, dan jangan anda turut ornag - orang yang Kami (Allah) lalaikan hati mereka dari mengingati Kami (Allah), dan diturutinya keinginan nafsunya, dan pekerjaannya biasanya (berkeadaan) luar biasa. 
- al Kahf:28 


PERKATAAN YANG BAIK


Rasul Allah, Muhammad s.a.w. bersbda:
Perkataan yang baik (lemah lembut, ada nilai sastera, menarik hati orang yang mendengar) adalah sedekah.
 - Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Monday, March 12, 2012






ORANG FELDA

Dua tiga orang warga Felda dari Pahang telah bertemu saya dalam satu majlis khenduri. Mereka bertanya kepada saya tentang Felda akan masuk syairkat besar. Mereka bertanya:Macam mana nasib kami pada masa akan datang? saya jawab: Pertahankan falsafah Felda seperti yang dimaksudkan oleh Allahyarham Tun Razak,rakyat berladang ubah kehidupan, kerajaan menolong, tapi jangan gadai tanah Felda. Mereka menung. Saya kata: Kalau orang - orang Felda ikut nafsu besar para pakar ekonomi cara barat, nanti semua warga Felda, hanya tinggal seluar dalam dan cawat tanpa warna lagi.



MAKSUD DARI AL QURAN DAN AS SUNNAH



HIKMAH DAN ADIL


Sesunguhnya Allah menyuruh kalian menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kalian menjalankan hukum (perintah dan pengadilan) di antara semua manusia, kalian hukum dengan adil. Sesungguhnya, Allah dengan suruhanNya itu memberi pengajaran yang sebaik- baiknya kepada kalian. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar dan sentiasa melihat.
 - An Nisa':58



REBUT SUAMI RAKAN


Rasul Allah, Muhammad s.a.w. melarang pendatang menjual kepada pribumi dan jangan merangsang (memujuk atau memperdaya) pembeli (dengan menambah harga) dengan tujuan menipu,jangan seseorang menjual atas penjualan saudaranya, dan jangan melamar wanita yang telah dilamar saudaranya (sesama orang Islam) , dan jangan wanita meminta perceraian sadarinya (sesama wanita), - dengan maksud agar dia dapat menumpahkan apa yang ada dalam bejana (mengadakan hasutan agar saudarinya membenci dan meminta cerai dari suaminya) - , tujuannya, agar dia dapat bersuamikan lelaki yang menjadi suami sadarinya itu atau merebut suami rakannya itu..
 - Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Sunday, March 11, 2012


 





   KISAH ORANG TAIPING


Seorang pegawai sebuah bank di Taiping, Irkab, namanya. Pada malam tadi dalam majlis khenduri pertunangan, di Bukit Mahkota, dia cerita: Dia sedsng sembahhyang fardu Asar, di runag tengah anak gadisnya sedang dalam rumah juga, pintu pagar terbuka, pintu drepan rumahnya ternganga. Tiba - tiba seekor kambing jantan putih, janggut panjang dan  sepasang tanduk pan jang dan tajam, milik orang India, tiba - tiba meluru masuk ke dalam rumahnya dan mengerjar anak gadisnya (ia hendak apa tak tahulah), anak gadis lari masuk bilik, kambing jantan ke jar ke dalam bili dan gsdis itu lari ke abahagian lain, kambing kejar lagi. Badan Irkab tengah sembahyany, jadi macam orang menari, kerana mengelak dari disundulk dan ditanduk kambing punggungnya. Dia gterus sembahyang.
Lepas sembahyang dia pula di kejar kambing (mungkin pada ketika sembahhyang malaikat kawal dia). ia cuba halau kambing, tetapi kambing tetap cari anak gadisnya.
Irkab menolak bontot kambing, itu, tetapi kambing tak mahu lari. Dia usik dua beteri kambing itu, kambing latah dan cuba lari keluar, tetapai, ia takut, kerana dipintu pagar rumah itu ramai jiran Irkab sedang berdiri hendak menolong. Setelah beteri kambing itu dipetik, kambing melopat dan lari keluar nyaris tidak merempuh jira - jiran yang ketakutan.*


* sayan cadangkan, bank tempat Irkab kerja tulis cerita ini dan 
    isikan dalam prfim dan gantung di didinding ruang tamu bank 
    tersebut.
*  Masih kuno benar pihak Majlis Perbandaran Taiping 
    membenarkan orang India ternak kambing dalam kawasan 
   perumahan dan bandaran tersebut.


