Tuesday, February 7, 2012
MENGENANG SULTAN
ORANG POLITIK DAN ISLAM
Pada satu hari, pada 1970 - an, saya dan Perak, Sultan Idris Shah, berada dalam kereta baginda, dalam perjalanan ke Taiping. Baginda yang memandu kereta. Pengiringnya, pegawai polis pangkat rendah duduk di bahagian belakang kereta. Pada ketika kereta melalui pekan Padang Rengas, Sultan Idris shah bertitah, " ... Padang Rengas ni tempat alim ulama berjuang menuntut kemerdekaan."
"Sungguh, Sir," saya menyambut titah baginda.
"Deme tu berjuang bukan macam oghang sekaghang, deme berjuang tak minta dipuji, tak caghi untung, taak caghi habuan macam oghang la ni," titah Sultan Idris Shah.
Saya mendiamakan diri dan berharap Sultan Idris Shah akan meneruskan titahnya lagi. Saya tahu, baginda sangat berminat bercakap hal ehwal politik dan Islam.
" Di sinilah temoat Allahyarham Sheikh Junid Tala mengajar agama islam drngsn penuh kesedoghan, mughid - mughidnya diajor berniaga," titah Sultan Idris.
" ... salah seorang mughidnya, Mat Nor Lubis yan berniaga kilang kopi serbuk di Ipoh, titah Sultan Idris dan terus memandu keretanya.
"Alim ualama ni boleh berpolitik, macam - macam deme tu boleh buat, negeghi nipu kalau diseghah kepada deme, deme tu boleh peghintah," titah Sultan Idris lagi.
Sultan Idris Shah menceritakan, bahawa yang jenentang alim ulama di Negeri Perak semenjak zaman silam hingga zaman negasra telah mencapai kemerdekaan, ialah orang - orang Melayu yang memandang segala ilmu pengetahuan dari barat sehaja yang boleh membina kehidupan orang - orang Melayu.
Meeneurut Sultan Idris, satu golongan lagi orang - orang politik (politikus) Melayu yang membelakani Islam atau berpolitik mengikut ajaran yang dibawa dari barat.
"Demetule yang jadi batu penghalang akankebangkitan Islam sebenor...,"titah Sultan Idris shah.
"Aku haghap, kalau di Malaysia ni dah ada unversiti Islam, daghi universiti tu lahir belia - belia Melayu yang layak jadi peguam Islam, hakim, pegawai Islam ..., ha pada masa tua oghang - oghang yang jadi batu penghalang tak ade kuku lagi," titah Sultan Idris shah sambil berpaling merenung wajah saya.
Kereta yang membawa Sultan Idris shah dan saya, mendaki Bukit Berapit, mengikuti jalan lama (Pada masa itu bekum ada lebuh raya selatan - utara) menuju ke kampung Pauh - Bukit Gantang.
(Bersambung esok)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment