Thursday, September 22, 2011

NASIHAT


AMANAH

Pada hari ini saya di bandar Kangar, Perlis. Pada petang semalam saya telah bertemu dengan seorang bekas pegawai kerajaan Malayasia. Dia telah bersara. Kini dia menjalankan perniagaan restoran, kolam ikan dan lain.

Saya kagum melihatnya, walaupun dia telah bersara dan telah mengalami penyakit, tetapi dia kelihatan sihat, bercemangat dan wajahnya sentiasa dihiasi senyuman manis.

Dia adalah pegawai kerajaan yang kuatg pegang amah, tidak melakukan rassuah, betanggungjawab kepada keluarga dan kaum kerana, dan bermnurah hati kepada orang – orang yang sujsah dan menderita.

Saya menilai, hartanya yang saya nampak, iaitu tanah lebih satu relong, sebuah banglo, sebuah rumah lagi untuk anaknya, bangunan restorannya, dan saya percaya, dia seorang yang amat banyak menerima kunriaan Allah.

Saya nasihatkan kepada para pegawai dan kaki trangan kerajaan, tirulah orang ini dan jadikanlah dia contoh, agar setelah bersara nanti tidak dibalas Allah dengan penderitaan, seperti sakit payah, derita dan sebagainya.

MAKSUD AYAT QURAN


KEBIJAKSANAAN

Hai orang – orang yang beriman, sumbangkan (sedekah, derma dan lain) sebahagian yang baik dari hasil usaha kalian dan hasil – hasil - hasil yang Kami (Allah) keluarkan dari bumi, dan jangan kalia pilihkan yang buruk – tidak baik – di antaranya yang akan kalian sumbangkan (sedekah, derma dan lain), sedangkan kalian sendiri tidak mahu mengambilnya (jika diberi) memicingkan mata. Dan ketahuilah, bahawa Allah itu cukup kaya dsan terpuji.

Syaitan menjanjikan kemiskin an kepada kalian dan menyuruh mengerjakann perbuatan keji, dan Allah menjanjikan keampunan dan kurniaNya kepada kalian. Dan Allah itu cukup kurniaanNya dan Maha Tahu.

Dikurniakan Allah hikmah (kebijaksanaan) kepada sesiapa yang disukainya, dan orang yang dikurnikanNya kebijasaan itu, sesungguhnya dikurniakan kebaikan yang banyak, dan yang dapat mengambil pelajaran, hanaya orang – orang yang mengerti.

Al Baqarah:267 – 269.

Wednesday, September 21, 2011

SEJARAH


BUKU SEJARAH

Apabila Mat Sabu dikenakan tuduhan, kerana mengatakan Mat Indera, pejuang kemerdekaan, maka, Kerajaan Malaysia – muzium Negara, Arkib Newgara dan lain patut menerbitkan sebuah buku mengenai sejarah Malaysia yang boleh dipercayai oleh orang ramai, menjadi pegangan dan panduan mereka.

Penjelasan dan fakta yang patut ditulis:

1 – Benarkah Inggeris tidak menjajah Tanah Melayu, kecuali - negeri Pulau

Pinang, Melaka dan Singapura.Tetapi, Dato’ Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Saadon Zubir dan semua pejuang kemerdekaan (kanan dan pro Inggeris) dalam ucapan – ucapan mereka telah mengatakan Inggeris telah menjajah Tanah Melayu.

2 – Semua anggota polis termasuk Jungle Scauts pada zaman belum mereka dan terlibat dengan penangkapan terhadap pejuang – pejuang kemerdekaan (kiri anti Inggeris) pejuang kemerdekaan, mereka itu pejuang kemerdekaan.

3 – Benarkah (boleh diterima di sisi agama Islam), bahawa Mat Idera, Rashid Maidin, Abdulllah C.D. , Sahamnsiah Fakeh dan orang – orang Melayu yangn berjuang dalam Rejeimen ke – 10 bersama Parti Komunis Malaya men ganut fahaman komunis dan mereka bukan orang Islam.

4 – Rakamkan, pada masa Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Malaysia dan Allahyarham Megat Junid dan Tajol Rosli Ghazali Timbalan Menteri Dalam Negeri, telah menghadiahkan beribu wang kerajaan kepada Rashid Maidin, Abdullah C.D. dan Abu Samah bersama isteri mereka untuk menunaikan fardu Haji di Mekah.

5 Rakamkan pengakuan, sama ada Ishak Haji Muhammad, Dr. Burhanuddin Helmi, Ustaz Abu Bakar Al Baqir dan semua pejuang kemerdekaan – menentang penjajah Inggeris – dalam parti kebangsaan Melayu Malaya dan Hizbul Muslimin dan mereka yang lain dan partubuhann lain, adalah pejauang kemerdekaan atau tidak.

6 – Adakah Inggeris terpaksa memerdekakan Tanah Melayu kerana kalah menghadapi perjuangan orang Melayu atau kerana gerakan Parti Komunis Malaya atau kerana gerakan umat Islam di sedkluruh bumi Melayu ini. Dan mengapa penjajah Inggeris mendatangkan Sarjan – sarjah Yahudi dari Palestin yang pandai bahasa Arab dan boleh membaca Quran menjadi ketua pasukan SC – Polis Khas – di Tanah Melayu, pada zaman darurat 1948.

Dengan ada buku sejarah itu nanti, maka, orang – orang muda Malaysia akana fahaman fakta sejaraha yang sebenarnya. Dan mereka bolehlah yakin Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh Inggeris.

TABIR SEJARAH


MAT SABU DIDAKWA

Pada pagi ini orang kuat PAS, Mat Sabu, di dakwa di Mahkamah Tengah, Butterworth, kerana, ucapannya ’mengangkat Mat Indera’ sebagai pejuang kemerdekaan. Dia berani mendendahkan sesuatu di balik tabir sejarah. Terserahlah kepada kebijaksanaan hakim; sama ada di kenakan hukum atau tidak, tetapi Mat Sabut, adalah masyhur orangnya. - mp

NASIHAT


JANGAN MENGUTUK

Setiap orang Islam, setinggi mana darjah atau kedudukkan, sekaya dan semewah mana hidup, sepandai atau sebijak mana diri anda, di mana sahaja anda berada – di bumi, di udara dan di permukaan lautan, maka Allah jangan dilupakan, sembahyang jangan diketepikan.Ingat – zikir – kan Allah setiap waktu dan jangan mengumpat dan mengutuk manusia.

MAKSUD AYAT QURAN

KEHINAAN

Ditimpa kehinaan atas mereka, di mana sahaja mereka berada, kecuali mereka yang berpegang pada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian berbaik) – perlindungan yang ditetaspkan Allah dalam Quran dan perlindungan yang diberi pemerintah Islam atas mereka -, dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka disekubungi kerendahan. Yang demikian itu (kerendahan, kehinaan dan kemurkaan Allah) kerana mereka tidak percaya (kafir) kepada ayat –ayat Allah dalam kitab (Taurat, injil dan Quran) dan memb u8nuh para nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu (kekafiran dan pemubuhan atas para nabi) disebabkab mereka dserhaka dan melampaui batasan.

– Ali Imran: 112.