PANTUN AHAD







Lada dan santan dalam gulai,
Beri tambahan daun salam,
Sayur buah pemakan nasi;
Selama badan kita bercerai, 
Nasi dimakan rasa sekam,
Air diminu rasa duri.



Putih warna  bunga pulut,
Boleh dibeli di Suliki;
Kasih tuan hingga ke mulut,
Kasih kami lalu ke hati.*


*Pantun dari SYARIR ANGGUN CIK TUNGGSA - Jamin danTasat.




MAKSUD DARI AL QURAN DAN AL HADIS


                            REKA - REKA DUSTA

Tidak ada yang lebih zalim daripada orang - orang yang mereka - reka perkara - eprkara dusta terhaap Allah. Orang - orang yang demkian sifatnya akan dibawa menghadapi Penguasa (Allah) mreka, dan ada hari itu akan berkata para saksi (dari para malikat, Rasul dan Nabi, dan angota - anggota tubuh mereka sendiri:" Inilah orang - orang yang melakukan dusta terhadap Penguasa (Allah)mereka". Ketahuilah, laknat Allah itu ditimpakan kepada orang - orng yang zalim.
Orang - orang yang mnghalangkan dirinya sendiri dan orang lain dari jalan Allah (seperti organ isasi Islam, orang yang berfjuang menegakkan negara Islam yang diredai oleh Allah dan sebagainya) dan berusaha agar jalan itu menjadi bengkok (tidak betulk dan kucar kacir) terpesong, sedangkan mereka pula ingkarkan hari akhirat.
 - Hud: 18,19


MEMAKI DAN MEMBUNUH ORANG ISLAM

Rasu Allah, Muhammad s.a.w. besabda:

"Mencaci makli orang Islam adalah satu kapasikan (kejahatan yang besar dan berat) dan membunuh orang Islam adalah kekafiran." - Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Saturday, March 10, 2012


SAJAK

ANAK  DAN SERATUS RINGGI


Anak kecil telanjang bogel,bertanya:
"Aya apat uwit atu atus inggit?"
"Ia, menteri beghi,
Sedekah daghi negegi,"jawab ayah.




"Emak ada ucu,
Ayah eli ais krim,
Awi uka akan," kata anak,
Emah hampir luruh ketang dada.


"Atus inggit macam atu upang, ayah.
Oang minta dekah apat,
aki ia utung,
Oang akir iskin, ayah," kata anak.


"Ia," sambut ayah,
"Benor tu," sahut ibu.
"Aya eak aban,
adik eak apan," kataanak.


Putrajaya ............... Mokhtar Petah


MAKSUD DARI AL QURAN DAN AL HADIS

MASALAH

Jika kalian berselisihan dlam sesuatu masalah (ibadah, makanan, pekerjaan, politik, ekonomi dan lain), maka kembalikanlah masalah itu kepada Allah dan RasulNya jika kalian memang benar - benar beriman kepada Aalalah dan hari kemudian (akhirat). 
- an nisa:80

PEMERINTAH

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. bersabda:

Sesiapa yang tidak menyukai sesuatu dari pemerintahnya (pemerintah Negara Islam, politik Islam dan undng berpandukan Quran, bukan pemeringtah kapitalis, sosialis dan lain dari Islam) ), maka, hendklah dia bersabar, sebab, sesungguhnya orang yang keluar dari penguasa sejengkal sahaja (tidak taat walau sedikit), maka, dia mati dalam keadaan(sesat seperti) orang jahiliyah.
 - Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim

Friday, March 9, 2012


MAKSUD DARI AL QURAN DAN AL HADIS

   
   BELANJA DAN SEDEKAH



Sesiapa yang memelihara dirinya dari tabiat bakhil (kikir atau kedekut)), maka merekalah orang yang berjaya (mendapat balasan rezeki dan reda dari Allah). 
- al Hasyr:9          


