SEMANGKUK SUP KHINZIR
Oleh:
Senja di kota bumi Melayu.
Sebuah meja bulat dari kayu terletak beratur dengan beberapa buah meja lain, di bawah pokok rendang depan sebuah warong makanan orang Cina. Asap dari dapur arang kayu naik berlegar-legar ke udara. Bau makanan yang lazat menyumbat lelubang hidung para pelanggan warong itu.
Ir. Yazid dan isterinya, Sharon Mee, duduk menghadapi meja itu. Sebentar kemudian seorang gadis Cina menghidangkan dua mangkuk sup sebesar cupak atas meja di hadapan mereka. Sup khinzir. Di atasnya bertabur daun bawang yang telah dipotong-potong halus.
Sharom Mee membenamkan sudu tembikar bergambar naga dalam sup panas itu. Sudu yang penuh kuah itu diangkat dan disuap kepada dua ulas bibirnya yang merah segar. Kuah sup itu dihirupnya seperti kebanyakan perempuan Cina yang biasa dengan makanan panas.
“Sedap, sayang,” kata Sharon Mee kepada suaminya.
“sedap, ia ...?” Tanya Ir. Yazid.
Sharom Mee mengangguk manja. Sudu ditangannya membenamkan dalam sup. Sudu itu diangkat dan disuap kepada mulut suaminya. Dua bibir lelaki itu terbuka dan kuah sup itu dihirupnya. Kuah sup itu turun ke dalam lubuk ususnya.
“Sedap, terima kasih,”ucap Ir.Yazid.
“Sama-sama,”sahut isterinya.
Begitulah akhlak perempuan terpelajar melayan suaminya. Setiap kali dia makan bersama suaminya, dia menyuapkan makanan itu sesuap dua kepada lelaki kesayangannya itu.
“Sedap ...,” kata Ir. Yazid lagi.
“Ia, sedap,” sambut Sharon Mee lagi.
Ir. Yazid menceduk kuah sup dalam mangkuknya dengan sudu di tangannya. Kuah sup dalam sudu itu dituangkan ke dalam mulutnya. Air daging, tulang dan urat khinzir itu mengali ke lubuk ususnya.
“Auk, sedap sayang,” ulang Ir. Yazid lagi.
“...ia, sedap, khizir dari Banting, Selangor, agaknya ...,” sahut Sharom Mee.
“Boleh jadi,” sahut Ir.Yazid.
Sharon Mee mengangguk sambil menghirup kuah sup dari sudu tembikar itu. Senyuman lebar dan dua ulas bibirnya basah dek kuah sup khinzir yang dihirupnya.
“Agaknya daging khinzir yang kita makan di China Town, London, khinzir dari Banting, sayang,” kata Ir.Yazid.
“Ia, tapi, ada juga dari Bukit Pelanduk, dekat tempat I ...,” sahut Sharom Mee.
“Bukit Pelanduk Negeri Sembalah, maksud you?” Tanya Ir. Yazid.
“Ia, dari Bukit Pelanduk ...,” sahut Sharon Mee.
“Ia, tapi khinzir di Great Britain pun banyak,” kata Ir. Yazid.
Sharon Mee senyum. Dia terus menghirup kuah supnya.
“Tak sedap macam daging khinzir Bukit Pelanduk,”kata Sharon Mee.
“Mengapa?” Tanya Ir. Yazid sambil merenung ketul-ketul daging khinzir dalam mangkuknya.
“Daging khinzir di Malaysia ni sedap ..., khinzir di sini makan batang kemahang,”jawab Saron Mee.
“Batang kemahang, keladi paya ..., buat macam mana?” Tanya Ir. Yazid.
“Batang kemahang direbus, campur dengan bahan-bahan lain,” jawab Sharon Mee.
Ir. Yazid menganggup.
“Al hamdulillaaaah,” dia mengucap syukur sambil meletak sudu ke dalam mangkuk supnya.
Memang telah menjadi kebiasaan bagi Yazid, setiap kali hendak makan dia melafazkan basmalah, tengah makan jika dia terasa lazat makanan yang dimakan atau terkunyah cabai, dia melafazkan al hamdulillah . Pada waktu selesai makan dia mengucap syukur kepada Allah lagi.
Melafaz kalimah Allah, takbir, tasbih dan tahmid telah menjadi resam Ir Yazid. Semenjak dia masih kecil ibu bapanya telah membudayakan dia dengan lafaz-lafaz kudus itu.
Ir. Yazid anak keluarga orang Melayu Johor. Ibu bapanya kuat beribadat kepada Allah. Mereka telah dijanjikan syurga oleh Allah.