Friday, September 16, 2011

PENGETAHUAN



SUFI


Nama – nama ruh
Para ahli sufi Ruh yang ada pada manusia tidak hanya bernama ruh suma, tetapi sekurang – kurangnya ada 36 tanam, di antgara ruh – ruha tersebut, ialah:
1 - Ruh , Jufri – rongga - ,
2 – Ruh , Sir – rahsia Allah,
3 - Ruh, hati Rabbani,
4– Ruh – akal atau fikiran,
5 - Ruh – nur Muhammad,
6 – Ruh – Latiful Qalbi - b.Arab- ; baca wirid ‘Allah’ sebanyak 5,000 kali,
7 – Ruh – Latifur ruh - b. Arab- ; baca wirid ‘Allah’ 1,000 kali,
8 8– Ruh – Latiful kahfi; baca wirid 1000 .
Para ahki tarikat atau suluk berpendapat dan memang menjadi amalan mereka, bahawa, jika sesorang itu berkedaan buta hati atau tidak terang hati terhadap Allah, maka wirid menyebut ‘ Allah’ hendaklah dilakukan 11,000 kali dan dilakukan sebanyak tujuh kali dalam sehari semalam. Dengan wirid demikian hati menajdi bersih, tetang hati dan sebagainya.
Ruh dan nafsu adalah sama. Semua manusia mudah dipengaruhi oleh nafsu mereka. Manusia - manusia yang mengikut nafsu masing – masing menerima keadaan, kedudukan atau keragaman bagi diri mereka sendiri terhadap Allah,terhadap dirinya sendiri dan terhadap manusia lain. Maka, ruh atau nafsu manusia itu menjadi dua golongan, iaitu golongan nafsu yang baik dan disukai oleh Allah dan golongan nafsu buruk atau jahat yang dibenci dan dimurkai oleh Allah Subhanahu wa Taala.
Para ahli ilmu tauhid dan ilmu tasawwuf telah menentukan tingkatan - tingkatan nafsu seseorang manusia itu kepada tujuh tingkatatan, iaitu:
1 - Nafsu Amarah (b.arab)
Manusia yang bernfsu amarah adalah lemah dan terdedah kepada pengaruh syaitan, kebendaan, kemgewahan dan kejatatn. Baik dan buruk bagi manusia ini dianggap dama dan diamalkan selari dengan kemahuannya. Biasanya manusia demikian, jika dia tidak melakukan kejahatan, maka dia rasa gelisah dan tidak senang duduk.
Misalnya, jika ia tertinggal sembahyang fardu, dia ytidak rasa runsing atau tidak ada perasaan takutkan Allah, tetapi kalua dia melakukan maksiat, dia rasa bangga dan suka dihibuh – hibuhkan juga.
Manusia daam golongan nafsua amarah ini, paling gemar melakukan fitnah terhadap manusia, memburuk – burukkan orang lain dan suka menghibahkannya.Maka, dengan kejahilan dengan ditambahkan oleh perasaan bonggkak, dia sanggup bersumpah di mana – mana sahaja, hatta dalam masjid.
Dalam Quran, Allah telah menejalaskan:
(ayat Quran)
Sesunguhnya nafsu amarah itu sangat
Menyuruh melakukan kejahatan.
- Yusuf: 53
Kita dapat melihat atau memerahti pada diri seseorang
yang ada nafsu amarah, seperti:
a. Bertabiat atau perangai lalai kepada Allah.
b. Sombong, takabbur atau bongkak.
c. Mengamalkan fitnah dan memburukkan manusia.
d. Sering berangan – angan.
e. Tamak atau haloba hingga sanggup menindsas orang lain.
f. Dendam kasumat dan buruk hati.
g. Hasad atau dengki sesama manusi
h. Sentiasa berhajatkan namanya masyhur atau terkenal.
i. Gemar melakukan kejahatan.
j. Untuk membenarkan dirinya, dia sanggup bersumpa dengan menggunakan nama Allah atau Quran.
2 – Nafsu Lawwamah ( b. Arab)
Manusia yang bernfsu lawwamah, adalah manusia
penyedar diri sendiri, iaitu sering mengkritik, menasihat
atau memberi amaran kepada diri sendiri jika dirinya
melakukan kejahatan kecil dan besar. Nafsu lawwamah
baik daripada nafsu ammarah, tetapi ia tidak selalunya
baik, kadang – kadang melalukan kejahatan juga, tetapi ia
lekas sedsar dan terasa bersalan.
Manusia yang bernafsu lawwaman, kadang – kadang
terpengaruh kepada kejahatan dan mudah di pujuk orang
orang jahat.Jika dia lekas sedar dan ingatkan Allah, maka,
dia lekas menarik diri atau mengeklak dari kajahatan atau
pujukan orang jahat.
Allah Subhanhu wa Taala menyatakan dalam Quran:
(ayat Quran)
Saya bersumpah dengan nafsu lawwamah.
Adakah manusia itu menyangka, bahawa
Kamitidak akan mengumpul tulang belulang?
- Al Qiamah:2,3.
Manusia yang bernafsu lawwamah Sering dikuasa perasaan
sedsarkan kesalahan yang dilakukan dan takutkan Allah.
Misalnya, jika dia meinggalkan sembahyang, dia rasa
menyesal, sedih dan sebagianya.
Manusia yang bernafsu lawwamah sering ada pada dirinya:
a. Rasa hairan atau menhyindiri diri sendiri kerana dirinya menjadi takbur atau ria.
b. Mengkritik atau menasihat diri sendiri keran amelakukan kesalahan.
c. Sering berfikir mencari mana yang baik dan mana yang buruk.
d. Kadang – kadang tersasul membuat sesuatu kebajikan atau kebaikkan kerana menunjuk – nunjuk.
e. Sering melakukan kebaikan untuk dipuji orang.
f. Tidak terlepas dari mengejar kemewahan.
3 - Nafsu Mulhamah ( bahasa Arab)
Manusia yang bernfsu mulhamah menjadi baik kerana dapat menghapuiskan nafsu Ammarah dan namfasu lawwamah.Dia berada pada peringkat orang yangbaik dan bersiah dari kekotoran. Menurut para ahli sufi, bahawa nafsu mulhamah ini, adalah menandakan keberesihan seseorang kerana telah berjaya mengelak dari melakukan segala yang berdosa atau dimuka oleh Allah Subhanahu wa Taala.
Manusia bernafsu mulhamah sukar dipengaruh orang jahat dan syaitan. Allah menyatakan dalam Quran:
(ayat Quran)
Demi nafsu – manusia – dan kesempurnaannya.
Dan diilhamkan kepadanya yang salah dan takwa
- yang benar - . Sesungguhnya, beruntunglah orang –
orang yang membersihkan – jiwa – nya. Dan
sesungguhnya, rugi besar orang – orang yang
mengotorkan – nafsu -.
– Asy Syams: 7 - 10
Bagi mereka yang beragama Islam, nafsul mulhamah,
adalah seperti racun membunuh rumput rumpai, iaitu
membunuh nafsu ammarah dan nafsu lawwamah. Mereka
menjadi baik dan melakukan segala amalan yang disukai
oleh Allah dan diredaiNya pula. Di antaranya ragam
perangai orang – orang tersebut, ialah:
a. Sabar dan tawakal kepada Allah dengan ikhlas.
b. Tahan atau sabar memikul atau dibeban oleh kesusahan atau penderitaan.
c. Tidak sayang kepadea wangh dan harta benda untuk jihad atau menderma untuk jalan Allah.
d. Sentiasa ada perasaan rela mati syahid keran mempertahankan agama Islam dan membela negara dan umat Islam.
e. Berperasaan memada dan mencukupi segala kurniaan Allah dan sentiasa bersykur kepada Allah Subhanahu wa Taala.
f. Beramanah dan berakhlak mulia.
g. Sentiasa tidak jemu- jemu atau bisan beribadat kepada Allah, sama ada ibadat wajib mahupun ibadat sunat.
h. Sentiasa berminat untuk menasihat sesama manusia ats tujuan kebaikan.
4 – Nafsu mutma innah (b. Arab)
Manusia yang bernafsu mutma innah , adalah bersih
dari segala keragaman dan amalan yang tidak baik
atau tidak disukai oleh Allah Subhanahu wa Taala.
Di kalangan para ahli sufi dan tarikat berpendapat,
bahawa mereka yang bernafsu mutma innah, adalah
permulaan wali kecil (walayatun sanghiri – b. Arab).
Allah Subhanhu wa Taala telah menyatakan dalam Quran
mengenai nafsu tersebut, iaitu:
(ayat Quran)
Wahai nafsu mutma innah kemalilah kepada pengeuasa – Tuhan – anda sambil berhati suka dan diredai Allah. Masuklah kalian dalam golongan hamba – hambaKu yang solih dan masuklah – ke dalam – syurgaKu.
– Al Fajr: 27,28.
Bagi mereka yang bernafsu mutma innah dapat rasa kelazatan
hidup, kesempurnaan budi pekerti dan keselesaan akal fikiran
serta terasa sentiasa dalam peliharaan Allah. Mereka tidsak alfa
dari bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Taala.
Orang – orang yang bersifat mutma innah sentiasa berkeadaan
seperti berikut:
a. Sentiasa bersykur kepada Allah.
b. Sentiasa sabar dan tawakal kepada Allah.
c. Reda segala hukuman Allah dan semua perkara dari Allah.
d. Sentiasa arif atau dalam keadaan ulul albab, iaitu bijaksana atau cendekia.
e. Rajin dan gemar beribadat kepada Allah dan boleh diakui sebagai wali Allah.
f. Murah hati dan betrsediakan mengeluarkan wang dan harta bendar kerana membantu atau bersedekah dan untuk perkara – perkara atau perjuangan pada jalan Allah.
g. Tidak takabbur dan menunjuk – nunjuk atau ria.
5 - Nafsu Radhiyah (b. Arab)
Manusia yang bernafsu Radhiyah, adalah wali Allah dan
mertabat kewaliannya lebih tinggi dari kewalian orang
yang bernafsu mutma innah.Orang bergini tidak takut
kepada musibat atau bala Allah. Tidak takut kepada
kezaliman manusia. Pendeknya dia tidk takut mati di
hujung senjata, kerana dirinya telah diserahkan kepada
Allah Subhanahu wa Taala. Segala harta benda dunia ini
tidak menjadi hajat atau tujuannya.Dia tidak berdukacita.
Allah Subhanahu wa Taala telah menjelaskan mengenai
orang – orang yang mempunyai nafsu radhiyah dan
mertabat wali, iaitu:
(ayat Quran)
Sesungguhnya para wali Allah itu tidak pernah
berperasaan takut dan dukacita atas diri
mereka.
- Yunus: 62
Bagi mereka yang bernafsu Radhiyah telah mencapai mertabat orang yang suci bersih dan murni hati dan jiwanya atau mertabat yang berada pada maqam (b.Arab) wali Allah.
Gelaran wali Allah tidak digelar oleh para raja yang memerinta atau sesiapa, tetapi dinilai disegi amal ibadat dan bersih murni jiwa dan hati seseorang hamba Allah itu, iaitu, dia sampai kepada nafsu Radhiyah,iaitu hidup matinya berkeadaan reda bersera kepada Allah Subhanahu wa Taala.
Orang yang mencapai maqam (b.Arab) ini tetap ada pada dirinya jiwa atau nafsu yang tinggi nilainya dan diangga orang yang paling hampir dengan Allah dan sentiasa mendapat petunjuk dan kurniaan dari Allah, di antara kurniaan – kurniaan itu, ialah:
a. Berhati nurnai yang ikhlas atau jujur.
b. Zahid atau zuhud, iaitu mengutamakan Allah dan tidak mementingkan kemewahan dan kedudukan di dunia.
c. Sentiasa menjauhkan diri dari kejahatan dan keburukan.
d. Warak dan berakhlak mulia.
e. Suka menolong orang susah, anak yatim dan sebagainya.
f. Tidak memfitnah dan mengumpat orang.
g. Tidak bermuduh dengan orang yang menjadi musuhnya.
h. Suka menasihat kepada orang yang dilihat tergelincung dari kebenaran atau kebaikan.
i. Sering mendapat ilmu ladunni atau kasysyaf dari Allah Subhanahu wa Taala.
6 – Nafsu mardhiyyah (b. Arab)
Manusia yang bernafsu mardhiyyah, adalah lebih tinggi dari manusia yang bernafsu Radhiyah. Mereka dikurniakan Allah sentiasa dalam kebaikan dan dalam keredaanNya. Percakapan, perbuatan dan pendeknya segala gerak anggota mereka mendpat keredaan dari yang Maha Kuasa.
Orang ramai perlu berhati – hati terhada orang yang berada di peringkat nafsu mardhiyyah ini, iaitu elak dari melakukan perbuatan buruk terhadap mereka, mencerca mereka dan sebagainya, kerana jika mereka membalas, akan buruk akibtnya kepada melakukan perfbuatan buruk atau mencerca mereka.
Imam tarikat termasyhur, Sheikh Ahmad bin Idris,Moroko, meninggal pada1235H, dalam sajaknya menjelaskan, orang ramai berkata pada permulaan tarikatnya gila:
(sajak Arab)
Peringkat awal tarikat saya ‘gila’
- dikata oleh orang ramai -,
Di pertengahan beraneka pengetahuan
- dari Allah dengan tidak payah belajar.
Pada akhirnya ‘jadi, maka jadilah’
– iaitu datang bermacam dari Allah
termasuk kekeramat, jika diperlukan.

Orang dalam golongan nafsu mardhiyyah sentiasa dalam keadaan atau perilaku seperti berikut:
a. Tidak mahu bercakap yang sia – sia, lebih mengutmakan zikirullah.
b. Sabar dan tawakal kepada Allah Subhanhu wa Taala.
c. Tidak sombong atau takabbur, tidak ria dan tidak mengada – ngada.
d. Sentiasa mendapat ilmu ladunni atau kasysyaf dari Allah Subhanahu wa Taala.
e. Tidak mahu bermusuh sesama manusia,kecuali manusia yang mengkhinati agama Islam dan menzalimi umat Islam.
f. Murah hati dan tidak sayangkan wang dan harta benda untuk tujuan di jalan Allah.
g. Dia beradaan dekat dengan Allah dan sentiasa mengharapkan reda Allah, erti segala amalan ibadatnya tgidak mengharapkan balasan pahala dari Allah, hanya mengharapkan keredannNya.
7 – Nafsu kamil (b.Arab)
Manusia yang bernafsu kamil , ialah yang telah berjaya melalui nafsu – nafsu yang di bawahnya, iaitu ammarah, lawwamah, mulhamah, mutma innah, radhiyah, mardhiyyah . Dia melalui nafsu – nafsu tersebut dengan tertib atau peraturan, insaf, cekal, gigih, istikamah, beradab dan lain yang diperlukan mengikut akhlak tasawwuf dan tarikat.
Orang yang begini berada di peringkat tertinggi dan peringkat insan kamil – b.arab – manusia sempurna. Mereka juga berada pada peringkat maqam baqaullah – b.Arab - . Iaitu berada di bawah kekalnya Allah. Peringkat demikian ada pada para rasul, nabi dan wali – wali besar. Walau bagaimana pun para nabi dan para wali tidak dapat mengatasi peringkat rasul, kerana peringkat rasul lebih tinggi dan tertinggi.
Menurut kaedah sufi,adalah seperti berikut:
1 - Tiap – tiap rasul ialah nabi Allah, ahli sufi dan
Wali Allah.
2 - Tiap – tiap nabi Allah itu ialah wali.
3 - Tiap – tiap wali itu ialah para ahli sufi
Dengan demikian, tujuh sifat nafsu atau ruh manusia di atas adalah di bawqh kehendak dan kuasa Allah.Manusia boleh berikhtiar untuu mencapai mertabat – mertabat nafsu atau ruha itu, tetapi, walau bagaiman nabi danrasul allah yang terakhir adalah Muhammad sallallahu alaihi wa sallam.
Pada zaman setelah wafat Rasul Allah Muhammad s.a.w. hingga pada masa ini dan masa akan datang, seiapa sahaja akan tergelicir imannya dan dia akan termasuk dalam limbah kekufuran, jikadia mengaku dirinya adalah nabi Allah atau rasul Allah.
Mereka yang telah dinilai oleh Allah subhanahu wa Taala, sebagai insyanul kamil (b.Arab) manusia kamil, akan di kurniakan Allah Subhanahu wa Taala seperti wahyu – wahyuNya dalam Quran seperti di bawah ini:
(ayat Quran)
Orang – orang yang beriman serta beramal soleh ,meeka itu adalah penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya.
– Al Baqarah: 82
Masuklah ke dalam syurga; kalian dan isteri – isteri kalian digembirakan,
Diedarkan kepada mereka piring – pring dari emas dan piala – piala – bijana – bijana – dan dlam surga itu terdapat segala yang diingini oleh hati dan sedap (pandanan) mata dan kalian kekal di dalamnya,
Dan itulah syirga yang diwariskan kepada kalian disebabkan amalan – amalan yang dahulu kalian lakukan,
Dalam syurga itu ada buah – buahan yang banyak untuk kalian yang sebahagiannya kalian makan.
– Az Zukhruf: 70 -73.
Pada diri kita, seorang dari umat Islam, adakah kita akan bercita – cita untuk menjadi manusia seperti yang telah dinyatakan di atas ini.Kalauj ada cita – citra tersebut, maka, alangkah baiknya kita dan kita adalah tidak akan rasa takut menghadapi mati dengan apa cara mati juapun.
(Disunting dari manuskrip buku, Hakikat Ibadat Hamba kepada Allah, oleh; Mokhtar Petah)



ISA



TERIMA KASIH PERDANA MENTERI MALAYSIA

Saya atas nama penulis Melayu yang telah menyertai perjuangan menuntut kemerdekaan (dengan pena dan ucapan), dengan rasa rendah diri dan ikhlas; saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak kerana akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).
Akta tersebut diwujudkan oleh penjajah Inggeris pada zaman darurat 1948 dan dengan persetujuan bekas pelopor dan peminpin UMNO, yang juga pegawai tinggi dalam Kerajaan Inggeris, Allahyarham Dato’ Inn bin Jaafar.
Di antara pejuang kemerdekaan Melayu yang ditangkap dan ditahan dibawah ISA 1948, ialah: Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam Rashid Maidin dan Rashid Ali.
Yang menangkap mereka ialah anggota - anggota polis Melayu (polis b iasa, Jungle scout) dan Polis Khas. Ketua - ketua mereka pegawai polis dari Paledtin , iaitu Inggeris Yahudi.
Saya trlsh ditahan dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 di balai polis Kuala Kangsar.

MAKSUD AYAT QURAN



BERSIH JIWA

Sesungguhnya, beruntunglah manusia - manusia yang membersihkan* (jiwanya). Dan sesunguhnya, rugilah mereka yang mengotorkannya.
- Asy Syams:9,10.

* Bersih jiwa: Ialah dengan iman,amalan soleh, budi pekerti mulia, sabar, menghormati orang lain
dan tidak takbur atau ria.

Thursday, September 15, 2011

FIKIR SEBAGAI ORANG MERDEKA




DARURAT SATU TIPU DAYA
Pada tahun 1947, Pertubuhan Sosialis (komunis) sedunia telah megadakan kongres di Kalkata, India. Alam kongres itu telah memutuskan, bahawa komunis sedunia memberi galakan dan memberi sokongan kepoada semua bangsa yang terejajah dalam mereka sen diri supaya bangun menentang penjajah. Peristiharan daripada keputusan kon gers itu telah menyedarkan ahli - ahli pernjuangan rakyat Malaya.
Parti Komnunis Malaya (PKM) yang diakui oleh Kerajaan Inggeris pada tahun 1945 itu, mulai bergerak dn berusaha untuk menumpaskan urat saraf penjajah Inggeris.
Orang - orang Melayu yang mempunyai cita - cita yang tinggi untjk mencapai kemerdekaan dan mereka percaya, kemerdekaan yang dicapai melalui pertupahan darah sahaja yang dapat memberi jaminan betapa tinggi nilai kmerdekaan itu. Maka, mereka telah menceburkan diri dalam pertubuhan komnunis itu di samping itu mereka menyertai pertubuhan - pertubnuhan lain, seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (SEDAR), Gerakanb Angkatan Muda - Singapura (GERAM), Hizbul Muslkimin dan lain. - Dari buku, Bangsa Melayu Menggugat Dunia (1966) , oleh: Mokhtar Petah).



NASIHAT




UNDI DALAM PILIHAN RAYA

Semua orang Melayu yang beragama Islam dan kukuh iman kepada Allah - ertinya tidak muzabzab atau dodak dalik - , apa bila berlaku pilihan raya umum ke 13, berfikir secara orang mukmin, agar tidak mengundi manusia - manusia yang tidak beriman kepada Allah, tidak beragama dengan agama Allah.
Mengundi manusia untuk menjadi calon pemimpin perlu ditaati hukum Allah dalam Quran, iaitu, menegah orang Islam mengambil orang bukan Islam menjadi pemimpin.

MAKSUD AYAT QURAN



HUDUD

Kami (Allah) telah perintah (jadi undang - undang)kan di dalamnhya - kitab Taurat dan Quran - bahawa, jiwa - dibalas - dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga dan gigi dengan gigi, bahkan lukapun ada balasannya. Sesiapa yang dengan relamdnjalankan hukuman, di memberikan tebusan dosa. Sesiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah - dalam Taurat dan Quran - , maka, mereka itulah orang - orang zalim.
- Al maidah: 45

Nota.
Negara kita telah mengakui dalam Perlembagaan, bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara, tetapi undang - undang mengenai membunuh dan mencacat anggota badan manusia, masin menggunakan undang - undang Rom tua dan Inggeris.
Mengapa para mufti masih membisu?

Wednesday, September 14, 2011

NASIHAT



WANITA

Para wanita yang mahukan dirinya berwajah sihat, berbadan kemas segar dan tidak menjadi sarang angin, elak dari memakan: 1 - Jantung dan buah pisang, 2 - Buah cemepdan dan nangka, 3 - Buah sukun, 4 - ubi keledek dan ubi keladi, 5 - Kacang sebarang jenis kacang, 6 - Asam termasauk uah mangga masam.
Makanan tersebut boleh menjadikan diri seseorang wanita itu, wajah cepat pusa, tubuh cepat tua, badan banyak angin, tenaga kurang kuat, rasa malas dan sedih.

MAKSUD AYAT QURAN





MALAPETAKA

Tidak berlaku sesuatu malapetaka, kecuali dengan izin Allah. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah (beriman juga kepada para malaikat, kitab - kitab Allah, para ratus dan hari akhirat), akan dipimpin hatinya (kepada kebenaran dan kebaikan). Dan Allah Maha mengetahui terhadap sesuatu.
- At taghabun:11

Nota.

Sesiapa sahaja yang tidak beriman kepada Quran dan tidak mengamalkan hukum hakam di dalamnya untuk dirinya, keluarganya, negerinya dan negaranya, maka, dia belum sempurna iman kepada Allah.

Tuesday, September 13, 2011

BUMI KITA



PULAU PANGKOR


Pada hari ini saya dibawa mengelilingi bUMI KITA, Pulau Pangkor, untuk meninjau keindahan alam, kegembiraan para keturunan pendatang dan kedukaan anak Melayu di Pulau kampung halaman Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambery Abdul Kadir itu.
Saya berbangga dengan kejayaan Kerajaan Negeri Perak sejak Menteri Besar pertaman hingga Menteri Besar sekarang, menjadikan Pulauj Pangkor sebagai sebuah negeri Cina dalam Tanah Melayu.
”Di sini Cina,
Di sanaCina,
Depa kaya,
Kami duk papa kedana,” Kata Melayu tua bergigi sebatang.
”Kami mintanah tak dapat,
Cina dapagt tanah banyak,
Orang cina berkawan dengan kerajaan,
Jadi kaya raya,
Kami macam berkawa denganm belangkas,
Dan kera tak dapat apa - apa,” kata pemuda Melayu tidak berparti politik.
Hati saya bersuara,”Suapa para pemimpin Melayu, suara naga, berjalan semua.”
Jika para pemimpin Negeri Perak tidak sedar, pada masa akan datang, Pulau Pangkor, mungkin akan diletakkan papan tanda ’ China Island’.

MAKSUD AYAT QURAN



MATI PADA JALAN ALLAH

Jangan kamu (Muhammad s.a.w.) anggap orang - orang yang terkorban pada jalan Allah (mati syahid) itu, mati. Tidak. Mereka itu hidup. Merekqa mendapoat rezeki dari sisi Allah.
- Ali Imran: 169

BUKU

MOKHTAR PETAH

BUKIT KEPONG
BANGSA MELAYU
MENGGUGAT
DUNIA


-----------------------------------

Buku ini diterbitkan semula dengan dihulukan dengan kisah Bukit Kepong. Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Hassan Yunus (bekas aahli jawatan kuasa parti Islam Hizbul Muslimin), Ketua Polis Negara, Allahyarham Abdul Rahman Hashidm dan Kiayai Salleh (sheikh mansi minyak zaman poarang panjang), telah menyifatkan para anggota polis bukit kepong, pimpinan pegawai - sarjan Inggeris - Yahudi menzalimi penaduduk - penduduk di sana.
Mat Indera tidak menganu fahaman komunis. Dia anggota Rejemen ke 10 yang bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya. Dia sepertia orang - orang Melayu lain yang berjuang menunut kemerdekaan Tanah Melayu tidak menganu faham komunis. Mereka orang - orang Islam yang kuat iman dan jihad. Hanya Britisah dan orang - orang pro kapitalis dan British menuduh mereka menganut fahaman komunis.

Sunday, September 11, 2011

CERPEN (Ulangan)




BERTEMU SUAMI DI GUA MUSANG

Oleh: Mokhtar Petah

“Abang, abang, abang ...,” laungan hati Mona.
“Abang lama tak balik ...,”
“Dah sebulan.”
“Mona rindu abang.”
“Rindu sangat...”
“Mona takut, takut abang kawin ...”
“Kawin dengan anak dara Gua Musang.”
“Nikah dengan janda...”
“Di Gua Musang ramai anak dara ..., janda muda.”
“Abang jangan kahwin.”
“Abaaaang.”
Mona mengkat pedal minyak kereta pada saat mengikuti jalan bersiku Kampung Raja – Lijing. Keretanya mewahnya buatan orang Jepun membelah kabus senja. Dua bola mata Mona tercampak ke puncak gunung ganang dalam pelukan kabus senja.
“Lamba ..., lambat kereta ni ...,”sungut hati Mona.
Suami Mona, Ir Wahid - al fil, bertugas di Gua Musang. Dia jurutera dalam sebuah syaikat yang sedang membina Universiti Islam, perojek Kerajaan Negeri Islam, di Hulu Negeri Kelantan.
MENUNTUT DI SEBUAH
UNIVERFSITI DI LONDON

Pada tika dua bola mata Mona tersangkut pada kepala keretanya dan meluru jalan raya nan sepi, hatinya terkenang akan pertemuanya dengan pemuda Wahid – suaminya - , pada masa dia menuntut di sebuah universiti, di kota London, pada dua belas tahun lalu.
Pertemuan tersebut, ditakdirkan Allah, tumbuh merucup perasaan cinta mereka seperti debunga pokok – pokok dalam rimba raya yang bertebaran, menghinggap dan mengusap bebebunga dara di pohon – pohon. Kemudiannya perkahwinan bebunga itu menumbuhkan pepuitk buah.
Mona bekerja dalam sebuah jabatan kerajaan. Dia dan suaminya terpaksa berenggang jauh semenjak tiga tahun lalu. Kerenggangan tersebut menyebabkan hati Mona didera kerinduan dan kerisauan yang bertali arus.
Rindu tidak dapat memadu cinta.
Risau, entah – entah suami ada kekasih,
Entah – entah ada gadi di Gua Musang,
Entah – entah gadis Orang Aslai di Lijing,
Jatuh cinta,
Memadu cinta dengan suaminya.
“Abang ....!” Menona menjerit pada saat dia memberik keretanhya, kerana seekor tenggiling melintas atas jalan raya di hadapan keretanya.Tenggiling menghubankan badan betkinanya dalam semak di tepi jalan seolah – olah meraung:
“ ...maaf, saya juga nak jumpa laki saya.”
TERLUPA AKAN
GADIS – GADIS CANTIK