              MIMPI


Rasul Allah, Muhammad bersabda:
Mimpii yang baik adalah dari Allah dan mimpi yang buruk adalah dari syaitan. Maka, sesiapa yang bermimpi sesuatu yang tidak disukainya - menakutkan atau perkara maksiat - hendaklah dia meludah ke sebelah kirinya tiga kali dan memohon perlindungan (kepada Allah) dari syaitan (ucap 'auzubillahi minasy syaitaanir rajim).Maka sesungghuhnya mimpi itu tidak membahayakan.
 - Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim. 

Thursday, March 8, 2012
















PANTUN KHAMIS

Baik - baik mengail tenggiri,
Takut terkena ikan parang;
Baik - baik merendah diri,
jangan jadi hamba orang.

Cahaya malam gilang gemilang,
Kerana disinar bulan purnama;
Gajah mati meninggalkan tulang, 
Manjusia mati meninggalkan nama.*

* Dari buku ' Meniti Derita ke Puncak' ,1998, oleh: Mokhtar Petah







MAKSUD DARI AL QURAN DAN AL HADIS




                IBADAT DAN MATI


Hai hamba - hamba AKu (Allah) yang beriman! Sesungguhnya, bumu Aku (Allah) luas (untuk kalian beramal ibadat); oleh itu (di mana sahaja kalian dapat melakukan ibadat), maka hendaklah kalian ikhlaskan ibadat kalian kepada Aku (Allah).
Tiap - tiap diri yang bernyawa (tetap)akan merasai mati, kemudian kalian akan dikebalikan  kepda Kami (Allah) (untuk menerima balasan). - Al 'ankabut:56,57.


HADIS


                           ARAK


Abdullah bin Munir menceritakan kepada kami, bahawa dia mendengar dari Abu  Asyim,dari syuib bin Bisyar dan dari Anas (semua itu ahlki hadis),bahawa Rasulullah Muhammad s.a.w. melaknat semuluh orang yang berurusan dengan arak, iaitu:
 1. Orang yang memerahnya,
 2. Orang yang minta untuk diperahkan,
 3. Orang yang meminumnya,
 4 .Orang yang membawanya, 
5. Orng yang minta dibawakanb arak,
 6. Orang yang memberi minum (termasujk menghidang) arak,
7. Orang yang menjual arak,
 8. Orang yang memakan wang hasil arak (terma:suk saham, syer 
    dan keuntungan dari syarikat membuat arak - beer),
 9. Orang yang membeli arak,
10 -orang yang menguruskan membeli arak.
 - Perawi: Ibnu Abbas, Ibnu Mas'ud, Ibnu Umar dari Rasul Allah.    
  (Sunan At Tarmizi, hlm.650)

Wednesday, March 7, 2012





TERKEJUT DAN BENARKAH BEGITU?

Umno Tanjung Karang jual tanah kerajaan negeri.
 Headline belakang, surat khabar Selangor Kini, 2 - 9 Mac 2012.











  NASIHAT LIMA PERDANA MENTERI


1 - Kalau semua ahli UMNO ikut nasihat Tunku Abdul Rahman, 
     Melayu tidaklah bercakaran.
2 - Kalau semua ahli UMNO ikut nasihat Tun Abdul Razak, tidaklah 
     harta Melayu dari ladang, felda tanah kubur untuk dijadikan 
     mutiara dalam syarikat orang lain, dan Melayu menjilat jari jua.
3 - Kalau semua ahli UMNO ikut nasihat Tun Hussein Onn, tidak 
     adalah beberapa politikus dan menteri besar rasuah.
4 - Kalaulah semua ahli UMNO ikut nasihat Tun Dr Mahathir 
     Mohammad, Melayu taklah jadi 'biar pape asal bergaye'. Tak 
     takut anak cucu muflis.
3 - Kalau semua ahli UMNO ikut nasihat Tun Abdullah Ahmad 
     Badawi, tidaklah ahli UMNO gelabah hadapi pilihan raya umum 
     ke 13.
     Maka, alkisah Raja di Singapura pada zaman silam, kerana 
     membunuh budak pintar elak pulau itu dilanggar todak, maka 
     pulau milik Melayu jadi milik orang lain.


DARI BUKU LAMA


DARI BUKU LAMA

MAFILINDO DAN MALAYSIA

 
Oleh kerana Malaysia diistiharkan sebelum masa yang ditentukan atau disetujui oleh dua orang negarawan lagi - Soekarno dan Makapagal, maka Mafilindo* yang begitu menakukan semua pegawai penjajah Inggeris itu ibarat pokok yang kepanasan di tengah padang tanpa hujan membasahinya dan Mafilindo pupus, failnya disingkirkan ke tepi dan timbullah permusuhan antara dua buah negara, iaitu malaysia yang baru dibentu dengan Indonesia yang tidak menyetujui Malaysia, gagasan Tunku Abdul Rahman.
Filipina juga mengguna kesempatan dalam api kemarahan Indonesia itu dengan melaungkan kepda dunia, yang ianya mahu bertindak untuk menuntut Negeri Sabah daripada Kerajaan Malaysia dan hal ini oleh Filipina mahu dibawa ke Mahkamah Dunia. Atas tujuan ini Filipina pun menyifatkan Malaysia sebagaimana yang disifatkan oleh Indonesia.
Apabila dunia mengetahui tentang kegagalan Mafilindo,maka semua negara penjajah gembira dan pegawai - pegawai pejabat tanah jajahan ketawa berdekah - dekah.*
* Kesatuan, Malaya, Filipina dan Indonesia.
* Dari buku: Bangsa Melayu Menggugat Dunia (1966), oleh: Mokhtar Petah, hlm.148.
PANTUN RABU

Kalau padi yang ditanam,
Jangan lalang yang naik;
Jika budi yang ditanam,
Jangan petualang yang bangkit.

Elok dihidang dulang suasa,
Cawan Perak diisi inti;
Bila dikenang nasib bangsa,
Awan berarak ditangisi.*

* Dari buku 'Zaman Beredar Pesaka Bergilir', oleh: Rais Yatim. (Dihadiahkan kepada saya pada 19.4.2000).

       MAKSUD DARI AL QURAN           




 PERKATAAN


Sesungguhnya, Allah  mengetahui akan perkataan yang kalian sebutkan dengan terus terang dan mengetahui juga apa yang kalian sembunyikan (dalam hati).
 - Al Anbia:110


Bisikan: Apa jua kata - kata tersembunyi yang menyakitkan hati manusia dan orng Islam, diketahui oleh Allah. Kebanyakan orang yang didera penyakit payah, disebabkan kata - kata buruknya kepada orang Islam, gerakan Islam dan manusia. 

Tuesday, March 6, 2012


AHLI - AHLI UMNO GELABAH

"KBS mungkin kemukakan sama, sekiranya Pas terus asak dengan dakwaan gtidak brasas," Menteri Belia dan Sukan, Shabery Cheek berkata.
Saya adalah di abtara para wartawan dan penulis yang lama berkecimpung dalam dunia media massa; sejak PM Tunku Abdul Rahman Putra hingga kepada Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak.
Pada masa Tunku Abdul Rhman Putra, Tun Abdul Razak hingga kepada Tun  Dr Mahathir Mohamad, kebanyakan ahli UMNO - Menteri hingga kepda ahli UMNO tepi rimba banat, Gua Musang, tidak mengelabah macam mereka dalam UMNO sekarang.
Mengapa sekarang jadi mengelabah?
Baru hari ini menteri, Shabery Cheek meluahkan suaranya yang menampakkan dirinya mengelabah. Hendak saman. Pembangkar membongkar dan ingin tahu, sepatutnya, menteri berkenaan memberi kenyataan yang tidak lari dai audet negara. Bukan saman.
Menggelabah lagi, bila ada majlis kecil dan besar, suara beberapa aorang menteri tak lari dari melaungkan aka beri wang kepada rakyat.
Pada zaman Rasulullah, Muhammad s.a.w. dan sahabat, ada belaku pihak pemerintah memberi bantuan perbagai kepada orang ramai agar mereka menyokong yang memberi, perbuatan demikian dikira rasuah juga, kerana memberi dengan tujuan mendapatkan sokongan.
Pendapat mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai 'khuagtir negara ini muflis, kerana wang keluar banyak, kerja yang menerima kurang dan cuti berbagai cuti pula yang mengakibatkan hasil negara kurang', patut diambil perhatian dan ajaran berguna oleh para menteri, tetapi jangan menggelabah.
Percayalah, siapa betul dan siapa benar, organisasi mana betul dan organsasai mana tidak betul atau tidak jujur, Allah mengetahui.
Jika Allah mahu organisasi mana yang menng dalam pilihan raya ke - 13 nanti, maka organisasi itulah akan berjaya.
Jangan mengelabah!