Mereka itulah orang-orang yang hampir (di sisi Allah),
(Tinggal menetap) dalam syurga yang penuh nikmat,
(Mereka duduk dalam syurga) di atas paterakna kebesaran yang bertatah permata,
Sambil berteleku di atasnya dengan (masing-masing) berhadapan,
Mereka dilayan oleh anak-anak muda lelaki, yang sentiasa beredar di sisi mereka,
Dengan membawa bejana-bejana minuman dan beberapa tekoh serta gelas arak (yang diambil) dari sungai yang mengalir,
Mereka tidak berasa pening dan mabuk kerana menikmatinya,
Dan juga (dibawa kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
Serta daging burung dari jenis yang mereka inginkan,
Dan (mereka dilayan) bidadari-bidari yang cantik rupanya,
Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya,
(Semua itu) sebagai balasan bagi (amalan baik) yang mereka telah lakukan.
(Quran; Al Waqi’ah:11 – 24)
Semenjak tadika hingga tamat tingkatan enam di sekolah kebangsaan, Yazid telah belajar pengetahuan agama Islam mengikut sistem pendidikan di Negeri Johor. Pelajaran agama yang ditimbanya telah melayakkan dia menjadi imam masjid dan guru agama atau kadi.
Yazid telah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam jurusan kejuruteraan awam, di sebuah universiti di Bandaraya London. Kira-kira sebulan Yazid menuntut di universiti tersebut, dia telah berkenalan dengan gadis Cina dari Negeri Sembilan, Mee Ling dan nama barunya, Sharin Mee. Dia menuntut dalam jurusan sains sosial.
Pada masa masa menuntut di sekolah menengah. Sharon Mee sering menolong bapanya menarik bapa randuk khinzir, ke kandang-kandang khinzir betina, penternak-penternak khinzir dekat Bukit Pelanduk.
Yazid dan Sharin Mee sama-sama berenang dalam tasik cinta yang tidak bertepi. Entah kerana cinta yang mendalam atau kerana memang dia meminati agama Islam, seperti kanak-kanak berminat kepada bola golf, setahun kemudian Sharon Mee memeluk agama Islam di London. Dua minggu kemudian mereka berkahwin cara Islam. Yazid diakad nikahkan oleh imam sebuah masjid di London.
Sharon Mee bergelar isteri. Isteri kepada suami beragama Islam. Tetapi Yazid tidak pernah mengajar isteri akan pengetahuan Islam.Sharon Mee berjaya membentuk suaminya mengikut cara hidupnya.Yazid makan apa yang dia makan.Yazid lakukan apa yang dimahukan. Pendeknya kerana cinta, Yazid mengikut segala-gala kehendak isterinya.
Semenjak Yazid bergelar kekasih kepada gadis Cina dan hingga dia bergelar suami kepada perempuan muda itu, dia telah menginggalkan dari sembahyang lima waktu. Lima kali bulan Ramadan di London, dia tidak pernah berpuasa.
Kali pertama Yazid mengunyah dan menelan daging khinzir bersama Sharon Mee, di China Town. Kali yang kedua di China Town dan kali ketiga makan sup khinzir di rumah rakan Sharon Mee.
Setahun yang lalu Ir.Yazid dan isterinya kembali ke tanah air. Dia bekerja dalam sebuah syarikat milik orang Jepun, di Petaling Jaya. Sharon Mee bekerja dalam sebuah syarikat yang menjalankan penyelidikan sosial dan politik, di Kuala Lumpur.
Pada senja itu, suara juruazan bergema dari masjid Jamek, Ir.Yazid masih mengunyah seketul daging khinzir yang diceduk dari mangkuk di hadapannya dan Sharon Mee.
Ir. Yazid merenung semangkuk sup khinzir di hadapannya. Suara juruazan itu seperti menarik dan merentap urat-urat yang menyambungkan tubuhnya kepada otaknya.
Dua mata Yazid kian rabun. Semua yang dilihat di hadapannya menjadi kelabu. Dua tiga saat kemudian pandangannya menjadi kelam. Gelap. Hitam.
Tangan kanan Ir.Yazid meraba mangkuk sup khinzir di hadapannya. Tangannya tersentuh mangkuk itu. Mangkuk terbalik dan baki kuah sup khinzir mengalir ruah atas meja di hadapannya.
Sharon Mee menjerit “sup khinzir kita...”
Ir. Yazid tidak dapat melihat isterinya lagi.
No comments:
Post a Comment