Mona mengucap syukur, kerana tayar keretanya tidak menggilas tenggiling betina tersebut. Dia teringatkan kata – kata gurunya, Ustaz Nazim al Hafiz, sesiapa yang membunuh dengan senga atau tidak sengaja akan binatang liar sama dengan membunuh manusia, nisbah sedih dan sesalnya.
“Di universiti dulu, abang ramai girl freind ..., ada anak dara Melayu, anak dara Cina, anak dara Inggeris, Amerika, African, Jepun, Pakistan, Mongolia ...,” hati Mona seperti membuka lambaran buku tentang manusia.
“ ...Laila cantik.”
“Mee Ling cantik.”
“Mary cantik.”
“Khadija Bibi cantik.”
Suara hati Mona menyebut nama rakan – rakan suaminya di universiti. Dia tidak mengetahui, sama ada mereka menghubungi suaminya. Harapann ya melangit. Suaminya telah terlupa akan gadis – gadis cantik tersebut.
Mona mengistikamah dirinya pada setereng keretanya. Keretanya terus menuju ke Gua Musang. Dia dan suaminya akan menginap di hotel ‘Laila wa Majnun’, di pinggir bukit.
“Mona takut, abang.”
“...takut macam kata suami kawan Mona.”
“Lelaki macam abang ramai anak dara ...”
“ ...banyak jandi suka.”
Mona memberek keretanya. Seorang lelaki tua bertongkat melintas di hadapan keretanya. Lekaki itu berhenti di tepi jalan raya dan melampaikan tangannya memegang tongkat kepada Mona.
“Dia lambai aku ..., dia nampak aku cantik,” bisik Mona sambil tangan kirinya menarik bingkai ‘kaca mata ‘ payu daranya. Dia amat yakin dengan keindahan buah dadanya menandakan dia seorang wanita yang cantik atau jelita. Suaminya suka begitu.
MONA DIKOPAK
PERASAAN CEMBURU

Bandar peninggalan Parti Komunis Malaya – PKM - , Gua Musang dalam pelukan malam muda. Kabus membungkus bandar kecil itu laksana debu bedak pada wajah gadis hitam di Afrika. Mona memberhentikan keretanya di tepi jalan, di muka persimpangan Jeli – Gua Musang.
“Cik nak pisen goghe..., cucur badak?” Perpuan muda penjual di warong bertanya kepada Mona.
Mona mengangguk.
“Saya nak pisang goreng.”
“Nak beghapa?”
“Seringgit.”
“Enam butir ...”
“Murahnya, tak macam di Kuala Lumpur, setengah biji seringgit,” sahut Mona.
Perempuan itu senyum. Sepasang lesung pipit berpupur pada dua pipinya.
“... sini semua mughah, cik. Oghe tina pun mughah, cik.”
Mona diam. Dia faham akan kata – kata perempuan itu. Bergurau pada pelamnggannya. Tetapi hati Mona dikopak perasaan cemburu. Dia cmburu. Dia takut akan suaminya berminat dengan makanan murah, barang murah dan wanita murah.
“Abang, Mona dah tiba depan hotel ni,” Mona membertahu suaminya melalui telefon bimbitnya.
“Dah sampai, ia, dalam dua puluh minit abang sampai,” sahut suaminya.
Ir Wahid – al fil meninggalkan setia usaha perinbadinya, Nik Na’imah, di rumah sewa gadis itu. Seperti pelomba kereta, Ir Wahid – alfil menekan pedal minyak keretanya. Kereta membelah jalan raya dalam warna malam berkabus putih menuju ke hotel tempat isterinya sedang menunggu.
“Allahu Akbar ..., hamMu syukur, isteri hamba tak tahu ...,” bisik Wahil – al fil. Semum. Menelan air liur tawarnya.
Dari dalam petik keretanya, dikeluarkan pofeum bau lelaki. Dirinjis - rinjiskan air wangi itu kepada tengkuk dan sepasang ketiaknya. Baunya, bau seorang lelaki menghilang bau harum Nik Na’imah.
NIK TAK ‘MBUH
JADI MACAM KELAH

Dalam bilih hotel, Mona meleraikan tubuhnya dalam pelukan suaminya. Rindu yang panjang mederakan dirinya telah hilang dalam bau harum lelaki pada lehir suaminya.
“Kita keluar makan.”
“...abang nak makan apa?”
“ Nasi air, nasik dengan ikan siakap masak kukus.”
“Nak.”
Mona merenung wajah suamimnya dengan renungan seorang isteri yang setia. Isteri yang lama berendam dalam tasik kerinduan. Suaminya senyum.
“Kita makan roti ajalah, abang.”
“Ngapa”
“Mona tak nak keluar.”
“Nona penat, abang.”
Wahid – al fil memicit ceropong hidung isterinya yang seperti ceropong hidung Madhu Bala itu.
Bandar Gua Musang muram dalam pelukan malam.
Nik Na’iman memandu keretanya ke stesyen keretapi. Di situ dia merenung ikan - ikan kelah dalam kolam kaca. Dia sedih. Kasih. Melihat ikan – ikan kelah itu kempunan sepanjang hayat kerana tidak pernah bercinta. Tidak berkahwin.
“Hai Kelah, Nik tak ‘buh jadi macam muma tu ...,” bisik Nik Na’imah sambil meninggalkan ikan- ikan kelah tersebut.
“Wahiiiiiiiid ...!” Hati Nik Na’imah meraung.
Butir- burit air mata bergolek dan cair atas sepasang pipi Nik Na’imah yang gebu. Dingin. Hatinhya bersama Wahid – al fil. Bossnya.
Gua Musang sepi.
Tamat.

NASIHAT




SEJARAH
Orang bijak pandai Melayu, janganlah kerana berhajatkan peluang keamasa, kedudukan, kekayaan dan sanjungan atau sokongan, melakukan tidak jujur dan membohongi manusia akan fakta sejarah bangsa dan negara. Amalan demikian tidak dinamakan mulia, tetapi dinamakan hina dan dihinakan orang ramai yang arif sejarah.

MAKSUD AYAT QURAN




CINTA

Dikatakan (oleh Nabi Sulaiman) kepadanya (Ratu Barqis): Masuklah ke dalam istana ini! Setelah dilihatnya (Ratu Balqis), di sangkanya (di lantai jalan masuk ke istana di hadapannya) kolam air (disinsingkan kainnya dan ternampak betisnya berbulu ruma). (Nabi Sulainan berkata): Sesungguhnya, inilah istana yang diperhaluskan (dihias) dengan kaca. (Ratu Balqis) berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku (raja wanita pemerintah Negeri Saba, Yaman) menganiaya diri aku sendiri (kerana memuja dan menyambah matahari), dan aku tunduk (memeluk agama Islam) bersama Sulaiman, kepada Allah. Pemimpin semesta alam. - An Naml:44

Nota: Ratu Baklqis telah jatuh cinta kepada Nabi Sulaiman, setelah Nabi Allah itu mengarahkan buruk belatuk untuk mengirim warkah kepada ratu tersebut yang kandungannya: (surat) ini dari Sulaiman dan (di antara isinya): Dengannama Allah yang Pemurah dan Penyayang. Jangan menyombong diri kepada aku, dan datanglah kepada aku dengan tunduk ( kepada Allah) . An Naml:30.

Saturday, September 10, 2011

KISAH DARI NOVEL




LABU SAYUNG

“…tanah liat, emak.”
“Ia, ni, tanah liat.”
“…Allah jadikan manusia, … tanah liat juga, emak.”
“Ia, sungguh, …Nabi Adam alaihis salam.”
“Nak buat apa tanah liat ni, emak?”
“…ada guna, ni rezeki kita, ‘Alimin.”
“Al hamdulillah.”
“…nak buat apa, emak?”
“Buat labu tanah, ‘Alimin.”
“…labu tanah?”
“Ia, labu tanah,…labu Sayung.”
“Labu Sayung?”
“Ia, labu Sayung, boleh isi air,…jadi penawar.”
“Ia, emak?”
“Ia, sungguh. Labu tanah ada di mana-mana,…sampai di istana.”
“Bagus tu, emak.”
Angguk.
“…tanah ni,…parit tu,…bukit sana tu…”
“Ngapa, emak?”
“Ayah kamu beli.”
“Luas, emak?”
“Tiga ekar aje...”
“Luas tu, emak.”
“…kata orang, sekangkang kera.”
‘Alimin sengeh.
“…ayah kamu beli tanah ni,…duit dia,…duit mas kahwin emak.”
“…ia, emak?”
Angguk.
“…berapa harga, emak?”
“Tiga ratus, lima puluh tujuh ringgit, lima kupang...”
“Kalau pada masa ni murah, emak.”
“Ia,…tapi pada masa tu, nak cari lima ringgit aje pun, merah biji mata dibuatnya.”
“Ia, emak.”
“Atas tanah ni ada lima enam pokok durian.”
“Ia, emak.”
“…pokok asam gelugur, macang, langsat pun ada.”
“Ia, emak.”
“Pokok cempedak, manggis, … pokok bangkung pun ada , ‘Alimin.”
“Ia, emak. Buah bangkung tu makan biji aje,emak.”
“Di tepi paya tu ada pokok legundi,”
“…pada masa dulu orang-orang negeri Perak lawa-lawa, sebab makan daun legundi.”
“…emak harap benor, cucu-cucu emak dapat makan buah durian, manggis tu….”
“Anak-anak saya, emak?”
“Ia, anak-anak siapa lagi, …kan ‘Alimin anak tunggal emak?”
“Ia, entahle, emak.”
“…wasiat ayah kamu…”
“Apa emak?
“…rumah ni, tanah, tanah liat untuk kamu ‘Alimin, pusaka kami.”
Angguk.
“Untuk kamu.”
“Ia, emak. Al hamdulillah.”
“ Dalam lemari tu, dalam kain hitam, …ada Quran.”
“Quran…?”
“Aruah ayah kamu beli di Madinah…, aruah tu beli untuk kamu.”
“Dia pesan…”
“Apa, emak?”
“…dia pesan, kamu anak lelaki, ikut Quran, berani jihad, tak takut mati kerana Allah.”
Malam sepi. Kampung Sayung berbungkus dalam cahaya purnama. ‘Alimin - pemuda bujang-, terkenang akan madah ibunya dan kalamnya sendiri. Percakapan mereka pada malam Lailatul Qadar. Bulan Puasa. Lebih sepuluh tahun lalu. Madah ibunya sebuah madah wasiat kepada dirinya. Anak jantan.
Pada malam itu, ‘Alimin duduk atas kerusi tua tepi jendela. Harum bunga melati di pohon yang menemani rumahnya membuai dan meresap ke dalam paru-paru dan jantungnya. Dari situ dua biji matanya memanjat puncak gunung Sayung dalam pelukan awan kelabu. Rindu kepada ibunya bukan kepalang. Rindu. Sedih. Sayu memamah hatinya.
Sebulan yang lalu, malam Lailatul Qadar juga, ibunya telah dijemput Tuhan ke alam baqa. Ibu dan bapanya berada di syurga. Mereka menunggunya di sana. Begitu harapan ‘Alimin.
“Ya Allah! Ampunkanlah dosa emak, dosa ayahku. Kau masukkanlah hamba-hamba-Mu itu ke dalam syurga-Mu dengan reda-Mu, amin,” madah doa ‘Alimin kepada Allah, terluah dari celah dua bibirnya.
Alimin mengalihkan dua bola matnya dari puncak gunung. Dia mencampakkan renungannya ke sekitar perut rumahnya. Rumah pusaka peninggalan ayah dan ibunya. Rumah kayu beranjung dan berbumbung lima. Sepi bagaikan dalam perut gua. Sedih meratah hatinya.
Alimin masih ingat; patriot-patriot tanah air pernah singgah di rumah ayah dan ibunya itu. Mereka itu, Dr. Burhanuddin Helmi, Ishak Haji Muhamamad, Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ahmad Boestamam, Abdullah C.D., Abdul Rashid Maidin, Mat Judin, Behran, Ustaz Zulkifli Muhammad dan Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan.
Bunyi ungka jantan galak, atas pokok tualang, dalam gunung Sayung. Sedu pungguk merindukan bulan dara, di sebalik awan kelabu.
“Hai pungguk, kamu zikir nama Allah, orang jahil kata kamu rindukan bulan,” basik ‘Alimin.
‘Alimin bingkas bangun dari kerusi tua tepi jendela. Dalam cahaya lampu yang suram, dia berjalan ke arah meja tua, di sudut anjung rumah itu. Di situ dia mengambil sebuah Quran yang berbalut dengan kain hitam. Kitab wahyu Allah itu telah dibawa oleh bapanya dari Madinah. Bapanya seorang mualim yang berpegang kepada al Quran dan as Sunah. Kini kitab suci itu menjadi pusaka amat berguna baginya.
‘Alimin mengeluarkan Quran itu dari balutan kain hitam. Kitab kudus itu di angkat dan dijunjungnya. Sebaik-baik sahaja selesai mengucup kitab suci itu, dia membuka setiap lambarannya. Dari halaman pertama surah Al Baqarah (lembu betina) sampai kepada surah Al Anfal (rampasan perang).Surah Al Baraah (kebebsan), ditatapnya. Bapanya telah menggariskan dengan tinta merah di bawah beberapa ayat dalam surah-surah itu.
Alimin telah menghayati satu demi satu ayat-ayat yang bergaris merah di bawahnya. Pada waktu itu Allah dan para malaikat amat dekat dengannya. Dia seorang anak lelaki yang berani. Pada bila-bila masa dia sedia berjihad demi Allah dan kerana agama Islam. Hatinya rela benar darahnya memancut, tumpah atau melimpah ruah membasahi bumi. Daging dan urat sarafnya berkecai. Tulang dan belulangnya bergelimpangan dan berserakan di mana. Kalimat-kalimat jihad, …perang, …jihad, …perang, …jihad, …perang, membakar semangatnya. Marak. menjulang pucuk unggun apinya.

‘Perangilah mereka sampai tidak ada fitnah, dan agama seluruhhnya bagi Allah.’
‘Hai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan pasukan (musuh), hendaklah kamu berpendirian teguh dan ingatkan Allah sebanyak-banyaknya.’
‘Kalau kamu menemui mereka dalam peperangan, cerai beraikan mereka (sehingga dapat menakutkan) orang-orang yang di belakang mereka.’
‘Dan orang-orang Yahudi mengatakan Uzir anak Allah. Dan penganut-penganut Kristian mengatakan Al Masih anak Allah.’
‘Mereka mengambil mualim dan paderi mereka menjadi Tuhan.’
‘Berjuanglah dengan harta dan diri kamu pada jalan Allah.’
‘Hai Nabi! Perangilah orang-orang kafir dan munafik itu dan bersikap keras kepada
mereka.’

Bapa ‘Alimin adalah salah seorang dari ahli-ahli parti politik Islam pertama di Tanah Semenanjung Melayu, Hizbul muslimin (parti orang-orang Islam). Dipimpin oleh Allahyrham Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Gunung Semanggul, pada tahun 1945.
“Insya Allah, ayah, ‘Alimin akan jihad. ’Alimin tak akan biarkan agama kita dipecacai orang,”bisik ‘Alimim seraya memasukkan semula Quran itu dalam kain hitam.
Pada siang tadi ‘Alimin telah pulang dari sekolahnya, Darul Maarif, di utara. Dia pulang dengan menaiki bas ekspres dari Butterworth. Qismul ali tahap kelulusannya ; sama taraf dengan tingkatan enam atas. Kelulusan itu melayakkan dia melanjutkan pelajaran di mana-mana universiti Islam di seluruh dunia. Semenjak dalam qismuth thanawi - menengah-, dia bercita-cita untuk melanjutkan pelajarannya ke universiti, di Iraq. Di bumi tempat bersemadi cucu Nabi Muhammad, Hasan dan Husin. Bumi itu juga tempat bekas dan fakta sejarah keagungan Islam. Di sana juga berkuasa - pemimpin negara republik, Saddam Hussein. Pemimpin musuh ketat Yahudi atau Zionis dan penjajah - penjajah dunia.
‘Alimin masih terperosok dalam rahang duka. Dua bulan yang lalu ibunya telah berpindah dari rumah itu ke alam akhirat. Jenazahnya di semadikan dalam bumi di sisi suaminya di tanah pusara di kampung Sayung. Kira-kira seminggu ibunya telah dimamah sakit tua. Ajalnya tiba dan dia menyusul suaminya yang sedang menunggunya di alam Akhirat. Mungkin dia menanti di pintu syurga. Lelaki pejuang tanah air itu telah meninggal dunia pada masa puteranya,‘Alimin berusia lima tahun.
Beberapa jam sebelum ibu ‘Alimin menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia telah membisikkan kepada anaknya:
“…’Alimin, …kuatkan iman pada Allah”
“Ia, emak.”
“Jihad pada jalan Allah, dengan harta, diri kamu…’Alimin.”
“Insya Allah, emak”
“Kalau ada perempuan ucap kasih kepada kamu, kamu cintakkan dia.”
“Insya Allah,emak.”
“Kamu cintakan dia, macam tanah liat pada labu tanah…”
“Insya Allah,emak.”
“…tanah liat, labu tanah satu,”
“Ia, emak”
“…orang tak sebut tanah liat,… orang kenal labu tanah.”
“Ia,emak.”
“…walaupun wacananya hitam.”
“Ia,emak.”
“…tapi itulah cinta.”
“Ia, emak.”
“Alimin, …kamu kasihkan kekasih kamu macam kamu kasihkan emak.”
“Insya Allah, emak.”