MAKSUD DARI AL QURAN


                             BERKAHWIN LEBIH DARI SEORANG ISTERI


Ya ayyhal lazina aamanuu isbiruu wa sobiruu sa rabituu wat tagullaha la'llakum tuflihuun -Hari orang - orang yang beriman, bersabarlah kalian (menghadapi kesukaran dan dugaan dalam menjalankan perkara - prkara kebajikan dan direda Allah), dan kuatkanlah kesabaran kalian (lebih dri kesabaran musuh, dimedan pepeerangan atau perjuangan) dan bersdialah (dengan kekuatan pertahan diri), serta bertakwalah kalian kepada Allah, agar kalian berjaya (mencapai kemenangan).
- Ali Imran:200.

Panduan.

'Berkahwinlah dengan sesiaoa (perempuan) yang kalian berkenan (cinta dan perempuan itu cinta juga) dari perempuan -perempuan (lain), dua, tiga atau empat. Jika kalian bimbang kalain tidak akan dapat berlaku adil (kepasa semua isteri), maka (kahinlah) dengan seorang perempuan sahaja.


-An Nisa:3


Dakwah dan fatwa.

 Dari beberapa orang ulama silam, yang beristeri leih dari seorang, tetapi isteri tua dan isteri - isteri para ulama itu yang lain, redakan mereka berkahwin dan memadukan iste3ri mereka, mengajar saya, iaitu:


Jika ada lelaki yang mampu beristeri lebih dari seorang, iaitu lain dari isteri pertama, dan mahukan isteri pertama reda atau tidak mengfada - ngada marah kerana memadukan mereka, maka, amalkan ayat Quran di atas, dengan cara begini.


1. Mulakan pada malam Jumaat hingga kepada malam Jumaat depan.

2. Sembahyang hajat; meminta tolong Allah dan lembut hati isteri.

3. Pada waktu isteri sedang tidur lena (nyenyak) baca 7 kali ayat ini dan setiap kali akhir ayat , hembuskan dari kepala isteri hingga ke hujung kaki

4 - Amalkan selama tujuh malam, iaitu Jumaat - ke Jumaat.

Jika hajat anda dengan ikhlas dan beriman yang lelaki dibolehkan eristeri leih dari seorang, tawakkal dan yakin diri, insya Allah hajat anda akan berjaya.

Monday, March 5, 2012



MAKSUD DARI AL QURAN DAN AL HADIS

BERJIWA TENANG


Hai orang yang mempunyai jiwa yang seniasa tenang tetap dengan kepcayaan kepada Allah
Kembalilah kepada Tuhan kamu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat Yang dikuniakan Allah) lagi diredai (di sisi Tuhan kamu).
Serta masuklah engkau dalam kumpulkan hamba - hambuKu (Allah) yang berbahagia.
Dan masuklah ke dalam syurga.
- Al Fajr:27 - 30.



KASIHKAN MANUSIA

Rasul Allah, mUhammad s.a.w. mengajar kita:

Allah tidak mengasihi (tidak melayan doa, tidak menambahkan rezeki dan tidak reda) kepada orng yang tidak kasihkan manusia (tidak kira bangsa, agama dan negara).
- Perawi: Jarir bin Abdullah dan Imam Bukhari.