*** ***

Labu tanah - labu Sayung telah mendapat pasaran yang baik. Labu tanah telah menjadi perhiasan dalam istana-istana raja, banglo- banglo para hartawan, gedung-gedung budaya, dewan-dewan korporat dan di hotel-hotel mewah.
‘Alimin telah melihat beberapa biji labu tanah dijadikan perhiasan taman, di Jalan Parlimen, Bandaraya Kuala Lumpur. Labu-labu tanah itu bertenggek pada batu kukuh. Dari mulut semua labu itu mengalir keluar air jernih. Air itu bagaikan memuntahkan rasa kebencian kepada kemaksiatan yang menjadi perhiasan bandar raya itu.
“…boleh jadi simbol ketuanan Melayu, mungkin juga labu tu marahkan menteri, Datuk Bandar benarkan macam-macam maksiat menjalar,…meliar di merata-merata perut bandar tu,”hati ‘Alimin bersuar.
‘Alimin pewaris tukang labu tanah. Dia menjalankan perusahaan yang telah ditinggalkan oleh ibu dan bapanya. Semua labu tanahnya dipasarkan melalui peraih-peraih, Mat Tekang, Zulkifli,Uda Endut, Mat Lajim dan beberapa orang lagi. Mereka mengedarkan labu-labu tanah buatan ‘Alimin dan orang-orang kampung Sayung ke bandar-bandar besar di seluruh negara.
Ketua kampung telah menasihatkan ‘Alimin supaya meminjam wang dari institusi kewangan untuk menjalankan perusahaannya. Kata ketua kampung itu, kerajaan telah banyak membantu wang kepada orang-orang kampung menjalankan perusahaan cara kecil-kecilan. Tetapi ‘Alimin tidak mahu meminjam. Wangnya masih ada untuk menjalankan perusahaan itu. Wang simpanannya sendiri telah digunakan untuk menjalankan perusahaan labu tanahnya.
“Alimin tahu, kerajaan memang membantu orang-orang kampung. Kadang-kadang antara pemberi dengan penerima ada karenah. Sementara menunggu bantuan; kalau tidak membina angan-angan melangit, maka akan samalah dengan ‘menang sorak kampung tergadai’.
Tanah liat yang boleh dibuat labu tanah banyak dalam tanah pusaka ibu dan ayah ‘Alimin. Tanah liat itu dikorek dengan pencebak dan cangkul. Dari lubang besar bagaikan kubang badak sumbu atau lombong kecil itu, tanah liat itu diangkut ke bangsal dekat rumahnya.
Semenjak ‘Alimin belajar tafsir Quran - Allah telah mencipta manusia dari tanah liat -, dia telah belajar serba sedikit mengenai tanah tanih. Di negeri Perak terdapat banyak jenis tanah liat yang boleh dibuat bermacam-macam benda untuk keperluan manusia. ‘Alimin telah mencatatkan jenis-jenis tanah liat (clay) dalam buku ‘dana ilmunya’:
Di kampung Sayung sesuai untuk buat labu tanah.
Di Jelapang dekat Ipoh, tanah liat (clay) yang boleh buat seramik atau tembikar.
Di Bidor tanah liat ( Kaolin) (tanah liat) untuk membuat tembikar, campuran minyak gris (grease) - pelincir besi jentera -, ubatan dan alat bagi keperluan kesihatan manusia.
Tanah liar (clay) di Bercham dekat Ipoh sesuai untuk membuat pasu bunga
dan tempayan.
Tanah liat untuk dijadikan batu bata, periuk dan buyung terdapat banyak di kawasan Jalong, Sungai Siput Utara dan Bruas, Manjong.
Semua jenis tanah liat boleh dijadikan kulit (cover) bom jerangkap samar, bom Molotove, bom minyak, bom api dan bom kimia.
‘Alimin menggunakan bansal tua bengkel labu tanah peninggalan ibunya. Dengan pengetahuan dan pengalaman yang diwarisi dari ibunya dan dipungut dari dua tiga orang tua tukang labu tanah di kampungnya, dia menyambung kerjaya ibunya.
“…kita nak tahu mahir atau tidak, kreatifke, tidakke orang yang menempa labu tanah, dapat kita tengok dari labu tu juga,”kata ‘Alimin kepada dua orang pembantunya.
Dua orang pembantu setianya menjadi tenaga-tenaga mahir di bengkel labu tanah itu. Mereka memilih. Menyaring. Mengayak tanah liat yang telah dikeringkan. Menempa. Mengukir hingga membakar labu-labu tanah yang telah siap ditempa.
Dua orang pembantunya itu, Anjang Mat Ali dari Changkat Lada dan Kulup Mat Jihin dari kampung Bendang Kering. Mereka mewarisi kemahiran menempa labu tanah dari datuk dan nenek mereka.
Tiga orang perempuan; dua orang janda, Bedah dari kampung Sayung Lembah dan Itam dari kampung Kandang, bekerja sebagai pembantu menempa dan membakar labu tanah. Seorang gadis, Mimi - adik saudara ‘Alimin sebelah ibunya, bekerja sebagai kerani.
“ Mimi, kerjalah di sini dulu sementara dapat kerja di tempat lain,” ‘Alimin berkata kepada Mimi.
“Tak apa abang, biar Mimi kerja di sini, Mimi tak harap kerja di tempat lain,”sahut Mimi.
“Bukan apa, Mimi, abang ni tak boleh di harap sangat, …macam anak dagang, sampai masa entah di mana rantaunya,” balas ‘Alimin.
“…ngapa, abang, ngapa abang cakap begitu?” Mimi bertanya.
Hati Mimi diratah risau. Sedih.
‘Alimin senyum. Renungannya memeluk Mimi. Degup jantungnya kencang.
“Tak ada apa, Mimi,…abang ada cita-cita nak melanjutkan pelajaran abang,” jawab ‘Alimin.
“Oo, begitu, …tak apa, abang pergi belajar, Mimi uruskan perniagaan abang ni,”kata Mimi.
“Mimi sanggup?” Tanya ‘Alimin.
Angguk.
“ Tapi Mimi kena pandai buat labu,” kata ‘Alimin.
Mimi senyum.
“Mimi minta maaf, abang, buat labu ni macam orang beranak juga,…bila dah belajar pandaile…” Mimi berkata. Dua biji matanya memeluk tubuh ‘Alimin.
‘Alimin diam. Dia senyum.
“Ngapa abang?”
“Tak apa. Mimi pandai.”
“Abang lagi pandai.”
Kulup Mat Jihin memanggil ‘Alimin. ‘Alimin beralih dari sisi Mimi. Dia berjalan ke hujung bengkel mendapatkan tukang labu tanah itu.
Mimi berdiri tercegat di sisi meja. Sedih memamah hatinya. Abang saudaranya akan meninggalkan kampung halamannya. Dia akan ditinggalkan.
Dalam taman hati Mimi telah lama berputik rasa cinta kepada ‘Alimin. Belum sempat bunga itu kembang, dia akan ditinggalkan pula.
“…Mimi cintakan dia, tapi dia tak tau…,” Mimi bersungut sendirian.
Mimi sedar, ‘Alimin abang saudaranya, macam abang kandungnya sendiri. Dia tidak berani meluahkan perasaan cintanya kepada pemuda itu. Mimi mengaku abang saudaranya seorang yang alim. Warak. Bersopan. Tetapi, bagaimana perasaan cintanya kepada abang saudaranya kian mengembang dalam hati daranya?
“…dia dah ada kekasih agaknya?” Mimi bertanya kepada dirinya.
Mimi teringat, pada satu malam, dia telah mendengar percakapan antara ibu dan bapanya mengenai ‘Alimin.
“…’Alimin tu baik, bang,”kata isteri.
“Tu abang tau, tapi…,” sahut suami.
“Apa, bang?” Tanya isteri.
“…anak kita, Mimi tu tak belajar agama Islam, ‘Alimin tu alim, tau bahasa Arab pula tu,mana sepadan,”jawab suami.
“Abang Tanyale dia dulu, jangan-jangan dia tu ada hati pada anak kita tu,”kata suami.
“Heee, minta maaf, abang tak berani,” sambut suami.
“…dah tu, siapa yang berani bang?” Tanya isteri.
“Dah tu?” Suami menagih jawapan.
“…Milah tak,…eee taaak, dia anak saudara abang,”jawab isteri.
“Dah tu,…biar Mimi Tanya,”kata suami.
“ Merepek abang ni,…apa kata ‘Alimin,” sambut suami.
“ Apa,… dia tak kata apa,”kata suami.
“Dia tak katale, …tapi Mimi tule.”sambut isteri.
“…ngapa?” Suami bertanya.
“Macam telaga cari timba kata orang,” jawab isteri.
Mereka ketawa terkekeh-kekeh.
“Kita tunggu…”suami berkata.
“Ialah,”sambut si isteri macam orang kempunan.
Mimi menyesal. Sesalnya tak berkesudahan. Dulu ‘Alimin pernah menasihatinya supaya melanjutkan pelajaran ke sekolah agama, di Padang Rengas, Bagan Datoh, Gunung Semanggol, Kedah atau Kepala Batas, Pulau Pinang, tetapi dia sendiri tidak mahu menerima nasihat ‘Alimin. Mimi tidak yakin dengan pelajaran dari sekolah agama. Dia boleh hidup mewah macam orang-orang yang menuntut di sekolah kebangsaan kerajaan. Dia menganggap semua bekas penuntut sekolah agama ‘tak ke mana’. Mereka tidak layak memegang jawatan kerajaan. Mereka hanya layak menjadi imam masjid, noja atau siak, lebai kampung tukang, jurunikah, baca doa tahlil atau doa talkin.
Apabila Mimi menuntut dalam tingkatan lima di Sekolah Perempuan Kerajaan Kuala Kangsar, dia telah membaca catatan sejarah; ramai orang-orang lepas sekolah agama menjadi pejuang tanah air, pegawai kerajaan, wakil rakyat dan menteri kerajaan pusat.
Dato’ Haji Hassan Yunos Menteri besar Johor, bekas penuntut sekolah agama Ehya Asy syarif,Gunung Semanggol, Datuk Mohd.Asri Haji Muda bekas penuntut sekolah agama, ad Diniah, Padang Rengas menjadi Menteri besar Kelantan, Datuk Haji Ahmad Badawi ahli exco kerajaan Pulau Pinang lepasan sekolah agama di Kepala Batas, beberapa orang menteri, di antaranya Abu Bakar Hamzah pernah menjadi Setiausaha Parlimen,Datuk Mohd.Yusof Nor, Datuk Abdul Hamid Othman menjadi menteri. Dato’ Nik Aziz memegang jawatan Menteri Besar Kelantan.Ramai beks penuntut sekolah agama menjadi wartawan dan pengarang terkenal.
“Ramai pejuang tanah air, pejuang kemerdekaan pada masa penjajahan British, lepasan sekolah agama, sekolah rakyat,” ‘Alimin pernah menyelitkan kata-kata demikian pada waktu dia menasihati Mimi.
“Kita belajar untuk mendapat ilmu, bukan untuk jadi hamba orang,…bila banyak ilmu kita boleh menjadi manusia bebas, jadi ulul al bab dalam bahasa Arab, iaitu intelek atau cendekiawan,”kata ‘Alimin.
Kini kesedaran dan keinsafan mendewasakan mimi. Abang saudaranya alim. Dia menguasai bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Di rumahnya banyak buku dan majalah bahasa Arab dan majalah bahasa Inggeris. Dia sendiri hanya membaca buku- buku bahasa Melayu dan Inggeris yang tidak ke mana isinya. Buku dongeng Melayu, Hang Tuah dibacanya berulang kali sampai otaknya menjadi biol. Majalah filem, artis dan yang tidak membentuk fikirannya menjadi kemanusiaan cendekiawan.
Mimi tahu dia berpenyakit angau. Penyakit yang menjadi wabak kepada anak-anak muda di seluruh dunia. Dia amat tahu, penyakit angau termasuk dalam kumpulan gila juga. Gila bayang, syok sendiri, cinta buta, cinta monyet dan banyak angan-angan.
“…kita yang kasihkan orang, orang tak kasihkan kita,…entah-entah dah ada orang lain,”suara hati Mimi.
“Aku cintakan abang ‘Alimin,” hati Mimi menjerit.

(Disunting dari manuskrip novel, Cinta Dan Jihad, oleh: Mokhtar Petah)

SAJAK







BERPISAH DALAM GELAP

Adikku,
Sakitnya deritakan seluruh tubuh mu’alimnya,
Hilang daya tarbiah dan menulis hikmah,
Dulu ratusan muridnya di feldaq dan desa,
Siang malam berkesut atas katil tua,
Anak - anaknya mencari makan di merata negara,
Hanya isteriny dengan dua anak barunya,
Bersamanya.

Adikku,
Baru, raya ini aku melenakan diri di rumahnya,
Kulihat adikku dan isterinya,
Siang dihadapan ramai, manja amat isterinya,
Kepadanya,
Duduk berhimpi daging,
Makan bersuap,
Minum bersua manja,
Tapi tersentak semangat jantanku,
Kerana malam gelap tidur mereka terpisah.

Adikku,
Lena dalam kelambu atas katil tua,
Dengkur adikku di luar menyedarkan semua babi liar,
Jauh dari isterinya,
dijarakkan dinding batu dan kayu,
Isterinya tidur dara,
Adikku tidurnya diulik duka kering cinta,
Tika matahari ketawa, cinta mereka berbunga,
Malam memeluk alam berpisahlah dia,
Dari isteri tercintanya.

Adikku,
Aku khuatir amat,
Jika adikku meninggal pada tengah malam,
Tiada siapa mengajar lapaz syahadatnya,
Isterinya berdengkur dalam kamarnya,
Adikku tampa nafas kojol dan tegang tubuhnya,
Kerana mereka ’bercerai’ dalam gelap maya,
Entah ada cinta mereka.

Adikku,
Sabarlah, kerana kita telah dihanyut usia,
Isterimu masih muda,
Mahu tidurnya lena dan selesa,
Hanya ayat - ayat Allah kaubacakan selalu,
Zikirkan Allah ulik dirimu,
Seperti juga aku lanjut usia,
Entah bila, esok atau lusa kita sama - sama,
Mengembara ke alam mulia - baqa.
Kullu nafsin zaiqatul maut.

Putrajaya ...................................Mokhtar Petah

NASIHAT



BUKIT KEPONG

Para profesor dan bijak pandai yang akan membicarakan perisitiwa Bukit Kepong, hendaklah melahirkan buah fikiran yang mernesabah dan tidak lari dari sejarah perjuangan bangsa Melayu.
Sebelum kejadian balai polis Bukit Kepong, di pinggir sungai Muar dan kira - kira 59 km dari Bandar Muar, di serang pada 23 Februari 1950, jam 5.00 petang, seorang Inggeris - Yahudi mengetuai balai polis tersebut, iaitu. Sarjan Ray Dancey dari Palestin (dari rombongan memusnahknan bangsa Arab di sana) dan dalam masa penggantinya, Sarjan Jamil Mohd. Shah.
Pada masa itu beragtyus - ratus pegawai Inggeris - Yahudi di bawa ke Tanah Melayu bagi menentang anggota - anggota PKM dan orang Melayu pejuang kemerdekaan.
Pada masa itu semua anggota polis di sana menentang orang - orang Melayu yang berjuang menuntut kemerdekaan, kerana mereka diarah oleh ketua polis Persekutuan Tanah Melayu, yang terdiri dari orang Inggeris.

MAKSUD AYAT QURAN







TIMBANGAN DAN SUKATAN

Yang diberi tanda di sisi Tuhan anda, dan siksaan itu tidak jauh dari orang - orang yang melanggar aturan.
”... jangan kalian mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya saya melihat kalian dalam keakayaan, tetapi aku cemas - khuatir - kalau - kalau kalian ditimpa siksaan pada hari pengepungan (Padang Mahsyar).”
”Dan hai kaumku, cukupkan sukatan dan timbangan dengan lurus, dan jangan kalian kurangkan kepada manusia akan hak - haknya. Dan jangan kalian melakukan kerosakan di bumi dengan mengadakan bencana.
- Hud:83 - 85

Friday, September 9, 2011

MENGENANG MASA SILAM (Ulangan)

PERGERAKAN PARANG PANJANG

Kerajaan Jepun telah melantik bapaku menjadi ketua kampung Ngor dan kampung-kampung kecil sekitarnya, iaitu Changkat Duku, Tualang Bengok dan Tanjung Tok Yen. Sebagai ketua kampung bapaku telah dianugerahkan sebuah lencana tembaga sebesar mata kukuran dan disekelilingnya berbentuk seperti mata gergaji. Kuasa ketua kampung pada masa itu sama dengan ketua-ketua kampung pada masa ini.
Manakala Parti Komunis Malaya (PKM) dan Malayan People’s Anti Japanese Army (MPJA) telah melantik bapaku menjadi ketua orang-orang Melayu yang menyertai pergerakan mereka. Bapaku dan penduduk-penduduk kampung terpaksa menjadi seperti ’golok bermata dua’; menyokong kerajaan Jepun dan menyokong orang-orang dari Parti Komunis Malaya (PKM).
Beberapa orang ahli-ahli Malayan People’s Anti Japanese Army(MPAJA) dan ahli Jawatankuasa cawangan Parti Komunis Malaya (PKM) daerah Kuala Kangsar sering datang menemui bapaku di Paya Pak Banun. Mereka telah mengadakan perjumpaan dengan penduduk-penduduk kampungku dan kampung-kampung lain.
GERAKAN ENTI - JEPUN
Di antara keder-keder Parti Komunis Malaya (PKM), Wang Seng (lelaki Cina, berkelulusan Senior Cambridge) dan bekas wartawan sebuah surat khabar Inggeris di Singapura. Dia menganut fahaman Marxisme dan berkiblatkan kepada Komunis China, Baharuddin Tahir atau Baharuddin ’topi mengkuang’, berasal dari Sumatera, tinggal di Kati. Jadi anggota KMM sebelum perang dunia Kedua, menyertai gerakan anti-Jepun dan menjadi anggota PKM dan kader penyusunan massa. Dia sentiasa memakai topi mengkuang, lepasan sekolah agama Islam di Indonesia.
Seorang guru agama Islam – Mudir Madrasatul Kamaliah, Kati, Kuala Kangsar, Fakeh Haji Ghazali berasar dari Chemor dekat Ipoh, telah menjadi mubaligh agama Islam bagi pihak Malayan People’s Anti Jamapenese Army (MPAJA).
Fakeh Ghazali telah mengeluarkan fatwa, bahawa orang-orang Melayu dan Islam lebih baik bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM) daripada bekerjsama dan menyokong penjajah Jepun dan penjajah Inggeris yang berkuasa atas orang Melayu dan umat Islam.
”Parti Komunis Malaya (PKM) berjuang menentang penjajah Jepun dan Inggeris dan membantu orang Melayu memerdekakan tanah air mereka, tetapi orang Islam jangan sampai merosak akidah kerana bekerjasama dengan pihak parti komunis,” katanya.
MEMPERHAMBAKAN MANUSIA
Fakeh Ghazali telah memberi amaran kepada umat Islam, bahawa komunis menafikan wujud Allah. Fahaman itu amat bahaya kepada umat Islam, setiap orang Islam yang menganut fahaman komunis menjadi murtad dan kafir.
Menurutnya, penjajah Jepun dan penjajah Inggeris mengamalkan dasar kapitalisme dan memperhambakan manusia. Mereka boleh melakukan apa sahaja asalkan boleh menguasai umat Islam
Dua orang perempuan Cina masih muda kader Parti Komunis Malaya (PKM), iaitu Che Som dan Che Bee telah menjadi penyebar fahaman komunis di kalangan kaum ibu Melayu di kawasan Kuala Kangsar telah tiga kali datang ke kami.
Mereka telah meminta bapaku, supaya memujuk seorang perempuan muda yang cantik, isteri orang, di kampung Changkat Duku supaya menjadi kader Parti Komunis Malaya (PKM) seperti mereka. Tetapi bapaku telah menolak pemintaan mereka itu.
MENYIMPAN PERASAAN MARAH
Pada satu hari, dalam satu perjumpaan antara Jawatankuasa Parti Komunis Malaya (PKM) dengan orang-orang kampungku, telah tercetus pertengkaran antara bapaku dengan beberapa orang ahli Jawatankuasa Parti Komunis Malaya (PKM) kawasan Kuala Kangsar dan Hulu Perak. Pertengkaran itu terjadi setelah bapaku menentang pendapat mereka yang mengatakan komunisme sama dengan Islam.
”Kalau nak ajak kami masuk komunis, kami tak nak, kami orang Islam,... kami boleh bekerjasama kerana melawan Jepun,...tapi kalau ajak kami jadi kafir kami tak boleh,” kata bapaku kepada mereka.
Pertengkaran itu telah dapat diredakan setelah Baharuddin ’topi mengkuang’ menyokong pendapat bapaku. Dia memberitahu, fahaman komunis tidak boleh diterima oleh orang-orang Islam. Orang-orang Melayu boleh bekerjasama dengan orang-orang komunis kerana sebab-sebab tertentu, seperti menentang penjajah. Walau pun pertengkaran itu menjadi reda dan masing-masing telah faham, tetapi beberapa orang lelaki China telah menyimpan perasaan marah kepada bapaku.
Sebenarnya di kalangan Parti Komunis Malaya (PKM) ada di antara orang-orang Cina – sama dengan orang-orang China dalam parti-parti politik mereka sekarang - , yang berhasrat hendak menjadikan Tanah Melayu sebuah negara Cina baru atau Cina seberang laut (nan yang) - negara komunis dan semua orang Melayu menganut komunis.
CINA SEBERANG LAUT
Singapura yang dulunya sebuah negeri Melayu, tetapi kerana cita-cita kalangan orang-orang Cina seperti yang aku utarakan di atas ini, maka kini pulau itu Temasik itu telah menjadi sebuah republik yang dikuasai oleh orang-orang China seberang laut.
Sebagai seorang yang telah dewasa dengan pergolakan politik tanah air dan dunia, aku mendapati penjajah yang dilakukan dengan senjata dan politik sama bahasanya dengan penjajahan ekonomi seperti yang wujud di negara kita sekarang ini.
Kejayaan penjajahan ekonomi oleh penghijrah-penghijrah (immigrants) dalam sesebuah negara, akan menjadikan penduduk-penduduk asal negara itu lemah dalam semua bidang. Mereka terkapai-kapai ke sana kemari dalam keadaan ’menang sorak kampung tergadai. Anak-anak muda mereka, walaupun berpendidikan tinggi, tetapi tidak lebih dari jadi buruh dalam negara sendiri, sama ada buruh kasar atau pun buruh berkolar putih.
Tiga malam kemudian, kira-kira tujuh orang lelaki China telah datang ke dangau kami. Mereka telah mengajak bapaku mengikut mereka ke dalam kebun getah tidak jauh dari belakang dangau kami kerana hendak berunding. Tetapi apa bila tiba dalam kebun getah itu mereka telah menangkap bapaku dan mengikatnya pada sebatang pokok getah di situ.
PARTI KOMUNIS MALAYA
Mereka memberi kata dua kepada bapaku; kalau bapaku mengaku akan bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM), mereka tidak akan membunuh bapaku, tetapi kalau bapaku tidak mahu bekerjasama dengan mereka, maka mereka akan membunuhnya.
Menurut bapaku, setelah dia mengaku akan bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM) dan tidak akan menyebelahi Jepun, maka mereka telah melepaskan bapaku dan mereka telah meminta maaf kepadanya.
Semenjak dari malam itu, bapaku telah berpura-pura bekerjasama dengan orang-orang Parti Komunis Malaya (PKM). Secara sulit dia telah berhubung dengan dua orang sheikh ’Pergerakan Parang Panjang’, iaitu Sheikh Othman di Kampung Baiyan, Taiping dan Kiyai Salleh, Batu Pahat, Johor.
Kerana bapa dan ibuku mementing pelajaran aku dan adikku, lebih-lebih lagi kerana di huma kami tiada guru untuk mengajar kami membaca Quran, maka mereka mengambil keputusan berpindah dari huma itu ke kampung kami.
SEKITAR KEBUN GETAH
Setelah kami berpindah ke kampung, tidak ramai orang Parti Komunis Malaya (PKM) yang datang ke rumah kami. Hanya Wang Seng dan Baharuddin topi mengkuang yang sering datang secara bersembunyi-sembunyi.
Pada tiap-tiap malam gurila-gurila Parti Komunis Malaya (PMK) sentiasa berkeliaran di sekitar kebun getah dan belukar di pinggir kampung kami. Mereka juga telah menyebarkan surat-surat khabar Parti komunis Malaya (PKM) di kampung kami dan kampung-kampung lain. Di antara surat-surat khabar dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan Rumi dan Jawi, ialah Bintang Merah, Berita Benar, Suara Rakyat dan Bintang Timur.
Perigi tempat kami mengambil air mandi terletak di bawah bukit, kira-kira 300 ela dari rumah kami. Kira-kira seminggu sekali aku mendapati surat-surat khabar itu diletak di pinggir telaga itu dan ditutup dengan daun pisang.
Sama ada di rumah datukku mahupun di rumah bapaku tidak ada tersimpan surat-surat khabar lama. Datuk dan bapaku seperti kebanyakan orang kampung Melayu di hulu-hulu negeri dan di pendalaman pada masa itu amat jarang membaca surat khabar.
MEMUSNAHKAN UMAT ISLAM
Pada masa itu hanya surat-surat khabar Parti Komunis Malaya (PKM) itu sahaja yang ada. Media itu telah menjadi bahan bacaanku dan sumber ilmu pengetahuan am(general knowlege)ku, terutama mengenai media hal ehwal dunia.
Aku masih ingat-ingat lupa, iaitu pada muka dua surat khabar Bintang Merah ada sebuah artikel tiga kolum. Dalam artikel itu ada tulisan lebih kurang begini ’...British, Amerika dan mereka yang beragama Kristian tidak akan henti-henti untuk memusnahkan umat Islam. Mereka mempengaruhi umat Islam dengan kemewahan hidup, budaya alat mereka yang berlawanan dengan Islam dan bahasa Inggeris, kerana bahasa itu menjadi bahasa dunia’.
Walaupun aku masih belajar dalam darjah tiga di sekolah Melayu, tetapi kerana aku rajin membaca surat khabar Jawi dan buku-buku agama bertulisan jawi juga, maka aku telah mempunyai pengetahuan am yang agak baik berbanding dengan murid-murid sedarjah denganku, di sekolah Melayu tempat aku belajar.
Walaupun aku masih kanak-kanak, tetapi aku telah mengetahui kerja dan peranan pemberita dan wartawan. Pada usia begitu aku telah mempunyai cita-cita untuk menjadi wartawan seperti Wang Seng anggota Parti Komunis Malaya(PKM) atau macam abang saudaraku, Abdullah Kuak yang pandai menulis rencana-rencana untuk majalah-majalah agama di Pulau Pinang dan Singapura.
BACA SURAT KHABAR
Aku mulai mengetahui tugas dan peranan wartawan ialah dari Baharuddin (topi mengkuang) dan Wang Seng. Manakala Wang Seng telah mengajarku mengenai surat-surat khabar di negara China dan negara-negara lain.
Aku masih ingat akan kata-kata Wang Seng, ”...orang baca surat khabar dapat banyak ilmu, orang tak baca surat khabar fikirannya jadi lemah.”
Wang Seng juga orang yang pertama telah mengajar ilmu kewartawanan kepadaku. Walaupun dia tidak mengajarku bagaiamana menulis berita, rencana dan sebagainya, tetapi dia telah memberitahu kepadaku, di mana surat khabar di terbitkan, bagaimana berita-berita, rencana-rencana dan gambar-gambar didapati oleh surat-surat khabar di seluruh dunia. Dia juga memberitahu, orang-orang China memandang wartawan sebagai ’Raja yang tidak bermahkota’.
Dengan menggunakan surat khabar ’Bintang Merah’, Wang Seng telah mengajarku mengenai kepala berita (head line), berita dalam negeri, berita luar negeri dan beberapa pengetahuan mengenai persurat khabaran.

WARTAWAN MENCORAKKAN DUNIA
Wang Seng telah menasihatkan aku, apabila aku telah tamat belajar nanti, pekerjaan yang baik bagiku ialah bekerja sebagai wartawan. Katanya, bekeraja sebagai wartawan boleh memusing dan mencorakkan dunia ini. Menurutnya guru hanya mengajar murid-muridnya di sekolah, tetapi wartawan mengajar semua manusia, walaupun mereka itu raja, presiden, pegawai kerajaan, pedagang, buruh kasar atau para petani di kampung-kampung.
Sementara Baharuddin ’topi mengkuang’, telah memberitahu ramalannya kepada bapa dan ibuku, iaitu apabila aku telah besar dan dewasa nanti, aku akan menjadi orang yang berilmu pengetahuan dan terkenal atau tersohor. Manakala adikku, Ghazali, akan menjadi seorang yang berilmu pengetahuan, tetapai tidak terkenal atau tidak tersohor seperti aku.
Perkataan dan ramal Baharuddin ’topi mengkuang’ itu telah merangsang semangatku untuk menjadi seorang pemberita atau wartawan. Kerana cita-cita itulah agaknya, aku telah menjadi seorang kanak-kanak yang rajin membaca. Ingin mengetahui sesuatu yang wujud di alam ini. Di sekolahku, aku pernah dimarah oleh dua tiga orang guruku, kerana aku telah banyak bertanya kepada mereka akan perkara-perkara yang mereka tidak dapat menjawabnya atau sengaja tidak mahu menjawab.
Aku masih ingat, pada masa itu kebanyakan guru tidak suka murid-murid mereka lebih pandai dari mereka. Mereka itu masih kuat memegang pada fahaman ’guru makan garam dulu dari murid’.
MUSUH AGAMA ISLAM
Aku sering mendengar dua orang kader Parti Komnunis Malaya (PKM) itu bercakap dengan bapaku, bahawa orang-orang komunis yang menentang Jepun bertujuan untuk membela orang-orang Melayu, membela agama Islam dan menolong mereka menuntut kemerdekaan. Tetapi, walaupun aku masih kecil, aku tidak percaya kepada percakapan mereka itu. Aku sering diberitahu oleh ustaz Mohd.Amin Farid dan ustaz Mohd. Khir Nawawi yang mengajar aku mengaji Quran, iaitu orang-orang komunis tidak percayakan Allah dan musuh agama Islam.
Pada satu hari aku telah terjumpa surat khabar lama, ’Majlis’, dalam peti di rumah datukku. Aku telah membaca surat khabar bertulisan Jawi itu dengan mengeja atau merangkak-rangkak. Aku telah membaca dan memahami rencana pengarangnya, iaitu:
’Punca atau ibu komunis itu ialah di tanah Rusia dan dari sanalah menjalar ke benua China ke India dan juga ke Eropah dan dari situ menjalar pula ke negeri-negeri Islam seperti, Mesir, Turki, Farsi (Iran), dan negeri-negeri sekelilingnya akan tetapi benih itu tidak dapat hidup dengan suburnya di negeri-negeri Islam oleh kerana sangat-sangat berlawanan dengan agama al Quran – oleh itu Mufti Mesir dengan persetujuan ulama-ulama Azhar (Universiti al Azhar) memfatwakan bahawa barang siapa yang menerima atau membenarkan ajaran komunis maka sanya ia telah murtad (keluar dari agama Islam).
Kita pernah mewartakan 30,000 buah masjid Islam di Russia telah ditutup oleh kerajaan komunis sama ada dijadikan panggung wayang atau pun kandang kuda dan jamban dan beberapa banyak pula gereja Kristian telah bernasib seperti masjid-masjid itu.’
Pada masa itu gerila-gerila Parti Komunis Malaya (PKM) dalam kawasan Kuala Kangsar dan Hulu Perak terdiri dari orang-orang China yang kebanyakan dari mereka penanam-penanam sayur dan tembakau, halia, sayur-sayuran secara haram di dalam kawasan-kwasan Hutan Simpan, di sepanjang kaki banjaran Gunung Bintang Hijau dari daerah Kuala Kangsar hingga ke daerah Grik atau Hulu Perak.
LOMBONG BIJIH TIMAH
Selain dari mereka itu, terdapat juga guru-guru sekolah cina, peniaga-peniaga kecil seperti tukang basikal, bengkel kenderaan, tukang kayu dan buruh ladang getah dan lombong bijih timah.
Manakala dalam kawasan Sungai Siput Utara, Kinta hingga ke Perak Selatan, Tanjung Maling anggota-anggota Parti Komunis Malaya (PKM) dan Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA) terdiri dari pemuda dan pemudi China yang bekerja sebagai buruh ladang getah dan buruh lombong bijih Timah. Dan sedikit dari mereka itu terdiri dari guru-guru China, peniga dan mereka yang bekerja dengan kerajaan Inggeris.
Kebanyakan orang-orang China suku Hainam, suku Kong Sai yang bekerja di Rumah Rehat, hotel dan restoran menjadi ahli Parti Komunis Malaya (PKM).
’Parti Komunis Malaya telah mengambil peluang menggunakan perasaan anti-Jepun khususnya di kalangan penduduk-penduduk China. Parti Komunis Malaya telah menubuhkan Tentera Anti – Jepun Penduduk Tanah Melayu. Keanggotaannya terbuka kepada semua penduduk Tanah Melayu. Topi yang dipakai oleh Tentera Anti – Jepun ini mempunyai tiga bintang yang dianggap mewakili orang Melayu, China dan India. Tentera ini juga lebih dikenali sebagai askar Bintang Tiga. Oleh kerana semasa pendudukan Jepun, pertubuhan yang teratur dan kuat untuk menentang Jepun ialah Bintang Tiga yang dikendalikan oleh Parti Komunis, maka ramai orang China, yang tidak pun bersimpati dengan fahaman komunis, telah menganggotai Bintang Tiga kerana mereka bencikan Jepun. Jadi, satu lagi kesan pendudukan Jepun yang penting ialah menguatkan Parti Komunis Malaya.
Usaha Jepun hendak menentang Bintang Tiga membawa kesan yang buruk. Kebanyakan anggota polis Jepun ialah orang Melayu. Apabila Jepun hendak menghapuskan Bintang Tiga, orang Melayu yang menjadi polis Jepun diarah melakukannya. Jadi, sebenarnys pertentangan Jepun dengan Bintang Tiga, telah merupakan pertikaian orang Melayu dengan orang China kerana dalam pasukan polis Jepun ramai orang Melayu dan dalam Bintang Tiga kebanyakan-nya orang China. Dengan itu hubungan orang Melayu dengan orang China menjadi renggang.’
Sementara hartawan-hartawan China menjadi golok mata gua; mereka membantu Jepun dan membantu Inggeris. Kata datukku, bahawa orang-orang China seperti punai dengan pokok jerai, di mana ada buah jerai masak , di situlah banyak burung punai.
TIDAK DIGANGGU GUGAT
Kerana bapakku ketua kampung, maka semua orang China suku Kong Sai yang hidup sebagai setinggan atas tanah Hutan Simpan kerajaan telah ’bergantung harap’ kepadanya, terutama untuk menolong mereka supaya tidak diganggu gugat oleh askar Jepun. Sama ada terpaksa atau secara sukarela, mereka itu adalah penyokong-penyokong Parti Komunis Malaya (PKM).
Mereka sering membawa kepada ayah dan ibuku ayam Tongsan dan sayur-sayuran. Aku telah belajar menggatih basikal dengan menggunakan basikal orang-orang China kebun sayur yang sering datang ke rumahku.
Semenjak pada zaman penjajah Inggeris hingga pada masa ini, ada di antara orang-orang pendatang di Tanah Melayu atau Malaysia mempunyai perasaan jujur bergaul dengan orang-orang Melayu, ada yang perpura-pura bergaul tetapi hati di dalam bermusuhan dan ada pula yang berbaik- baik dengan orang-orang Melayu dengan berazimatkan ’ anti perkauman’ tetapi mereka mempunyai tujuan yang tertentu atau ’ada udang di sebalik batu’.
Sekumpulan orang-orang Cina yang kaya raya di Ipoh telah pergi ke London membuat tuntutan kepada Kerajaan British supaya tidak memberi kemerdekaan kepada orang-orang Melayu. Sementara itu sebilangan besar orang-orang Cina di Johor dan Singapura yang menunggu-nunggu masa untuk menjadikan Singapura sebuah Negara Cina Seberang laut. Mereka telah berhasrat demikian setelah terbitnya sebuah buku geografi di Negara Cina yang memaparkan peta Kepulauan Melayu sebahagian dari Negara China.
Amalan-amalan tidak sihat itu masih berlaku dalam pergaulan hari-hari, politik, sosial, pendidikan dan pernigaaan dan perdagangan pada masa kini. Maka sama ada pemimpin-pemimpin Melayu nampak atau tidak, bahawa falsafah ’telunjuk lurus kelingking berkait’ terus wujud dalam masyarakat ’majmuk dan muhibbah’ di negara ini.
Pada masa aku menulis buku ini, aku khuatir negara kita ini akan berlaku seperti pantun Melayu yang telah ditulis oleh seorang ahli parti Islam, Hizbul Muslimin pada tahun 1945, penulis dan guru agama, Yahaya Nasim:

Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput dari padai,
Sini Cina sana Cina,
Malaya jadi pajak judi.
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah).

NASIHAT




JANGAN BERANGAN - ANGAN

Kita sedang dalam perjalanan menghadapi pilihan raya umum. Jika seseorang pemimpin besar dan kecil telah tegal dengan pendirian masing - masing, bahawa amanah Allah dan rakyat jelata telah ditunaikan, maka, janganlah takut menyertai pertadingan dalam pilihan raya teersebut nanti.
Tetapi, jika masing- masing sedar, bahawa dirinya telah dipilih oleh orang ramai untuk menjadi wakil mereka dalam Dewan Undangan Negeri dan Dewan Parlimen - Dewan Rakyat, tetapi mereka telah duduk dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negeri seperti ‘orang tolol’ atau orang berotakkan sagu, maka, patutlah mereka tidak berfikir lagi untuk bertanding dalam pilihan raya umum mendatang ini.
Negara mengeluarkan wang untuk orang - orang pandai dan bijaksana, bukannya untuk ‘orang - orang tolol’ atau orang berotakkan sagu.
Orang - orang demikian elakkan diri dari berangan - angan untuk menjadi wakil rakyat.
Orang yang memakan dan menggunakan wang dan harta negara dalam keadaan tolol dan berotak sagu, samalah dengan pengemis atau, paling buruk samalah dengan perompak.

MAKSUD AYAT QURAN

MANUSIA

Celakalah kiranya manusia igtu! Alangkah ingkarnya (kepada Allah). Dari benda apakah dia diciptakan? Dari setete air mani. (Allah) menciptakannya dan menentukan ukuran yang sepadan baginya (tingkatan pertumbuhan dalam rahim). Kemudian dimudakanNya menempuh jalan (kebaikan, berkat kehalusan perasaan, akan dan budi). Kemudian dimatikanNya dan diletakkan dalam pusara - liang kubur.
- ‘Abasa:17 - 21.

Thursday, September 8, 2011

NASIHAT

GIGI PALSU UNTUK AYAH DAN IBU

Pada raya ke dua hingga ke lima, saya beraya di kampung tumpah darah saya, iaitu kampung Ngor (Al Ma’unah). Saya telah bertemu dengan ramai orang tua lelaki dan perempuan yang gigi mereka boleh di kira dasri sebatang hingga lima batang.
Di antara metreka itu ada anak - anak yang bekerja dan berniaga dengan bepoendapatan yang luamian. Mereka mengirim wang pada setiap bulan kepada orang tua masing. Tetapi mereka tidak mengeluarkan wang untuk orang tua mereka mendapat gigi palsu.
Saya nasihatkan, tolonglah ayah dan ibu mendapatkan gigi palsu, agar ibadar mereka dalam perjalanan kehujung usia mereka dapat menyebut bahawa Arab dalam Quran dengan betul atau fisih.

MAKSUD AYAT QURAN




BENARKAH BERIMAN?

Adakah umat manusia itu menyangka, bahawa mereka akan dibiar begitu sahaja, bahawa mereka berkata: “Kami beriman.” Dan mereka tidak akan diuji?
Dan sesaungguhnya, Kami (Allah) telah pernah menguji manusia - manusia terdahulu dari mereka; dan sesungguhnya Allah itu mengetahui manusia - manusia yang benar (beriman) dan mereka yang berdusta.
- Al Ankabut:2,3.